Shopping Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari

Assalamualaikum
 
Shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari | First of all, alhamdulillah syukur sangat tahun ni dah tak PKP, dah boleh beraya bersama keluarga, aaaa happy sangat, jadi tahun ni kena pakai baju raya lebih lah ye, dan tahun ni jugak tahun kedua qaseh shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari. 
 

Part nak cari baju raya lah paling penat sebenarnya, tambah-tambah bawak anak-anak, awal-awal okay lagi, bila dah datang penat dia haaa mula lah masing-masing tunjuk perangai haha nak kena menapak dari satu kedai ke satu kedai cari yang sedondon, sebab tu Pusat Pakaian Hari-Hari jadi pilihan, nak tahu sebab apa? 

Sebabnya kat sini memang banyak betul pilihan, dari segi design dan warna, dari set baju melayu, kurta, sampin, songkok, pendek kata memang lengkap dah cuma korang kena datang awal tau nanti size pulak dah habis heheh, kalau lewat-lewat memang tinggal harapan la korang, sebab laku keras dan jadi tumpuan disini
 
Staff Peramah dan Membantu
 
Banyak cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari ni tau, korang boleh pilih yang berdekatan tempat korang, macam Qaseh, suka sangat pergi di cawangan Rawang, sebab staff kat sini memang baik dan membantu sangat, staff sama yang bantu qaseh tahun lepas, patut bagi duit raya lebih ni kat dia heheh, memang dia akan cari size sampai jumpalah, terbaik


Baju Raya Sedondon Family Set
 
Kat sini jugak ada family set, senang nak cari yang sedondon, cuma saiz untuk baby takde, maybe boleh ada kan nanti hihi, so moh jamu mata korang tengok pilihan pakaian disini, tahun ni qaseh pilih warna yang tak pernah qaseh pilih, tukar selera pulak, asyik warna sama je kan 
 


Macam biasa lah, masuk je kedai terus juling bijik mata, tak tahu nak pilih yang mana, banyak design yang menarik tapi yang penting cari yang sedondon, kali ni tak pilih baju melayu, tahun ni laki nak pakai kurta pulak, so kita layankan aje lahh.
 





Belek punya belek, akhirnya dah buat keputusan, acewahh, cari-cari saiz memang ngam ada dan cukup lengkap, haaa apoo lagi terus masuk bakul, nanti kang orang lain pulak ambil :p hasil membelek, qaseh beli 1 set baju untuk qaseh, 2 kurta untuk suami dan 2 kurta untuk Rayyan , tambahan beli kopiah untuk dia, sebab songkok tahun lepas yang beli kat sini, memang elok lagi.  Cuma Rania takde saiz baby, tapi takpe dah selesai untuk kami. 




 

Fuhh senang, Rayyan tak sempat buat perangai, pilih-pilih je mana yang berkenan lepastu mintak tolong staff carikan, setel kerja Umi, nasib baik pergi hari bekerja, so memang kedai lengang, kalau datang hari minggu konfirm kena berebut :p


Promosi dan Free Gift
 
Oh ye, bestnya lagi ada PROMOSI, jika korang ada kad WATSON, Hari-Hari ada bagi diskaun 10% lagi. 
 

Bagi pembelian RM100 keatas pula, PERCUMA sampul raya dan bagi pembelian RM200 keatas, PERCUMA beg woven Hari-Hari bermula 9 April 2022
 

Jika korang tiada masa dan malas nak ke kedai, boleh buat pembelian secara ONLINE juga dan dapat REBAT 10% di website www.ehari.com
 
So cepat-cepat serbu Pusat Pakaian Hari-Hari sekarang ! Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang, ce teka qaseh pilih design dan warna apa? Haaa kalau nak tahu nanti raya qaseh snap-snap gambar dan boleh tengok di ig qaseh @qasehdalia hikhik, jangan lupa follow sekali ! 
 

More Info : 

Website : www.ehari.com
Cawangan Hari-Hari : www.hari.com.my/locator

Comments

Recent Post

Jangan Lupa Follow!