5/23/2020

Bila Blog Kena Virus Malware ! Moh Tukar Baju Raya Blog

Assalamualaikum

Sedang syok paksa member  masuk blog HAHA kena paksa gitu, tiber bampih cakap blog aku kena Covid, haaa sudah ni yang malas nak menggodek ni, ikutkan hati malas betul nak godek-godek sebab memang ambil masa yang lama kalau nak cari tang mana nak kena buang. 

Tak tau laa apa function gambar ni, boleh la dikatakan [gambar sekadar hiasan]


Ingat nak biar dulu, tapi stress pulak rasa selagi tak fix isu ni, dulu pernah jugak lah kena, aku tak tahu apa kesan dia pada blog tapi semak lah, bila masuk je dia terus link ke web-web lain. Dulu, bila kena je malware ni, aku terus buang segala apa yang ada di sidebar, kebiasaannya dari bloglist or html code.

Tapi disebabkan malas nak buang satu-satu, terus aku tukar satu template ni haa alang-alang nak beraya ni, kita pun tukar lah jugak baju raya untuk blog, bagus jugak lah tiber virus ni masuk sebab macam dah lama abaikan perasaan blog sendiri, kalau blog ni manusia dah lama merajuk membawa diri :p 

Dari perasaan malas sebenarnya lagi mengambil masa yang lama bila tukar template baru sebab macam-macam nak kena setting balik. Ahhh lantaklah ~ aku syayanggg blog aku ni okie. 


So kebiasaannya, bila nak cari template baru ni memang sangat bermasalah lah bagi aku, sebelum ni template warna pinky-pinky gitu. Simple tapi teratur dan sedap mata memandang, tapi dah boring kan, kita cari template yang lebih pastel, lebih soft macam tuan dia kikiki

Website yang aku suka cari template (di baca : beli template) adalah di website Etsy. Nak yang free pun banyak tapi kebanyakannya tak memuaskan hati, warna tak ngam aaa dengan jiwa. So di Etsy ni, macam-macam jenis adooo, dan harga template kat Etsy ni takdelah mahal sangat, sebab boleh cari yang murah. 

Template sebelum ni pun aku beli di Etsy jugak, agak pricey yang tu, tapi untuk template ni murah je, dalam RM30 lebih macam tu, lagipun senang je nak install dan ada instruction  lengkap lagi, kalau tak faham boleh chat seller walaupun dari oversea, peramah okay. Seller mestilah peramah khennn!! 

Search je template blogspot, banyak boleh pilih


So tadaaaa, ini lah dia template baru www.qasehdalia.com, awww so comel macam tuannya haha alah jangan lah nak annoying sangat, banyak benda lagi nak kena setting balik, bloglist dengan page aaa paling penat, tapi takpe aku cuba letak slow-slow okay, wajib letak sebab depa letak blog aku dalam blog depa walaupun tengok pun tak kakaka

Ni template yang aku pilih, jangan nak tiru eh

Tapi aku dah ubah ikut citarasa aku sendiri, boleh nak edit balik. Yang senang-senang je la mampu ubah, bab coding memang maleh nak godek haaa, tukar bab warna je la pandai hee, macam yang sedia ada tu, background dia warna putih, tapi aku tukar pink pastel sikit. Gituuu

okay so setakat tu saja lah coretan kali ni. Eh okay ke tu beraya tak balik kampung ? Haa padan muka kita semua, ni si Covid punya pasal eeeee. Adios! 


5/20/2020

Shopping di PG Mall dan Nikmati Tawaran Cashback 20% dengan Maybank QRPay

Assalamualaikum,

Hai korang, ni nak cerita hari tu suami qaseh sibuk suruh daftar satu platform ni, mula-mula qaseh ignore je sebab ingatkan apa benda la, sebab kadang dia share benda yang qaseh tak berapa minat haha lepas tu dia duk kecoh lah murah-murah jugak barang kat sini sayang, aduhhh tempat shopping online rupanya, terus laju qaseh terjah, haa nak tau tak apa?




Rasanya semua dah tahu kot, sebab ramai juga kawan-kawan qaseh share di social media masing-masing, platform shopping online iaitu PG Mall, https://pgmall.my/ mesti rindu kan korang nak masuk Mall ? hihi so bolehlah lepas rindu masuk PG Mall je haa, tak perlu nak pakai mask, sanitizer bagai. Selamat dari Covid-19

Untuk pengetahuan korang, platform PG Mall ni dah lama tau, sejak 2017 lagi, PG Mall adalah platform perdagangan (E-Commerce) No.1 Malaysia dan satu-satunya e-commerce tempatan di Malaysia. PG Mall di sokong oleh PG Group. Bukan calang-calang juga ye PG Mall ni sebab ia tersenarai sebagai TOP 3 Most Visited Online Marketplace di Malaysia oleh iPriceinsight, boleh baca di sini https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/



Yang tak tahu lagi boleh lah download PG Mall sekarang ye di telefon pintar masing-masing , sebab qaseh nak share benda menarik untuk korang, dan banyak sangat promosi-promosi best yang sedang berlangsung. Bab barangan pulak, macam-macam ada dengan pelbagai kategori dari barangan rumah, makanan, gadjet dan banyak lagi.

Maybank QRPay 20% Cashback X PG Mall

One more thing, apa yang qaseh suka dengan PG Mall ni sebab ia ada tawaran cashback gais! Qaseh memang suka shopping dengan platform yang ada cashback ni. Cachback ni bila kita shopping kita akan dapat balik duit kita tu haaa, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, duit cashback ni boleh withdraw juga tau.


Jadi jom bijak berbelanja di PG Mall, sebab sekarang PG Mall ada tawaran Maybank QRPay Cashback / Mae, yang mana bila kita bayar menggunakan Maybank QRPay ni kita akan dapat pulangan balik duit kita sebanyak 20 % terhad RM20 dengan pembelian minimum RM30. Yang bestnya lagi, dalam sebulan kita boleh dapat cashback sebanyak dua kali sepanjang kempen.

Kempen Maybank QRPay Cashback 20% X Pg Mall ni bermula dari 4/5/2020 - 26/6/2020. Jadi ni memang durian runtuh oii PG Mall bagi kat kita. 2 kali X RM20. So RM40 per maybank acc. Pastikan korang ada Maybank QRPay / Mae okay untuk menikmati tawaran best ni!

PG Mall berkonsepkan ConsuMerchant


ConsuMerchant ni adalah kata hibrid yang berasal dari Consumer dan Merchant yang bahasa mudahnya ConsuMerchant ni ialah berkongsi keuntungan antara pembeli dan penyedia platform PG Mall. Kiranya, kita akan dapat cashback tanpa memerlukan modal apa-apa bila mana ada pembelian diri sendiri atau orang lain yang mendaftar dibawah rangkaian kita.

Macamana caranya ?

Shop. Share. Earn


Senang je nak buat duit dengan PG Mall ni, bila kita mendaftar dan membeli di PG Mall kita akan dapat referral link yang mana kita boleh share link tersebut kepada kawan-kawan, keluarga dan sesiapa sahaja. Bila mereka mendaftar dan membeli dengan menggunakan referral link tu, kita akan dapat pulangan sehingga 3.5% dari jumlah pembelian referral link dari kita, so kalau ramai orang yang menggunakan referral link dari kita, makin banyak lah pulangan/ hasil yang kita akan dapat

Setiap pembeli di PG Mall akan mendapat referral link masing-masing, tugas kita hanya share sebanyak mungkin referral link tersebut. Haa faham tak? Beli, kongsi dan dapat duit.

Melalui referral link tu, setiap pembeli akan menerima pulangan tunai atau cashback sehingga 3.5%. Banyak oiii , sape nak bagi ? Dari korang shopping tak dapat pulangan apa-apa, better la dapat cash back.

Untuk ganjaran-ganjaran semua ini akan berterusan selagi korang dan referral korang terus shopping di PG Mall. Thats why, ia dipanggil Cashback Selamanya :) More info tentang konsep ConsuMerchant ni boleh refer link https://pgmall.my/consuMerchant-concept/ 

Jom Shopping Di PG Mall ! 

Qaseh suka masuk Pg Mall punya website ni sebab ia sememangnya mesra pengguna, senang nak shopping dan semua kategori ada, nampak kemas dan teratur. Sebenarnya banyak gila tawaran-tawaran menarik sedang berlangsung sekarang, dah nak raya ni, memang masa yang terbaik untuk shopping ! Jangan lupa share referral link kepada semua, sambil shopping sambil jana income! 





 Website: www.pgmall.my 
Facebook: PGMallOfficial , https://www.facebook.com/PGMallofficial/
Instagram: PGMall.my , https://www.instagram.com/pgmall.my/


 #PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #MaybankQRPayCashback #Maybank2u #Maybank #ShopOnline # Shopfromhome



5/18/2020

Cara Mudah Membuat Pembayaran Zakat Secara Online Melalui eZakatPAY

Assalamualaikum,

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua, Alhamdulillah walaupun tahun ni kita berpuasa dalam keadaan yang berbeza disebabkan oleh Covid-19, puasa tetap puasa ye, menahan diri dari lapar dan dahaga, cuma tak dapat nak berjemaah dan bertarawih di masjid, tapi kita masih boleh melakukan di rumah, terlalu banyak hikmah yang mungkin kita baru sedari, kan ?




Bercakap soal ibadah puasa ni, jangan lupa melakukan kewajiban kita iaitu membayar zakat fitrah, haaa bagi yang belum lagi membayar zakat sebab takut untuk keluar atau pun terhalang dengan perasaan was-was untuk membayar zakat secara online, haa korang jangan risau sebab zakat fitrah boleh di bayar melalui kaedah online

Islam itu mudah,walaupun tak dapat bersalam dengan amil, zakat korang tetap diterima dan sah, lagi mudah kan, alhamdulillah suami dah bayar zakat, kalau dulu ayah yang bayarkan, sekarang suami lah pulak hikhik :p


Pengertian Zakat Fitrah Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. 
Syarat Sah Wajib Zakat Fitrah

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
3. Memeluk islam sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan islamnya
4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Kadar Zakat Fitrah Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasan Agama Negeri-Negeri

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

1. Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu syawal
2. Waktu Afdal : Sebelum sembahyang hari raya
3. Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu Makruh : Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu syawal
5. Waktu Haram : Selepas terbenam matahari satu Syawal


Cara Buat Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online


Okay, ada beberapa cara yang korang boleh buat pembayaran secara online, antaranya boleh menggunakan eZakatPAY, Perbankan Internet dan Applikasi GoPAYZ dan Boost tapi qaseh lebih suka melalui eZakatPAY ni.




1. eZakatPAY

eZakatPAY ni sangat mudah ye, satu kaedah pembayaran zakat secara online yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor ( www.zakatselangor.com.my ). Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara online yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor.

Caranya, layari lama web https://fpx.zakatselangor.com.my 

1. Isi butiran penuh, semak semula butiran dan tekan ‘’Bayar Sekarang’’
2. Pilih kaedah pembayaran : FPX atau JomPay
3. Pilih bank serta mendaftar masuk. Buat pembayaran penuh
4. Simpan resit pembayaran

Nampak tak mudah sangat kan nak bayar, jangan lupa okay kewajiban kita, dan jangan tangguh-tangguhkan lagi, kalau boleh bayar cepat-cepat supaya tidak terlupa.

2. Applikasi E-Wallet




Applikasi ni korang kena download di appstore / playstore di telefon masing-masing, ada dua pilihan untuk membuat bayaran zakat yang korang boleh pilih
  • GoPayz
  • Boost



Elektronik Zakat Online (EZO)


Bagi korang yang ingin menyemak salinan bayaran zakat secara atas online pula, korang boleh menyemak di platform Eletronik Zakat Online (EZO). Platform ini bertujuan untuk pembayar zakat menyemak bayaran zakat sepanjang tahun, mencetak penyata zakat dan mengemaskini maklumat peribadi. Golongan asnaf juga boleh mendaftar dan membuat semakan status bantuan

Hadiah Menarik Buat Pembayar Zakat


Okay one more thing, berita baik buat pembayar zakat, sepanjang Ramadhan ni terdapat banyak hadiah menarik menanti korang haaa best tu, dan pemenang akan dipilih berdasarkan e-cabutan bagi semua kategori pemenang yang ditetapkan.

Cara-cara penyertaan :
1. Taksir dan tunaikan zakat
2. Imbas QR code atau klik link https://bit.ly/2LqMOIL
3. Jawab dua soalan mudah



Nah senang sangat kan nak buat pembayaran zakat secara online, no more alasan untuk tangguh atau tidak membuat pembayaran, jangan lupa tunaikan kewajiban kita sebagai orang Islam, dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain, jom kita tolong golongan yang kurang berkemampuan. Semoga ALLAH redha dan merahmati kita semua :)


5/04/2020

Resepi Puding Marble Mudah dan Sedap

Assalamualaikum semua. Semoga sihat selalu, jangan stress-stress okie, jangan putus doa dan harapan semoga Malaysia kembali pulih, rindu sangat kehidupan normal :( 


Hari ni aku nak share resepi Puding Marble, macam tak percaya je aku makin rajin buat kuih / dessert ~ mana tak nya, screenshot laki penuh dengan resepi je ehehe tapi qaseh takde mood buat sorang, biasa laki cuti baru rajin nak buat apa-apa, projek laki bini gitu.

Jadi, hari ni aku rajin lah sikit nak share dalam blog, kali ni aku cuba buat Puding Marble, memandangkan tak perlu alat memasak yang mahal-mahal atau pun renyah so aku rajinlah buat hihi hanya guna blender je uols.

Resepi Puding Marble Mudah Sangat !

Bahan-bahan A
  • 10 gm agar-agar (qaseh guna agar-agar tali, biasa dalam paket tu dalam 20gm, so qaseh potong separuh. Lagi senang guna je agar-agar serbuk)
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir


Bahan Kisar ( qaseh guna blender je)
  • 2 biji telur
  • 4 keping roti (carik-carikkan)
  • 3/4 cawan susu cair
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan air


Bahan lain
  • 2 sudu besar serbuk koko (cairkan dengan sedikit air panas)
  • 1 sudu besar mentega (qaseh guna buttercup)
  • 1 sudu kecik esen vanilla


Cara-cara buat Puding Marble
  • Didihkan bahan A , masukkan air, agar-agar dan gula, kacau hingga agar-agar dan hancur dan sebati, if agar-agar bertali lambat sikit, tapi kalau guna yang serbuk sekejap je.
  • Bila dah sebati semua, masukkan bahan yang sudah dikisar, kacau hingga sebati dan biarkan ia mendidih
  • Bila sudah mendidih, masukkan mentega dan esen vanilla, kacau hingga sebati dan pastikan tidak berketul

  • Tutup api, bahagikan kepada dua bekas

  • Salah satu bekas, masukkan serbuk koko yang telah dicairkan, kacau hingga sebati hingga semua berubah bewarna koko.

  • Sediakan dulang, cedukkan satu senduk yang tanpa berwarna, kemudian letak pula satu senduk yang berwarna koko di tengah-tengah bahagian yang berwarna putih, selang selikan dan ulang sehingga habis

  • Akhir sekali, sejukkan puding di dalam peti ais
  •  Bila dah keras, siap dihidang dan makan !


Sebenarnya ni first time buat so rupa dia tak berapa cantik hahaha tangan kejung bab hias-hias ni , tapi bila potong, cantik je kejadiannya. Puding ni sedap sangat, rasa lemak manis. Laki aku suka hikhik selamat mencuba !