Review Hotel Ancasa Residences Port Dickson | Staycation Ramadan

 Assalamualaikum, 
 
Review Hotel Ancasa Residences Port Dickson | Hai korang, hari ni nak kongsi pengalaman qaseh menginap di Ancasa Residences Port Dickson selama 3 hari dua malam, alkisahnya sambil-sambil berbuka puasa buffet ramadan disini (boleh baca entry sebelum ni) seriously sedap betul hidangan buffet ramadan kat sini korang eh tak move on lagi!) 

Rugi tau tak ambil pakej staycation Ramadan ni, memang berbaloi sangat. Nak jalan-jalan cari makan pun tak boleh, so inilah waktu untuk korang santai-santai, rehatkan badan di Ancasa Reidences Port Dickon, harga pakej ni pun murah je, sekali dengan buffet ramadan dan buffet sahur lagi. 
 

Jadi di Ancasa Residences Port Dickson ni style nya apartment / suite. Qaseh memang suka penginapan jenis suite ni sebabnya mesti luas gila ibarat stay di rumah sendiri, so anak-anak lagi lah suka, banyak ruang untuk diorang berlari-lari, tidaklah hadap dinding je hihi dan semestinya cukup lengkap segala fasiliti termasuk dapur. Bolehlah masak-masak, kot la tengah malam tetiba lapar
 
Two Bedroom Deluxe Apartment 
 
Qaseh stay di Apartment Deluxe 2 Bilik di blok C, dapat pula apartment memang menghadap pantai, wahh memang riang ria la dalam hati sebab suka lepak beranda dengan angin sepoi-sepoi gitu. Jarak blok antara blok tu dekat je, so kalau nak ke reception (Blok B) hanya jalan kaki je, kalau nak pergi pantai pun boleh jalan kaki je, bawak anak-anak mandi pantai, tapi haritu qaseh tak sempat mandi pantai, tapi puas hati dapat berendam dalam kolam.
 

Meh qaseh kongsikan gambar dan kemudahan yang ada di Apartment Deluxe 2 bilik ni, sejujurnya sangat selesa, luas dan berbaloi lah stay kat sini. 
 
Kemudahan yang ada

Bilik tidur master
Bilik kedua 
2 bilik air
Ruang tamu
Ruang makan
Dapur
Aircond setiap bilik dan ruang tamu
42 inci Led Tv
IDD telefon
Hot & Cold Shower
Daily Drinking Water
Hair Dryer ( Upon Request)
Iron & Ironing Board
Coffee & Tea
Sofa 
Meja 
Wardrobe 
So ni adalah ruang tamu, masuk-masuk je terus rasa wow luas betul, Rania apa lagi terus la nak explore dan tak risau sebab takde hiasan yang dia boleh capai, biaalah baby kan semua nak pegang. Then ada meja makan untuk 6 orang, malam-malam buat coffee free lepak sini update apa yang patut hihi 
 



Dan ada ruang untuk santai-santai tengok tv, ada set sofa yang selesa dan meja kopi, ruang tamu pun ada aircond dan kipas, sejuk betul aircond dia memang function well, terpaksa lepak dekat beranda sebab nak panaskan badan haha padahal boleh je tutup aircond tu :p



 

Ni pulak bahagian dapur, ada peti ais dan dapur elektrik, memang boleh masak ye, bukan sekadar hiasan. Kotla malas nak keluar cari makan, just nak santai-santai dalam bilik, bolehlah masak dan makan ramai-ramai cuma pastikan jangan buat kotor, jaga lah tempat yang kita stay ni macam rumah sendiri.
 



Then, kita pergi ke master room, ada bilik air dalam master bedroom ni, so sesuai untuk orang dewasa tidur, ada katil queen, almari & meja solek, setiap bilik ada beranda ya, memang selesa dan luas juga, air cond pun sejuk sangat, bila dah baring tu memang susah betul nak bangun hihi







Ni pulak bilik kedua, bathroom kedua tepi bilik ni je so mudah untuk semua guna, dalam bilik kedua ada 2 katil single, qaseh rapatkan sebab taknak Rayyan jatuh sebab tidur buas betul. Ada beranda kecil, aircond dan kipas, ada juga meja solek, meja sisi dan almari. Memang selesa 
 




Banyak lagi kemudahan-kemudahan lain sekitar hotel ni,memang sangat-sangat sesuai untuk family besar dan punyai anak-anak kecil, oh ye dalam ni ada Spa jugak tau, perempuan memang suka masuk Spa kan ? So ini lah masanya untuk me time ! 



Swimming Pool
 
Mandi time ! Dah lama Rayyan tak mandi kolam sejak PKP, adik pulak first time mandi kolam heheh, ada dua kolam untuk kanak-kanak dan juga dewasa, ada gelongsor untuk anak-anak main, memang seronok lah dorang, Umi tumpang rendam-rendam kaki sambil layankan aje dorang bergembira 







Berdekatan dengan Pantai Teluk Kemang
 

Bestnya hotel ni dekat sangat dengan Pantai Teluk Kemang. Walaupun tak sempat nak mandi pantai tapi qaseh sempat jugak layan sunset tepi pantai, subhanallah ciptaan Allah tiada tandingannya, memang cantik. Sempat lah bergambar ala-ala suwit sekejap sambil lagu ~ dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa ~ terngiang-ngiang dalam kepala erghhh 
 




Last but not least, memang berbaloi gila stay di Ancasa Residences Port Dickson ni, ada rezeki lagi inshaAllah qaseh akan datang lagi stay kat sini, yang penting family friendly dan anak-anak happy.
 

More Info :

 
Ancasa Residences Port Dickson
Batu 81/2,
Jalan Pantai,
Teluk Kemang,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan.
Tel : 06-6627288

 
 

Comments

Fatin Diana said…
bestnya tengok sunset. harga pun murah lah sebab untuk apartment kan, bukan bilik je
Marina Bashah said…
Macam best je bilik dia. Boleh masuk dalam list

Recent Post

Jangan Lupa Follow!