3/25/2022
Rayyan Dah Masuk PRA Sekolah, Sekejap Je Masa Berlalu
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ni nak share untuk kenang-kenangan, biasalah pertama kali anak sekolah,mak mana yang tak eksited aaa gitu, so hari ni nak share hari pertama Rayyan masuk PRA Sekolah, btw Rayyan dan 6 tahun, qaseh takde bagi dia masuk tadika pun sebelum ni, bukan saje tak bagi, sebenarnya dah daftar pun tadika dah siap bayar deposit dah tapi tahun lepas tu memang kes mencanak naik, sekolah pun sekejap bersemuka sekejap pdpr kan, so last-last qaseh tak hantar, deposit pun burn
Takpelah, jauh lagi perjalanan, so 5 tahun ni memang waktu dia banyak main-main, oh ye waktu 5 tahun ada jugak isi pra-sekolah tapi tak dapat, sekolah area ni memang ramai yang mohon, so kita cuba untuk 6 tahun, alhamdulillah dapat PRA Sekolah, qaseh hantar PRA sebab nak biasakan dia dengan sekolah kebangsaan ni, nanti inshaALLAH darjah satu pun sekolah sini je, suka sekolah ni cantik dan baru lagi
Sehari sebelum, buat test dulu,pastikan anak-anak sihat supaya tak mengjangkiti orang lain, even selsema biasa pun better jangan pergi sekolah ye
So ya, qaseh tak risau bab dia nak sekolah sebab memang lama dah Rayyan eksited nak pergi sekolah, orang kata memang takdelah bab drama air mata tu, kejut pagi pun senang, maklumlah tak sabo-sabo nak pergi sekolah, alhamdulilah senang kerja Umi
First day, blur-blur lagi, nasib baik sekolah dekat rumah je so senang Umi memang jalan kaki je lah hantar dia, tapi minggu ni abah dia banyak hantar sebab abahnya cuti, ahh lega Umi, ahaks. Mula-mula hantar sekolah kan, masuk je pintu pagar eh menonon je dia pi ikut budak darjah 1, mula-mula tak perasan, lepastu laki cakap, nape Rayyan pergi ke bangunan lain, padahal semua budak PRA ke bangunan lain, haaa sudah ! Pastu laki pergi bagitahu cikgu yang ada di pintu pagar tu, then cikgu kata okay jangan risau.
Ermmm aku memang tak boleh lah, terus risau mana tahu sesat tah mana-mana pergi, balik rumah terus mesej tanya cikgu kelas dia, Rayyan ada ke tak sebab tadi dia pergi ke arah lain, then cikgu dia cakap, ada, dah sampai.. huh lega Umi, adohaaa sabo je lah budak bertuah ni. Alhamdulillah, semua di permudahkan
So hari ni dah hari ke 5, semua setakat ni takde masalah, hari-hari eksited nak pergi sekolah, balik macam-macam bercerita, buat apa kat kelas, makan apa, blablabla ~ tapi hari-hari kena pesan, jangan gaduh-gaduh, jangan ikut orang tak kenal, dengar cakap cikgu~
Yang bestnya Umi tak perlu lagi buat bekal kat dia, sebab makanan semua free je, waktu pagi masuk kelas memang akan breakfast dulu sebelum belajar, bekal air semua pun tak perlu bawa sebab semua disediakan, okay terbaiklah, semoga Rayyan diterangkan hati untuk terima segala ilmu, mudah ingat, mudah belajar, senangkan kerja cikgu dan dijauhi dari Covid-19.
So ni fail untuk di bawak ke sekolah, pensil warna, alat tulis dan 1 persalinan untuk disimpan kat sekolah, mana tahu terkucil kan, so tu je, aku tengok memang semua budak bawak fail sama je haha sebab ni yang cikgu suggest, tak bagi bawak beg sekolah, takdela beg-beg smingle bagai tu ek :p
So ya hari pertama tu, tak sempat balik rumah dia dah cerita, besttttt sekolah, ada nyanyi-nyanyi, koyak-koyak kertas, makan blablabla sewaktu dengannya haha semoga terus gembira pergi sekolah ye, panjang lagi perjalanan awak, semoga dilindungi Allah selalu dan diberikan kesabaran buat cikgu-cikgu Rayyan. Ameen :)
![]() |
Perasaan Umi of course la mula-mula risau sangat sebab dia selama ni duk rumah je, hari-hari gaduh dengan Umi, kadang sangat sensitif dan manja, tak boleh dibawak bergurau kadang-kadang haha tapi syukur dapat bawak diri, biasalah mak-mak first time happy, gelisah je tunggu dia balik rumah, bila dah balik tu lega sangat hehe, so yaaa tu je lah kenangan pertama kali Rayyan sekolah. Tq yang membaca, ehek :) Now, faham perasaan mak-mak yang mula hantar anak ke sekolah.
Napelah cepat sangat besar ek, Umi rasa awak ni macam baby lagi haha gitulah emm nanti Rania pulak ~ aaa anak perempuan lagi risau ;p
3/04/2022
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2022 Dengan Tema Iftar Together-Gather
Assalamualaikum
Alhamdulillah baru-baru ni, qaseh berkesempatan meraikan preview Buffet Ramadhan di Restaurant Bangi Golf Resort, yaAllah rindunya tempat ni sebab bila Ramadhan tiba je memang di Bangi Golf Resort pilihan qaseh sekeluarga untuk menikmati buffet Ramadhan sebab makanan di sini tak pernah mengecewakan dan harga pun berbaloi.
Seperti yang kita sedia maklum, semenjak pandemik Covid-19 melanda dua tahun lepas, ibarat dunia kita terhenti seketika, tahun pertama Ramadhan seriously memang sedih sangat, rasa sunyi sangat sebab terpaksa berada di dalam rumah sahaja, kebiasaannya qaseh akan balik kampung juga untuk meraikan bulan Ramadhan bersama mak ayah, tapi tu lah semua di luar kawalan kita
Tapi alhamdulillah, tahun 2022 ni bersyukur sangat, ada harapan untuk sambut Ramadhan dan Raya bersama mak ayah, dapat jumpa kawan-kawan, dapat berbuka puasa di luar, dapat menikmati lagi buffet Ramadhan, inshaAllah, hopefully semua berlalu dengan lebih baik
Bertemakan “Iftar Together-Gather”
So yaaa, takmau sedih-sedia, untuk tahun 2022 ni, BGR membawa semangat ‘Balik Kampung’ walau dimana jua kampung kita berada, dan tema BGR tahun ini adalah ‘Iftar Together-Gather’. Untuk tahun ni juga, para chef BGR akan terus membawakan hidangan yang enak dan ramuan yang berkualiti tinggi dan yang bestnya ada hidangan kegemaran sepanjang masa dan juga hidangan baru.
Ni memang makanan kegemaran qaseh lah bila beriftar disini, antara hidangan popular seperti Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Sate, Sous Vide Egg with Mushroom Espuma, Smoked Spaghetti Carbonara dan juga Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce.
Seperti biasa juga, BGR akan menampilkan hasil tanaman segar dari ladang mereka. Chef BGR akan memetik tanaman dan sayuran yang segar dan terus menggunakan bahan-bahan tersebut untuk hidangan Iftar dan tetamu boleh merasai pengalaman menjamu selera yang unik iaitu ‘farm to fork’
Bila bulan Ramadhan mesti kita rindu hidangan-hidangan tradisional, hidangan kampung kan, macam qaseh sendiri tak boleh lari dari budu haha so dont worry, budu pun ado! Siapa yang suka nasi kerabu memang sedap ye di BGR ni, ulam-ulaman pun memang segar yang ditanam sendiri, di sajikan pula bersama ayam goreng, ikan masin, keropok serta sos dan bahan sampingan lain. Warna biru pula memang semulajadi menggunakan Bunga Telang yang juga ditanam sendiri.
Yang paling eksited, tahun ni boleh merasa hidangan baru dan banyak juga ya, antaranya ialah Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchae, Japanese Beef Curry, Tom Yum Seafood, Pad Kra Pao ( Thai Basil Chicken ), Poach Chicken with Thai Suki Sauce, Mee Siam Goreng Meletup, Laksa Singapore, Penne With Creamy Korean Sauce dan Liquid Snickers. Aaaa semua sedap-sedap !
Dan banyak lagi aneka juadah dan pemanis mulut yang ada, so memang sedap dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan, korang wajib cuba semua tau haaa rugi lah tak cuba, qaseh paling suka sup kambing mamak tu, aaa sedap gilos, tak sabar Ramadhan nanti nak datang lagi dan nak makan banyak-banyak haha pastu kenyang tak larat bawak perut :p
Kemudahan
Qaseh kalau datang sini, suka dengan kemudahan yang ada, parkir yang luas sebab ada 800 parkir lot percuma dan ruangan surau yang cukup besar untuk tetamu lelaki dan wanita
SOP
Disebabkan kita masih lagi dalam fasa pandemik, BGR terus mematuhi dan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kapasiti tempat duduk di ruang makan telah dikurangkan sebanyak 50% daripada kapasiti asal untuk memudahkan semua orang mempunyai ruang yang selesa untuk mengekalkan jarak sosial di tempat makan dan juga kawasan buffet.
Yang paling penting, kesemua tetamu BGR wajib lengkap kesemua DOS vaksinasi untuk memasuki premis perniagaan BGR. Pegawai RELA juga ditugaskan disini untuk memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan.
Harga Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort tahun 2022
Buffet Ramadhan BGR akan bermula pada 4hb April 2022 sehingga 1hb Mei 2022.
Harga Bufet Ramadhan adalah bermula dari RM60.00 untuk seorang dewasa dan RM30.00 untuk seorang kanak-kanak.
More Info :
Boleh layari laman web dibawah untuk harga secara berkumpulan dan untuk membuat tempahan, semua harga adalah tertakluk kepada 6% SST
Subscribe to:
Posts (Atom)