3/30/2018
Summer & Peach | Bralette Berjenama dari Seluruh Dunia
Holla girls ! Jom gossip-gossip tentang kecantikan dalaman hari ni haaa , hari tu ada buat sedikit survey di facebook untuk mengetahui sejauh mana kaum hawa ni tahu jenis-jenis pakaian dalam yang mereka sendiri pakai , so kebanyakannya tak semua tahu bra ni banyak jenis dan fungsi , termasuk qaseh sendiri haha .. Selama ni qaseh fikir , bra ni semua sama sehinggalah ada anak ni baru tahu kewujudan ''bf bra'' dan yang paling loser adalah bra jenis bralette , wow apakah itu bralette girls ?
Tapi bila lelaki komen bra pun ada boyfriend ~ haha so funnieh men ! ''bf'' stand for breastfeeding bra okay , tapi qaseh tahu lelaki tu pura-pura naif , coz uols know lelaki lagi power bab ni right ? ha ha ha
Apa itu ''Bralette'' ?
Bralette ni dalam kategori bra yang jenis tiada kawat / wire dan padding yang tidak terlalu tebal dan juga tiada padding , kualiti bralette ni pun di buat dari bahan yang lembut , lace , jaring dan sebagainya ..Ianya juga adalah fashionable innerwear yang lebih classy dan banyak design yang menarik dan lebih sexy . Bagi budaya barat , bralette ni jadi sebahagian dari fesyen mereka cuma untuk malay people ada batasan juga dalam berfesyen , tunjuk kat suami je tau :p
Bralette ni dalam kategori bra yang jenis tiada kawat / wire dan padding yang tidak terlalu tebal dan juga tiada padding , kualiti bralette ni pun di buat dari bahan yang lembut , lace , jaring dan sebagainya ..Ianya juga adalah fashionable innerwear yang lebih classy dan banyak design yang menarik dan lebih sexy . Bagi budaya barat , bralette ni jadi sebahagian dari fesyen mereka cuma untuk malay people ada batasan juga dalam berfesyen , tunjuk kat suami je tau :p
Tapi kadang-kadang tak tahu nak dapatkan di mana kan ? So hari ni qaseh nak share tentang satu website online yang menjual bralette yang sangat cantik dengan design mewah dari pelusuk dunia , kat sini korang boleh dapatkan pelbagai pilihan bralette dan of course lah qaseh pun dapatkan juga untuk diri sendiri di www.summerandpeach.com
Summer & Peach merupakan kedai online pertama di Malaysia yang menjual bralette yang berjenama dari seluruh dunia . Summer & Peach membawa jenama mewah dari New York , Italy , Eropah dan lain-lain , dan setiap design yang di berikan adalah ''homemade'' yang berkualiti tinggi ,so mereka memfokuskan bralette yang tidak mempunyai wayar tapi memeluk lengkungan semulajadi kaum hawa dengan selesa
Korang boleh pilih pelbagai design bralette sama ada yang padded/unpadded , konfirm jatuh cinta , selain tu terdapat juga bralette untuk ibu mengandung , aksesori bra , panty liner , premium sanitary pad , pms starter kit dan banyak lagi di www.summerandpeach.com , check it out ok !
Design cantik sangat , tetiba rasa sayang pulak nak pakai heheh , okay rasanya tak salah kot qaseh nak share dengan korang semua betapa selesanya memakai Luna Padded Bralette ni . Bila mencuba bralette ni memang berbeza sangat dengan bra jenis lain yang qaseh selalu pakai untuk harian lebih-lebih lagi push up bra , sebab push up bra dengan kata mudahnya ''span je lebih'' so fake dan sangat tak selesa sebab ia menolak breast untuk up , mendada sangat uols , tapi bralette ni akan buatkan kita jadi diri sendiri , pakai sesuatu yang mengikut ukuran natural apa yang kita miliki ..
Di bahagian belakang , ada satu cangkuk je but dont worry because bralette ni sangat elastik so ia tetap mengikut lengkungan breast kita walaupun tiada wire untuk memberi sokongan . Satu lagi kan bila pakai bralette ni rasa macam lebih perempuan je hahaha (sebab bila pakai bf bra macam mak-mak) , terasa aura lembut seorang wanita , yakin , selesa , jadi diri sendiri , konfiden dan of course nampak lebih seksi tapi still lah rasa malu nak pakai depan husband kahkah what the heck kan ! *okay , abaikan *
Stardust panty - bila dah pakai bralette mesti lah nak juga match-match gitu kan haa , comel je .. so korang boleh juga beli satu set terus , lagi jimat dan berbaloi . Tak sesuai lah uols dah pakai bralette takkan tak nak matching dengan panty berlace jugak kan , this one also super comfortable dan cantik design nya ! Okay mungkin ada yang tertanya , tak gatal ke sebab kain lace ? serius tak rasa gatal langsung sebab lace ni berkualiti kainnya ye sayang-sayang
Jika korang fikir cili itu sangat HOT , bralette ni MORE HOT tau ..
Secara ringkasnya banyak kelebihan bralette ni yang korang kena tahu :
- Selesa - bra yang tidak ada cup dan wire sangat selesa sebab ia tidak menyakitkan dan terasa ketat , so breast lebih mudah bernafas dan bebas bergerak tanpa rasa tertekan
- Trendy - untuk yang berani , boleh di gayakan bersama kemeja nipis , atau blazer sebagai fashion
- Tidak Panas - Bila berada di luar dan berpeluh kadang-kadang sangat tidak selesa kan , then mula la rasa rimas , dengan cuaca yang panas , bralette tidak membuatkan korang berpeluh
- Sesuai untuk menyusu - walaupun bralette ni bukan bf bra , tapi senang untuk menyusu sebab tiada cup / wire , dengan kata lain mudah nak selak
Selain dari bralette , Summer&peach juga terdapat maternity bra , shorts , croptops , panties , loungewear dan juga aksesori - bra , sanitary pad , panty liner dan banyak lagi lah . Korang usha sendiri okay , tapi qaseh tertarik dengan PMS starter kit sebab complete satu set lengkap dan sangat-sangat penting bila datang period
PMS starter kit ni selain untuk kegunaan sendiri , rasanya sangat-sangat sesuai untuk di jadikan hadiah kepada kawan perempuan / bff korang sebab memang setiap perempuan akan mengalami period kan , so hadiah sebegini pun mampu membuat kawan korang rasa terharu dan lebih di sayangi .. thanx to me later sebab bagi idea bijak ni kan haaa why not haaaa
Apa yang terkandung dalam PMS starter kit ni ?
💛 1 x PMS Leakproof Basic Panties 3-Packs (Boleh pilih saiz sendiri )
💛 1 x Beboldz 1-Month Premium Sanitary Pads
💛 1 x Beboldz Premium Panty Liners
💛 1 x Happy Tummy Warm Pouch
PMS Leakproof Basic Panties 3-Packs
Istimewanya leakproof panties ni , korang dah boleh ucap selamat tinggal kepada kebocoran bila period dan juga lepas bersalin , sebab seluar dalam ni mempunyai lapisan kalis air dari depan , belakang hingga ke pinggang ,so bila bocor lapisan tu menyerap . Kadang-kadang hari pertama dan kedua memang sangat banyak pengeluaran yang berlaku right , kita pun tak terjangka kebocoran akan berlaku jadi seluar dalam ni akan menyelamatkan kita semua yeahh ! Kualiti kain pun sangat best yang bersifat hypoallergenic yang mana akan membuat kan kita selesa , kering dan sejuk sepanjang hari ~
Tertarik sangat dengan Beboldz Premium sanitary pads ni , sebab ia di rumus khas di Korea dengan teknologi dan kualiti yang tinggi , Be Bolds mempunyai jalur anti bakteria yang biasanya memang kita tidak akan jumpa di mana-mana kedai , dengan segala ciri-ciri premium yang ada pada pad ni terasa di jaga dan dilindungi sepenuhnya di waktu period so korang jangan risau masalah kebocoran , gatal , ketidakselesaan dan jangkitan bakteria dapat di atasi ~
Kelebihan Be Boldz Premium Sanitary Pad
- Anti bakteria dengan 7 lapisan perlindungan
- Bebas dari fragrance & bleach
- Teknologi Anti-Leak untuk penjagaan di waktu malam
- 5x penyerapan untuk kesegaran sepanjang PMS
- Kualiti bahan dari kapas yang berpremium
Selain dari sanitary pad , Be Boldz juga tersedia dengan panty liner , sangat memerlukan juga bagi wanita yang mana bermasalah dalam keputihan , seeloknya cari lah panty liner yang sesuai supaya tidak timbul masalah lain , Be Boldz Panty Liner juga banyak kelebihan untuk kita
5 Kelebihan Panty Liner Be Bolds
- 5 lapisan perlindungan ultra
- Anti bakteria dan menghilangkan bau
- Anti keradangan & bleach free
- 5x penyerapan untuk kesegaran
- Material dari bahan kapas yang berpremium tinggi
Happy Tummy Warm Pouch
Qaseh bukan dalam kategori hardcore period pain tapi dalam waktu period ni memang sangat memerlukan air suam , ais takkan minum sebab ia memang akan menyebabkan kesakitan ! Bila tengok Happy Tummy Warm Pouch ni , terus terjerit dalam hati , aaaa i really need this ! First impression sebab ia warna pink dan comel haha tapi serious korang wajib ada nidi waktu PMS , ia lebih kurang macam tungku tapi mudah di bawa dan di gunakan
Caranya mudah sangat , hanya masukkan air suam dalam ni , ia boleh bertahan selama 1 jam .
So girls , jom ubah apa yang biasa kita pakai dengan sesuatu yang lebih menyelesakan , lebih-lebih lagi bila berada di rumah , kita bebas memakai apa sahaja kan tapi dalam masa yang sama ia akan membuatkan kita lebih cantik dan menghargai diri sendiri .. Orang kata kat rumah kena cantik-cantik nak pikat suami , qaseh rasa dengan bralette ni korang akan jadi perempuan yang tercantik untuk suami korang.. auchh so sweet !
TQ so much Summer&Peach kerana membuat sesuatu untuk kami wanita , terasa lebih di hargai
''For Women , By Women With 💗
More info :
Website : www.summerandpeach.com
Facebook : www.facebook.com/summerandpeach/
Instagram : www.instagram.com/summerandpeach/
''For Women , By Women With 💗
More info :
Website : www.summerandpeach.com
Facebook : www.facebook.com/summerandpeach/
Instagram : www.instagram.com/summerandpeach/
3/28/2018
Dashing Sport | Untukmu Wahai Lelaki Aktif
Assalamualaikum ..
Holla lelaki-lelaki maskulin , hehe maskulin tapi kalau tak berapa nak wangi perempuann tak mau dekat tau :p , jadi kali ni aku nak share eau de toilette dan deodorant yang memang menggegarkan jiwa raga dengan bauan nya , fuh ! Tak lain tak bukan jenama yang memang semua orang tahu , iaitu DASHING .

Bagi peminat tegar Dashing , berita best buat kalian sebab Dashing telah mengeluarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif , iaitu Dashing Sport . Bestnya jadi lelaki aktif , siap ada wangian khas lagi haaa , so Dashing Sport ni memang memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan wangian dan deodorant yang segar , maskulin dan sesuai dengan kehidupan aktifnya
Jika korang rasa bermasalah untuk mengatasi masalah bau badan sebab always aktif dalam kehidupan seharian , Dashing Sport ni pilihan yang bijak untuk korang semua kerana ia mempunyai aura keyakinan dan sifat maskulin namun masih mengekalkan ciri-ciri moden , ia juga mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma sporty dan gaya ranggi
Untuk aku sebagai perempuan , wajib lah ada minyak wangi dan juga deodoran . Dua benda ni ibarat isi dan kuku , so bagi lelaki aku rasa dua benda ni pun sangat penting kan sebab deodorant dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala minyak wangi pula memberikan wangian yang tahan lama dan segar sepanjang hari . Oleh sebab itu dua benda ni penting tapi jangan tersalah pilih yang tidak tahan lama dan membantu
Untuk pengetahuan korang , sekarang yang sudah ada di pasaran adalah Dashing MCFC Ultimate Kick dan Hattrick (warna biru dan hitam) , kali ni 2 variasi baru ialah Hitman (warna hijau) dan Golden Boot (warna kuning) yang terdiri daripada deodoran semburan badan dan Eau De Toilette
Semburan deodoran Dashing Sport bukan sahaja memberi perlindungan selama 24 jam tapi juga memberi manfaat 6 dalam 1 yang berkesan mencegah bau badan , ia juga mengandungi anti bakteria , formula cepat kering , tidak meninggalkan kesan di pakaian dan kulit , serta memberi haruman dan kesegaran berpanjangan
- Dashing Sport Hitman
Hitman di cipta untuk lelaki aktif yang selalu bersedia untuk ke mana sahaja , dengan aroma Citrus dan Ice Cucumber , di ikuti dengan Sichuan Pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood menjadikan daya tarikan yang sememangnya meningkatkan keyakinan diri setiap lelaki aktif
- Dashing Golden Boot
Aroma Golden Boot pula lebih ke arah wangian Musky dan menggoda , aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai , manakala kombinasi Kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat di lupakan , wow ! bahaya ni duduk dekat-dekat haha takut tergoda pulak nanti :p
Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
Assalamualaikum
Jerawat ? Ewwww , hehe hari ni aku nak share satu produk yang bagus untuk menghilangkan jerawat , untuk kondisi muka aku sebenarnya aku tidak mengalami masalah jerawat yang teruk , tapi pada bulan-bulan tertentu jerawat tu akan hadir , kadang-kadang jerawat ni kan berkait rapat sangat dengan keadaan hormon kita ye .. Walaupun timbul sebiji dua , rasa macam mencacatkan muka je sobssss , dah la datang tanpa di undang lepas tu meninggalkan kesan parut pulak ! Siapa je tak stress kan ?
Tapi sesetengah yang mengalami masalah jerawat ni suka sangat picit-picit ! Pantang betul kalau orang suka picit-picit jerawat ni , sebab kuman tu akan merebak ke tempat lain pula . Sebab tu aku tak pernah picit jerawat melainkan biar dia mengeras dan hilang sendiri .. If korang mengalami masalah jerawat yang teruk ataupun selalu singgah di wajah , aku suggest korang cuba Eucerin ProAcne A.I. Clearing Treatment.
Apa Kelebihan Eucerin ProAcne ni ?
Ia sebenarnya memang dah di uji khas untuk membersihkan liang pori yang tersumbat , mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat dan juga mengekalkan kelembapan kulit sebab ia mempunyai
💛 10% Hydroxy Complex , kombinasi 3 ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik) , BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit , membersihkan pori , mengurangkan bakteria penyebab jerawat dan meninggalkan sisa kulit mati
💛 Licochalcone A , bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah
💛 Dexpantheol , yang terhasil dari vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar
Cara Penggunaan EucerinProAcne
Korang sebaiknya menggunakan pada waktu malam , sekali sehari . Caranya amik sedikit kemudian urut perlahan di wajah korang . Tekstur nya tak melekit langsung bila di apply pada wajah dan cepat meresap , muka pun jadi lembut dan bau wangi.
Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari je !
Yang bestnya bila baca review orang lain tentang Eucerin ProAcne ni , semua bagi kesan yang positif lebih-lebih lagi katanya perubahan berlaku dalam masa 2 minggu sahaja , dan mengambil masa hanya 8 minggu untuk mendapatkan kulit yang mulus , Eucerin ni bukan hanya boleh rawat jerawat je , tapi dalam masa yang sama masalah bintik hitam , bintik putih di wajah juga dapat di atasi ~
Contest Cabaran Bebas Jerawat dalam Masa 14 Hari .
Disebabkan review yang sangat positif pihak Eucerin tengah mengadakan contest dan hadiah pun lumayan tau korang ! Cara nya pun sangat mudah , hanya 2 langkah
- Ambil gambar kulit korang pada hari pertama dan hari ke - 14 selepas penggunaan selama 14 hari
- Poskan gambar sebelum dan selepas korang , dan kongsikan di laman facebook dengan hashtag #EucerinProAcne
(Hadiah utama akan memenangi produk Eucerin bernilai RM5000 , tempat ke dua akan memenangi produk Eucerin bernilai RM2000 dan 5 pemenang bertuah akan memenangi produk Eucerin bernilai RM1000 setiap seorang
Sahut Cabaran Eucerin !
Dah alang-alang kan , haruslah masuk jugak contest dari Eucerin ni , so far pengalaman aku sendiri bila mencuba produk EucerinProAcne ni , aku suka dengan tekstur dia sebab tak melekit langsung walapun warna dia sangat sesuatu haha gurau je :p , bila sapu ke seluruh wajah cepat meresap dan terasa kulit wajah lebih lembut , apply sedikit pun dah cukup memadai
Sebelum dan selepas penggunaan Eucerin , jerawat dah takde tanpa meninggalkan parut , yeahh ! Bagus sangat produk ni korang .
Kebetulan hari tu , ada seketul jerawat naik di tepi hidung , so terus apply produk Eucerin ni . Jerawat memang cepat kecut dalam masa 3 hari je hingga ia betul-betul hilang , memang suggest sangat untuk korang cuba cuma dalam waktu yang sama aku nak hilangkan bintik putih dan hitam yang ada ni haa ~ so far alhamdulillah dalam masa 14 hari boleh nampak perubahan yang berlaku , tq so much EucerinProAcne !
Selain dari EucerinProAcne ni korang boleh dapatkan juga pencuci muka , pelembab , skrub , serum dan pelembab siang , korang boleh dapatkan di seluruh farmasi yang terdekat dengan harga yang di syorkan iaitu RM62 , dan kini tersedia dalam packaging baru
Untuk Maklumat Lanjut :
Web : www.eucerin.my
Facebook : www.facebook.com/EucerinMy
3/24/2018
99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
Assalamualaikum
99 Wonderland Park | Taman Rekreasi Baru di Tasik Sri Murni , Selayang. Bila husband ajak berjalan , aku ON je haha so kali ni aku nak share cuti-cuti bujet di 99 Wonderland Park , kenapa aku kata bujet ? Sebab masuk sini tak perlu bayar tiket , ianya percuma sehingga 14 April 2018 bagi semua pemegang MyKad . Meh tengok apa yang best di sini .

Sebenarnya aku baru tahu kewujudan Taman Wonderland 99 ni , tu pun husband yang bagitahu , terus google cari info dan baca apa yang best di sini , lepas tu bila tengok gambar-gambar menarik yang orang lain kongsikan , terpegun pulak tengok keindahan lampu led yang di pasang di waktu malam . Memang cantik sangat .. so apa lagi , terus plan ke sini .
Sebelum tu plan nak datang ke sini hari Ahad , tapi bila fikir-fikir balik mesti ramai gila sebab orang tak kerja , its weekend ! Jadi terus ubah fikiran untuk datang pada hari isnin , konon nak gerak awal sebab katanya parking sangat limited , tapi rupa-rupanya datang hari isnin weh ramai gila so parking kereta tepi jalan je , mungkin sebab orang dah mula cuti sekolah tu yang berduyun-duyun manusia weh ~
Jadi apa yang best di 99 Wonderland Park ni ? Untuk pengetahuan korang , dulu kawasan ni adalah sebuah kolam tadahan yang terbiar , so projek ni memakan masa selama 2 tahun untuk siap dengan kos sebanyak 18 Juta , gulp ! telan air liur dengar kos nya .. Jom tengok apa yang ada dan aktiviti apa yang boleh di buat di 99 Wonderland Park ni
Bagi aku yang dah pergi dan merasai sndiri pengalaman datang ke sini , tempat ni luas juga tapi jangan terlalu meletak harapan yang terlalu tinggi lah ye , cuma untuk santai-santai lepak , bawa anak mengenali haiwan dan menggembirakan mereka should be okay sebab anak aku nampak gembira dan tak meragam nak balik heheh
- 99 Cruise Ride
- Mini Zoo
- Zodiak Zon
Abah ~ nak naik kerbau !
- Golden Waterfall
- Kolam Itik
Kat sini selain dari spesies burung , ada juga itik dan juga ayam sedang bermandi manda di tasik ni haaaa ..
- T-Rex Ring
- Miracle Bridge
- Kemudahan yang ada kat sini , ada kios-kios yang menjual minuman , dan food truck .. Datang sini konfirm lapar punya lah sebab kawasan ni agak luas jugak untuk berjalan-jalan .. Harga not bad lah , boleh lah untuk mengisi perut kelaparan
- Kemudahan toilet dan juga surau ada di sini - agak kecil untuk menampung orang ramai so terpaksa menunggu agak lama .
Pemandangan Indah di Waktu Malam di 99 Wonderland Park
Bila dah makin senja , lampu-lampu pun mula di pasang . Kat sini waktu malam memang cantik sebab semua di letakkan lampu-lampu led , dari pokok , pagar-pagar di atas jambatan , semua lah memang di penuhi lampu led so memang cantik lah
Hati Berbicara :
Berbaloi tak datang sini ? Bila anak gembira semuanya berbaloi , lagi pula free so berbaloi lah haha , tak tahu lah harga tiket ni nanti berapa , so sementara free hingga 13 April nanti datang lah kat sini yeeeee , cuti-cuti sekolah tak tahu nak pergi mana , sini okay jugak .. just kempunan tak dapat naik bot huwa-huwaa papepun mungkin nanti banyak lagi penambah baikan yang akan di buat .. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)