• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Hye korang, jom kita sembang tentang kecantikan hari ni sebab masih ada lagi yang belum timbul kesedaran untuk jaga kulit muka,for now memang kesan dia kita tak nampak tapi bila umur makin meningkat macam-macam masalah kulit akan timbul, sebab apa? Haaa sebab kita tak jaga muka dari awal, tak buat rutin skincare dengan betul dari awal.

Sebenarnya nak jaga muka ni bukan benda payah pun , senang je ~ Kalau korang malas sangat nak buat 10 step macam orang Korea, korang boleh mula dengan basic rutin skincare je dulu iaitu cleanser - moisturizer - sunblock. Hari ni qaseh nak share simple tips yang buatkan kulit wajah kita makin cerah dan berseri.

1. Amalkan Meminum Lemon Suam 

Jika kulit korang nagmpak kusam, tak bermaya dan pucat je korang boleh amalkan minum lemon suam selepas bangun tidur, as we know lemon ni kaya dengan khasiat Vitamin C yang mana sangat bagus untuk kecantikan, ia boleh mencerahkan kulit wajah, memberi lebih kelembapan, kurangkan kesan hitam bekas jerawat dan juga mengawal minyak . 
-Caranya pun senang hanya perah lemon dan campurkan dengan air suam , if nak tambah madu pun boleh.

2. Cuci Muka 2 Kali Sehari 
Setiap hari wajib cuci muka 2 kali sehari ! Dalam rutin skincare membersihkan muka adalah step yang pertama so jangan skip step ni sebab bila korang tak cuci muka dengan pencuci muka yang betul, macamana next skincare korang akan meresap dengan elok ke dalam kulit? 

Untuk pencuci muka , qaseh menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature, sebelum ni qaseh guna CC Cream je dari Hansaegee tapi tertarik pulak dengan pencuci muka ni sebab banyak kelebihan untuk kulit muka, so qaseh nak share sikit pada korang kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni

 Aloe AC Clean Bubble Cleanser




Aloe AC Clean Bubble Cleanser sangat sesuai dengan semua jenis kulit , qaseh pula jenis kulit kering dan ia mempunyai 10 jenis bahan kandungan alam semulajadi yang mana bahan kandungan utama adalah Aloe Vera dan Tea Trea Oil yang sememangnya sangat bagus untuk kesihatan kulit wajah.

Bahan Kandungan Utama :

Aloe Vera sememangnya dari petua orang dulu-dulu lagi sangat bagus untuk kecantikan cumanya sekarang malas nak cari yang original kan hehe , dalam Aloe Vera ni mempunyai natural salicylic asid yang sangat popular untuk atasi masalah jerawat, sunburn ,  beri kelembapan pada kulit dan juga sebagai anti-radang pada kulit.


Tea Tree Oil pula bertindak sebagai anti fungus , melembutkan kulit wajah , merawat jerawat , mengurangkan infeksi dan melicinkan kulit muka. Jadi dua bahan yang terdapat dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni memang satu gabungan yang sangat baik.

Antara bahan kandungan lain :

Fungsi Aloe AC Clean Bubble Cleanser



💮 Membantu mengatasi masalah jerawat di wajah 
💮 Melawan masalah jerawat dengan membersihkan kulit secara mendalam hingga ke liang pori dan menenangkan kulit 
💮 Super Clean Bubble Cleanser Skin Care
💮 Mengeluarkan sebum dan minyak yang berlebihan dalam kulit 
💮 Mengawal pengeluaran minyak 
💮 Melembabkan kulit wajah dan tidak mengeringkan kulit selepas di cuci 


Qaseh impress sangat dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab ia mampu menghilangkan mekap di wajah , kebiasaanya bila qaseh mekap ringan-ringan pun still kena buat double cleansing tapi bila Aloe AC Clean Bubble Cleanser agak kuat juga dia punya pembersihan pada kulit wajah , membuatkan kulit wajah lebih bersih, shiny dan lembap sepanjang hari.

Kebiasaannya bila menggunakan pencuci muka yang banyak buih , akan membuatkan kulit wajah lagi kering , kesat dan tegang tapi surprisely Aloe AC Clean Bubble Cleanser walaupun teksturnya adalah dalam bentuk foam (buih yang lembut) , ia tak menyebabkan kulit qaseh kering , malah terasa lembut , lembab dan sangat segar.


Thats why qaseh suka dengan produk Hansaegee Nature sebab ia memang mementingkan kualiti , tak memberi iritasi ataupun breakout pada kulit , hasilnya qaseh dapat pencucian muka yang mendalam so masalah kulit pun tak berani singgah di muka.

Tekstur

 Tekstur : Foam / buih yang lembut


Cara Penggunaan :

Walupun teksturnya foam / buih yang lembut tapi firstly kena basahkan dahulu kulit muka supaya ia akan lebih berbuih, kemudian pump Aloe AC Clean Bubble Cleanser beberapa kali dan sapu rata di muka sambil buat urutan muka dan bilas dengan air bersih , gunakan setiap hari pada waktu pagi dan juga malam.



Rasa kulit wajah lebih segar dan glowing 


3. Brightening & Moisturizer Sheet Mask 


Selepas dah cuci muka , ambil masa dalam 15 - 20 minit untuk manjakan kulit muka dengan memakai sheet mask , korang boleh cari mask yang ada bahan kandungan Aloe Vera atau pun Lemon untuk kelembapan dan kecerahan kulit. Lepas pakai mask ni jangan sesekali bilas tau , sebab sheet mask ni akan menarik air masuk ke dalam kulit dan pelembab pulak akan memerangkap air tersebut supaya tidak kering.

4. Memakai Pelembab Muka Setiap Hari 
Step yang korang tak boleh skip, hari-hari korang kena pakai okay! Macam yang qaseh kata , pelembab ni berfungsi untuk memerangkap / atau mengunci air dalam kulit , so masalah kulit kering dapat di atasi dengan mudah 

Aqua Whitening Cream - Water Drop



Untuk melembapkan muka qaseh gunakan pelembab dari Hansaegee Nature juga iaitu Aqua Whitening Cream - Waterdrop Moiturizer, ia lain dari yang selalu qaseh pakai sebab selepas di sapu kan pada wajah ia akan bertukar titisan air, haaaa ni lah kelainan Aqua Whitening Cream ni. Pelembab ni sangat-sangat best tau ~

Bahan kandungan utama : 




Camelia Japonica Seed Oil, Non-comdogenic, tidak menyumbat liang pori di wajah dan mengurangkan masalah jerawat, ia juga berfungsi untuk mengunci kelembapan kulit, mengurangkan kemerahan dan membaiki kulit yang di sebabkan oleh sunburn 

Niacinamide : Dikenali juga sebagai Vitamin B yang memberi kebaikan for aging skin, membaiki tona kulit yang tidak sekata, membantu masalah liang pori yang terbuka, masalah kedutan, kulit yang kusam dan mencerahkan kulit lebih berseri.

Ingredients : Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract and ect.

Kenapa qaseh kata Aqua Whitening Cream berbeza dari pelembab yang lain ? Sebabnya ia adalah Water Drop Moisturizer, yang mana bila qaseh apply di wajah ia mempunyai magical hydrating effect iaitu akan bertukar kepada water drop(titisan air). Water drop ni akan lebih melembapkan kulit wajah dan langsung tidak melekit

Aqua Whitening Cream dapat mencerahkan kulit muka dan dalam masa yang sama akan menghidrat kulit wajah qaseh. Bila apply Aqua Whitening Cream, muka terasa sangat segar sepanjang hari. Jika korang mengalami masalah sunburn, Aqua Whitening Cream sangat-sangat membantu melalui formulasi dari ektrak herba yang sangat membantu

Ianya sesuai dengan semua jenis kulit, if kulit korang sensitif Aqua Whitening Cream dapat menenangkan kulit sensitif dan turut membantu mengawal minyak yang berlelebihan. Sangat perfect dengan cuaca panas yang kita selalu alami.

Tekstur

 Tektur : Tak melekit dan bertukar jadi waterdrop

 Korang tak perlu apply banyak tau, sikit pun dah memadai dan melembabkan kulit

Beberapa saat ia akan bertukar jadi titisan air 

Cara penggunaan :

Selepas mencuci muka, calitkan Aqua Whitening Cream di dahi, pipi, dagu, hidung dan sapukan rata ke seluruh wajah sehingga titisan air mula muncul, next step hanya dab-dab je sehingga ia meresap ke dalam kulit, mudah sangat ! 


 Titisan air mula keluar selepas beberapa saat 

Lepastu hanya dab-dab sahaja hingga ia menyerap ke dalam kulit, wajah lebih terasa segar

Sebenarnya dah ramai yang memberi feedback positif selepas menggunakan Aqua Whitening Cream , qaseh pun berpendapat benda yang sama sebab ia sangat-sangat membantu dalam proses memulihkan kulit kering yang qaseh selalu hadapi, yang paling best rasa sangat segar dan lembut je kulit wajah.

5. Apply CC Cream 
Untuk tips for brighter skin, last step dalam rutin skincare, qaseh nak share favourite CC Cream yang qaseh selalu apply, sebenarnya ni adalah botol kedua dan dan bertukar packaging baru heheh, korang boleh baca di SINI dan SINI untuk review terdahulu dan yeahh qaseh lebih suka dengan new packaging ni sebab lebih ekslusif dan berkualiti.


Gold Nano CC Cream 


Packaging baru yang lebih ekslusif

Tapi qaseh nak share lagi apa yang bestnya tentang Gold Nano CC Cream ni untuk membantu mendapatkan skin yang lebih cerah berseri.

Bahan Kandungan Utama

  • Mineral Water - yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan PH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit 
  • Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract - berfungsi sebagai anti bakteria dan melegakan masalah kulit 
  • Colloidal Gold - Mencegah penuaan kulit , memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi 
Fungsi Gold Nano CC Cream

💮 Memperbetulkan dan seimbangkan tona kulit yang tidak sekata dan sesuai dengan semua jenis kulit
💮 Mempunyai SPF 50, PA++ yang akan melindungi kulit dari sinaran UV 
💮 Anti wrinkle dan mengekalkan kelembapan kulit wajah
💮 Mengecilkan liang pori yang terbuka
💮 Boleh di jadikan sebagai mekap base dan juga primer
💮 Mencerahkan kulit wajah 
- 
Tekstur

 Teksturnya adalah cream yang bertukar warna mengikut tona kulit wajah 

Perbezaan bila apply CC Cream di kulit, ia tak terlalu cerah bila di blend dengan sempurna

Cara Penggunaan :
Cara pun senang sangat nak guna, korang apply Gold Nano CC Cream ni, untuk natural korang apply satu pam dah cukup memadai, kemudian sapu rata hanya menggunakan jari sahaja, blend sehingga ia nya nampak sempurna, haaa mudah je kan.

 Untuk nampak natural, korang perlu apply sedikit je dah memadai hehe if nak nampak lebih cerah boleh apply banyak sikit

 Ia tak membuatkan kulit wajah jadi kelabu


6. Exfoliate 

Lastly, jangan lupa untuk exfoliate kulit wajah korang, exfoliate ni tak perlu buat hari-hari tau, cukup sekali seminggu dah memadai sebab kebiasaannya exfoliate ni akan scrub kulit wajah dan teksturnya agak kasar, ia berfungsi untuk membersihkan kulit dan sel-sel mati yang ada. 


Hati Berbicara:
Nah ! Senang kan untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah, sihat dan berseri. Jika korang masih tercari-cari skincare yang bagus, qaseh cadangkan korang cuba produk-produk dari jenama Hansaegee Nature, seriously produk Hansaegee ni sangat laku keras dan sesuai dengan semua jenis kulit. More info korang boleh tengok di website

www.hansaegee.com





Assalamualaikum 

Althea A'Bloom Collection | Hai hai hai korang , yeyyy Althea keluarkan baby baru lagi tau tak , fuhhh geram je baby kali ni sebab ia nya comel-comel , cute dan gebu sekali yaampun buatkan aku excited sangat untuk mencuba semua ni . so koleksi terbaru Althea kali ni adalah Althea A'Bloom , haaa apakah Althea A'Bloom ni ? Meh baca rapat-rapat ~


Unboxing Althea A'Bloom 

So apa yang terkandung dalam set koleksi terbaru Althea A'Bloom ni , haaa dalam box ni ada :
A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
A'bloom BHA Blackhead Blaster
A'bloom Giant Meringue Puff
A'bloom Baby Meringue Puffs

  •  A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet - Dryness & Hydration (Great For Combination Skin)
Mask ni sesuai untuk korang yang mengalami masalah kulit kering atau pun tak cukup kelembapan kulit sebab ia mempunyai ekstrak tembikai yang mana akan memberi kelembapan kepada kulit , so kulit korang akan nampak lebih segar dan ia juga mempunyai lavender yang berfungsi untuk menenangkan kulit , so keep calm and stay hydrate !


Key ingredient : Citrullus Vulgaris (Watermelon) Fruit Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract
  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet - Nourishing (Great for Dry Skin)
Mask Avocado ni pulak kaya dengan antioksidan untuk melindungi dan menyuburkan kulit muka dari keadaan sekeliling dan alam sekitar dan ia juga dapat mencegah kedutan. Mempunyai extrak Avocado dan Bungan Raya untuk melembutkan kulit dan nampak glowing

Key ingredient Adenosine, Persea Gratissima (Avocado) Fruit Extract, Hibiscus Sabdariffa Flower Extract.

  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet - Brightening (Great for Combination Skin)
Mask untuk kecerahan kulit , mask ni sesuai untuk yang mempunyai kulit wajah yang kusam sebab ia akan memberi kecerahan dan menghasilkan kulit yang glowing. Ia mempunyai dos Vitamin C yang berganda dari ekstrak lemon yang mana mampu memudarkan bintik hitam dan juga mempunyai khasiat green tea untuk menenangkan kulit
Key ingredient Niacinamide, Citrus Limon (Lemon) Fruit Extract, Citrus Aurantifolia (Lime) Fruit Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract
  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet - Anti Blemish (Great for Oily Skin)
Mask dari ekstrak buah Pic pulak untuk melegakan kulit yang sensitif dan membersihkan dari kekotoran , dengan khasiat minyak tea tree ia adalah untuk mengimbangkan kelembapan , mengawal pengeluaran minyak dan melembutkan wajah 

Key ingredient Prunus Persica (Peach) Fruit Extract, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract



My review : Qaseh dah cuba ke empat-empat mask dari koleksi Althea A'Bloom ni tau , sangat best tau tau ! Haaa ai jerit okayh , sebab mask ni sangat-sangat selesa di muka qaseh , ada sesetengah mask ia akan menyebabkan rasa panas dan tak selesa tau , tapi mask ni tak timbul rasa panas tu dan memang terasa kulit makin lembab , hehe fav qaseh is mask watermelon sebab kulit qaseh agak kering.

A'bloom BHA Blackhead Blaster


Next is BHA Blackhead Blaster , yeyyy bagi korang yang ada masalah blackhead yang banyak di wajah , boleh cuba yang ni pulak sebab ia tak menyakitkan langsung , qaseh selalu jugak picit bagi blackhead keluar tapi bapak sakit gila haha esoknya memang menggelupas teruk ,

So bila guna BHA Blackhead Blaster ni ia tak menyakitkan langsung , hanya sapu di bahagian yang punya masalah blackhead then bilas , yang bestnya ia ada kesan berangin pada kulit kita , syok je layan . Untuk nampak kesan , kena guna berulang kali . Ia juga dapat menghilangkan sel-sel kulit mati dan sebum yang berlebihan

Key ingredient Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000ppm)
 

A'bloom Giant Meringue Puff & A'bloom Baby Meringue Puffs


Haaa ni bukan sponge kek tau , eeee cute sangat kan ~ so ni adalah sponge untuk mekap - mekap lah uols , qaseh lebih suka guna sponge berbanding berus sebab bila guna berus muka akan jadi gatal. Bila guna sponge rasa lebih lembut dan senang untuk di gunakan.

Giant Meringue Puff


Yang bestnya sponge ni boleh di gunakan dalam dua keadaan , sama ada dalam keadaan kering dan juga basah . Untuk Giant Meringue Puff ia mampu mengembang sehngga 1.5 kali ganda bila di basahkan so sangat mudah untuk cover bahagian pipi , dahi dan kawasan yang luas. 


Baby Meringue Puffs


Sebenarnya kedua-dua adalah mempunyai fungsi yang sama cuma saiz sahaja , so ia adalah sesuai untuk yang beginner mekap macam qaseh , so untuk baby ni boleh cover untuk lebih memberi kemasan contohny untuk bawah mata , untuk conceal dan juga contour . 
 

 Best gila kan koleksi Althea kali ni , paling best bagi qaseh adalah mask hehe memang sangat-sangat membantu untuk masalah kulit dan pada korang yang suka pakai mask sebab ia sangat selesa so for more info korang boleh klik link di bawah okay 

https://my.althea.kr/exclusive-brands




Assalamualaikum 

e-Genki Treatment di Healthland Setapak | Semalam qaseh berada di Healthland Setapak untuk memanjakan dan buat urutan badan , fuhhh sumpah syok gila bila dah lama tak rasa badan di urut ni , seingat qaseh , selepas bersalin je rajin buat urutan badan ni lepas tu hurmm kesian kat badan sendiri sebab makin hari makin terasa kelesuannya , sebab tu lah badan makin cepat penat.


Jadi , qaseh nak share pengalaman qaseh membuat rawatan e-Genki ni , oh ye untuk pengetahuan korang e-Genki ni strategik partner of Healthland so dia lain dengan brand Healthland yang lain cuma dalam bangunan yang sama. Pergi sana cakap je nak buat rawatan e-Genki okayh.



Mesti korang tertanya-tanya macamana pulak rawatan E-Genki dan apa kelebihannya untuk tubuh badan kita , qaseh pun first time cuba rawatan sebegini , memang lain dari yang lain , ia akan mengesan punca di mana korang sakit melalui alat dan urutan tradisional.

Apa itu Rawatan e-Genki ? 


Okay , untuk memberi penjelasan yang lebih detail buat korang , e-Genki ni adalah Biotelectric Theraphy + Tradisional Chinese Massage yang mana ia menggunakan satu alat elektrik yang berarus rendah untuk mengesan punca kesakitan yang kita alami dan merawatnya. Qaseh memang ada part-part di bahagian badan bila tekan dengan jari , rasa sakit , tak tahu lah kenapa , yang bestnya e-Genki ni dapat mengesan part yang qaseh sakit tu tanpa qaseh perlu bagitahu pun. Haa best kan ?

Qaseh nak share jugak lah step-step sewaktu buat rawatan e-Genki ni , tapi semasa rawatan takde lah gambar ai , aurat uols haha . Di sini ada ruang menunggu jugak , if bawa anak kecil memang tak boleh bawa masuk di ruangan rawatan sebab perlukan ketenangan dengan muzik yang tenang gitu hehe kalau bawak Rayyan huru hara jadinya.


 Sambil menunggu therapyst siapkan tempat moh lah bergambar dulu , tak perlu tunggu lama pun , sekejap je 

Kemudian qaseh di bawa ke bilik rawatan , macam biasalah bila bermassage ni kena pakai pakaian yang di beri dan perlu dalam posisi meniarap untuk rawatan e-Genki sambil di dendangkan dengan alunan melodi yang tenang , sumpah best sebab macam dah lama tak di manja-manja begini, therapyst pulak sangat profesional dan lembut je , rasa selesa sangat dengan servis oleh e-Genki ni







Antara alatan dan bahan yang di gunakan sewaktu rawatan e-Genki

Ini juga kali pertama qaseh merasa urutan tradisional China , urutan dia lembut je haaa  memula cuak jugak tapi lama-lama layan je ~ Apa rasa bila buat rawatan E-Genki ni ? Rasa macam kena renjatan elektrik + vibrate secara perlahan je , cuma akan rasa sedikit sakit bila terkena bahagian badan kita yang sememangnya bermasalah haaa dia boleh detect di situ , so therapyst akan merawat dan membuat urutan di bahagian yang dah di kesan tu berulang kali , lama kelamaan rasa sakit tu kian hilang ~


e-Genki ni bukan sekadar untuk relaxing tau tapi lebih kepada improve kesihatan badan kita , kadang kita pun tak tahu part mana yang bermasalah sebab tak nampak kan , so banyak kebaikan rawatan E-Genki ni untuk tubuh badan kita , fuhhh memang lega sangat semasa rawatan di jalankan , kalau korang selalu alami lesu-lesu badan , sakit sendi qaseh rekemen sangat untuk cuba rawatan e-Genki ni , lega weh lega


Rawatan e-Genki ni macam gambar di atas , alat tu akan di letakkan di badan sambil di urut oleh therapyst , melalu pergerakan tangan therapyst tu kita boleh rasa arus elektrik tu ikut sekali untuk rawat masalah tubuh badan kita dari leher sehingga kaki. 


Kebaikan Rawatan e-Genki Pada Kesihatan Tubuh Badan
  • Memulihkan peredaran darah dalam badan 
  • Memulihkan sel-sel badan dan juga saraf 
  • Meningkatkan sistem penghadaman 
  • Meningkatkan anti keradangan 
  • Menghilangkan keletihan badan 
  • Melegakan tekanan dan kesakitan 
  • Body detox 
Untuk rawatan E-Genki ni mengambil masa dalam 1 jam juga lah , then selepas selesai rawatan e-Genki , qaseh di beri rawatan Mud Spa pula. Apakah itu Mud Spa ? Kebaikannya adalah untuk membantu melancarkan peredaran darah dalam badan , so therapyst akan letakkan Mud Balm di belakang badan kita , ia sejenis herba dan agak kuat juga bau herbanya 



Bila di letakkan Mud Balm ni memang terasa badan agak panas ibarat korang berendam dalam hot spring gitu  tapi sumpah best , rasa badan tu tiba-tiba segar je , Mud Spa ni mengambil masa 1 jam jugak , bila di sapu dengan Mud Balm , therapyst akan tinggalkan korang sendirian so nak tido pun boleh hehe tapi memang sangat best ! Lepas habis sesi Mud Spa ni pun badan still rasa segar dan panas. 

Therapyst tu ada pesan , selalu lah buat urutan badan ~ mungkin badan aku betul-betul lesu dan banyak sakitnya  hehe badan kuat bekerja macam ni lah, tapi pengalaman qaseh lepas buat rawatan e-Genki ni memang betul-betul badan rasa sangat segar , sihat dan panas maybe peredaran darah makin lancar , part-part yang bermasalah pun makin kurang sakitnya  , memang terbaik ! 

Cawangan e-Genki yang korang boleh buat rawatan :
  • Healthland Taman Desa
  • Healthland Sri Petaling
  • Healthland Setapak 
  • Healthland Desa Park City 
  • Healthland Taman Segar 
  • Healthland Aman Suria
  • Healthland Setia Alam 

FREE Voucher Diskaun Off RM100 !


Berita baik , jika korang berminat untuk mencuba rawatan e-Genki , qaseh ada 10 voucher diskaun RM100 untuk di beri haaa kalau korang berminat boleh email qaseh di dalia_adelia@yahoo.com atau dm di instagram qaseh @qasehdalia , serious lah bila cuba e-Genki treatment ni sedap je rasa badan , memang berbaloi-baloi , harganya pun sangat berbaloi haaa jika guna voucher kena bayar sikit je , jangan lepas peluang ini okayh



Facebook :
https://www.facebook.com/egenkimy/

Assalamualaikum ~ 

Hye korang , bila zaman dah makin berubah , dunia makin maju dan semua boleh di buat melalui hujung jari je bermakna kita pun kadang-kadang makin sibuk , hingga kan sesetengah yang berkerjaya nak makan di restoran pun tak sempat kan , kadang-kadang bila dah penat memang tak larat nak makan di kedai / restoran dan memilih untuk 'take away' 

Yang bestnya , McDonald’s Malaysia memberi fokus terhadap segmen perniagaan Pandu-Lalu di seluruh negara bagi memenuhi trend yang kian berubah dalam kalangan pelanggan, yang kini mencari perkhidmatan yang mudah, pantas dan mesra bagi melengkapi gaya hidup yang sibuk. 


Berdasarkan satu kajian, Pandu-Lalu McDonald’s memenuhi keperluan pelanggan dalam memberikan kemudahan semasa waktu makan. Faktor utama yang mendorong pelanggan menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu adalah disebabkan ia adalah mudah dan efisien. 

Kajian tersebut turut menambah bahawa kelebihan Pandu-Lalu tidak terhad kepada manfaat yang bersifat praktikal, tetapi juga manfaat bersifat emosional kepada pelanggan. Selain memberikan kemudahan, pelanggan berasa lebih tenang dan yakin kerana telah berjaya menjimatkan masa sebaik mungkin.

Terkini, McDonald’s berbangga memimpin pasaran perkhidmatan Pandu-Lalu, dimana syarikat ini dikenal pasti sebagai jenama yang boleh dipercayai dan mudah didapati di Malaysia. Dalam usaha berterusan untuk mengembangkan perniagaannya di seluruh negara, segmen perniagaan Pandu-Lalu McDonald’s merupakan komponen penting dalam strategi perniagaannya, bagi membolehkan McDonald’s terus memimpin pasaran dan memenuhi janjinya untuk menghidang makanan yang lazat dan memberi pengalaman yang indah kepada para pelanggan setianya dimana sahaja tanpa mengira masa. 


Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar, syarikat mensasarkan untuk membuka 20 restoran Pandu-Lalu McDonald’s tahun ini. Ini akan memberi nilai tambah kepada 167 restoran Pandu-Lalu yang sedia ada hari ini.

“Segmen perniagaan Pandu-Lalu telah menyumbang pertumbuhan yang cukup signifikan sejak restoran Pandu-Lalu pertama dibuka di McDonald’s Titiwangsa pada tahun 1988. Sejak daripada itu, segmen Pandu-Lalu telah menjadi kunci utama terhadap kejayaan syarikat, dimana jualan menerusi tingkap Pandu-Lalu menyumbang hampir 50 peratus jumlah jualan keseluruhan bagi semua 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s. Selain itu, kami juga melihat purata pertumbuhan sebanyak 10 peratus tahun ke tahun untuk jualan Pandu-Lalu bagi suku pertama tahun 2019,” kata Azmir.
“Menjelang tahun 2021, McDonald’s Malaysia mensasarkan 70 peratus restoran McDonald’s di seluruh negara untuk menjadi restoran Pandu-Lalu,” tambah Azmir.

Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald's

Rangkaian restoran khidmat segera yang memimpin segmen perniagaan Pandu-Lalu ini memperkukuhkan lagi kemampuannya dengan mengadakan ‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’ (McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge) yang diadakan pada 26 hingga 28 April. Sepanjang tiga hari tersebut, sejumlah 473,860 kenderaan mendapatkan hidangan McDonald’s kegemaran mereka dari 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara. Jumlah kenderaan ini jika diukur kepanjangannya adalah bersamaan dengan kira-kira 150 kali ganda kepanjangan Jambatan Pulau Pinang yang pertama.  


Selain itu, McDonald’s juga berjaya mencipta rekod baharu pada 27 April dengan jumlah kenderaan paling banyak menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu dalam tempoh 24 jam, dengan sejumlah 164,235 kenderaan. Ini menjadikan McDonald’s Malaysia diiktiraf secara rasmi sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi “Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam Tempoh 24 Jam”.

McDonald’s Malaysia sebelum ini telah memegang rekod bagi jumlah kenderaan paling tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu pada Ogos 2008, dimana 18,677 kenderaan telah melalui 53 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara mulai jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Tahun sebelumnya pula, McDonald’s mencatat rekod 7,186 kenderaan melalui 49 restoran Pandu-Lalu McDonald’s antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang.


‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’ melambangkan kemampuan McDonald’s untuk menguruskan segmen perniagaan yang semakin berkembang ini. Selain itu, McDonald’s juga menjangkakan 10 hingga 15 peratus peningkatan jumlah kenderaan yang melalui restoran-restoran Pandu-Lalu McDonald’s pada masa hadapan berdasarkan perkembangan pesat segmen perniagaan ini.

Satu inisiatif menarik juga telah dilancarkan menerusi McDonald’s App mulai 17 hingga 30 April sempena ‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’. Drive-Thru Hero Challenge telah mewujudkan keterujaan dalam kalangan pelanggan dimana ia menggalakkan mereka untuk menuju ke sebanyak restoran Pandu-Lalu McDonald’s yang mungkin dan berpeluang menjadi Top 10 Drive-Thru Heroes.

Satu perhentian ke restoran Pandu-Lalu McDonald’s adalah bersamaan 10 mata, dan Top 10 Drive-Thru Heroes menerima ganjaran wang tunai berdasarkan jumlah mata yang dikumpul. Bagi pelanggan-pelanggan lain pula, setiap 5 perhentian di mana-mana restoran Pandu-Lalu McDonald’s membolehkan mereka mendapatkan tawaran tertentu daripada menu hidangan McDonald’s.
 

Qaseh pun selalu sangat menggunakan perkhidmatan Drive Thru ni sebab sangat memudahkan dan menjimatkan masa , kadang bila balik kampung McDonald's memang pilihan terbaik untuk di bawa bersama heheh . 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates