4/19/2020
Resepi Aiskrim Milo Oreo Mudah | Cara Buat Aiskrim Sendiri Dirumah
Assalamualaikum,
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, makin ramai yang kreatif dan menunjukkan bakat masing-masing, bab-bab masakan lagi lah semua power dan macam-macam resepi mudah sepanjang PKP ni yeee, aku of course lah terjebak sama
By the way, ni resepi ketiga aku terjebak, korang dah terjebak belum ? Tapi aku pilih resepi yang simple-simple je, yang jenis susah malehh nak buat haha tunggu betul-betul rajin naaa, yang bestnya bila suami yang eksited, dia lah yang lebih-lebih cari resepi itu ini haha pantang nampak makanan ~
Tapi takpe sebab dia tolong buat sekali :p , sama-sama duduk dapur agithewwww wink wink wink haha
So hari ni aku nak share cara buat aiskrim dengan sangat-sangat mudah ! OMG, tak terfikir nak buat aiskrim sebab ingatkan cara dia susah dan perlukan banyak bahan kan ~ tengok masterchef pergh berpeluh nohhh tengok depa buat ~ tapi tu tahap international gitu
Resepi Aiskrim Homemade Mudah
Bahan-bahan :
l 1 tin susu cair
l 2 sudu kecil esen vanilla
l 2 sudu besar Ovalett (ada orang letak 1 sudu, tapi aku letak 2 sudu)
l 2 sudu besar susu pekat (kalau korang suka / kurang manis, letak ikut suka korang k)
l Milo (sukatan sendiri, aku letak 4 sudu besar milo je) boleh juga kalau nam campur serbuk koko / guna serbuk koko je)
l Topping- ni ikutlah nak letak apa untuk cantik-cantik, aku letak oreo kat atas
Cara-cara :
*Pastikan ada mixer atau blender untuk mix dan kacau semua bahan, aku guna blender je
l Campur je semua bahan and then blend je semua, aku letak susu cair dan milo dulu, lepas tu blend jap bagi semua sekata, baru aku campur ovalette,esen vanilla dan susu pekat.
l Blend lama-lama dalam 5 minit macam tu, sampai tekstur nampak kembang dan gebu gila, sebab tu wajib guna bahan Ovalett, fungsi nya nanti bila aiskrim tu keras, tekstur aiskrim akan jadi smooth, gebu dan semestinya tak jadi macam aiskrim malaysia.
l Bila dah gebu dan kembang semangkuk, boleh lah curah dalam mangkuk atau bekas aiskrim ke apa-apa jelah, aku guna tupperware je.
l Pastu aku letak topping biskut Oreo, patah-patahkan atau hancurkan je, bagi cantik gituu. Boleh je nak masukkan dan blend sekali, tapi first try ni aku buat untuk topping je, takdelah nampak kosong je hihi
l Then, masukkan dalam peti ais tempat beku tu, tunggu ia keras dah boleh ngap !
Aku blend sampai blender tu makin slow haha, nampak dia macam gebu-gebu dan berkrim.
Letak topping Oreo hehe main taburrr ajee, tak pandai betul nak hias :p
Nah siap ! Omaigod, helok sangat aiskrim sendiri nohh, rasa pun sedap, cair dimulut, yummy !!
Lepas ni boleh buat aiskrim sendiri, boleh lah letak perisa apa pun yang kita suka, yahoooo btw resepi ni lama dah orang share rupanya, cuma sejak PKP ni rajin nak mencuba segala benda, haha selamat mencuba ! Adios ~
4/17/2020
WOW, MENANG RM3,000 DUIT RAYA BERSAMA SOFEAROSE DAN KOD DISKAUN BERTUAH
Assalamualaikum Hai korang, bosan ke tu ? Jom hilangkan rasa bosan sepanjang tempoh #dudukrumah dengan peluang memenangi RM500 untuk 6 bulan dari SofeaRose ni! Fuh, macam keluarkan duit KWSP dah, dapat RM500 untuk 6 bulan berturut-turut, RM3,000 kalau dijumlahkan!

Jenama hijab dan pakaian muslimah trendy, SofeaRose sememangnya sudah tidak asing dalam kalangan si pecinta fesyen. Tidak pernah culas mengambil berat tentang perkembangan kaum wanita khususnya, SofeaRose sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat semua peminat-peminatnya dan sebab itu, hari ini mereka ingin berkongsikan RM3,000 ini bersama anda. Macam-macam boleh kita beli dengan RM3,000 kan?
Dengar je cerita pasal menang wang tunai ni dah membuatkan bibir anda mengukir senyuman kan? Hehe. Menerusi program #duitrayaSofeaRose, SofeaRose ingin mencari seorang pemenang untuk menerima duit raya sebanyak RM500 selama 6 bulan, ya RM3,000!
Caranya mudah, anda hanya perlu membuat pembelian minima sebanyak RM109 melalui :
- 1) Website www.sofearose.com ;
- 2) Facebook @sofearose ;
- 3) Instagram @sofearose_hq ;
- 4) Agent / Dropship SofeaRose yang berdaftar
Yang bestnya, anda akan mendapat dua penyertaan kalau anda menjadi pembeli terawal. Dua penyertaan bermaksud dua kali ganda peluang untuk menang RM3,000! Wow!Untuk menunjukkan ketelusan kepada pemenang, pemenang akan dipilih secara LIVE di Facebook & Instagram mereka. RM500 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda setiap 5hb selama enam bulan berturut-turut
Baru-baru ini SofeaRose terkesan dengan cerita keluarga yang kurang berkemampuan kerana pandemic COVID19 ini dan lantas melancarkan Tabung COVID19 SofeaRose dengan menggunakan 5% hasil jualan kepada keluarga yang kurang bernasib baik. Tambahan lagi, SofeaRose juga membubarkan yuran pendaftaran sebagai dropship untuk membantu mereka yang terkesan dari Covid19 untuk mencari pendapatan sampingan.Jom kita sama-sama support jenama SofeaRose, boleh menang wang tunai RM3,000 sambil bersedekah kepada mereka yang memerlukan DAN palingp dapat produk yang best sangat sangat!
Nak lagi best? Gunakan COUPON CODE : QASEH10 ini semasa membuat pembelian di website untuk mendapat discount sebanyak 10% untuk baju raya. Coupon code khas untuk pembaca di blog (link) .Okay, sampai sini sahaja. Assalamualaikum!
4/16/2020
Must Eat Food in Penang & Where to Find them! 5 Menu Sedap Penang, Dapat Makan Memang Best Ni!
Assalamualaikum,
Hye korang, kali ni qaseh nak share pada korang semua, makanan yang best gila dan wajib korang cuba bila bercuti di Penang ! Salah satu dunia makanan yang best-best.
#1- Pasembur
Pasembur ini sudah menjadi makanan yang sudah menjadi satu kebiasaan dan biasa didengari setiap kali berada di Pulau Pinang.
Secara lazimnya, hidangan pasembor yang juga dikenali sebagai pasembur atau pasemboq biasanya dihidangkan bersama cucur udang yang rangup, telur, hirisan timun, sengkuang dan beberapa lagi bahan-bahan yang lain seperti sosej, sotong goreng dan ketam berempah bersama kuah kacang.
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Pasembur @ Famous Stall 09 Anjung Gurney
Tempat: 5, Gurney Dr, Georgetown, 10250 George Town, Penang, Malaysia
Masa: Setiap hari, 4.00 ptg - 11.30 mlm
#2-Char Kuey Teow
Char kuey teow juga merupakan makanan yang turut menjadi makanan yang paling digemari ramai. Pada umumnya, ramuan yang digunakan untuk hidangan ini hampir sama.
Namun ia hidangan ini hampir sama dengan tomyam di mana teknik memasak dan juga kuantiti bahan yang memberikan rasa yang tersendiri pada hidangan ini.
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Sani Char Koey Teow
Alamat: Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Masa: Setiap Hari Kecuali Selasa (6.30 pm – 3.00 am) | Selasa (Tutup)
#3-Popia
Popia merupakan hidangan yang sememangnya menjadi kegemaran warga kota. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan ini ialah tauge, sengkuang, lobak dan kacang yang kemudiannya dibalut menggunakan kulit popia yang halus dan lembut dan dan enak dinikmati dengan sos pencicah.
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Popiah Basah Omar Taiping
Alamat: 5, Jalan Panggung Wayang, 34000 Taiping
Nombor Telefon: 0126839036
#4-Cendol
Cendol merupakan minuman yang dibuat menggunakan santan, jeli hijau, ais dan juga gula melaka. Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia memang menggemari hidangan ini, terutama sekali pada cuaca panas.
Mudah sahaja untuk mendapatkan hidangan yang boleh menghilangkan haus ini kerana ia ia terdapat di seluruh Malaysia terutama sekali di Pulau Pinang.
Secara umumnya, perniagaan cendol di Pulau Pinang ini merupakan resepi secara turun temurun, jadi tidak hairanlah jika terdapat cendol yang rasa dan keistimewaannya berbeza dari cendol yang lain.
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Teochew Chendol, Penang Road
Alamat: Jalan Penang, 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, 10450 George Town, Pulau Pinang
Masa: Isnin – Jumaat (10.30 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad (10.00 am – 7.30 pm)
#5-Nasi Kandar
Nasi kandar merupakan makanan yang wajib anda masukkan dalam senarai makanan ketika berada di Pulau Pinang.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa nasi kandar merupakan makanan ‘nostalgia’ bagi penduduk yang berasal dari Pulau Pinang. Terdapat banyak restoran nasi kandar yang boleh anda jumpa ketika berada di Pulau Pinang.
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Nasi Kandar Line Clear
Alamat: Beside 161 & 177 Penang Road, 10000 George Town, Pulau Pinang
Masa:24 Jam
Rindu Pada Penang, Lagi-Lagi Makanannya
Sepanjang dalam tempoh berkurung ni, asyik rasa nak makan saja. Kadang-kadang teringat nak makan itu dan teringat nak makan ini. Begitu jugalah dengan menu makanan Penang yang dikongsikan kat sini.
Terbayang pelbagai jenis menu makanan Penang yang sedap-sedap. Tapi untuk keluar sana sini bagi membeli makanan begini memang perlu fikir berkali-kali. Tak berani rasanya untuk memberi risiko pada diri sendiri.
Lagi pula, kalau betul-betul rasa teringin sekalipun, servis food delivery Penang dari pihak Foodpanda kan ada.
Boleh terus ke website milik Foodpanda, masukkan lokasi dan pilih menu makan yang hendak dinikmati. Tak payah lagi nak buang masa untuk drive, beratur dan sebagainya. Keselamatan diri juga akan terus dapat di jaga.
Subscribe to:
Posts (Atom)