Muat Turun Aplikasi Marry Brown dan Tebus Tawaran Menarik Serendah RM2.90

Assalamualaikum
 
Muat Turun Aplikasi Marry Brown dan Tebus Tawaran Menarik Serendah RM2.90 | Hari-hari dah qaseh masak untuk berbuka puasa, naik jemu makan makanan sendiri haha nampak sangat tak berapa sedap kan, so terus ajak laki tapau Marry Brown sebab ramai betul share tentang tawaran menarik (deals) yang sedang berlangsung sekarang ni tapi hanya dalam aplikasi Marry Brown sahaja.
Sebenarnya, qaseh baru tahu Marry Brown dah lancarkan aplikasi mereka, yeyy dah ada aplikasi lagi mudah nak order kan ? Qaseh memang suka bila ada aplikasi sebab lagi memudahkan, kadang buka website ni agak lambat, so korang yang mana belum download tu cepat-cepat download okay sebab qaseh nak ajar cara untuk tebus tawaran yang ada dalam aplikasi Marry Brown tu haa

Tapi sedih weh, haritu Marry Brown buat promosi kaw-kaw punya, bayangkan tawaran serendah RM1 je untuk ayam, tapi qaseh tak sempat tebus sobsss :(, tapiiiiiiii dah terubat kesedihan itu bila banyak lagi tawaran-tawaran lain sehingga 40% dan harga serendah Rm2.90
 
Yang bestnya bila korang download aplikasi untuk pertama kali, korang akan dapat PERCUMA seketoi Marrybrown’s Crispy Chicken, seketoi pun memadai gais sebab Crispy Chicken dia bukan kecik cinonet, agak besar jugak tau dan memang krup krap bunyi crispy tu ! 
Cara Tebus Tawaran 
 
First thing korang wajib download aplikasi Marry Brown di https://mbapp.marrybrown.com/ atau buka je google playstore / app store di smartfon korang, tapi tak semua outlet lagi yang korang boleh tebus tawaran ni tau, boleh tengok disini untuk outlet yang tersenarai https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets
 
Bila dah download, ada dua cara korang boleh tebus 
 
1. Klik di Tab Home
Bila buka je aplikasi Marry Brown tu, klik je di tab HOME, terus terpampang keluar ‘deals’ yang ada, so korang pilih je mana-mana deals yang korang nak, lepastu klik je REDEEM, nanti akan masuk dalam tab MY REWARD, klik sahaja deals yang korang pilih, kemudian akan keluar QR code, so staff akan scan QR code tu, aaa settle! Mudah je kan


2. Klik Tab Deals
Lagi senang dan mudah untuk korang tengok semua deals yang ada, hanya klik tab DEALS dan pilih je mana-mana deals yang korang nak, kemudian step dia sama sahaja, akan masuk tab MY REWARD so klik satu persatu deals yang korang dah pilih, keluar QR code, staff akan scan satu persatu deals tersebut. Aaa senang banget ! 



Qaseh pun dah settle tebus tawaran-tawaran yang ada tadi, memang sangat-sangat berbaloi dan dapat jimat banyak gila, dan of course lah memang kenyang uiii, makan Crispy Chicken seketoi pun dah kenyang


Tadi qaseh redeem Bubur Ayam Combo, Chicken Nugget, Potato Wedges dan banyak jugak la deals yang qaseh redeem aaa termasuk 2x Boba Tea, wei sedap jugak Boba Tea Marry Brown ni sebab ia tak terlalu manis, first time ni qaseh rasa, boleh repeat lagi ! 
 
So korang jangan lupa tau, cepat-cepat download aplikasi Marry Brown dan tebus semua tawaran yang ada, jangan bila dah takde baru nak menyesal, eh ! 

More Info : 
 
 
 
 
 
 
 

1 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama