Assalamualaikum .. hye hye hye kembali makan-makan bersama qaseh dalia hahah
Satu lagi tempat yang wajib korang singgah makan bila ke Johor adalah merasai kacang pool di sini , sebenarnya kacang pool ni memang asal dari Johor ye ? Aku pun tak tahu sebenarnya tapi rata-rata bila tanya orang apa makanan wajib makan bila ke Johor adalah kacang pool , pantai timur memang takde kacang pool ni , yang ada swimming pool je kahkah , jangan mare haaa
Dah tu apa lagi moh le kite cobaaa , aku pun memang mencari tempat makan untuk breakfast dan juga lunch . Kacang pool ni memang sesuai lah untuk buat breakfast ataupun makan petang sebab ia di makan bersama roti bakar je tapi mengenyangkan sebab roti tu pun tebal juga
Search punya search , banyak jugak cawangan Kacang Pool Haji ni ye tapi aku memilih Restoran Kacang Pool Haji Larkin di Jalan Dato Jaafar , sebab banyak review best kat sini , so moh lah aku tambah review di sini juga heheh . Restoren ni di tepi jalan besar , oh ye satu lagi korang boleh cuba di medan selera Larkin Bomba , di sebabkan aku nak keselesaan so aku memilih di restoren je , cumanya bila full house parking agak limited juga lah
Bila cerita tentang Kacang Pool ni , aku pernah cuba sekali di Teh Tarik Place . Ermm bezanya kat sini lagi sedap sebab Kacang Pool kat sini lebih pekat , aku memilih Kacang Pool Daging jadi memang terasa lah daging bersama kacang ni haaaa , sedap ! Harga nya pun berbaloi , kalau korang jenis perut sempit boleh share dua orang . Cara nak makan ? Alahai senang je , cicah je roti tu dengan kacang pool , yummeh !
Lagi terasa kesedapan Kacang Pool Haji ni , di makan bersama telur dan perahan limau . Mula-mula husband pelik dan tak mau perah limau tu , eh eh dah letak dalam tu kena lah perah uols , karang ai yang perah u hahah , rasa dia lagi sedap , tak pelik pon kan , makan habis licin jugak :p
Selain dari Kacang Pool , aku order nasi ayam dan husband order nasi ambeng sebab lapar , waktu pun dah masuk tengahari , alang-alang kat situ lunch terus lah .. Banyak lagi menu yang ada kat sini tau bukan sekadar kacang pool sahaja . Cumanya yang famous kat sini of course lah kacang pool , so masukkan dalam list makanan korang k
Nasi ayam kat sini biasa-biasa je bagi aku , opsss jangan mare ye sebab kuah agak cair dan tawar tapi Nasi Ambeng tu husband kata not bad , first time lah kot cuba Nasi Ambeng heheh , dia kalau pergi mana-mana memang akan cari makanan unik yang tak pernah dia rasa , yelah buat apa makan makanan yang ada di tempat sendiri kan hehe ..
So kesimpulannya , tak rugi cuba Kacang Pool di Restoren Kacang Pool Haji Larkin ni . Nanti datang Johor jangan lupa cubaaa k , jangan lupa juga makan ------> Mee Rebus Tulang ZZ . Okay , tq kerana sudi membaca .
Alamat :
No 12 , Jalan Dato Jaafar , Taman Dato Onn ,
80350 Larkin , Johor Bharu
posted in
Assalamualaikum korang ..
Hari ni qaseh nak kongsi cerita tentang syampu baru yang qaseh telah cuba , kebiasaannya bila nak merawat rambut yang berkelemumur , berkeruping dan gatal ni kebanyakan syampu agak berbau ubat atau herba , bab bau ni sebolehnya qaseh kurang gemar yang terlalu menusuk hidung , kalau boleh nak yang wangi-wangi je macam bauan buah-buahan , siapa macam qaseh kita geng ! Bukan apa bila bau rambut busuk mempengaruhi mood den juga , nanti suami pun komplen kenapa bau pelik semacam hahah
Haaa jika korang pun tercari-cari syampu yang dapat merawat masalah rambut dan juga mempunyai bauan yang sangat menyegarkan , syampu baru dari CLEAR akan menjadi kesayangan korang iaitu Clear Superfresh Apple yang akan menutrisi kulit kepala korang untuk perlindungan kelemumur terus menerus dan memberikan kesegaran dan haruman epal 24 jam
Kulit kepala yang berkeruping, gatal serta berkelemumur bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan malah membuatkan seseorang turut berasa malu. CLEAR memahami bagaimana ia boleh menyebabkan sesiapa sahaja yang mengalaminya hilang keyakinan, perasaan yang sama turut dialami oleh hijabista yang sentiasa berdepan dengan masalah kulit kepala serta rambut akibat cuaca panas sepanjang tahun di Malaysia.
Hijabista yang memakai hijab tebal dan tidak telap udara untuk jangka masa panjang lebih cenderung dalam mengalami masalah kulit kepala seperti kulit kepala berminyak, kulit kepala gatal dan juga kelemumur. Para wanita haruslah memberi lebih perhatian untuk memastikan rambut serta kulit kepala kekal segar dan sihat, kerana rambut yang sihat boleh meningkatkan keyakinan seseorang wanita.
SYAMPU CLEAR SUPERFRESH APPLE BAHARU
Memperkenalkan CLEAR Superfresh Apple yang baharu, syampu anti-kelemumur baharu yang diformulasi dengan teknologi Nutrium 10 dan wangian epal segar. Nutrium 10 CLEAR mengandungi pelbagai ramuan nutrien, vitamin dan mineral yang menutrisi kulit kepala untuk perlindungan daripada kelemumur terus-menerus, dan menghalang kemunculan semula kelemumur. Superfresh Apple turut menjadikan rambut wanita kekal segar dan harum berkekalan dengan wangian epal segar sehingga 24 jam.
Pengurus Pemasaran Total Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Phoenix Ho berkata, “Sebagai salah satu peneraju dalam bidang penjagaan kulit kepala, CLEAR memberikan penyelesaian untuk penjagaan rambut dan kulit kepala yang bukan sahaja menangani simptom-simptom kelemumur; tetapi turut menutrisi kulit kepala dan rambut dari akar hingga ke hujungnya, serta menghilangkan kelemumur. Di CLEAR, kami memahami bahawa setiap individu memerlukan penjagaan kulit kepala yang berbeza, maka dengan itu kami telah menghasilkan formulasi-formulasi untuk memenuhi keperluan rambut dan kulit kepala yang berbeza. Superfresh Apple yang baharu telah diformulasi untuk para wanita, terutamanya hijabista, untuk melegakan kegatalan#, menghilangkan sebum berlebihan dan keruping* kulit kepala sambil memberikan mereka kesegaran dan haruman wangian segar epal yang berkekalan, dan keyakinan baharu mereka.”
SANGAT SESUAI UNTUK HIJABISTA
Kelemumur bukan sahaja boleh menjejaskan keyakinan wanita yang tidak berhijab, tetapi ia turut memberi kesan terhadap hijabista. Kami mahu pengguna berasa yakin dan cantik tidak kira di mana sahaja, kerana kulit kepala yang sihat dan rambut yang segar boleh menjadikan mereka lebih ceria dan bertambah yakin. Para wanita, terutamanya hijabista haruslah mengguna syampu penjagaan kulit kepala yang baik supaya mereka kekal kelihatan anggun bergaya sepanjang hari, terutamanya dalam keadaan cuaca panas yang biasa kita hadapi.
Diformulasi khas untuk memenuhi keperluan hijabista, CLEAR menawarkan penyelesaian untuk penjagaan kulit kepala serta kesegaran 3 kali ganda
- Tanpa kelemumur
- Tanpa minyak
- Tanpa kegatalan
- Wangian epal segar yang berkekalan.
HARGA SYAMPU CLEAR SUPERFRESH APPLE
Sebotol CLEAR Superfresh 340ml dijual pada harga RM19.50 dan varian terbaharu ini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, farmasi utama, dan pengedar sah di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Facebook : https://www.facebook.com/ClearMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/clearmalaysia/
posted in
Assalamualaikum ,
Mana nak cari tempat makan sedap di JOHOR ?
Haaa hari ni nak kongsi jalan-jalan cari makan di Johor tempoh hari , kebetulan ada family day kbba9 , aku dan husband decide nak datang awal sehari . Jadi sempat lah cari tempat makan best-best yang semestinya masakan dari Johor , kalau makanan hipster kat KL pun berlambak kan ? Survey punya survey dan juga tanya kawan-kawan , ini adalah salah satu tempat yang wajib singgah dan makan iaitu Restoran Sup Tulang ZZ di Jalan Petri , yang bestnya tulang gearbox bukan tulang biasa-biasa tu tau
Bezanya mee rebus Johor dengan Terengganu (sebab aku orang pantai timur) memang berbeza dari rupa dan juga bahan . Jika di sebelah pantai timur mee rebus biasanya kuah yang tidak pekat tapi cair , manakala mee rebus Johor kuah yang pekat sebab menggunakan isi keledek .. So ni benda baru lah bagi aku , sedap ke tidok ? hehehe boleh tahan sedapnya . Satu kelainan sebab dah terbiasa dengan mee rebus Ganu , tapi sangat berbaloi untuk mencuba
Lupa pulak nak ambil gambar persekitaran Mee Rebus ZZ ni , aku suka suasana tempat ni sebab ia macam sebuah perkampungan yang mana tersorok dalam hutan sedikit , dan tempat makan pula ber style kan pondok-pondok dengan atap daun nipah . Korang juga boleh pilih nak duduk di kerusi atau pun bersila , so aku memilih tempat yang boleh bersila macam kat rumah gituhhh , senang nak ngap tulang hahah
Ini lah rupa Mee Rebus ZZ , so makanan ni adalah makanan utama kat sini . Selain tu banyak juga makanan-makanan lain yang di jual , kerang bakar , makanan-makanan ringan , mee sup biasa , mee bandung dan banyak lagi lah .. Harganya pun agak mahal tapi berbaloi sebab ada 3 ketul tulang gearbox dalam mee nih , portion pun sangat mengenyangkan
Rasa Mee Rebus ZZ ni pekat dan boleh rasa rempah-rempah yang ada di dalam mee ni , lagi sedap bila di perah dengan limau dan di makan bersama cili yang ada , phewww tak pandang kiri kanan hahah , ngap tulang pun tak control ayu dah , dulik hape aku janji dapat makan kikiki . Bila cerita tentang tulang gearbox mestilah nak korek-korek lemak-lemak yang ada dalam tulang tu kan ? Dont worry beb ! Siap straw bagai dah haha so sedut-sedut je tau ..
Cara sedut , cenggini stroootttttttttt nasib baik dapat hasil
Selain tu husband order mee bandung , roti dan sup cendawan , dan juga nugget untuk Rayyan . Mee bandung dia pun not bad , husband aku cakap okay , so okay lah , cuma sup cendawan tu agak cair dan tawar , nugget pun comel sangat haaa haha tapi takpela sebab menu utama kat sini Mee Rebus kan .. Makanan lain mungkin boleh di perbaiki lagi dari masa ke semasa
alahai ~ comel banget yihhhhhhh
Kalau ada yang tanya , bila datang Johor akan repeat lagi tak Mee Rebus Tulang ZZ ni ? Of course nak repeat lagi sebab sedap , patutlah sini kawasan yang femes . Bila korang search google akan ada juga restoran Mee ZZ di kawasan lain , tapi yang femes di Johor ni Mee Rebus Tulang ZZ Jalan Petri .. Hohoho jangan silap pulak , eh pilihan masing-masing lah uols .. Okaylah itu sahaja perkongsian aku , nanti aku share pulak tempat makan ke dua iaitu Kacang Pool Haji ~
Add : Restoren ZZ Sup Tulang
Lot 667, JKR Daerah Jalan Petrie
Off Jalan Mariamah
Joho Bahru
posted in
Assalamualaikum
Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3.
Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.
Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.
Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah biji kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.
Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.
Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.
Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair.
Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi;
Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018
(TEL: Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909)
Assalamualaikum ~
Holla semua pembaca blog kesayangan ku , nak tanya sesuatu ni . Mungkin soalan ni pernah korang lakukan atau mungkin korang tak pernah terfikir pun untuk lakukan lebih-lebih lagi di wajah muka . Bagi aku , aku pun tak pernah lakukan juga huh Okay-okay soalannya pernah tak korang sental atau pun skrub wajah muka korang dengan isi kelapa ? Tu diaaa isi kelapa sedap weh untuk di makan , tak tau lah pulak rupanya boleh di jadikan skrub juga .. tapi apakah kaitan semua ini ?
Haaaa ni nak bagitahu semua tentang satu sabun di bilik mandi , di rumah atau di mana-mana je korang boleh bawa iaitu CokkoWhite Lightening Soap . Apa kena mengena dengan isi kelapa ? Haaaa antara bahan kandungan yang ada dalam CokkoWhite ni adalah isi kelapa , mula-mula tengok apa benda putih-putih dalam sabun ni kan , bila baca rupanya isi nyoqqq heheh
Bab-bab skrub ni muka ni aku memang menitik beratkan juga , sebab wajah muka adalah bahagian kulit yang agak nipis so hati-hati bila nak skrub muka supaya tidak beri kesan merah , pedih dan sebagainya .. Jadi dengan CokkoWhite Lightening Soap ni , tekstur nya tidak memberi kesan kepedihan pada kulit wajah . Korang pun tahu isi kelapa teksturnya pun lembut , jadi bila gosok-gosok di kulit muka ia tidak akan menyakitkan .. Yang bestnya tentang CokkoWhite Lightening soap ni , banyak bahan-bahan yang memberi pelbagai khasiat untuk kulit muka dan juga badan
Bahan Kandungan CokkoWhite Lightening Soap
🌼 Minyak Zaitun - Yang mengandungi bahan antioksida yang mampu elakkan kulit dari terkena radiasi berbahaya
🌼 Tee Tree Oil - Minyak tea sangat bagus untuk menghilangkan jerawat / jeragat dan kesan parut jerawat . Ia juga membantu melembutkan kulit dari menggelupas
🌼 FucoWhite - Ini adalah bahan utama yang terkandung dalam CokkoWhite Whitening Soap ni yang mana mempunyai ejen-ejen yang mampu memutihkan serta mencerahkan kulit
🌼 Isi Kelapa - Haaa ni yang aku cerita awal-awal tadi kan , so ia menjadi bahan scrub untuk menghilangkan saki daki - daki degil yang menyebabkan kulit menjadi hitam
Tekstur CokkoWhite Soap
Bila pandang tekstur sabun ni yang mana mempunyai isi kelapa sebagai bahan skrub , aku baru teringat masa kecik-kecik dulu , mak aku selalu sental kepala dan badan guna santan kelapa . Memang padu betul kena sental weh , hingga terhuyung hayang kepala haha ~ Nak mengelak kang kena marah jadi terima je lah kan , baru terfikir memang kelapa banyak khasiatnya lebih-lebih lagi untuk menghilangkan daki degil
Kebetulan pulak baru balik dari Legoland , memang sunburn jugak lah muka aku ni haaa dengan cuaca panas kat sana . Yang bestnya CokkoWhite Lighttening Soap ni juga dapat membantu menghilangkan sunburn .. Yeyyyy ~ tq CokkoWhite , nak kembalikan kulit ku kembali dalam masa yang sama dapat mencerahkan kulit yang tak berapa cerah ni haaa .. Okay jom baca dengan lebih detail apa kelebihan sabun CokkoWhite ni
Kelebihan CokkoWhite Lightening Soap
🌼 Menghilangkan parut jerawat , jeragat , daki-daki degil dan juga bintik-bintik hitam di wajah dan juga muka
🌼 Membantu menghilangkan sunburn
🌼 Membantu mencerahkan dan memutihkan kulit
🌼 Membantu menghilangkan bau badan walaupun berpeluh
🌼 Mengembalikan kelembutan kulit wajah seperti bayi
🌼 Membantu melewatkan proses penuaan kulit agar kulit kekal muda dan flawless
Cara Penggunaan CokkoWhite Lightening Soap
Bagaimana pula nak guna sabun ni ? Caranya mudah sangat , lagi best guna bila waktu mandi dan juga sebelum tidur . Memang dah letak dalam bilik air depan-depan muka haha biasalah pelupa macam aku ni kena letak tepat pada pandangan mata nanti lupa
🌼 So korang hanya perlu cuci muka dan juga badan atau seeloknya di kawasan - kawasan gelap mahupun tersembunyi yang berdaki karat tu haaaa uols , jangan malu-malu okay . Sental je sesedap rasa , SANGAT-SANGAT BEST ! Bila dah secukup rasa tunggu sebentar dalam 1 - 2 minit kemudian baru lah bilas dengan air bersih
Aku sendiri pun dah cuba juga , untuk kesan berpanjangan korang boleh lah cuba setiap hari tau , sekali cuba belum nampak lagi kesan , cuba 2 3 kali korang pun tak perasan yang semua daki-daki dah hilang , kawasan-kawasan gelap pun dah kembali cerah ibarat di siram cahaya matahari haa gitewww hehe lepasni boleh lah guna #antidaki tau !
Sental-sental di tangan , jangan jeles bila tangan aku dah boleh letak di samping wajah muka .. tak lah ewwwww muka putih tapi tangan hitam hahah
Okay lah nak bagi testimoni sedikit selepas beberapa hari penggunaan , bab cerah dan putih tu korang kena selalu sental tapi yang bestnya memang terasa sangat kelembutan di wajah bila basuh muka dan badan dengan CokkoWhite Soap ni . Kulit pun memang terasa lebih bersih dari menggunakan sabun mandi biasa tu .
Gambar di atas ni , gambar sebelum ni aku pakai mekap , then gambar selepas di cuci semua mekap memang hilang habis eyeliner , maskara , gincu tu tanpa perlu guna wipe tissue pun . Hanya basuh muka dengan CokkoWhite Soap dan bilas dengan airr , tadaa kesan memberansangkan .
Harga CokkoWhite Lightening Soap
Mesti korang nak tahu harga kan , jangan risau ni aku nak bagitahu sekarang tengah ada 💥HOT PROMOSI 💥 , masa ni lah korang kena dapatkan tau nanti rugi bila harga dah makin naik , haaa uols dapat harga murah orang lain dapat harga mahal tapi kualiti sama je kannnn , jadi apa tunggu lagi
🌼 Harga Asal : RM70
Harga Promosi
Pakej A : 🌼 1 Kotak RM60 + Free Postage
Pakej B : 2 Kotak RM100 + 2 Free Gift + Free Postage
Free Postage ke seluruh Malaysia !!!
More Info :
No Fon : 010-2826344 / 0142636132
posted in
11 Apr 2018
Tarikan Terbaru Di Legoland Malaysia Resort | Family Day KBBA 2018
7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor, Malaysia
Assalamualaikum ,
Alhamdulillah , dapat lagi jejakkan kaki ke sini untuk ke dua kalinya atas tiket blogger , tq so much buat Ben Ashaari founder KelabbloggerBenAshaari , AJK yang terlibat dan semua fam of KBBA , tak lupa buat pihak Legoland yang menaja family day pertama kami untuk tahun 2018 ni , pertama kali qaseh datang sini boleh baca di entry Pertama Kali Datang ke Legoland
Mengikut pengalaman dulu memang aku tak sempat nak jelajah habis Theme Park sebab kena bahagikan masa dengan Water Park dalam satu hari , sumpah tak cukup masa . Jadi , kali ni sangat bertuah sebab satu hari dalam theme park so dapat lah bayar balik rasa kempunan dulu heheh , family day kali ni pun free and easy jadi tak perlu rushing . Tapi korang kena plan masa betul-betul mana korang nak pergi supaya nanti keluar tak rasa menyesal sebab tak dapat masuk semua game hihi
Tiket dah ada di tangan , jom kita masuk !
Kali ni aku nak bagi fokus beberapa tarikan terbaru yang ada di Legoland Theme Park , haaa dulu datang takde tau , so this is new for me tapi masih lagi aku tak berapa mendapat keberanian bila melibatkan roller coaster , OMG ! Bukan salah roller coaster tapi salah sendiri sebab terlebih risau , haha dush diri sendiri ! Padahal tengok budak-budak watlek watpis lagi hohoho ciskek betul ~ Apa tarikan terbaru di sini ? Lets cekidaut ~
- LEGO NINJAGO The Ride
Tarikan kali ni betul-betul menarik minat aku dan juga Rayyan , biasanya tempat gelap dan ada aksi-aksi mengejut mesti dah melalak nak keluar , relax je dia kali ni maknanya ngam la tuh dengan jiwa kanak-kanak . Di sekitar sini kawasan sebelum masuk , ada lego watak-watak dalam Ninja Show , so korang boleh lah bergambar kenangan di sini sebelum masuk ..
Di sebabkan Rayyan dah tak sabar-sabar nak masuk , jom kita pergi ! (Umi nak bergambar pun tak boleh iskk) Apa yang best tentang Lego NinjaGo The Ride ni , korang sendiri yang akan jadi Ninja dengan bantuan Master Wu untuk mengalahkan ''Great Devourer'' , tak sabar hoih nak berlawan dengan musuh-musuh jahat ! Macamana nak lawan Great Devourer ni ? Kena berlari ke , kena menembak ke haaa korang rasa ? Sebelum tu meninjau sikit persekitaran di dalam nya pula ..
Takkan guna ni untuk berlawan ? oh tak pandai pakai pedang :p
Ini semua senjata-senjata Ninja
Jeng-jeng-jeng , jom siap sedia ! Sebelum memulakan aksi , kena pakai spek mata 4d ni untuk lebih real . Jadi game ni , aku kena naik satu kereta dan di bawa perlahan-lahan ke alam ninja , dengan suasana gelap dalam perjalanan 4D mendebarkan jugaklah , haha kotlah terkejut .. NinjaGo Ride ni menggunakan teknologi ''Cutting-Edge Hand Gesture'' dengan bahasa mudahnya sensor melalui pergerakan tangan , jadi tak perlu pegang apa-apa peranti
Di kereta tu ada kuasa-kuasa yang dah tersedia so aku hanya perlu gerak kan tangan macam gambar 'gif' di bawah ni , bila buat pergerakan tangan tu akan keluar lah kuasa dari tangan , fuh real beb ! Lagi real bila terasa kesan haba panas dan berangin di muka .. terkejut jugaklah haha ..
Seriously , tarikan kali ni sangat best ! Rasa macam nak repeat banyak kali , tapi game lain pun nak masuk jugak , huwaaaa nak je tido dalam game-game ni semua haha . Oh ye , korang jugak sebenarnya dapat point bila kuasa dari tangan korang tu terkena pihak musuh , 0 point kat bawah ni sebab aku tak baca arahan , orang suruh buat pergerakan tangan , pegi bantai tekan ! Memang tak bergerak lah diknon hahah ..
- WORLD'S FIRST LEGO VR - THE GREAT LEGO RACE COASTER
Dah selesai berlawan , satu lagi tarikan terbaru tadaaaaaa Lego VR Coaster ! Fuhh yang ni ngeri lah bagi aku , maafkan daku cuba jugak cabar diri tapi dasar penakut lagipun Rayyan kecik lagi jadi tak boleh nak naik bersama-sama suami dan anak , eceh ~ okay tak alasan tu haaaa . Sebelum ni tempat ni di namakan sebagai Projek X , jadi telah di ubah kepada Lego VR Coaster , bezanya dengan Projek X , lagi syok lah sebab boleh pakai VR ni haaa
Apa yang best bila memakai VR ni ? Biasanya bila tak pakai VR ni korang akan nampak benda yang ada di depan mata kita , bila menjunam makanya korang akan menjerit takut tapi dengan VR ni , korang akan masuk dalam dunia LEGO , senang cerita dunia khayalan jadi korang akan nampak alam lego lah .. rasanya lagi okay dari tengok benda depan mata kan hahah , nak bagi korang paham haa tengok gambar kat bawah ni , macam ni lah gambaran bila cuba The Great Lego Race Coaster ni , dan ini adalah yang pertama di dunia ~
Ready ! 1 2 3 GO !! Eh tetiba nyesal pulak tak naik , bila dekat ketar lutut hahah okaylah tunggu Rayyan besar sikit , kalau terkucil pun , boleh sama-sama terkucil :p
BERITA BAIK - BERPELUANG MEMENANGI SEBUAH KERETA NISSAN ALMERA DENGAN PEMBELIAN PAS TAHUNAN
Best gila kalau dapat kereta free ni kan , bagi korang yang selalu bertuah tu ni berita baik buat korang tau ! Jadi jangan lepaskan peluang ni lagi pula banyak faedah / hadiah yang korang akan dapat bila membeli , memperbaharui atau menaiktaraf pas tahunan dengan hanya harga RM199 bermula 1 Feb 2018 .
Dengan pas tahunan , korang akan dapat melawat resort Legoland secara percuma . Semua aktiviti yag menarik di Legoland korang boleh kunjungi seberapa banyak yang korang inginkan , selain tu korang dan juga keluarga di jemput untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sepanjang tahun di Legoland , fuh syokk woooo so apa tunggu lagi , jom beli sekarang ! Mungkin anda orang bertuah yang akan memenangi kereta ni weh ..
Cara untuk pembelian - DISINI
Next story inshaaAllah aku kongsikan aktiviti-aktiviti yang korang patut terjah di Legoland ni , yang pasti semua aktiviti tak memboringkan , walaupun sehari suntuk berada di sini sampai kaki lenguh bagai macam tak cukup je nak explore semua hehe .. stay tune ~
More Info :
Contact : 07-5978888
posted in
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons