Biasanya bulan merdeka ni memang banyak betul sale dan tawaran hebat di shopping mall kan, tapi masalah qaseh sekarang memang malas dah nak shopping di mall sebab leceh tau sejak norma baru ni, nak kena betul-betul jaga S.O.P,scan itu ini, jadi baiklah shopping secara online je, ni qaseh nak bagitahu korang ada tawaran hebat bagi peminat-peminat jam tangan !

Berlangsung pada 29 August - 31 August di Applikasi Beecomb
Haa bagi peminat-peminat jam tangan, korang boleh join Expo Jam 3D Virtual yang pertama di Malaysia yang dianjurkan oleh Beecomb. Qaseh tak pernah lagi join expo 3D Virtual ni tau, fuhh memang gempak habis ni, jadi Expo ni akan berlangsung dari 29 August hingga 31 August 2020 pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
Bagi korang yang tak faham apa itu Expo 3D Virtual ni, okay secara mudahnya, biasa kan kalau kita
pergi expo, kita akan jalan-jalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain kan, Expo 3D Virtual pun macam tu jugak cuma kita akan jalan-jalan secara alam maya, online je, hanya gerakkan ibu jari je. Hebat tak? Hee.
pergi expo, kita akan jalan-jalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain kan, Expo 3D Virtual pun macam tu jugak cuma kita akan jalan-jalan secara alam maya, online je, hanya gerakkan ibu jari je. Hebat tak? Hee.

Untuk sertai Expo Jam 3D Virtual ni, pertama sekali korang kena download dulu applikasi Beecomb di apps store / playstore di smartfon korang masing-masing, applikasi ni percuma, dan hanya untuk mobile phone sahaja. Memang mantap applikasi ni, bila dah download jangan lupa register, sign in and shopping !

Apa Yang Menariknya di Expo Jam 3D Virtual ?

Yang menariknya di Expo Jam ni Beecomb ni ada banyak brand yang terlibat dari brand high end seperti Ciga Design, Raymond Weil, Seiko, Citizen dan Mazzucato. Selain tu ada dari brand yang popular seperti Rotary, Totoni, Michael Kors, Fossil dan Emporio Armani. Haa branded sangat ni.
Jangan risau ada juga brand-brand yang korang minat jenis mid range, dari brand Titan, Evox, Zoid, Nsquare, Achtung, Alba, Rotary, Casio, G-Shock dan Baby G ! G-Shock tu qaseh tahu memang ramai peminat dia kan, nanti jangan lupa shopping noh !
Tapi yang paling best dan affordable dalam Expo Jam ni adalah promosi Super Gempak dari EVO.
Dapatkan Jam EVO Super Gempak dengan harga RM1 sahaja !
Sebenarnya qaseh pun dah lama tercari-cari jam yang mengikut bajet ni haa, tak mampu sis nak ber high end sangat, hihi jadi EVO memang tawarkan promosi yang sangat-sangat berbaloi dan affordable serendah RM52.90 je gais.
Antara promosi dari Jam EVO yang korang boleh grab, ada promosi super gempak dari harga RM52.90, RM83.10 dan yang bestnya bila korang beli jam EVO yang berharga RM199, koang boleh beli jam EVO yang ke dua dengan harga RM1 je
Boleh lah korang share dengan kawan-kawan untuk dapatkan harga RM1 ni, haa bijak tak saya
So gais, jangan lupa untuk join Expo Jam 3D Virtual yang pertama di Malaysia ni, 3 hari tau peluang untuk korang grab promosi yang best ni, jangan lupa download applikasi Beecomb now dan kongsikan pada semua okay.
More Info :
Website : www.beecomb.my
Facebook : www.facebook.com/BeecombSdnBhd
Instagram : www.instagram.com/beecomb_swarm
posted in
Adakah anda pernah shopping di Taobao?
Membeli-belah di taobao telah menjadi trend terkini buat masyarakat seluruh dunia kerana hargaya murah lagi ada banyak faktor pilihan. Qaseh selalu beli barang kat Taobao, tapi shipping kosnya mahal! Mahal dari harga barangan yang qaseh beli! Lebih² lagi, bila guna air shipping, lagi gila mahal! Tapi sekarang, qaseh dapati satu platform yang best dengan shipping melalui sea, kosnya lebih murah, dapat jugak menghantar barangan yang besar dan berat!
Apa tu Buymall??
Buymall merupakan sebuah syarikat tempatan yang membantu rakyat Malaysia untuk menyelesaikan masalah membeli-belah dari China. Buymall menyediakan perkhidmatan Buy-For-Me dan Ship-For-Me. Qaseh guarantee, perkhidmatan penghantaran Buymall pasti murah dan terjamin!
Kenapa beli taobao dengan Buymall?
Pasti saudara-saudari menghadapi challenge yang sama dengan qaseh, semuanya dalam Chinese, macam mana nak berkomunikasi dengan seller?
Tapi dengan Buymall, tidak perlu risau lagi. Semua process shopping di Taobao dimudahkan, mereka menyediakan perkhidmatan penyelesaian untuk aktiviti² pembelian seperti berkomunikasi dengan seller Taobao, pengesanan bungkusan, pengesahan penjual, repack, dan lain² lagi. DAN MOST IMPORTANT IS, kos penghantaran laut pick up hanya dari RM2.80/kg!
Cara Beli Taobao Di Buymall (Buy-For-Me)
Anda boleh terus guna Buymall untuk membeli barang daripada Taobao. Semua produk Taobao dinyatakan di Buymall. Anda cuma perlu register di Buymall dan mula membeli-belah.
Buymall akan memaparkan maklumat penting seperti harga, kos penghantaran tempatan, pilihan untuk saiz, warna dan sebagainya. Selepas membuat pilihan, anda boleh add to cart dan terus membuat bayaran. Buymall akan membantu customer membuat pesanan daripada Taobao.
Sekiranya barang sampai di China Warehouse, anda boleh pilih untuk packing semua barangan yang anda order untuk penghantaran sekaligus. Cara ini boleh menjimatkan masa dan kos penghantaran.
Cara beli Taobao Di Buymall (Ship-For-Me)
Kalau anda terus membeli dari Taobao, selepas anda membuat pesanan, anda perlu memilih sama ada penghantaran melalui sea freight atau air freight dan isikan maklumat lanjut yang diberi daripada Buymall. Senang kan! Anda cuma perlu membayar kos penghantaran antarabangsa dari China ke Malaysia, dan 8% kos pembelian (Buy-For-Me fee).
Buymall jugak provide pelbagai perkhidmatan lain yang menarik perhatian:
Cara Penghantaran
Masa penghantaran air freight mengambil masa 4-7 hari bekerja, sea freight mengambil masa 15-22 hari bekerja. Air freight lebih mahal berbanding sea freight. Jika item anda adalah item yang sensitif, ia juga perlu menambah pembayaran kos barangan sensitif.
Pickup Servis
Anda boleh choose pick up sendiri dari gudang Buymall atau pick up point paling dekat untuk pick up barang korang bila² masa lapang. Ia jugak lebih murah berbanding dengan door to door service.
Safe
Takut kalau barang hilang semasa penghantaran? Jangan risau, Buymall menjamin dapat memastikan parcel selamat sampai kepada korang. Kalau barang korang hilang, Buymall akan beri korang full compensation bila korang ambil pakej VIP Sea Freight. Bagus kan? Lepas ni nak beli barang dari China tak payah takut lagi!
Bukan ini sahaja, anda jugak boleh mendapat extra income dari Buymall! Refer friend mu dengan referral link anda, dan anda akan dapat RM5 + B point! Refer 10 friend, dapat RM50! Tunggu apa lagi, kongsi platform ni kepada family & rakan² anda untuk nikmati perkhidmatan yang paling best daripada Buymall bersama-sama!
Website:
Instagram: https://www.instagram.com/buymall.official/
Facebook: https://www.facebook.com/buymall.com.my/
posted in
Assalamualaikum
Hello girls out there, hari ni qaseh nak kongsi jenis bra yang sangat selesa untuk korang cuba iaitu seamless bra. Seamless bra tu apa ? Qaseh berani jamin ramai lagi yang tak tahu dan cuba sebab haritu qaseh up ig story then ada yang tanya seamless bra tu macamana. Haaa ni yang nak bagitahu ni, hello mari rapat-rapat okay girls.
Ikut pengalaman sendiri sebelum ni qaseh rasa nursing bra is no 1 bra yang paling selesa gila wei, masa tu tak tahu lagi seamless nursing bra pun wujud tapi rupanya seamless nursing bra pun ada, kalau mengandung lagi memang qaseh cari yang jenis seamless ni la, super selesa gitu
Apakah itu Seamless Bra?
Seamless bra ni bra yang dijahit tanpa besi atau dawai, ianya dijahit mengikut size kita, memang tiada cangkuk ataupun klip di bahagian tali bra, melainkan seamless nursing bra ada cangkuk di tali untuk memudahkan ibu-ibu menyusu , tapi untuk yang tidak menyusukan anak hanya ada cangkuk besi di belakang sahaja.




Bestnya seamless bra ni, kebiasaannya bila kita pakai baju tanpa pakai inner, kadang-kadang akan menonjolkan bentuk cup atau pun line bra kan, tapi seamless bra ni tidak menonjolkan kesan cup di baju sebab kualiti dan jenis kain dia sangat-sangat lembut dan licin. Walaupun tiada besi atau wayar ia masih mampu memberikan sokongan kepada payudara.
Seamless Bra dari Summer & Peach
Mana nak cari seamless bra yang berkualiti dan selesa ni ? Korang boleh survey dan dapatkan di www.summerandpeach.com , sebelum ni qaseh dan pernah cuba bralette dari website ni tau korang, bralette dia cantik-cantik dan sexy gituh, aumm sangat haha boleh baca di sini
Noelle Seamless Bra
Bila qaseh cuba sendiri Seamless Bra dari Summer & Peach ni, memang terasa perbezaan dari bra yang qaseh selalu pakai, rasa sangat ringan dan tak menyakitkan langsung, sesuai untuk dipakai ke mana-mana sahaja walaupun waktu tidur. One more, bila pakai seamless bra ni kan, bawah ketiak kita, tak rasa ada lebihan lemak keluar haha boleh faham tak perasaan tu. Boleh tengok details dalam gambar yang qaseh snap okay.





Bagi korang yang suka pakai bra waktu tidur boleh lah bertukar kepada seamless bra supaya tidak memberi kesan buruk kepada peredaran darah kita waktu malam, pastikan tidak ketat dan mengganggu waktu tidur korang. Elakkan tidur dengan bra yang ada besi okay sebab memang banyak kesan buruk tanpa kita sedar.
Design seamless bra ni sangat simple tau, sememangnya ia tiada renda-renda atau pun design yang sexy seperti bralette tapi bab keselesaan tu memang dijamin best dan selesa sangat, langsung tidak menyakitkan. Qaseh suka sebab selalunya bila pakai bra yang ada besi tu memang tak boleh pakai dalam waktu yang lama, ia menyakitkan dan memang akan ada kesan merah.


Material fabrik Noelle Seamless Bra ni adalah dari Ployamide, elastic material untuk keselesaan. Ada beberapa pilihan warna yang korang boleh pilih dan juga size mengikut ukuran korang sendiri, boleh fit sehingga saiz XL. Tak tahu macamana nak pilih saiz ? Jangan risau, dalam website ada size guide untuk korang. Saiz qaseh adalah rahsia okay haha, qaseh suka pilihan warna Noelle Seamless Bra ni, lembut seperti materialnya



Kelebihan Seamless Bra
- Push Up bra tanpa besi / wayar
- Tidak menyakitkan
- Keselesaan yang optimum
- Material lembut dan tidak merengsakan kulit
- Murah
- Sesuai untuk dipakai waktu indoor, outdoor dan ketika tidur
- Selesa dan ringan
- Memberi sokongan kepada payudara
So korang yang masih mencari-cari bra yang memberi keselesaan dalam masa yang sama mampu memberi sokongan penuh kepada payudara kita, ni lah masa yang sangat sesuai untuk korang cuba seamless bra pula dan nikmati sendiri keselesaannya. Qaseh rekomen sangat untuk para wanita di luar sana, dan untuk para suami juga, kalau isteri mintak tolong beli tu, ni tips untuk memilih bra untuk isteri korang heheh !
More Info :
posted in
Assalamualaikum
Sedih kan sejak PKP hari tu qaseh tak sempat lagi nak balik kampung, haritu dapat balik sekejap je rumah mentua sebab ayah mentua sakit, tu pun sekejap sangat dan kena ada surat pelepasan dari polis, jadi tak sempat lagi nak balik kampung qaseh sendiri untuk jumpa mak ayah. Lain perasaan bila dapat jumpa depan-depan berbanding cakap di telefon je kan
Rasanya bukan qaseh seorang je, semua orang pun diduga dengan ujian Covid19 ni, agak terkesan dan terasa sangat terkilan, tapi Alhamdulillah sekarang dah boleh rentas negeri dan semua orang pun sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya haji dan tak sabar nak jumpa mak ayah di kampung. Qaseh maybe lepas raya haji baru boleh balik tapi takpe tetap akan balik juga
Rindu kampung mak ayah, sini bertiga je, raya pun tak meriah
Bila ada peluang macam ni, qaseh betul-betul buat persiapan dan kejutan untuk dibawa pulang ke kampung sekali, paling memberatkan hati bab mak ayah ni, bila diorang dilanda dengan masalah kesihatan, kadang bila demam pun dah risau sangat dah, masa PKP haritu pun doa banyak-banyak supaya diorang sihat dan dijauhi dengan Covid19 ni.
So eksited, kali ni qaseh nak kongsikan kepada mereka tentang produk yang qaseh juga amalkan, diorang selalu sakit-sakit juga, biasalah orang tua kan makin lama makin kurang tenaga, ayah pulak ada masalah kesihatan juga, so qaseh nak share dengan diorang produk dari Apotec ni
Qaseh percaya produk Apotec ni sebab dah lama berada di pasaran dan ianya dijual di Constant Farmasi dan of course lah banyak membantu pengguna-pengguna yang amalkan, untuk kesihatan dalaman dan juga luaran, so qaseh yakin ia tak memberi sebarang masalah
Ada 3 produk yang qaseh cuba, tapi satu produk tu sebelum ni qaseh pernah amalkan dan tahu kebaikannya memang berkesan, tapi yang specialnya kali ni qaseh cuba yang ada campuran madu dari Apotec iaitu Apple Cider Vinegar with Honey dan dua lagi produk adalah Apotec Omega-3 Fish Oil dan Apotec Turmeric
So meh qaseh share kebaikan 3 produk Apotec ni, mana tahu korang pun tengah tercari-cari produk yang bagus untuk mak ayah di kampung.
Apple Cider Vinegar with Honey
Ataupun kalau bahasa melayu qaseh panggil cuka epal je, haa cuka epal dengan madu, sebelum ni pernah cuba yang tanpa madu, terasa sedikit masam, bila cuba yang ada campuran madu ni, eh sedap pulak. Untuk cuka epal ni, qaseh share dengan suami sebab dia tengah usaha untuk kurangkan berat badan, qaseh risau betul tengok berat badan dia makin naik, risau takut penyakit lain pulak timbul haa
Sebab cuka epal ni sangat bagus untuk orang yang nak diet, orang yang tengah kurangkan berat badan sebab ia memberi rasa yang puas dan cepat kenyang. Bila kenyang ni kurang sikit nafsu makan tu kan, pada masa yang sama membantu keluarkan zat besi dari makanan yang kita makan
Untuk diri qaseh pula, qaseh amalkan cuka epal ni untuk masalah sembelit, stress betul lah asyik sembelit je,asal makan je sembelit, asal sembelit je makan~ eh ! Disebabkan cuka epal ni tinggi serat ia memang membantu untuk melancarkan usus, rasa ringan je badan dan mudah la nak membuang.
Kebaikan Apple Cider Vinegar with Honey
- Halal dan 100% asli dan selamat
- Membekalkan nutrien
- Mengurangkan berat badan
- Mengimbangi diet
- Mengurangkan masalah sembelit
- Mengawal glukosa dalam darah
Cara pengambilan pun mudah sangat, hanya campurkan 2 sudu Apple Cider Vinegar dengan 180 ml air suam. Boleh minum sebelum tidur dan awal pagi selepas makan ye.
Apotec Omega 3 Fish Oil
Omega Fish OIl ni sangat bagus untuk mak ayah , warga emas, yang ada penyakit cardiovascular, tekanan darah tinggi, kolesterol, dan yang ingin improve cognitive dan sendi. Biasa bila orang yang dah berumur, diorang makan pun kurang, kadang selera makan pun takde kan. Qaseh selalu perasan mak qaseh mengadu takde selera makan, so khasiat dan protein dari makanan pun tak mencukupi.
Dalam Apotec Omega 3 Fish Oil ni ada lemak yang sihat tau, yang mana badan kita sendiri tak dapat hasilkan , so dalam Omega Fish Oil ni ada dua Asid Lemak yang bagus untuk kesihatan iaitu DHA (260mg) dan EP (650mg), dua Asid Lemak ni hanya boleh didapati dari sumber tumbuhan dan haiwan
Asyik lupa untuk survey, alang-alang Apotec pun ada produk ni, dah tak boleh tangguh-tangguh lagi. Rupanya ramai juga pengguna Omega Fish Oil sebab haritu qaseh ada buat poll di ig story, ramai juga vote Omega Fish Oil ni bagus untuk kesihatan
Kebaikan Omega Fish Oil
- Menurunkan tekanan darah dan denyutan jantung masa rehat
- Meningkatkan tahap lipid darah dengan menurunkan tahap LDL dan triglyceride
- Meningkatkan kesihatan Kardiovaskular
- Meningkatkan kesihatan Kognitif
- Menyokong kesihatan sendi
Cara pengambilan , consume 1 -2 softgel sekali sehari selepas makan atau mengikut nasihat doktor dan ahli farmasi.
Apotec Curmax Turmeric
Kalau sebut Turmeric ni teringat jus kunyit yang qaseh pernah amalkan, sedap tapi berjam-jam juga nak cuba telan sebab rasa kunyit tu perghh memang terkesan dalam tekak haha so Apotec Curmax Turmeric ni dalam bentuk kapsul, lagi mudah nak consume
Dalam Curmax Turmeric ada bahan kandungan aktif tau iaitu Rhizome Curcuma longo extract powder 250mg, dalam bahasa mudahnya adalah kunyit dan mempunyai bahan aktif kurkumin, lemak polifenal larut, tidak toksik dan antioksidan,so memang banyak fungsi biologi berkaitan anti-radang, mencegah CVD dan baiki segala jenis astritis
Kebaikan Curmax Turmeric
- Antioksidan yang kuat untuk menyokong dan menjaga kesihatan sel dengan melawan kerosakan oksidatif
- Memberi kesan untuk anti-radang
- Meningkatkan peredaran darah dan mencegah penyakit kardiovaskular
- Meningkatkan kesihatan sendi
Bab-bab kesihatan sendi ni memang sesuai sangat bagi pada mak ayah qaseh, sebab selalu jugak la diorang mengadu sakit lutut, sakit kaki dan sengal-sengal sendi, tak sabar nak kongsikan pada diorang. Hope lepas ni elok dari masalah sendi, kadang nak sembahyang pun sakit-sakit lutut
Andai korang ada masalah sakit sendi osteoartritis dan rheumatoid arthtritis, atau pun yang ingin jaga kesihatan sel dan meningkatkan kekebalan tubuh dan juga yang mahu mencegah penyakit kardiovaskular haa memang disyorkan consume Curmax Turmeric ni okay
Cara pengambilan hanya consume 2 kapsul je sekali sehari selepas makan atau 1 kapsul, s kali sehari selepas makan
Harga Bundle Promosi
Mesti korang nak tahu harga untuk ketiga-tiga produk ni kan, qaseh nak syorkan better korang beli dengan harga bundle yang tengah promosi ni. Kalau korang beli satu-satu produk maybe harga akan melebihi dari RM200 tapi bila korang beli dengan harga bundle ni hanya RM200 sahaja
So kena cepat nanti harga promosi ni dah habis pula, boleh beli untuk mak ayah di kampung, atau orang yang tersayang yang sangat memerlukan untuk kesihatan. Mesti gembira kan tengok mak ayah dan orang tersayang sentiasa sihat dan dapat atasi masalah yang ada, janji konsisten dan consume mengikut dos yang diberi.
More Info :
Constant Farmasi Promo Link : https://www.constant.com.my/SalePage/Index/221336
WhatsApp : 6012-2484018
Facebook Link : Apotec Malaysia
Instagram Link : apotecnushine
posted in
Assalamualaikum
Dalam sekelip mata, kita sudahpun memasuki bulan Ogos dan tak lama lagi bakal menyambut Hari Kemerdekaan. Harap-harap kita semua akan terus berjaga-jaga dalam menjaga jarak di antara satu sama lain. Sudah banyak susah senang dan rintangan sepanjang PKP yang telah kita harungi, jadi sama-samalah untuk terus menjaga diri masing-masing.
Bagi para pencinta menu burger, tidak kisahlah burger ayam, burger daging, burger ikan atau sebagainya, sebagai salah seorang pencinta burger kalian sudah tentu telah biasa dengan nama Burger King. Dan berita baik untuk semua, kerana di saat ini Burger King telah mula membawakan menu baru yang lebih hot!
Flame grilled patties with BBQ sauce is the new smokey thing by Burger King! Bukan hanya satu tetapi dua burger baru di bawah siri Smokey Sensations terbaru mereka.
Sebagai salah seorang penggemar makanan western di Malaysia, terus terang makanan ala barat di Malaysia ini sangat banyak hinggakan kadangkala tak tahu nak makan menu yang mana satu. Mujurlah ada restoran cepat dan mudah macam Burger King ni.
Sensasi Smokey Burger King Datang Menyerang Para Penggemar Burger Di Malaysia
Seperti yang kita semua ketahui, Burger King telah lama ada di dalam pasaran Malaysia dan penggemar burger memang sudah sangat sinonim dengan jenama Burger King ini. Maka tidak hairanlah kenapa Burger King terus mengeluarkan item menu baru untuk memuaskan rasa cinta para pelanggannya terhadap burger. Dari Double Mushroom Swiss kepada Triple Cheese dan sehingga kesepakatan yang tidak dapat ditolak, semuanya ada di Burger King.
Untuk siri sensasi smokey ini juga, ia dilengkapi dengan roti ayam dan daging lembu yang disatukan dengan sos BBQ smokey. BBQ Tendergrill Chicken contohnya mengandingkan paha ayam panggang dengan sos BBQ pedas berasap. Daging yang berjus sememangnya dapat memberi rasa sensasi pada setiap gigitan dalam satu burger tersebut.
Jika mahu citarasa yang lebih mewah, anda boleh mencuba menu burger dengan nama Double BBQ Beefacon. Ia dilengkapi dengan dua roti daging panggang khas yang disertakan dengan keju cair, potongan daging lembu dan sos BBQ yang istimewa. Pengalaman makan burger dengan aroma smokey benar-benar terserlah untuk menu special ini.
Untuk mendapatkan menu dalam siri baru ini juga tidak susah kerana ia sudah tersedia di semua gerai Burger King di seluruh negara. Dan setiap set yang turut dipesan akan dilengkapi dengan fries (kentang goreng) dan juga minuman ringan dalam size M (saiz sederhana).
Para Pengemar Burger King Boleh Nikmati Menu Yang Ada Tanpa Keluar Dari Rumah
Seperkara lagi, untuk semua para penggemar menu makanan barat terutama untuk Burger King ini, anda boleh menikmati makanan favourite masing-masing dengan cara yang amat mudah. Ini semua berkat kewujudan western food delivery dari pihak Foodpanda.
Tak ada kenderaan, hari hujan, jalan jem, kurang sihat dan sebagainya, apa jua alasan yang anda ada termasuklah malas untuk pergi beli sendiri, Foodpanda sedia menjadi penghantar makanan untuk anda secara eksklusif. Bagaikan punya seorang teman lelaki sendiri yang setia, Foodpanda akan setia menghantar makanan sebagaimana yang anda pesan.
Secara tak langsung, anda dan saya sendiri kini boleh memesan menu-menu yang ada di Burger King pada bila-bila masa dan di mana jua dengan FoodPanda. Jimat masa, jimat tenaga, jimat petrol, jimat tol dan jimat duit serta ruang parking juga.
Cara untuk membuat pesanan melalui Burger King dengan penghantaran oleh pihak team Foodpanda ini juga ternyata sangat mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan melayari laman web rasmi Foodpanda, pilih menu yang diinginkan dalam halaman khusus untuk Burger King di website Foodpanda kemudian bolehlah pilih cara pembayaran.
Pelbagai jenis cara pembayaran disediakan seperti kad kredit, kad debit atau bayar saja pada waktu pesanan makanan diterima. Tapi jika nak bayar sewaktu pesanan di terima pastikan ada duit kecil yang secukupnya.
Masih mencari dimanakah nak dapatkan menu burger yang best dan hot? Burger King kan ada dan jika tak tahu dimanakah lokasi terdekat atau mungkin malas nak keluar untuk makan tengah hari atau makan malam, pesan sendiri apa-apa burger dari Smokey Sensations dan biar Foodpanda tolong hantar hingga ke depan pintu premis atau rumah anda.
posted in
Assalamualaikum
Tempat Menarik k di Kuala Lipis, Pahang Yang Korang Perlu Tahu | Kuala Lipis ni tempat aku lalu lalang je bila nak balik ke Terengganu, memang selalu lalu tapi tak pernah terfikir untuk menerokai tempat ni, bila tengok dari dalam kereta ada banyak bangunan-bangunan yang dah usang tapi still megah berdiri, mesti ada kisah-kisah best disebaliknya. Suka sejarah ? Kadang-kadang bila dengar orang bercerita tentang asal usul sesebuah tempat tu jadi ralit dan mulut automatik teruss ooooo ooo macam tu ceritanya, kan ? hehe
Sebelum aku kongsikan apa yang menarik di pekan Kuala Lipis, aku nak kongsikan dulu satu tempat ni ibarat hidden gems yang jarang kita nak pergi, tapi aktiviti macam ni sebenarnya sangat-sangat best, yang sukakan aktiviti jungle trekking, lasak, masuk hutan dan sebagainya mesti suka aktiviti macam ni
Taman Eko Rimba Kenong
Aku selalu jugak tengok ada beberapa tempat yang namanya Taman Eko Rimba tapi tak pernah terfikir apa yang ada didalamnya. Untuk ke Taman Eko Rimba Kenong ni agak mencabar fizikal dan kelakar sebenarnya sebab kena gigit kerengga dalam trak hihi
Kami kesini dengan menaiki bas dan park di entrance Taman Eko Rimba Kenong, lepastu kena naik trak JPAM (kereta or van boleh je masuk) untuk masuk menuju Jeti Kenong untuk menaiki bot pula. Bas memang tak boleh masuk dalam ni ya sebab jalan sempit dan kiri kanan hutan. Sesampainya di jeti, kami naik bot untuk ke jeti Taman Rimba dan teruskan perjalanan untuk jungle trekking
Sebelum perjalanan makin jauh, sempat singgah di Kampung Dusun yang mana penduduk dalam ni hanya ada 8 keluarga sahaja, dan sempat melihat orang kampung tengah menyediakan masakan Tradisional iaitu Nasi Kebuli, then teruskan jungle trekking menuju 3 gua yang tersembunyi dalam hutan Kenong ni
Sepatutnya kitorang dapat menyelusuri dalam gua dengan menaiki bot tapi disebabkan hujan lebat semalaman, air sungai naik tinggi but sokay tetap best. Dalam hutan Kenong ni terdapat 3 gua, iaitu gua Batu Tangga, Gua Tangkup dan Gua Kelawar.
Perjalanan ke gua-gua ni mengambil masa dalam 45 minit, jika secara santai pula mengambil masa kira-kira 1 jam jugaklah, trek tak terlalu extreme tapi agak mencabar juga sebab laluan agak berlopak dan licin disebabkan hujan but so far semua okay je haa, pastikan pakai kasut yang bersesuaianlah, aku pakai kasut getah je
AKHIRNYA SAMPAI !
Onway balik pula sempatlah kami merasa Nasi Kebuli tadi, sedap dan unik rasanya, Nasi Kebuli ni memang dimakan tanpa kuah ye, yeah dapat juga makanan masakan tradisional orang Pahang. Jadi kalau korang suka masuk hutan, Taman Eko Rimba Kenong ni sangat best untuk diterokai, hidden gems yang cantik dan berbaloi untuk korang lawati.
Tempat Menarik di Kuala Lipis
Pekan Kuala Lipis
Akhirnya dapat juga singgah pekan Kuala Lipis ni, takde dah lah perasaan curious dari dalam kereta je, so antara tempat-tempat yang korang boleh cipta kenangan, bergambar, melawat dan mengetahui beberapa kisah sejarah haa boleh lah bokkmark terus tempat yang aku nak share ni
Titik 0KM Pekan LipisRupanya ramai juga ye memburu titik 0KM ni, aku pun tak tahu tempat aku kat mana la titik 0KM ni, hihi nanti lah cari juga,so di Pekan Lipis ni , titik 0KM terletak di GPO ( General Post Office), boleh lah pergi bergambar nanti hee

Sekolah Menengah Clifford
Untuk info korang, hostel yang pertama ditubuhkan selepas Stesen Keretapi Malaysia (KTM) adalah di Sek Men Clifford ni dan inilah sekolah yang melahirkan ramai-ramai tokok ternama termasuk penyanyi No 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Aku suka tengok pintu kelas-kelas di sek. ni, sangat klasik.

Masjid Negeri 1888, Kuala Lipis
Masjid tertua di Pahang yang sudah lama terbina sejak tahun 1888 lagi, wow lama dah masjid ni, aku pun belum lahir lagi dan masjid ni juga masih kekalkan seni bina yang lama, pernah juga dijadikan sebagai Masjid Negeri dan ada kisah sejarah yang mana masjid ni tidak ditenggelami air sewaktu banjir besar di Pahang suatu ketika dahulu
Pejabat Daerah Lipis
Antara bangunan yang telah lama juga sejak tahun 1919 yang juga diisytiharkan sebagai bangunan Heritage yang akan terus dipelihara dan dijaga. Kalau tengok seni binannya memang nampak bersejarah kan.
Bangunan Residensi
Bangunan yang masih dikekalkan dan dipelihara sejak pemerintahan British, dibina sejak tahun 1922 dan menjadi tempat kediaman bagi residen Inggeris. Dalam bangunan ni ada sudut muzium dan bahan-bahan sejarah yang korang boleh lawat.
Muzium Warisan Lipis
Last but not least, kami melawat muzium, di Muzium lah kita boleh peroleh segala kisah dan bahan sejarah dari peninggalan zaman-zaman pemerintahan British dan macam-macam lagi yang tak pernah kita tahu.
Lastly jangan lupa tonton video kami sepanjang 3 hari meroka tempat menarik di Pahang
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons