12/31/2016
Dubuyo Urban Korean Food | Sedap ke Dubuyo ?
Assalamualaikum ~
Hello. annyoung hashimnikka .. Haa penangan makan Dubuyo terus berbahasa korea uols ~ haha okey meh nak cerita alkisah sang dubuyo dan sang qaseh .. btw hari tu adik ipar aku ada post dia tengah makan korean food which mean Dubuyo ni la kan .. so aku yang jenis mudah terpengaruh ni terus terliur ! pantang betul bab-bab korea ni tau tak , kalau tengok drama korea masa scene diorang makan tu memang terliur gila .. macam sedap je kan ..
Jadi tak boleh jadi ni ! kena jugak makan sebelum masuk tahun baru .. kiranya masuk lah dalam wish list 2016 , yeyyy tercapai haha .. semalam kebetulan husband pun cuti , ajak dia tengok baby Humaira jap lepas tu dapat lah singgah di IOI Mall Putrajaya .. nasib ada kat situ , terus terjah dan cari tempat duduk secepat mungkin sampai lupa nak ambil gambar kedai Dubuyo ni , blogger apa cenggini ni tak ambil gambar -_- eh kisah pulak , perut dah lapar gila :p
first time try , so aku pilih set je untuk dua orang . kalau nak tengok lain menu boleh la ke website dubuyo orait.. harga untuk set 2 hanya RM56++ something macam tu la ..
tadaaa ini yang aku dan husband order ~
Dalam set ni ada
• | Soondubu Jigae (kitorang pilih beef) |
• | Korean Spicy Wings |
• | 2 DubuYo Rice |
• | 2 Korean Green Tea |
• | 2 Desserts (small) |
• | Free Flow Banchan (side dishes) of the day -kimchi dan sayur jeruk |
Dalam set ni yang paling sedap bagi aku , Korean Spicy Wings dan Sup (side dished) dia .. wahh sedap gila kot , rasa rangup-rangup ayam dia , perghh memang tak rugi dan berbaloi sangat makan ni haa .. Soondubu Jigae tu sedap jugak cuma takde rasa sangat , tawar sikit dan masakan ni ada telur , tauhu dan beef sebab kami pilih beef .. Nasi dia pulak walaupun nampak sikit tapi sangat mengenyangkan sebab bukan nasi biasa , biasalah korea kan nasi macam pulut-pulut gitu haaa
So sape tak pernah try boleh lah cuba makan sini pulak , tekak melayu try korean food sekali sekala eh .. cum aku tak pandai pakai chopstik haha , terpaksa lah mintak garfu ~ yummi ! nanti nak try yang ala-carte pulak lah .. tengok orang makan sedap je .. tak pandang kiri kanan langsung !
Ok kamsa hamnida kerana sudi membaca ~
12/27/2016
First Time Tinggal Rayyan dengan Dedinya ~
Assalamualaikum ..
Hohoho btw Rayyan tak pernah berenggang dengan Umi , almaklumlah 24 jam dengan Umi je kan .. so hari tu Umi terpaksa meninggalkan Rayyan buat seketika .. kebiasaannya mana-mana Umi pergi mesti bawak dia , pergi event pun bawak jugak dia tapi stay dengan dedi kejap la .. so dedi bawak jenjalan untuk menghilangkan boring .. takdela Rayyan menangis ke merengek ke kan ..
Di jadikan cerita , hari tu Rayyan stay dengan dedi kat rumah sebab Umi keluar pergi jumpa hadik kesayangan yang dah lama tak jumpa .. hukhuk rinduss katakan .. huh ! kenapa tak bawak Rayyan ? kebetulan dedi dia cuti so nak jugak tengok reaksi Rayyan tanpa Umi kejap .. dedi pun takmo ikut , Umi tak berani nak bawak dia tanpa pengawalan abe sado haha lagi pun biasanya dedi je dukung , Umi tak larat !
Misi ''me time'' pertama dan terkahir kali
So Umi pun keluar lah dengan gembiranya .. dapat jugak ''me time'' sebab dah lama tak berjimba ibarat orang muda mudi remaja belia haha .. tapi kegembiraan yang Umi kecapi tidaklah seperti yang di rasakan sebabnya ~ haaa awal-awal Rayyan ok je dengan dedi lepas tu dia start meraung , pujuk tak jalan , cari Umi sampai ke toilet .. huh ! keluar pun memang tak senang duduk .. nak patah balik masa tu dah nak sampai
Lepastu dedi dukungla bawak dia masuk kereta , ok senyap la sekejap boleh duduk dalam kereta kan tapi kegembiraan dedi juga tak lama sebab naik atas rumah Rayyan start meraung balik .. Umi dah tak ketahuan hala dah dalam shopping mall oikk .. dedi call hurmm memang kuat gila la tangisan Rayyan tu , luluh hati seorang ibu .. strootsssss nak nangis jugak rasa ! haha adoha ..Rayyan oh rayyan .. so misi dedi lah pujuk anak kesayangan tu ..
Akhirnya dalam tangisan tu dia terlelap , dedi cakap dalam tidur pun tersedu sedan , saki baki tangisan tu ada .. alahai kesian anak Umi , so dedi pun tenang sekejap lah Rayyan dan tido kan .. Umi pun lega sikit , cepat-cepat setelkan apa yang patut di setelkan .. kemain sambung bergumbira haha kejam ohh ! tapi kegembiraan dedi hancur berkecai bila Rayyan terjaga dari tidur dan sambung meraung haha aduhh tak tahu nak nangis ke nak gelak ..
Siap bervoice note lagi ha dengar Rayyan , bagi dia dengan suara Umi yang merdu ni .. bila Umi panggil nama dia ,senyap sekejap .. pastu sambung nangis plak .. hukhukhuk sabar je la , then misi dedi pujuk memujuk je la yang di harapkan waktu itu ..
adik-adik kesayangan ~ lepas ni nak pergi memana kena bawak Rayyan haha
Long time no see , sebelum kaksue kahwin lagi kan ..hinggalah kaksue bersalin , tadaaa akhirnya jumpa jugak .. ! inshaAllah lepas ni jumpa lagi .. sory sebab hati ku tak tenang kikiki
So pengajaran buat Umi , ini lah kali pertama dan terakhir tinggal Rayyan .. maafkan Umi ya lil prince .. lepas ni Umi tak tinggal dah .. kena tunggu dia besar sikit baru boleh ber ''me time'' gitu .. oh terasa diri begitu di hargai .. hikhikhik so dedi amacam jaga anak sehari ? alaa sikit je tu kan .. haha
sorry my lil prince buatkan Rayyan menangis , Umi balik pun dia still nangis lepas tu dia macam merajuk dengan UMI huwaaaa that time Umi terasa jauh hati sekejap dan nak nangis jugak tapi tahan , control cun depan anak haha .. apapun Umi takkan pernah tinggal Rayyan .. sebab Rayyan nyawa Umi selamanya .. love u so much !
Hujan ~
Assalamualaikum ..
Walaupun hakikatnya mood kelaut untuk mengupdate blog tapi sekelumit jauh , rindu menggebu .. pernah rasa tiba-tiba rasa macam nak bersara dari menulis ? tapi mana mungkin jiwa itu hilang dengan mudahnya .. so nah ! terupdate sedikit coretan di awal pagi .. omong kosong je .. bila si suami dan si anak dah lena di alam mimpi ~ mimpikan umi ye kesayangan hati ..
Hujan , alhamdulillah dua tiga hari ni asyik hujan je , tapi beserta guruh dan kilat , and yess aku si penakut dengan guruh dan kilat , tapi aku sukakan hujan , oh tu pun bila berada di rumah ~ sambil melayani lagu - lagu jiwang .. tapi kadang-kadang aku bencikan hujan kerna ia mengingatkan sesuatu yang sedih .. memori-memori yang ingin aku padam ..
Semakin lama kamu memerhatikan hujan , semakin banyak memori menjelma , bukan kita yang ingin mengingati tapi terkadang ia datang menjengah sendiri , ibarat ingin bertanya khabar ~ adakah kau baik-baik saja , dan aku baik-baik saja selepas hujan berhenti , setelah lagu terhenti sendiri .. bahawa hujan mampu menggamit kenangan lalu , kenangan ketika kita kecil , di sekolah , kawan-kawan yang makin menyepi , berita gembira mahupun duka .. semuanya terpahat tidak sedikit pun yang terus lupus..
ia ibarat datang bersama satu gerombolan awan , membawa seribu satu emosi lalu tertitis ke kepala lalu menghenyakkan dengan pelbagai ekspresi ~ adakala tersenyum sendiri , adakala air mata berlinangan tanpa di sedari .. hanyut nya jiwa dengan titisan.. dengan bunyian .. dengan angin sejuk yang datang bersama hujan .. dan tidolah mata dari terus meratapi aturan Allah yang penuh dengan hikmah ..
Pelangi sesudah hujan ? orang sering berkata , sesudah hujan pasti ada pelangi , tapi adakala mata kasar tidak selalunya nampak keindahan pelangi itu kerana mereka inginkan bukti dengan mata kasar sedangkan di sebaliknya .. sesudah duka akan ada kegembiraan , setiap kesulitan pasti ada kemudahan , itu janji Allah .. cuma kita yang buta seolah-olah kebahagiaan dan kegembiraan itu sejenis objek untuk di lihat sedangkan cukup lah untuk di rasa .. dan iyaa pelangi telah muncul lalu menghilangkan segala resah yang terbuku lama..
Aku terlalu angkuh mengatakan bahwa badanku kuat terkena hujan sederas apapun itu, tapi buktinya aku sakit sepulangnya. Sama seperti aku yang terlalu angkuh mengatakan bahwa hatiku kuat mengenang semanis apapun kenangan itu, tapi nyatanya aku tetap sakit setelahnya. - hati sedalam samudera
Dan hujan telah pun berhenti kerna Goblin tidak lagi bersedih.
12/21/2016
Buat Header Simple Guna Photoscape
Assalamualaikum , hai semua .. semoga sentiasa di rahmati Allah dan jaga diri selalu yaww ~ adoha menaip bila anak tak tido ni , seboleh2 dia nak tepuk-tepuk laptop , tak dapat dengan tangan , dengan kaki pun jadi -_-
By the way , agak lama jugak la tak godek-godek mencantikkan blog , kalau dulu zaman-zaman baru nak up orang kata , blog aku macam2 style dah buat , siap ada lagu kat blog , pastu ada kartun upin ipin bagi salam haha , header sebesar2 alam nak tunjuk muka .. kalau takde muka kat header rasa nak update blog pun down ! macam la CANTIK sangat daku ni haha .. biasala kita kena ikut peredaran zaman ye dak .. ~
Tapi sekarang ni haaa just guna template simple je tu pun download dekat themeexpose lawa-lawa jugak template kat situ ~ kalau korang jenis minat simple dan minimalist cari je kat situ , dulu aku tak suka sangat template yang ada readmore tapi sekarang suka pulak , sebab tu ada pepatah kabo boleh jadi apa yang kita benci akan jadi benda yang kita suka haaa lebih kurang gitu la kekdahnya hi hi hi
Tadaa bagi aku yang newbies sangat bab2 mendesign ni , kira dah cukup ok la tu haaa , kalau korang nak buat sendiri pun boleh .. guna photoscape je kalau takde dan tak pandai guna photoshop ..
download photoscape kat sini download photoscape
Dan aku suka sangat godek pinterest kalau nak cari font-font lawa dan cute cari je dekat situ , kemahen banyak sampai rambang mata , btw segala macam mak nenek ada kat situ , icon-icon social media aku cilok kat situ je ... hehehe banyak guna nye pinterest ni bagi aku yang malas nak menggugel sangat kan
tapi kat sini ada yang korang kena beli dan jugak free , so kalau nak free taip je free , ramai manusia baik hati bagi freebies cun2 cuma kena rajin je la godek2 kan ..
hati berbicara :
jangan kutuk header aku !
:p
12/16/2016
Colmar Tropicale , Bukit Tinggi | Tempat Menarik di Pahang
Assalamualaikum ,
Colmar Tropicana Berjaya Hill Bukit Tinggi | Apa yang menarik ?Holla semua ! sebenarnya lama dah aku datang jalan-jalan di Colmar Tropicana , tq kat kak Sue Izza yang sudi bawak , kalau tak mungkin tak merasa lagi datang kat sini , btw Colmar ni salah satu tempat menarik di Pahang , bagi aku tempat ni memang cantik , bangunan-bangunan kat sini cantik macam berada kat oversea gitu ala-ala perkampungan Perancis .. banyak la tempat yang korang boleh lawat kat sini , cuma aku tak sempat pun nak tawaf semua sebab pergi pun ada urusan .. dan bagi yang suka berphotoshoot memang tempat terbaik untuk korang berposing bagai.. outdoor wedding pun awesome !
moh layan gambar dulu ~
terpegun bila pertama kali jejak kaki kat sini , memang seperti perkampungan Perancis (macam pernah pergi perancis kan ? haha google kan hadoo ) cantik kan , besar dan tinggi-tinggi bangunan kat sini
Harus lah bergambar kenangan di pintu masuk , berlatarkan bangunan unik ni haaa
antara hiasan dan keunikan yang cuba di tonjolkan di sini
time aku pergi ni weekdays dan bukannya hari cuti , jadi agak sunyi sikit .. tak berapa ramai orang so takdela serabut sangat nak berphotoshoot kan , cuaca kat sini sejuk je .. almaklumlah di kelilingi hutan-hutan ..
bangunan kat sini di cat dengan warna-warna pastel .. cantik je , nampak kemas
salah satu cafe/restaurant yang ada kat sini , tapi aku tak makan kat sini pun .. mesti agak mahal kan makanan kat sini hihihi so tumpang bergambar je la , ala-ala oversea sangat kaksue kite !
terjumpa permainan berwarna ..
kat sini banyak la kedai-kedai cenderahati , bolehla beli souvenir untuk kenang-kenanga di hari tua
kuda - kuda ku gagah berani ~
ni pun restoran jugak , tapi tutup so tumpang bergambar je lah
telaga air yang terdapat di Colmar Tropicale
yang ni gambar dari sudut atas, lawa kan !
Yang paling cantik kat sini , aku suka tengok tasik ni .. ada swan lepastu aku teringat ada satu cerita kartun tu , haha fantasy sangat , yang dia fikir dia itik yang hodoh tapi tiba-tiba dia bertukar jadi swan yang sangat cantik ! pergh boleh tahan layan kartun hikhik
bidadari swan kat sini .. haha
memang cantik sangat shoot wedding kat sini , aku suka konsep-konsep garden .. so wajib ambil gambar kat sini haa
hati berbicara :
layan gambar je lah ye , sebab kat sini memang tempat bergambar , makan n shopping souvenir je ..btw sesuai untuk yang inginkan ketenangan dan berhoneymoon gitu ~ sebab kat sini sejukkk hihi ..
12/08/2016
Buat Rawatan Carbon Peel Laser Untuk Whitening di Vipps Clinic Koreana | Mudahnya memutihkan muka !
Assalamualaikum ,
Carbon Peel Laser di VIPPS Clinic Koreana Sunway Nexis Kota Damansara | Holla semua ! Kali ni qaseh nak cerita pertama kali buat treatment menggunakan kaedah LASER , sebenarnya baru je balik dari Melaka , tak sempat sampai rumah terus datang Vipps Clinic Koreana ni , memang tepat pada masanya sebab kat Melaka sangat panas dan memang lah sunburn kulit haaa , dapatlah repair , putihkan dan manjakan balik kulit muka kat sini .. pengalaman ? fuh best gilos sampai tertido ! sebab apa ? haa baca sampai habis sebab qaseh nak bagi gift kat korang semua .. dan yang pasti sangat berbaloi
kat sini doctor sendiri yang akan buat treatment , memang berkelulusan dan di iktiraf.. tambahan lagi produk kat sini menggunakan produk dari Korea , haa produk Korea memang sangat bagus uols .. dan waktu qaseh datang agak busy dengan customer lain .. nampak tak betapa larisnya vipps clinic ni , btw tq so much untuk layanan VVIP gitu.
Jadi banyak je rawatan yang korang boleh pilih kat sini , kena tengok lah kondisi kulit korang macamana so doctor akan tengok kulit korang dan bagi rawatan yang sesuai dengan kondisi kulit .. jadi qaseh buat rawatan memutihkan gitu haaa iaitu Carbon Peel Laser , rawatan ni selain dapat memputihkan kulit korang ia boleh membersihkan kulit , mengurangkan kulit yang tak sekata lebih2 lagi yang pakai tudung tu haa memang tak sekata warna kulit , selain tu boleh menghilangkan jeragat dan pigmentasi , mengurangkan kedutan dan banyak lagi kelebihan ni .. so meh tengok semasa rawatan Carbon Peel Laser ni
First Step
Mula-mula muka akan di bersihkan , almaklumlah pergi dengan mekap tebal seinci , so wajah akan di bersihkan dulu sesucinya .. lepastu muka akan di sapukan Carbon , carbon ni la yang akan di laserkan untuk second step nanti .. sebab tu bau agak hangit semasa buat rawatan laser.. tapi jangan risau lah tak terbakar nya kulit muka korang haha
Ni lah gayanya bila dah di sapu dengan Carbon , cute kan iols macam dayang senandung .. ooo perli ek takpe takpe , bila dah di laserkan dayang senandung bertukar jadi princess okey !
Second step
Bila dah di sapu dengan carbon , masa untuk buat rawatan menggunakan kaedah laser , doctor akan sumbat telinga dengan kapas sebab semasa rawatan ni akan bunyi pup pap pup pap macam mercun bawang gitu , lepas tu keluar asap sikit dan percikan api , tapi tak perlu risau ia tak membahayakan langsung .. tak percaya tengok la muka iols rileks je dalam video ni haa , video ni masa tengah di laserkan .. nampak tak asap tu , then bau hangit sikit haha .. kembang kuncup hidung ku
Bila dah laser , Carbon tu semakin hilang ..
Mesti ada yang ngeri kan bila dengar ''laser'' , sebenarnya tak sakit langsung , cuma rasa terkejut sebab bunyi tu je , lepastu rasa panas-panas sikit .. thats all babe , nak cantik kan kena tahan la sikit , kalau yang jenis melatah tu kena tahan sikit lah haha .. tapi memang qaseh cakap jujur tak sakit pun heheh
Last step
Yang last step ni qaseh tak tahan , bukan sebab sakit ke apa tapi tertidur sebab masker Mint ni sejuk sangat ! yaAllah sempat lagi aku tidur , sebab tadi laser tu kan panas-panas so bila sapu masker ni fuhh syiok amat , dalam 20 minit jugak untuk cool kan balik kulit muka .. so rawatan ni mengambil masa dalam 1 jam lebih jugakla .. tapi sangat relaks ~ kalau tak takdela den tertido oik ..
HOT PROMOTION
So pakej yang qaseh buat kat atas tu harganya dalam RM600 , jadi sempena promosi hujung tahun , VIPPS dengan baik hatinya membuat promosi gila-gila sale ! hanya RM188 je uols + free snow white facial lagi .. fuh rugi kalau korang tak pergi buat .. sangat rugi !
Dan satu lagi dengan murah hatinya qaseh nak bagi Voucher ni kat korang semua , banyak tu RM200 untuk treatment yang tertulis di voucher ni haaa .. so takyah segan-segan sila save voucher ni sekarang ok
Maklumat Lanjut
VIPPS KOREANA CLINIC KOTA DAMANSARA
Alamat : Sunway Nexis, D-G-11, NO.1,Jalan PJU 5/1, Kota Damansara
Petaling Jaya, Malaysia
Webiste : http://www.vipkoreana.com
Instagram : https://www.instagram.com/vippsclinic_kd
Contact : 016-332 0701
12/02/2016
Hello Disember | Flashback Memori Lalu ~
Assalamualaikum , holla semua ! pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember , bermakna 1 bulan lagi 2016 bakal berlalu pergi dan 2017 selamat datang ~
By the way tak tahu lah nak coretkan apa , malas nak meluahkan isi hati tapi rindu dengan sentuhan peribadi .. kita coretkan lah sedikit untuk kenangan di masa yang akan datang , untuk diri sendiri hehe .. omong kosong di malam hari yang sejuk , flashback benda - benda yang dah berlalu pergi .. syukur alhamdulillah masih di panjangkan umur hingga ke hari ini..
Dalam hidup setiap orang pasti banyak kenangan , tak terkecuali aku ~ tak terkecuali kamu , tapi adakah selamanya kenangan itu untuk kita ingati ? 2014 banyak hal-hal yang menyedihkan aku .. kesilapan dan kebodohan yang aku sendiri lakukan .. tapi andai ALLAH telah menakdirkan sebegini , alhamdulillah aku terus redha dan nampak sedikit demi sedikit hikmah yang ada .. benar kata seseorang perancangan Allah itu lebih baik dari rancangan kita .. kita rasa apa yang kita rancang itu akan membahagiakan kita tapi sebenarnya kita lupa bahawa kita ni berada di bawah lembayungNYA , so siapa kita untuk melawan segala aturanNYA ? kadang-kadang perancangan kita terlalu banyak KHILAF hingga Allah ubah kepada apa yg dirancangNYA lalu perjalanan kita tampak sempurna dari hari ke hari walau pada awalnya sakit..
2015 , Allah gantikan kesedihan dengan hadiah yang tak ternilai , di saat ramai hambaNYA yang merintih merayu untuk dapatkan zuriat , aku mendapat apa yang tak dapat di beli dengan harta benda .. Allahu walaupun aku tahu aku bukan lah hambaNya yang layak beroleh kerna aku tahu aku bukanlah hambaNYA yang sempurna yang penuh khilaf , di saat aku kesunyian di belenggu dengan pelbagai persoalan , bercampur dengan segala emosi ~ ALLAH dengar doa aku .. Dia kabulkan doa aku , doa untuk aku melihat dengan jelas takdir yang aku dapat .. dan Rayyan terima kasih kerana hadir dalam hidup Umi dan Dedi , pengerat kebahagiaan kami.
Dan tahun ni , 2016 di saat penghujung tahun .. teringat kembali memori-memori lama seakan ingin kembali untuk membetulkan segala kesilapan , tapi aku sedar hari ini bukan lah dunia khayalan doremon yang penuh fantasi .. aku cuma harap hati aku lebih kuat untuk mengawal emosi sendiri , kuat untuk tidak mudah terbuai dengan benda-benda yang telah berlalu ~ kerana aku ada dua orang hero yang perlu aku jaga , dua hero yang satunya syurga aku , dan satunya aku lah syurga dia .. suami dan anak .. tq always ada di saat aku pernah gila dengan perasaan , di saat aku tidak matang , di saat aku terlalu lemah , walaupun aku kadang tak selalu ada dan terlalu ego dengan benda yang ntah apa-apa. InshaaAllah susah senang bersama ..
Dan untuk tahun yang akan datang , azam aku ialah aku nak benda-benda happy je sepanjang jalan walaupun sebenarnya itu adalah mustahil , kerana kita hambaNYA yang takkan terlepas dari ujian , sama ada kecil dan besar tapi InshaaAllah akan lebih matang dalam berhadapan dengan semua benda .. dan jadi isteri yang lebih baik buat suami , dan haruslah jadi Ibu yang power buat Rayyan .. supaya hanya aku jadi idola diorang berdua ahaks !
Kepada yang masih belum MOVE ON dengan masa lalu hingga tak dapat mencari kebahagiaan diri sendiri ~ berhentilah dari terus menyakiti hati sendiri , sampai bila harus begitu ? kepada yang sedang di uji dengan ujian yang sangat berat di ketika ini , sabar lah ~ pasti ada hadiah yang tak ternilai esoknya .. brsangka baik dengan segala perancangan Allah , percayalah akan ada pelangi yang akan muncul
hidup itu salah satunya adalah tentang pengalaman, kita akan terus mengalami hal-hal yang menyenangkan atau sebaliknya, namun kita tidak akan benar-benar hancur.
Penyesalan-penyesalan, sedih, luka di masa lampau mungkin manusia memang perlu merasakan hal-hal itu.
Penyesalan-penyesalan, sedih, luka di masa lampau mungkin manusia memang perlu merasakan hal-hal itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)