• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI | EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY BY RAIL
kali ni aku nak cerita tentang pakej pelancongan keretapi ,  kali pertama juga la aku menginap di homestay yang sangat tradional , memang jarang sangat la kan  kita nak bertemu dengan budaya-budaya yang dah lama di tinggalkan di sesetengah tempat terutama anak-anak muda yang memang hidup di dunia moden , jadi dengan pakej ni , Railway Tourism berjaya memberi kami pengalaman yang tak pernah kami rasa , memang bagus bagi mereka yang  memang tiada kampung , dan teringin merasa suasana kg yang penuh tradisional 

sebelum tu , aku nak cerita sedikit latar belakang KG BENG ni , kenapa la kampung ni di beri nama BENG ? kenapa bukan nama BANG ? eh lain pulak maksudnya tu , sebenarnya kampung ni di buka oleh seorang anak Raja Patani yg di kenal sebagai TOK BENG , yg telah melarikan diri mengikuti SG. PERAK , jadi wujudla nama kg ni , KG BENG sempena nama TOK BENG , begitulah cerita nya 

Pak Alias , Ketua Kg Beng 
tak kenal maka tak cinta , kena datang dulu baru dapat rasai semuanya , kenapa kg ni memang terbaik ? mana tak nya homestay KG BENG ni pernah menjadi ''Homestay terbaik negeri Perak 2009'' . wah tak terfikir pulak aku akan menjejakkan kaki di Homestay terbaik negeri Perak , korang pun boleh rasai jugak dengan Pakej Experience Malaysian Homestay . KG beng ni terdiri  drpd 6 buah perkampungan kecil iaitu Kg. Durian Lubuk , Kg. Beng Dalam , Kg Dusun , Kg. Sekolah , Kg. Durau dan Kg. Batu Ring 



Suasana di sekeliling KG BENG , dikelilingi oleh bukit bukau yang menghijau dan air tasik membuatkan KG BENG , LENGGONG , PERAK sebagai sebuah perkampungan yang penuh tradisional .. kalau korang nak tahu setiap rumah yang terdapat di dalam kampung ni mempunyai sampan sendiri bagi aktiviti harian , terutama Kg Batu Ring 


dengan Pakej Experience Malaysian Homestay KG BENG , korang boleh la merasai sendiri naik bot sambil menikmati alam sekeliling , terletak kira-kira 15 kilometer dari KG LENGGONG , perkampungan ni memang terbaik untuk santai-santai bersama family , dan selama aku berada di sini , memang sesuai kiranya di jadikan tempat untuk berkhemah , haa lagi satu bagi yang sukakan aktiviti lasak dan adventure , kg ni memang sesuai bagi kaki lasak seperti korang semua , di sini juga terdapat air terjun yang sejuk dan sangat segar ! fuhhh terasa nak jejak kan lagi kaki di sini , In Shaa Allah ..


Pakej Experience Malaysian Homestay , yang sangat mengujakan bagi aku untuk mengikuti pakej ni sebenarnya adalah program bersama keluarga angkat , ini lah kelebihan pakej ni iaitu penginapan bersama keluarga angkat , kalau nak tahu aku dah lama juga teringin mengikuti program sebegini , tambah-tambah bila kita dapat dengar cerita-cerita lama , asal usul dan apa je yang kita nak tahu dari mak dan ayah angkat, resipi pun korang boleh dapat tau ,  lepas ni takde masalah untuk mengambil hati mak-mak mentua .. masakan PERAK pun kita mampu masak , haa gitu 


ini lah family angkat aku sepanjang ber 'homestay' di sana , di bawah jagaan PAK KARIM dan MAK ZALEHA memang layanan mereka yang buatkan kami terharu , terutamanya bab makan yang melayan kehendak perut kami semua , alhamdulillah pengalaman di KG BENG bertambah dengan layanan baik seperti ibu bapa kandung sendiri .. terima kasih buat mak dan ayah angkat kami .. 

ANTARA AKTIVITI PAKEJ EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY KG BENG 
boleh baca segala aktiviti di bawah ni 


orang kampung di sini tak pernah tinggalkan aktiviti gotong royong bersama , seronok ! dengan aktiviti begini la dapat mengeratkan lagi silaturahim antara jiran , best kan ??

nak tahu apa aktiviti kami sepanjang di sana ? mula-mula memang ada aktiviti memancing  tapi kami semua agak lemau petang tu lepas balik dari PESTA MAKANAN LENGGONG , so aktiviti kami di tukarkan kepada mandi air terjun ! yahoooooo , air kat kg ni memang sejuk kalah ais , maklumla air fresh dari bukit , agaknya ramai juga lah yang tak mandi pagi tu kan 

aktiviti petang , sepetang di air terjun Kg Beng
di iringi dengan doa , semoga perjalanan kami selamat hendaknya ..

sedikit penerangan dari ketua kami , salah seorang penduduk KG BENG , sebelum kami mula bertolak  
laluan yang terpaksa kami rempuh ..  nampak tak aku paling depan sekali mengekor ketua dari belakang , nampak tak betapa excitednya sebab tu la pacat tak berani dekat , berani katakan !

bukan takat belukar je kami redah , di tengah perjalanan akan ada laluan anak sungai , hati-hati kerana arus agak deras , sebab tu lah ada orang jatuh kat sini , kah kah sape lah tu ye opss , kalau korang perasan ada kabel-kabel sepanjang sungai ni , itu sebenarnya kabel karen untuk gajah , tetiba berdebar , kot-kot ada gajah lalu masa tu .. tapi yang kat dalam gambar ni pun mcm gajah je eh eh .. kbye

akhirnya sampai jugak kami ke destinasi , air terjun kat sini perghhh sampai ke tulang sejuknya, memang tak boleh nak berendam lama-lama beb , sejuk amat .. 


  aksi-aksi bila dapat bertemu air.. macam-macam aksinya alahai .. haha 
dah puas menikmati kesegaran air terjun dan lewat senja kami pun pulang ke rumah masing-masing , dan banyak jugak kesan gigitan pacat bila balik mandi ke rumah haha , pengalaman yang terbaik kan korang ? 

aktiviti malam 

malam hari pula ada majlis makan-makan dan persembahan kugiran , haaa masa ni aku menambah 3 pinggan , ini serius sebab nampak tak masakan ala-ala asam pedas tu , memang tak sama masakan dengan kg aku , terengganu , walaweh sedap sangat hingga menjilat jari, ikan talapia merah yang segar .. tetiba rasa lapar !! menu kampung yg sangat sedap , lagi sedap dari masakan hotel mahupun restoren mewah ! 
air asam memang terbaik , makan dengan ikan bakar yg fresh , ikan pekasam , daging rusa bakar , ikan masak (alamak lupa ikan masak apa) sebab sedap sgt mencekik ..

lepas makan-makan haa masa ni nak tunjukkan bakat terpendam boleh la .. adi dengan lagu cinta pantai merdeka , malam tu di selubungi kabus tebal tetiba wakaka

 ajeeb dengan lagu nya biarlah bulan bicara , perghhh nyanyi sambil brgambar lagi , tak heran la dia ni selalu buat pementasan koir , nyanyian dan bakal pengganti ANUAR ZAIN , pergh nasib baik dah ambil tandatangan awal-awal .. dan malam tu memang sgt meriah dengan kerjasama semua penduduk KG BENG , seronok sangat .. pengalaman yang indah 

Fakta 
KG BENG ni kalau korang nak tahu , sehingga kini berpuluh lokasi di sekitar KG BENG dan KG BATU RING  dijadikan tempat penggambaran dan juga dokumentari , antara iklan yang sangat glamer kalau korang ingat , iklan petronas menjelang hari raya yang lembu dalam bot tu haa dan juga filem ANNA and THE KING . 

perusahaan ikan pekasam di lakukan oleh penduduk kampung yang menjadikan ikan segar Tasik Beng dengan Sungai Perak dengan seribu aroma apabila di masak  hingga di nobatkan sebagai yg terbaik pada 2004 yang lalu , patutla aku menambah sampai 3 pinggan , bagi yang minat memancing , pelbagai spesies ikan ada di sini spt TENGALAN , KELAH , KERAI , SEBARAU , BAUNG , LAMPAN JAWA dan PATIN , yg sering di jadikan pekasam dan mudah di tangkap 




lastly di KG BENG , sememangnya ia benar-benar mengusik perasaan aku dan memberi pengalaman yang aku sendiri tak dapat diungkapkan melainkan dapat merasa sendiri segala pengalaman sepanjang di KG BENG , terima kasih buat mak ayah angkat , pastinya aku akan rindu dengan saat-saat sepanjang berada di sini ..penduduk yang ramah dan mesra pula membuat hati kami berat untuk meninggalkan HOMESTAY KG BENG 

TUNGGU APA LAGI KORANG , boleh lah masuk laman web RAILWAY TOURISM MALAYSIA[klik] untuk reserve pakej-pakej yang menarik , luas pemandangan lagi luas pengalaman kita !! 

baca sini juga 
https://www.qasehdalia.com/2014/01/railway-tourism-malaysia-railway-tour.html
https://www.qasehdalia.com/2014/01/perasmian-brosur-pakej-pelancongan.html
https://www.qasehdalia.com/2014/01/railway-tourism-pesta-makanan.html
https://www.qasehdalia.com/2014/01/victoria-bridge-railway-tourism.html

   





Assalamualaikum

Wah dah nak sebulan dah berada dalam tahun baru , baru berkesempatan nak buat random 2013 bersama geng-geng yang tersayang ni ,macamana nak citer ek , mesti korang selalu je tengok kami semua keluar , hang out bersama .. masa pergi bengkel photo tu hari ada orang tanya ''oo korang memang dah kenal lama ye , ooo mcm best je '' haaa memang best pun , memang kami di takdirkan untuk berjumpa kot .. sebenarnya qaseh awal-awal duduk di PUTRAJAYA mmg tak kenal sesiapapun , maksudnya tak pernah jumpa mana-mana blogger , then di tarik masuk ke dalam satu group oleh BEN ASHAARI , so layan je la kan ... berapa banyak group da , orang tu masuk orang tu keluar ~ hingga la sekarang , yang ada hanya kami , siapa kami tu ? jeng-jeng-jeng ~

First time jumpa Tuan BEN kat alamanda , dengan abe Que Achmad , masa tu abe single lagi sekarang dah kawen dan bakal timang cahaya mata dan macam abe pun turut mengandung melihat gaya peyotnye haha opss ! then first time jumpa Kak Fiza , Kak Sue , Mieyza , Yanty kat alamanda , konon-konon first meet , TEMBAM ty masa ni .. krik krik
haaa ni lah first time kami jumpa ,pheewww malu gila babeng , tapi kak fiza mcm tak malu je haha , alkisahnya bermula la kat sini , masa ni Tuan Ben pun ada sekali so kitorang berenam ..tadaaa daa daaa mmg semua kepala boleh masuk , maklumla 2 ore tu pantai timur jugok , masuk la ngan kepala ambe yg sopan dan pemalu ni 

lepas tu banyak la aktiviti yang Tuan Ben cadangkan , 

Bertapa di rumah PAK CIK MAT GEBU GEBUUU [klik]

first time jugak jumpa sis lin , kak ayu , kak sue , kak yati , semua kak kak yang cun meletop ni , geng blogger masak-masak haa jgn memain ko nanti kena senduk atas kepala , haha

first time jumpa caer , dan cikali kat sini , pah ceroh syahir tak ngaku dia tu dia haa paham dak ! low profile dan pemalu sgt konon-konon .. baru jumpa kan , tapi sekarang wallahualam , malas nak cite lebih-lebih jap g dia balas dendam .. wakakak 

First time jugak jumpa cikali kat sini , aku pun kompius nama dia , so panggil CIK ALI je la senang wakaka , yang ni ya Allah bz kalah PERDANA MENTERI !!! kdg2 rasa macam nak bom je tapi sabow je la maklum lah layan RETIS je hihihi .. 


Projek mini LAVA GRILL [klik] yeyyy dapat makan beger free terbaik beger dia ! arghh lapar !


 
kenal lagi rakan-rakan yang baru , FAIZAL FREDLY yg asyik melancong , woah jeles daku ! NIZAM IJAM sekarang dah jadi artis dah , ini siriyess ye , DKNA n husband , bakal jadi ibu dan bapa , BRO AHSAN sekarang dah kat UK , rindu kat IZZ anak dia .. sobsss , MAWARDI YUNUS , yang sengal amat , ni pun bakal jadi retis jugak retis antarabangsa .. kikiki SHAWN , nampak je kecik gitu tapi doktor ni haaa hebat kan semua , NAJEEB nak citer gak ke haha semestinye la nnti merajuk tapi first jumpa dia , masa tu tgh lipat baju , kbye mls nak citer ! nnt kena kutuk 


KAROOT KOMEDIA [klik] - ramai jugak blogger turun hari tu , lyssa faizureen pun hadooo 

MAJLIS BERBUKA PUASA kat MATIC [klik]


yang kat tengah dan pakai kemeja tu , pemilik blog kaki sembang dan tinta asyraff , dua-dua single lagi tapiiii tettt diorang nak ustazah je wakakaka , matyie tu memang banyak SEMBANG , ada je idea nak kenakan orang , ase nak pelangkung ngan tudung saji .. 

Flora Kafe [klik] -under yanty.my 

review FLORA KAFE dan sambut besday ajeeb dan juga kak fiza , haaa lupa nak citer pasal UJANG , satu je dia sgt 'BENGONG' haha jangan marah , kenal dia agak lama jugak kat blog , sama mcm abg beng , tahun 2010 tak silap =) 

MAIN PERANG-PERANG PAINTBALL [klik] - cerita penuh klik je 

haaaa ni first time qaseh join aktiviti ganas-ganas , ganas la sgt , wakakaka jangan lupo ahad ni 26 jan 2014 , ada lagi aktiviti paintball di tasik cyberjaya , jom kite berperang lagi , lagi bertambah kwn2 blogger bila turun aktiviti-aktiviti macam ni haaa , tolak rasa malu .. jom LUASKAN KUASAMU 
ada jugak aktiviti badminton , tapi skrg COURT penuh maaa , badminton ni first jumpa si ARELIFF ni pun bz kalah menteri .. grrrr

MATIC FESTIVAL TREASURE HUNT [klik] - haaaa first tim join treasure hunt ni 

masa ni paling lawak , bila partner dengan miza , sakit perut bila dia buat mimik muka binatang , ! wakakaka terbaik lol , bukan aku teka pun tapi asyik nak trgelak .. tapi ok la sebab dia dera den lompat tali skipping hingga ketar kepala lutut waa

LAWAK KE DER [klik] - under bro framestone


hati berbicara :
tq buat BEN ASHAARI semuanya hanya dari beliau , apa-apa aktiviti , food review , produk review , event-event banyak datang dari beliau .. Allah semoga di perluaskan rezeki beliau .. dan buat kawan-kawan KBBA thanx guys , bertuah qaseh dapat kenal korang muahh sikit eh eh eh .. 
tak semua , qaseh join , dan yang sedih bila tak semua ada dalam satu2 program nak buat macamana msg - msg de kerja , apa-apapun tetap dalam hati gitu ..

buat abe que , abg beng and dkna - semoga di permudahkan segala urusan dalam menyambut umat Nabi Muhammad , tak sabar nak tengok adik qhaliff , que junior dan juga dkna junior haaaa .. semoga selamat semuanya =) ameen 

permulaan 2014 , banyak jugak isu yang terjadi , isu-isu berbangkit hikhik first time ketua mengamuk haa padan muka semua , dah macam ayam berak kapur , wakakaka so permulaan 2014 , first meeting antara kami .. dan bertambah lagi ahli kelab blogger ben ashaari , maaf kami bukan kelab berdaftar tapi kami erat dalam sebuah silaturahim , alhamdulillah 

www.benashaari.com - abg beng 
www.marqiscareno.blogspot.com - abg lan 
www.queachmad.com - abg que 
http://azfar9897.blogspot.com/ - abg ujang
www.fuh.my - abg caer 
www.katanajeeb.blogspot.com - abg jeeb 
www.papablogger.my - abg azmi 
www.mawardiyunus.com - 'adik' adi 
www.redscarz.blogspot.com - abg daus 
www.qasehdalia.com - qaseh ayu
www.yanty.my - ty 
www.hasyanaurah.com -mieyza 
http://myputeri21.blogspot.com/ - kaksue 
http://dismybelog.blogspot.com/ - kak fiza
http://www.dkna.my/ - dkna 
http://www.kisahemasputih.com/ - uzu 
http://cikali.blogspot.com/ - cikali
http://sepetpotpet.blogspot.com/ - zura 

nanti update balik ~ 












بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ
Assalamualaikum 

Lama sudah qaseh tak update entry makanan rohani , asyik kejar dunia hingga banyak perkara yang terpinggir , Allahu .. tahun berganti tahun , azam untuk menjadi hamba yang lebih baik kadang tersisih di pinggiran jalan , terhenti kerana terlalu asyik dengan warna pelangi hingga terleka awan mendung yang kian sarat .. suatu saat bila hujan turun baru tersedar , aku terlalu asyik dengan warna-warna khayalan .. hingga lupa yang memberi warna .. 

Tetiba rasa sedih bila teman-teman sedang di uji dengan ujian demi ujian , dan saat ni aku tak dapat nak membantu , hanya mampu beri kan kata semangat untuk terus bersabar , sabar lah teman .. kita gembira , kita lupa DIA ~ kita di landa ujian , Allah rindu kita , rindu kita sangat-sangat , tapi adakah kita sedar akan rindu DIA , adakah kita sedar sebenarnya kita di panggil untuk terus sujud padaNYA .. adakah kita sedar itu semua ................ sayang ~ 



kadang-kadang ujian sedikit tu buat kita mengadu , yaAllah aku tak sanggup dengan semua ni , Allah seakan badanku lumpuh , tapi sebenarnya tahu tak , hati kita yang kian lumpuh , Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA cuma kita sering berputus asa , cepat berputus asa ! sedangkan hidup kita hari ni telah kita tempuh beribu ujian , tapi still kita boleh rasa gembira kan ? sedikit duka buat kamu mengeluh , tapi segunung kegembiraan apa kau selalu bersyukur??

Sayang ~ ada masa memang kita akan rasa tak berdaya dah dengan semua ni , sakit aku kau rasa ? beban aku kau pikul ? semua rasa macam nak laungkan pada seisi alam , qaseh pun pernah rasa , tapi bila kita duduk seorang kita fikir balik , Allah banyaknya nikmat yang engkau berikan , tapi tak sedikit pun aku sedar , kerana kesakitan kecil ni menutupi segala nikmat yg kau berikan .. tersentak lagi , jantung berdegup errm apakah aku yg memberi kesakitan padamu selama ni ya Allah ......

hati berbicara :
Ujian , bila datang melanda , kita sering mencemuh 
tanpa sedar kita sebenarnya mencemuh Dia yang memberi ujian 
susah kan kita untuk melihat secara baik atas sesuatu ujian ??
itulah sebenarnya IMAN 
nak menilai sejauh mana kita bersangka baik dengan TUHAN  
atas setiap apa yang dia telah takdirkan buat kita 
untuk kita kekal yakin pada janji-janji Tuhan yang masih dirahsiakan
nak melihat sejauh mana TAWAKAL yang kita gantungkan pada dia 
jom try solat taubat tiap malam-
jom try solat malam tiap malam 
=) 
-qaseh yg selalu alpa dan lalai-


                                                         بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ


sambungan entry Pelancaran Pakej Pelancongan [klik] , akhirnya 2 jam lebih menaiki ETS yang tak terasa sangat tibalah kami di IPOH , yahooo akhirnya aku dapat jugak jejakkan kaki di IPOH dan merasai pengalaman menggunakan pengangkutan darat ETS , terima kasih sekali lagi buat KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA dan RAILWAY ASSOCIATION MALAYSIA (RTAM)

sesampainya kami di sini , kami di sambut meriah dengan paluan kompang dan juga persembahan silat , wow sangat menarik persembahan mereka , tabik buat orang-orang ipoh yang sememangnya peramah dan murah dengan senyuman .

di Platform  1 Stesen Keretapi Ipoh , Perak  telah berlangsungnya satu sesi sidang media ucapan khas oleh Yb  Dato' Seri Mohamed Nazri B. Abdul Aziz buat sahabat-sahabat media dan juga para blogger yang ingin mengajukan apa-apa soalan yang berkaitan, alhamdulillah kerjasama terbaik dari YB MENTERI buat kami semua .

seterusnya kami di iringi untuk menyaksikan mini konsert dari artis-artis tempatan iaitu Najwa Latif , Roney Hyper Act , aku suka lagu dia yang ada lirik ''qasehmu ~ hanya ku yang mencari rembulan masih ada , eh eh perasan sebab ada nama qaseh kan , haaa gitu , juga ada Sheeda dangdut , Mus May , dan byk lagi yang di hoskan oleh Azwan Ali , sebelum konsert bermula , berlangsungla majlis perasmian BROSUR PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI oleh YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI B. ABDUL AZIZ dan juga YAB DATO' SERI DI RAJA DR ZAMRY B. ABD KADIR bersama PUAN KHADIJAH ABD RAHMAN , Presiden Persatuan Pelancongan Keretapi Malaysia 

alhamdulillah , Majlis Perasmian Brosur Pakej Pelancongan Keretapi berjalan lancar 

waktu yang di nanti-nanti iaitu Mini Konsert , jom layan gambar depa buat persembahan 

eh eh Puan Khadijah pun posing ala-ala Azwan Ali gitu 



persembahan dari Najwa Latif 


persembahan Ronnie Hyperact 

kami tak berkesempatan menyaksikan semua persembahan kerana masa yang tidak mengizinkan , apa-apa pun berkesempatan juga merakamkan kenangan di sini , dalam pukul 12 malam , kami gerak ke Homestay masing-masing yang di pecahkan kepada 3 homestay iaitu Homestay Kg Beng , Homestay Bukit Gantang dan juga Homestay Gopeng ! so qaseh di letakkan di Homestay KG BENG ! wahhhh nak tau pengalaman qaseh kat sana ? memang adventure dan sangat tradisional ! 


PAKEJ EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY [klik] 





بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ


PAKEJ PERCUTIAN KERETAPI anjuran KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN[klik] dengan kerjasama RAILWAY TOURISM ASSOCIATION MALAYSIA[klik]  Sempena Visit malaysia 2014 , qaseh nak bercerita tentang program qaseh ke IPOH bersama sahabat blogger dan media yang lain pada 10 , 11 dan 12 januari baru2 ni , yang menariknya perjalanan qaseh kali ni bukan dengan bas mahupun flight , asyik-asyik dengan bas je kan jadi kali ni qaseh berpeluang untuk menaiki keretapi ETS , bagi yang tidak tahu apakah ETS ni ia adalah shortform bagi ELECTRIC TRAIN SERVICE ,dan ini adalah pengalaman kali pertama qaseh mengikuti program sempena tahun melawat malaysia dengan menaiki keretapi , perasaan ? memang seronok dan sangat TERUJA!! dan qaseh ingin berterima kasih atas jemputan dari RAILWAY TOURISM memberi peluang dan kesempatan untuk mengikuti pakej yang sangat menarik ni



sebenarnya program ini adalah program pertama dari KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN  iaitu pakej pelancongan yang berkonsepkan melancong dengan menggunakan keretapi (Railway Tour), 10 januari 2014 tempoh hari telah berlansungnya majlis pelancaran program ini yang bertempat di KL CENTRAL yang di hadiri oleh blogger-blogger , sahabat media , photoghrapher, pelancong dan ramai lagi yang turun padang untuk sama2 menyaksikan pelancaran RAILTOUR ini .

hah ! tak lupa pada agensi yang terlibat dalam program ini iaitu RAILWAY TOURISM ASSOSIATION MALAYSIA (RTAM) yang di pengerusikan oleh PUAN KHADIJAH ABD RAHMAN  dan juga KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB). Perlancaran tersebut telah di rasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ,YAB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz dan disaksikan oleh PUAN KHADIJAH selaku pengerusi RTAM ..alhamdulillah majlis berjalan lancar dan di sambut meriah dengan pembukaan tarian vmy2014 oleh penari-penari dari istana budaya



maka majlis pelancaran Pakej Pelancongan Keretapi sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 berjalan lancar yg dirasmikan oleh Yb Dato' Mohamed Nazri B. Abdul Aziz atas kerjasama pengerusi Railway Tourism Puan Khadijah Abd Rahman (berbaju merah)

Selesai majlis pelancaran , apa mau tunggu lagi moh la kita ke IPOH ye , KL-IPOH mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit , ETS ini memiliki kelajuan maksimum sehingga 140km/j dan di lengkapi pelbagai kemudahan yang sememangnya memberi keselesaan pada para pelancong



ETS yang tak terasa dengan kelajuannya , terbaik untuk orang yang selalu mabuk bas macam Qaseh , so lepas ni antara pilihan bas dan ETS , semestinya ETS jd pilihan

yang bestnye YB MENTERI pun turut sama-sama menemani kami menaiki ETS untuk sama-sama ke IPOH , segak kan beliau dan peramah dengan kami semua , mana taknya beliau melawat semua KOC dan beramah mesra dengan kami

haaa bila lalu depan qaseh memang konfirm-konfirm kena tangkap bergambar kan , masa ni YB tanya "haa kamera mana satu ni dan senyum '' say cheeseeeeeeee ~ alhamdulillah berkesempatan juga merakam kenangan dengan MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA Yb Dato' Seri Mohamed Nazri B Abdul Aziz 


antara kemudahan lain yang terdapat dalam ETS ialah kemudahan cafe , tandas separa automatik , plug untuk charging dan ruangan tempat duduk yg selesa  .. dalam masa 2 jam lebih qaseh tak sempat nak berkhayal tup tup sampai sudah di IPOH , wah laju gila ! terbaik kan ?


haaa satu lagi kelebihan ETS ni menyediakan khidmat pramugara dan pramugari , biasanya flight aje ada perkhidmatan mereka kan ? jangan main-main , ETS pun ade .. cantik dan ganteng lagi .

 JOM QASEH CERITA  PAKEJ-PAKEJ MENARIK YANG DI LANCARKAN OLEH RAILWAY TOURISM 

Pakej yang qaseh join kali ni adalah EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY BY RAIL [klik] 



memang berbaloi-baloi la pakej yang Railway Tour sediakan , antara pakej lain yang ada korang boleh lah pilih mana-mana pakej je yang korang nak , memang terbaik ! 
  • EX KL SENTRAL BY ELECTRONIC-TRAIN-SYSTEM (ETS) - day tourail package [klik]
  • NORTH & EAST BOUND HOMESTAY BY RAIL [klik]
  • 13 DAYS / 12 NIGHTS RESPLENDENCE RESORT BY RAIL[klik]

kalau korang nak tahu lebih lanjut pakej-pakej lain yang di lancarkan oleh RAILTOUR ni , klik-klik la setiap pakej yang qaseh dah senaraikan , so hari tu qaseh telah di tempatkan di HOMESTAY KG BENG , nak tau best atau tak jom kita layan KONSERT di IPOH dan MAJLIS PERASMIAN BROSUR PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI terlebih dahulu .. Majlis Perasmian Brosur dan Mini Konsert [klik sini]

\

untuk maklumat lanjut :
Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
E-mail: secretariat.rtam@gmail.com

link berkaitan RAILWAY TOURISM
http://www.qasehdalia.com/2014/01/perasmian-brosur-pakej-pelancongan.html
http://www.qasehdalia.com/2014/01/homestay-kg-beng-pakej-pelancongan_27.html
http://www.qasehdalia.com/2014/01/railway-tourism-pesta-makanan.html
http://www.qasehdalia.com/2014/01/victoria-bridge-railway-tourism.html
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates