Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2022 Dengan Tema Iftar Together-Gather

 Assalamualaikum

Alhamdulillah baru-baru ni, qaseh berkesempatan meraikan preview Buffet Ramadhan di Restaurant Bangi Golf Resort, yaAllah rindunya tempat ni sebab bila Ramadhan tiba je memang di Bangi Golf Resort  pilihan qaseh sekeluarga untuk menikmati buffet Ramadhan sebab makanan di sini tak pernah mengecewakan dan harga pun berbaloi.

Seperti yang kita sedia maklum, semenjak pandemik Covid-19 melanda dua tahun lepas, ibarat dunia kita terhenti seketika, tahun pertama Ramadhan seriously memang sedih sangat, rasa sunyi sangat sebab terpaksa berada di dalam rumah sahaja, kebiasaannya qaseh akan balik kampung juga untuk meraikan bulan Ramadhan bersama mak ayah, tapi tu lah semua di luar kawalan kita 

Tapi alhamdulillah, tahun 2022 ni bersyukur sangat, ada harapan untuk sambut Ramadhan dan Raya bersama mak ayah, dapat jumpa kawan-kawan, dapat berbuka puasa di luar, dapat menikmati lagi buffet Ramadhan, inshaAllah, hopefully semua berlalu dengan lebih baik

Bertemakan “Iftar Together-Gather”

So yaaa, takmau sedih-sedia, untuk tahun 2022 ni, BGR membawa semangat ‘Balik Kampung’ walau dimana jua kampung kita berada, dan tema BGR tahun ini adalah ‘Iftar Together-Gather’. Untuk tahun ni juga, para chef BGR akan terus membawakan hidangan yang enak dan ramuan yang berkualiti tinggi dan yang bestnya ada hidangan kegemaran sepanjang masa dan juga hidangan baru. 

Ni memang makanan kegemaran qaseh lah bila beriftar disini, antara hidangan popular seperti Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Sate, Sous Vide Egg with Mushroom Espuma, Smoked Spaghetti Carbonara dan juga Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce.







Seperti biasa juga, BGR akan menampilkan hasil tanaman segar dari ladang mereka. Chef BGR akan memetik tanaman dan sayuran yang segar dan terus menggunakan bahan-bahan tersebut untuk hidangan Iftar dan tetamu boleh merasai pengalaman menjamu selera yang unik iaitu ‘farm to fork

Bila bulan Ramadhan mesti kita rindu hidangan-hidangan tradisional, hidangan kampung kan, macam qaseh sendiri tak boleh lari dari budu haha so dont worry, budu pun ado! Siapa yang suka nasi kerabu memang sedap ye di BGR ni, ulam-ulaman pun memang segar yang ditanam sendiri, di sajikan pula bersama ayam goreng, ikan masin, keropok serta sos dan bahan sampingan lain. Warna biru pula memang semulajadi menggunakan Bunga Telang yang juga ditanam sendiri.




Yang paling eksited, tahun ni boleh merasa hidangan baru dan banyak juga ya, antaranya ialah Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchae, Japanese Beef Curry, Tom Yum Seafood, Pad Kra Pao ( Thai Basil Chicken ), Poach Chicken with Thai Suki Sauce, Mee Siam Goreng Meletup, Laksa Singapore, Penne With Creamy Korean Sauce dan Liquid Snickers. Aaaa semua sedap-sedap ! 












Dan banyak lagi aneka juadah dan pemanis mulut yang ada, so memang sedap dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan, korang wajib cuba semua tau haaa rugi lah tak cuba, qaseh paling suka sup kambing mamak tu, aaa sedap gilos, tak sabar Ramadhan nanti nak datang lagi dan nak makan banyak-banyak haha pastu kenyang tak larat bawak perut :p




























Kemudahan 

Qaseh kalau datang sini, suka dengan kemudahan yang ada, parkir yang luas sebab ada 800 parkir lot percuma dan ruangan surau yang cukup besar untuk tetamu lelaki dan wanita

SOP

Disebabkan kita masih lagi dalam fasa pandemik, BGR terus mematuhi dan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kapasiti tempat duduk di ruang makan telah dikurangkan sebanyak 50% daripada kapasiti asal untuk memudahkan semua orang mempunyai ruang yang selesa untuk mengekalkan jarak sosial di tempat makan dan juga kawasan buffet.

Yang paling penting, kesemua tetamu BGR wajib lengkap kesemua DOS vaksinasi untuk memasuki premis perniagaan BGR. Pegawai RELA juga ditugaskan disini untuk memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan. 

Harga Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort tahun 2022

Buffet Ramadhan BGR akan bermula pada 4hb April 2022 sehingga 1hb Mei 2022. 

Harga Bufet Ramadhan adalah bermula dari RM60.00 untuk seorang dewasa dan RM30.00 untuk seorang kanak-kanak.

More Info :
Boleh layari laman web dibawah untuk harga secara berkumpulan dan untuk membuat tempahan, semua harga adalah tertakluk kepada 6% SST


2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. The spread of food here looks delicious and more importantly it is affordable. :)

    BalasPadam
  2. Menarik juga menu-menu buffet ni.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama