Mirelle Beauty Brightening Serum & DD Cushion Review by Hawa Skincare | Mudahnya Jadi Cantik !

30 ulasan:
Assalamualaikum 

Holla semua yang cantik manis , rasa lama pulak tak share pasal kecantikan sebab sibuk dengan aktiviti outdoor , muka pun asyik kena cahaya matahari je sejak dua menjak ni , nasib dapat juga cover dengan sunblock. Bagi korang yang anggap skincare ni sesuatu yang remeh sangat tu , sebenarnya skincare sangat penting , yang paling penting adalah sunblock ! Memang wajib lah kena pakai sunblock setiap hari supaya kulit tak terdedah dengan sinaran UV

Tapi bukan itu sahaja penting dalam penjagaan muka ni , pelembab , toner , serum pun sangat-sangat penting . Lagi best bila mekap kita pun tersedia dengan skincare sekali , haaa ada ke ? Of course lah ada , cuma kena rajin cari je , tapi pada yang malas takpe , hari ni aku share untuk korang tentang serum dan DD cushion yang aku guna sekarang , best dan memang banyak kelebihannya 


Mirelle Beauty Serum Brightening  & DD Cushion by Hawa Skincare 

Korang pernah dengar tak Mirelle Beauty atau Hawa Skincare ? Haaa mesti pernah kan sebab aku pun ada ternampak dari ig famous juga pasal ni , cuma kali ni nak cuba sendiri pulak . Yang paling penting dalam pemilihan skincare pasti kan ia bukan timbang kilo ye , dan Hawa Skincare ni semua melalui proses R&D dan mempunyai kelulusan KKM , yang pasti HALAL. 

Okay back to serum , dalam rutin skincare bila kena apply serum ? Nak apply serum ni korang kena buat basic skincare dulu , first macam biasa cuci muka , apply pelembab , sunscreen dan baru lah apply serum . Kenapa bestnya Mirelle Beauty Serum Brightening ni sebab banyak kebaikan untuk kulit wajah kita dan aku pun dah cuba sendiri , ia cepat absorb dalam kulit dan selesa , nothing happen like gatal , merah-merah dan sewaktu dengannya 

Mirelle Beauty Brightening Serum 
Korang boleh tengok tekstur nya , Mirelle Beauty Serum ni menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi , dan bahan kandungan yang paling utama dalam serum ni adalah Aloe Vera , Bunga Sakura dan Tea Tree Oil 

Packaging cantik , kecil dan mudah di bawa kemana-mana . 

Kelebihan yang ada dalam Mirelle Beauty Serum Brightening :
❀ Mencerahkan wajah
❀ Merawat masalah jerawat 
❀ Memudarkan parut jerawat
❀ Merawat masalah kulit kering
❀ Melembabkan kulit wajah 
❀ Merawat kulit sunburn 
❀ Bebas dari bahan kimia terlarang 
❀ Kelulusan KKM dan buatan Malaysia
❀ Di jamin HALAL 

For now , aku memang ada masalah kulit kering , parut jerawat dan sekarang dah sunburn sebab berjemur . Yeah memang tepat pada masa nya produk ni sampai kat rumah , i need to repair my skin back :( So kalau korang pun ada masalah seperti di atas , jangan lupa dapatkan serum ni . Oh ye yang nak putih pun harus lah cuba . 


DD CUSHION - Dynamic Do All / Daily Defence 
Satu lagi produk Mirelle Beauty yang aku dah fall in love adalah DD Cushion dia , weh memang cantik teruk code colour dia dan sesuai dengan tona kulit aku . Yang bestnya tentang DD Cushion ni , ia bukan lah sekadar foundation semata , tapi juga dapat merawat kulit wajah yang bermasalah . Nah aku pun dah cuba jugak , so far takde iritasi apa - apa tapi sumpah code ni perfect dengan aku , oh ye DD Cushion ni ada dua code , Natural & Light 

Lawa sangat packaging DD Cushion ni , nampak ekslusif dan elegan dengan warna gold 


Kulit aku ni takdela cerah dan putih sangat , tapi lebih ke arah kuning langsat . Kalau kulit korang sama macam aku , go for light code , jangan risau ia takkan membuat kan kulit korang nampak kelabu cuma lebih putih dari biasa , so bila blend in together memang ngam lah dengan kulit asal .One more code adalah Natural but yeah pilihan kita kadang tak sama , if korang nak nampak natural beauty go for Natural Code 

DD Cushion ni tekstur nya cair tapi ia dah meresap dalam cushion ni , so cara untuk guna lagi mudah sebenarnya , hanya dab-dab dengan span yang dah tersedia ni pun dah cukup , dan ratakan je di seluruh wajah . Boleh tengok gambar sebelum dan selepas aku pakai DD Cushion ni . 

This DD Cushion is full coverage ! 

Jom transform muka sendiri , haha tapi serious aku bukan lah pandai mekap sangat . Yang basic saja sebab tu i really fall in love dengan DD Cushion ni sebab ia menjimatkan masa dan mudah untuk di ratakan , tak bercapuk dan tak melekit ataupun terasa tebal di muka . 

 Sebelum , memang banyak bintik-bintik hitam di muka aku ni , so i  hope this DD Cushion boleh cover sebaik nya lah haaa , muka suci dalam debu ni , bukan selalu aku belanja hahaha 


So aku pakai sikit je ni , taknak nampak terlalu tebal dan DD Cushion ni memang full coverage


 Selepas pakai DD Cushion , haa nampak tak , terus berseri dan putih yang nampak natural look la , orang cakap takdela over sangat kan , nampak tak perubahan di situ . Ni pun aku hanya pakai nipis - nipis je , so dapat cover bintik-bintik hitam yang ada di muka , yeyyy ! Tq Mirelle Beauty memang best pakai dan tak bercapuk. Bukan senang sebenarnya nak cari foundation code yang sesuai dengan kulit muka 

Letih ! Dah banyak foundation yang aku tak guna sebab tersalah pilih code . Nasib baik DD Cushion Mirelle Beauty ni ngam , kalau tak nangis bucu katil haha

So selebihnya bila dah pakai DD Cushion ni , aku just touch up sikit dengan powder , blusher dan gincu . Tadaaa siap dengan cepat , nak jadikan concealer pun boleh je . Jom baca apa kelebihan DD Cushion Mirelle Beauty ni . 


Kelebihan Mirelle Beauty DD Cushion  

  • Melindungi kulit dari sinaran matahari dengan SPF 50
  • Mengecilkan liang pori 
  • Mencerahkan kulit dengan pantas 
  • Anti penuaan 
  • Meratakan tona warna kulit 
  • Melindungi kulit dari persekitaran tercemar 
  • Meredakan radang dan cela
  • Mengurangkan minyak pada wajah 
  • Tahan lama sehingga 8 jam 
  • Menganjalkan kulit 
  •  Mengurangkan garis-garis halus 
  • Full coverage , ringan pada wajah 
  • Bauan yang wangi seperti bedak bayi 
  • Mesra wuduk , lulus KKM
  • Bahan semulajadi seperti Mulberry Stemcell & Argan Oil
Testimoni  

Haaa banyak kan kelebihan DD Cushion dan Serum Brightening Mirelle beauty ni , jangan lupa dapatkan sendiri ye , di maklumat yang aku sertakan di bawah . So this is my honest review . Kalau korang nak tengok testimoni-testimoni pengguna lain yang dah mencuba sendiri ,boleh tengok di website , segala maklumat dan harga ada di situ 

More Info :



30 ulasan:

Shafyqah Azahar berkata...

aduh rasa macam nak beli sekarang. teringin nak try yang dd cushion tu

ina berkata...

ada juga dd cushion ni.Best juga pakai.Rasa ringan jer bila apply pada kulit wajah. Wangi pon besstt ni.

Nadia Johari berkata...

kita memang suka pakai serum dan cushion ni..senang..nak kene terjah ni..tengok harga jap

YB Shehan berkata...

mmg bes.. nk cuba jgk lah serum dia..

Lisa Nurulain berkata...

lisa tak reti sangat pakai DD cushion sbb msti akan bertompok or nmpak kasar kt muka ... mngkin sbb tk pakai serum kot

www.modernmumthingy.com berkata...

waah DD cushion pulak... mcm2 skrg nih yer

Ben Ashaari berkata...

Sesuai dengan uuu la..

adianiez AIDA berkata...

x pernah dgr produk ni.
and x pernah guna la kan.
nampak elok aje ekk.
aida ni tak ber make up sgt, dalia. tak pandai :)
so memang tak pakai byk benda.
more to skincare. bab serum tu yes, wajib.
sesuai produk ni dgn dalia. seamkin cantik!

Dik bee berkata...

Wah makin berseri-seri la Qaseh lepas ni. Nak kena try gak la Hawa Skincare ni. Mana tau sesuai dengan kulit iols yang dah burn ni.. ahakksss

idayu nim berkata...

2 dalam 1 mencantik sambil merawat. Serum memang sangat digunakan nask2 bagi yang dah berumur 30an. Boleh merawat kulit dari dalam

Dura Norell berkata...

1st time Dura dgr.. tapi nampak macam bestπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Dunia Farisya berkata...

cantiknya qaseh hehehe.lepas ni boleh cuba ni mirelle beauty.tpi dd cushion mmg mudah untuk siap mekap dengan cepat taw.

Fadzi Razak berkata...

Cantik pulak pattern dd cushion tu. Mesti rasa tak sampai hati nak pakai sebab pattern die cantik hahaha. Tapi serius ni first time dengar brand hawa skincare ni

Cerita Huda berkata...

Cam best pulak tengok qaseh makin cun lepas pakai DD Cushion ni. Nak beli gak la satu.

Ibu Syurga berkata...

Banyak sungguh oroduk review untuk nampak cantik dan awet muda kan. jual barang wanita senang nak laku kalau hasilnya bagus kan

Rodiah Amir berkata...

First time tahu pasal Hawa Brand ni. DD cushion tu nampak menarik dengan warna gold dia. Nampak cantik lepas sapu. lepas tu full coverage lagi la best. Tutup habis segala cela.

Zharif Azis berkata...

DD cushion tu nampak bagus betul ya. Sangat blend dengan skin. Xbercapuk pulak. Serum tu pon nampak okay. Hopefully xmelekit lah. Xkenan sangat kalau tekstur jenis yg melekit nie. Boleh lah nak cuba beli nanti

Rawlins GLAM berkata...

Rawlins pernah dengar pasal Mirelle dan baca review yang menarik gak pasal produknya. Yang DD Cushion nie buat Rawlins tertarik nak try plak. Hehe

Lia Hasty berkata...

Tengok packaging product ni pun lawa. Bnyak kelebihan produk ni. Mana tau nak Cuba lepas ni kan.

Mama Hakim berkata...

Ini rupanya dd cushion tu, menarik sangat pattern atas tu sampai rasa sayang nak pakai.

Emilinda berkata...

Amboiii kemain dia berseri dengan DD cushion tu ye. Emi tertarik tengok DD Cushion tu. Rasa macam nak cuba la.

Mazni Azmi berkata...

Apa keistimewaan pakai dd kusyen ni pada kulit muka kita? kena beli dan cuba sendiri untuk jawapannya

Wawa Ashihara berkata...

Wah produk bru dgr... Hawa skincare... Wawa pon skrg dh suka pakai jenis cushion... Senang nk nawak dan apply... Tgk bhn2 utama dia pon byk guna bhn semulajadi kan.. Bolehlah nk try produk ni nnti....menarik..

Nik Khazami Nik aziz berkata...

suka sangat dengan cushion tu, senang nak blend supaya colour sekata.. pasal serum tu plak harap2 kena dgn kulit berminyak saya ni.. supaya tak nampak bersinar.. heheh

Emarieys berkata...

dapat cover jeragat jerawat tu yang bestnya

Along Murni berkata...

AM berkenan dgn DD Cushion tue la.. nampak mudah apply n xnampak bercapuk.. pandai awak pakai.. AM nak cuba beli.satu la camni.. terima kasih atas perkongsian info nie ya!

Along Murni berkata...

AM berkenan dgn DD Cushion tue la.. nampak mudah apply n xnampak bercapuk.. pandai awak pakai.. AM nak cuba beli.satu la camni.. terima kasih atas perkongsian info nie ya!

Zayani Zulkiffli berkata...

Kenkadang bila tak pakai serum, rasa kulit tak se-flawless macam kalau pakai walaupun beza tu nampak sikit je tapi terasa.

ai berkata...

Tak pernah cuba lagi ni.

Nina Mirza berkata...

Alahai.... Jatuh cinta laaa dengan DD Cushion dia tu. Lawa tengok Qaseh pakai.

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com