10/30/2018
Ayam Kampong Penyet Lagi Dasyat Rasanya di Dapur Penyet
Assalamualaikum
Tetiba tekak teringin nak makan ayam kampung di Dapur Penyet di IOI City Mall Putrajaya , sebab sekarang memang tengah HOT dengan ayam kampung . Seingat aku memang dah lama tak makan ayam kampung ni , eeee macam taak sedar diri dah lah orang kampung tapi asyik makan ayam bandar je kahkah !
Hey , bukan tak makan ayam kampung tapi bukan senang tau nak dapat menu ayam kampung sebegini , but dont worry be happy gais di Dapur Penyet ni segala menu ayam kampung adoooo , haaa terimbau balik kenangan tangkap ayam kampung dulu-dulu :p
Terjah Ayam Kampung Di Dapur Penyet IOI City Mall Putrajaya
Kalau dulu aku suka lepak Alamanda , tapi sekarang lebih ke Ioi sebab banyak kedai-kedai dan pelbagai restoran ada , walaupun banyak tapi tetap akan jadi gaduh bila tanya ''nak makan kat mana?'' hihi jadi kali ni aku ajak husband makan ayam kampung penyet pulak di Dapur Penyet .
Restoran ni di tingkat LG tau , dekat kolam air pancut , detail lokasi aku bagi , kalau tak jumpa jugak sila waze je lah . Sebenarnya aku tersampai awal , tapi dah ada pelanggan yang tengah tunggu , nampak di situ Dapur Penyet ni favourite orang ramai juga tau.
Dah jom kita terjah , dan tengok menu apa yang best , yang HOT , yang sedap di sini. Kebiasaannya bila aku tak tahu nak pilih menu apa , aku akan tanya staff , apa menu yang selalu menjadi pujaan hati , kiranya selalu orang order , jadi aku akan pilih menu yang paling HOT jugaklah.
Menu Wajib Cuba di Dapur Penyet - Menu HOT di Dapur Penyet
Kebiasaanya bila dengar menu ayam kampung ni , mesti orang akan fikir ayam kampung ni daging dia agak liat dan keras kan ? Kalau masak tu memang kena rebus berkali-kali jugak bagi lembut , tapi di Dapur Penyet ni ayam kampung dia senang je kita nak makan , means tak liat dan keras tau sebab isi dia lembut je , nampak rangup di luar tapi still lembut di dalam .
Antara menu yang aku dah cuba dan korang juga wajib cuba adalah (semua ni ayam kampung) :
→ Ayam Penyet
→ Ayam Berlado
→ Ikan Bawal Penyet
→ Empal Bakar
→ Sambal Kangkung
→ Tauhu Bersalut Telur Bersama Kuah Kacang
Oh ye bagi yang tak makan ayam , ada ke tak makan ayam ? Hihi ~ korang boleh cuba Ikan Bawal Penyet dan Empal Bakar , ada menu-menu sampingan lain juga seperti kangkung dan tauhu telur . Setiap menu di sini akan di sediakan juga sup , sebab ada yang tanya , menu dia kering dan takde kuah ke ~ jangan risau , boleh di makan bersama sup.
Ayam Kampung Penyet
Datang sini wajib lah cuba Ayam Penyet , untuk rasa lagi dasyat Ayam Kampong lah uols . Walaupun portion nampak kecik tapi sebenarnya mengenyangkan , ayam kampong kat sini pun takde la saiz kecil , berbaloi dengan harga , untuk rasa yang lebih sedap korang kena cicah dengan sambal tu , dan kerak-kerak tu semua memang licin sebab memang crunchy gilaaa ~
Ayam Kampung Berlado
Menu ni pedas-pedas sikit , tapi masih lagi boleh makan walaupun korang bukan minat makanan pedas , sebab rasa dia ngam , serasi dan masyukk gitu dengan ayam kampong . Jangan plak makan ayam je , makan lada tu sekali tau ~
Ikan Bawal Penyet
Ikan bawal memang sedap bila goreng garing-garing gini , lepas tu ada pulak kerak-kerak dan cicah dengan sambal , ikan bawal ni pun fresh je , tak hanyir dan isi pun lembut jeee
Empal Bakar
Sebab lapar sangat lupa nak perah limau yang ada haha , empal tu apa ? Empa ni daging lah korang , rasa dia manis-manis gitu , kadang - kadang terasa macam sate pun ada. Sedap ? Of course lah sedap sebab lain dari lain rasa empal ni.
Sambal Kangkung
Untuk menu sampingan , korang juga boleh order sambal kangkung ni . Rasa dia biasa je , rasa kangkung lah haha tapi ngam lah bila makan bersama-sama ayam kampong dan sambal semua ni.
Sambal Dan Tempe Sedap !
Setiap menu di Dapur Penyet ni akan di berikan bersama tempe dan jugak sambal , orang Jawa memang minat la tempe ni kan , aku tak berapa minat sangat sebab selalu jumpa tempe yang di goreng keras-keras tu haha so macam takde rasa apa je , tapi tempe di Dapur Penyet ni , di goreng rangup di luar tapi isi dia lembut , so boleh rasa lah isi kat dalam nya .
Sambal pulak sama jenis je untuk setiap hidangan, memang sedap sambal dia weh , tak pedas sangat. Cicah pulak bersama ayam kampong dan makan dengan nasi yang panas-panas gitu , weh rasa nak terkeluar air liur bila ingat balik hahahaha sabo je lah !
Hanya di IOI City Mall Putrajaya ! Tauhu Telur
Haa yang ni menu agak special sebab hanya ada di outlet IOI City Mall sahaja , kat dalam telur ni ada tauhu tau korang bersama kuah kacang , rasa dia tak muak walaupun telur dan tauhu , sebab telur tu di goreng rangup-rangup gituh. Memang recommend untuk korang cuba . YIHHHHH !
Minuman Wajib Cuba di Dapur Penyet
→ Jus Alpukat
→ Milo Dinasour
→ 3 Layer Tea.
Jus Alpukat
Rupanya Jus Alpukat ni adalah Avocado , memang sumpah sedap weh ! Sebab tekstur nya smoothie gituh , dan rasa dia manis-manis masam , eh susah nak terangkan tapi sedaplah hahaha , korang datang rasa sendiri nanti , sila order Jus Alpukat tau ! Ini minuman HOT di Dapur Penyet.
Milo Dinasour
Milo tentunya kegemaran anak-anak , di tabur pulak milo di permukaan tu haa , biasa aku panggil milo tabur hehehe sedap ratah tu .
3 Layer Tea
Yang ni selalu jugak minum , kat bawah tu gula melaka hehe cuma bagi aku , kurang manis atau pun aku yang tak reti nak kacau hahaha . Tu lah selalu minum air manis , suka sangat terlebih gula :p huhuhu
Pelbagai Jenis Menu Ayam Kampong di Dapur Penyet
Last but not least , so pada korang semua yang dah pening tiap hari nak makan kat mana tu , sila lah kunjungi Dapur Penyet yang terdekat di kawasan anda dan nikmati pelbagai menu best terutamanya menu Ayam Kampong yang lagi dasyat rasanya haaaa , makan hari-hari pun tak jemu heheh , tempat pun selesa dan bersih , yang penting wajib lah HALAL.
More Info :
Lokasi : Dapur Penyet IOI City Mall Lot LG 78A, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, 03 -89539600
Facebook : https://www.facebook.com/dapurpenyet
10/25/2018
Cannis App | Aplikasi Cannis Bakal Di Lancarkan Di Nasdaq Menjelang 2021
Aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan preventif dan industri kecantikan.
"Kami sangat berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir lancar O2O."
Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik.
Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.


Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi yang paling banyak dimuat turun.
Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif bagi memenuhi permintaan pasaran.


Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.
Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.
Mod Maya-Realiti yang digabungkan dengan Mod O2O
App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.


Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama melalui perkongsian.
Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.
Rakan Strategik Cannis
Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.




Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.
Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang, diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App. Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.

10/18/2018
LaF Water Bomb Ampoule Review | Rupanya Lagi Best Bila Apply Ampoule !
Assalamualaikum
Holla, hari ni aku nak kongsi rutin skincare aku yang baru iaitu LaF Water Bomb Ampoule. Tq so much Butterfly Project and also Mamasan bagi peluang untuk review this product.
Eh korang lebih spend duit untuk skincare atau pun mekap ?
Aku ? Erm kalau dulu aku lebih suka shopping barang mekap sebab konon mekap ni lagi tambah menyerikan wajah , tapi sebenarnya aku silap , keserian wajah tu bermula dari kulit yang sihat . Jadi , sekarang memang aku suka cuba skincare-skincare yang bagus bahan kandungan dan reviewnya .
Walaupun orang cakap , guna banyak-banyak skincare ni tak takut ke kulit rosak ? EH ! Kalau tak cuba mana nak tahu beb ? Mudah je , kalau rasa tindak balas kita dengan satu skincare tu negatif , stop awal-awal ~
Jadi , jom borak tentang LaF Water Bomb Ampoule , bila aku post di facebook dan instagram , ada kawan komen ''macam best je serum ni'' , aku dah sebut ampoule tau bukannya serum . Maksudnya di situ ramai jugak yang tak tahu kewujudan ampoule ni , termasuk aku sendiri .
Yaaa , jujur aku cakap , ni kali pertama aku cuba ampoule , sebelum ni aku hanya tahu tentang serum , moisturiser , essence dan okay tu je , tapi ampoule aku tak pernah dengar , so thats why aku nak cuba ampoule dari brand LaF ni , okay ke tak ? Ermmmm ... meh baca apa yang best nya tapi sebelum tu aku nak terangkan apa itu ampoule
Apa Itu Ampoule ?
Ampoule tu serum ke ?Tidak ye kawan-kawan , ampoule adalah ampoule dan serum adalah serum , bezanya ampoule lagi banyak bahan aktif dari serum dan teksturnya lebih cair , walaupun packaging hampir sama , bahan kandungan dan kesan nya lagi BOMB ! Sangat-sangat best jika korang alami masalah dehydrated
Seriously jadi perempuan ni bukan mudah , lagi - lagi yang tak cantik dari kecik macam aku ni haha , terpaksa try hard jaga kulit muka untuk always sihat dan flawless gituh ! So wahai lelaki di luar sana jangan nak membebel perempuan beli itu ini ye , nak jaga anak orang memang mahal wakkkk :p
Pandangan pertama bila tengok LaF Water Bomb Ampoule ni memang biasa-biasa je sebab ingatkan ia ni macam serum juga , terkeliru macam uols , tapi bila guna seriously ..................... !!!! Sebelum aku share apa yang aku rasa jom baca apa yang bestnya tentang LaF Water Bomb Ampoule ni
Kelebihan LaF Water Bomb Ampoule
Maksud di sebalik nama LaF ni sebenarnya Lost and Found , ''lost'' merujuk pada masalah pada kulit dan ''found'' adalah penyelesaian . Jenama LaF ni pun sangat bagus sebab dapat memberi kesan yang cepat dan bagus pada semua jenis kulit dan masalah kulit yang korang hadap tu
Bahan Kandungan : Sodium Hyaluronate (membuatkan kulit korang lembab sepanjang hari ) , Aloe Vera Leaf Water (mengurangkan kulit sensitif ) , Betaine (puryfing) , Allantoin (soothing)
Masalah dan Penyelesaian oleh LaF
Kulit aku sememangnya jenis dry skin dan memang bermasalah dengan masalah dehydrated , tapi korang jangan ingat bila korang jenis oily skin tiada masalah dehydrated sebab oily adalah minyak manakala dehydrated adalah kulit yang kekurangan air . Bila kulit keluarkan banyak minyak tapi air tak cukup , kulit pun akan jadi tak balance .
Jadi , dehydrated skin ni akan serang semua jenis kulit , untuk balance kan kulit dari dehydrated skin , kena lah lebihkan penghidratan , kelembapan pada kulit wajah , bila tengok bahan kandungan LaF Water Bomb Ampoule ni ada bahan kandungan Sodium yang akan buat kan kulit kita lebih lembab dan juga Aloe Vera untuk kulit sensitif.
Bila kulit dah dapat penghidratan yang cukup , boleh lah kurangkan minyak di muka , gotcha !
Kelebihan dan Manfaat Laf Water Bomb Ampoule
- Penghidratan - bila kulit kita dapat penghidratan yang cukup baru lah nampak berseri dan tak kusam
- Pencerahan Kulit - ia juga dapat memberi kesan kecerahan pada kulit wajah
- Anti-aging - even orang kata , kita semua akan tua jugak , yes i agree with that tapi sekurang-kurangnya kita tidak nampak tua dari umur , kita lebih nampak awet muda gitu
- Penjagaan Untuk Kulit Sensitif -Untuk kulit sensitif sangat bagus sebab mempunyai bahan kandungan utama Aloe Vera Leaf Water
- Penjagaan Untuk Kulit Berminyak - Laf waterbomb ampoule akan menyahkan segala minyak yang ada di kulit wajah
Packaging dan Tekstur
Packaging nya lebih kurang dengan serum kan , sebab tu ramai terkeliru tapi jangan risau , dah terpapar di muka depan tu tulisan ''ampoule'' , antara pandai baca dengan tak je , ahaks :p
Di datangkan dalam botol kaca kedab udara (30ml) bersama dropper untuk memudahkan kita apply di wajah
Korang boleh nampak di situ , tekstur ampoule ni agak cair tapi bukan sebijik macam air , ia ada tekstur macam glowing sikit dan warnanya agak putih jernih . Bab bau pulak , jika korang pernah guna pokok lidah buaya yang asli tu , haa lebih kurang bau macam tu lah
Tapi , bila apply di kulit wajah bau tu hilang sebab dah meresap dalam kulit , jadi selesa amat lah . Untuk skincare memang aku tak suka yang ada fragrance yg terlalu kuat , sebab hidung aku memang sensitif sikit dengan bau macam-macam nih , nanti tak selesa nak pakai !
Tapi , bila apply di kulit wajah bau tu hilang sebab dah meresap dalam kulit , jadi selesa amat lah . Untuk skincare memang aku tak suka yang ada fragrance yg terlalu kuat , sebab hidung aku memang sensitif sikit dengan bau macam-macam nih , nanti tak selesa nak pakai !
Bila aku letak satu drop di tangan , laju je ia meluncur sebab teksturnya yang tak kental so cepat-cepat kena amik gambar heheh now u can see lah perbezaan ampoule dengan serum yaaa . Aku rasa aku dah lebih jatuh cinta pada Laf Water Bomb Ampoule ni korang .
Cara guna Laf Water Bomb Ampoule
Bagi aku bab rutin skincare ni , kalau korang takde masalah kulit sangat , maksudnya kulit normal , cukup korang amalkan dengan basic skincare yang mana hanya menggunakan pembersih muka , toner , moisturiser dan sunscreen tapi jika ada masalah kulit kering , kulit berminyak dll ~ masukkan ampoule ni selepas toner dan sebelum pelembab.
Macam ni haa stepnya :
1.Cleanser
2.Toner
3.Ampoule
4.Moisturizer
5.Sunscreen
P/s : Sebenarnya ampoule ni korang boleh mix kan juga dalam serum atau pun essence sebab ia takkan merubah bahan kandungan pun tapi lagi beri kesan penghidrratan lebih pada kulit , if taknak mix pun dah cukup .
Hanya drop beberapa titik LaF Water Bomb ampoule ni di wajah korang
Kemudian sapu ke seluruh wajah , kena cepat-cepat sapu ke seluruh wajah sebab laju je ia turun ke bawah haaaa , sambil-sambil tu urut lah slow-slow bagi ia meresap ke dalam kulit dan dab dab dab slowly
Selepas , korang boleh nampak wajah muka aku lebih glowing bila cuba ampoule LaF ni , takde lah rasa terlalu kering dan kusam , wajah pun nampak lebih berseri -seri wpun tak mekap .
--layan video ni--
Kesan Selepas Menggunakan LaF Water Bomb Ampoule
Walaupun aku cuba dalam masa singkat , dalam dua minggu lebih macam tu tapi tak menyabor nak kongsikan pada korang hehehe dalam masa ni dah cukup untuk aku berekperimentasi dengan kulit sendiri . Yang bestnya aku boleh nampak adalah kulit tak begitu kering , rasa macam always lembab , kadang-kadang bila busy sangat , apply ampoule ni rasa dah lega , sebab fokus utama aku adalah untuk rawat kulit kering ni haaa
Secondly yang aku paling suka bila apply LaF Water Bomb ampoule ni bila bab mekap , rasa macam lebih smooth apply foundation dan tak bercapuk , haaa yang ni aku rasa macam gileerrrr kesan dia memang best , so sebelum apply mekap wajibla apply ampoule ni dulu , kalau tak rasa tak best je . Bab pencerahan kulit tu aku tak nampak lagi sebab mungkin baru lagi dan untuk anti - aging , i'm already 30 tapi macam umur 13 kan hahaha . :p Jangan jeles plishhh
Overall aku puas hati dapat guna LaF Water Bomb Ampoule ni dan aku sangat suggest untuk korang cuba jugak lebih-lebih lagi untuk kulit kering , berminyak dan sensitif , Oh ye untuk nampak umur 13 macam aku pun boleh lah haha ..
Mana Nak Beli LaF Water Bomb Ampoule ni ?
Korang boleh beli di Guardian , sama ada online atau pergi je di Guardian yang terdekat , aku terbaca di twitter hari tu ampoule ni cepat sangat sold out , huhu jadi korang kena cepat-cepat dapatkan okay. Sebenarnya ada lagi dua variasi dari LaF Seoul iaitu LaF Whitening Ampoule dan LaF Anti Wrinkle Ampoule . Jika ada masalah tersebut boleh pilih yang mana korang perlukan. Range harga dalam RM47.10 - RM56.00 .
Selamat mencuba !
10/02/2018
Mirelle Beauty Brightening Serum & DD Cushion Review by Hawa Skincare | Mudahnya Jadi Cantik !
Assalamualaikum
Holla semua yang cantik manis , rasa lama pulak tak share pasal kecantikan sebab sibuk dengan aktiviti outdoor , muka pun asyik kena cahaya matahari je sejak dua menjak ni , nasib dapat juga cover dengan sunblock. Bagi korang yang anggap skincare ni sesuatu yang remeh sangat tu , sebenarnya skincare sangat penting , yang paling penting adalah sunblock ! Memang wajib lah kena pakai sunblock setiap hari supaya kulit tak terdedah dengan sinaran UV
Tapi bukan itu sahaja penting dalam penjagaan muka ni , pelembab , toner , serum pun sangat-sangat penting . Lagi best bila mekap kita pun tersedia dengan skincare sekali , haaa ada ke ? Of course lah ada , cuma kena rajin cari je , tapi pada yang malas takpe , hari ni aku share untuk korang tentang serum dan DD cushion yang aku guna sekarang , best dan memang banyak kelebihannya
Mirelle Beauty Serum Brightening & DD Cushion by Hawa Skincare
Korang pernah dengar tak Mirelle Beauty atau Hawa Skincare ? Haaa mesti pernah kan sebab aku pun ada ternampak dari ig famous juga pasal ni , cuma kali ni nak cuba sendiri pulak . Yang paling penting dalam pemilihan skincare pasti kan ia bukan timbang kilo ye , dan Hawa Skincare ni semua melalui proses R&D dan mempunyai kelulusan KKM , yang pasti HALAL.
Okay back to serum , dalam rutin skincare bila kena apply serum ? Nak apply serum ni korang kena buat basic skincare dulu , first macam biasa cuci muka , apply pelembab , sunscreen dan baru lah apply serum . Kenapa bestnya Mirelle Beauty Serum Brightening ni sebab banyak kebaikan untuk kulit wajah kita dan aku pun dah cuba sendiri , ia cepat absorb dalam kulit dan selesa , nothing happen like gatal , merah-merah dan sewaktu dengannya
Mirelle Beauty Brightening Serum
Korang boleh tengok tekstur nya , Mirelle Beauty Serum ni menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi , dan bahan kandungan yang paling utama dalam serum ni adalah Aloe Vera , Bunga Sakura dan Tea Tree Oil
Packaging cantik , kecil dan mudah di bawa kemana-mana .
Kelebihan yang ada dalam Mirelle Beauty Serum Brightening :
❀ Mencerahkan wajah
❀ Merawat masalah jerawat
❀ Memudarkan parut jerawat
❀ Merawat masalah kulit kering
❀ Melembabkan kulit wajah
❀ Merawat kulit sunburn
❀ Bebas dari bahan kimia terlarang
❀ Kelulusan KKM dan buatan Malaysia
❀ Di jamin HALAL
For now , aku memang ada masalah kulit kering , parut jerawat dan sekarang dah sunburn sebab berjemur . Yeah memang tepat pada masa nya produk ni sampai kat rumah , i need to repair my skin back :( So kalau korang pun ada masalah seperti di atas , jangan lupa dapatkan serum ni . Oh ye yang nak putih pun harus lah cuba .
DD CUSHION - Dynamic Do All / Daily Defence
Satu lagi produk Mirelle Beauty yang aku dah fall in love adalah DD Cushion dia , weh memang cantik teruk code colour dia dan sesuai dengan tona kulit aku . Yang bestnya tentang DD Cushion ni , ia bukan lah sekadar foundation semata , tapi juga dapat merawat kulit wajah yang bermasalah . Nah aku pun dah cuba jugak , so far takde iritasi apa - apa tapi sumpah code ni perfect dengan aku , oh ye DD Cushion ni ada dua code , Natural & Light
Lawa sangat packaging DD Cushion ni , nampak ekslusif dan elegan dengan warna gold
Kulit aku ni takdela cerah dan putih sangat , tapi lebih ke arah kuning langsat . Kalau kulit korang sama macam aku , go for light code , jangan risau ia takkan membuat kan kulit korang nampak kelabu cuma lebih putih dari biasa , so bila blend in together memang ngam lah dengan kulit asal .One more code adalah Natural but yeah pilihan kita kadang tak sama , if korang nak nampak natural beauty go for Natural Code
DD Cushion ni tekstur nya cair tapi ia dah meresap dalam cushion ni , so cara untuk guna lagi mudah sebenarnya , hanya dab-dab dengan span yang dah tersedia ni pun dah cukup , dan ratakan je di seluruh wajah . Boleh tengok gambar sebelum dan selepas aku pakai DD Cushion ni .
This DD Cushion is full coverage !
Jom transform muka sendiri , haha tapi serious aku bukan lah pandai mekap sangat . Yang basic saja sebab tu i really fall in love dengan DD Cushion ni sebab ia menjimatkan masa dan mudah untuk di ratakan , tak bercapuk dan tak melekit ataupun terasa tebal di muka .
Sebelum , memang banyak bintik-bintik hitam di muka aku ni , so i hope this DD Cushion boleh cover sebaik nya lah haaa , muka suci dalam debu ni , bukan selalu aku belanja hahaha
So aku pakai sikit je ni , taknak nampak terlalu tebal dan DD Cushion ni memang full coverage
Selepas pakai DD Cushion , haa nampak tak , terus berseri dan putih yang nampak natural look la , orang cakap takdela over sangat kan , nampak tak perubahan di situ . Ni pun aku hanya pakai nipis - nipis je , so dapat cover bintik-bintik hitam yang ada di muka , yeyyy ! Tq Mirelle Beauty memang best pakai dan tak bercapuk. Bukan senang sebenarnya nak cari foundation code yang sesuai dengan kulit muka
Letih ! Dah banyak foundation yang aku tak guna sebab tersalah pilih code . Nasib baik DD Cushion Mirelle Beauty ni ngam , kalau tak nangis bucu katil haha
So selebihnya bila dah pakai DD Cushion ni , aku just touch up sikit dengan powder , blusher dan gincu . Tadaaa siap dengan cepat , nak jadikan concealer pun boleh je . Jom baca apa kelebihan DD Cushion Mirelle Beauty ni .
Kelebihan Mirelle Beauty DD Cushion
- Melindungi kulit dari sinaran matahari dengan SPF 50
- Mengecilkan liang pori
- Mencerahkan kulit dengan pantas
- Anti penuaan
- Meratakan tona warna kulit
- Melindungi kulit dari persekitaran tercemar
- Meredakan radang dan cela
- Mengurangkan minyak pada wajah
- Tahan lama sehingga 8 jam
- Menganjalkan kulit
- Mengurangkan garis-garis halus
- Full coverage , ringan pada wajah
- Bauan yang wangi seperti bedak bayi
- Mesra wuduk , lulus KKM
- Bahan semulajadi seperti Mulberry Stemcell & Argan Oil
Testimoni
Haaa banyak kan kelebihan DD Cushion dan Serum Brightening Mirelle beauty ni , jangan lupa dapatkan sendiri ye , di maklumat yang aku sertakan di bawah . So this is my honest review . Kalau korang nak tengok testimoni-testimoni pengguna lain yang dah mencuba sendiri ,boleh tengok di website , segala maklumat dan harga ada di situ
More Info :
WEBSITE : www.hawaskincare.com.my
PAGE FB : www.facebook.com/hawaskincaremalaysia
INSTAGRAM : www.instagram.com/mirellebeautyofficial
Subscribe to:
Posts (Atom)