• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Sakura Glow Facial Treatment di Skin Valet Bangi | Macam lama gila dah tak buat facial muka , agaknya apa khabar lapisan kulit sejak dah masuk umur 30-an ni aduhai , jadi baru-baru ni aku pergi buat facial muka di Skin Valet Bangi #treatmentsampaijadi ~ Kena jugak buat facial gais , kita tak tahu bawah lapisan kulit kita , keadaannya macam mana , kene betul-betul buat skin analysis.


Bila buat facial ni , baru lah kita tahu sebenar-benar kondisi kulit kita , kulit aku memang aku dah tahu kulit aku jenis kering , tapi tak tahu lah kering tu tahap mana . Nak buat facial treatment pun , kita kena tahu kulit kita macamana tau , but dont worry di Skin Valet Bangi ni mereka akan check kulit kita dan suggest treatment apa yang sesuai

Daftar

Sesampainya di Skin Valet Bangi , di sapa ramah oleh staff-staff kat sini . Mula-mula kena isi borang / daftar dulu , borang ni tentang skin kita , skincare rutin kita macamana , minum air berapa liter sehari hehe yang  berkaitan lah . Yang bestnya , Skin Valet Bangi ni sangat mesra pelanggan dan selesa . Ada ruang menunggu untuk suami dan juga anak , almaklumlah bila dah berfacial ni agak lama jugak ye 


Bila dah setel isi borang , aku di panggil masuk bilik untuk skin analysis , haa debor pulak nak check kondisi kulit ni , dah la waktu ni hidung tengah menggelupas sebab kulit kering heheh . Bila tau kondisi kulit sebenar , hurmm tak tahu lah nak menangis ke nak gelak :(

Skin Analysis

Kemudian , pakar beauty consultant check kondisi kulit sambil-sambil tanya tentang skincare rutin , minum air mineral cukup tak , ada minum kopi or tak haaa , bila semua tu ada yang tak cukup ia akan beri kesan lah pada kulit , hasilnya kulit lebih tua dari usia , dan tak glowing



Jadi , kondisi kulit aku memang betul-betul kering , di kawasan hidung ada berminyak sikit , sikit je la so tetap lah jenis kulit kering dan ada masalah pigmentasi . Pigmentasi ni pulak dah tak boleh nak hilangkan dan beauty consultant tu jugak ada mengatakan pigmentasi dah ada bawah lapisan kulit , tunggu nak keluar je ! Huwaaaaaa ~ tu lah sape suruh ON OFF buat skincare rutin kan , memang wajib pakai pelembab dan sunscreen tiap hari gais ! 

So beauty consultant cadangkan aku untuk buat treatment Sakura Glow Facial yang mana untuk masalah kulit kering , kulit kusam dan juga tona yang tak sekata , bukan sekadar glowing je tau ia fokus pada keanjalan kulit , kelembapan kulit dan kelihatan lebih muda



Skin Valet Sakura Glow Facial 

Ruang menunggu yang selesa ~ sementara staff siapkan bilik facial 

Bila staff panggil , apa tunggu lagi , moh la kita menganjalkan kulit . Bila buat facial ni ada lah pakaian khas nya , ala-ala berkemban gitu haha sebab aku nak staff urutkan juga di bahagian bahu  dan leher , fuh nikmat betul kena urut ni , hilang segala lenguh sendi . Staff pun lembut je , sangat selesa.

Step-step Facial Sakura Glow 
1. Cleansing 


Mula-mula haruslah buang segala mekap dengan membuat double cleansing sambil-sambil wajah aku di urut untuk membantu melancarkan peredaran darah. Urutan lembut tu hampir buatkan terlena , hihi rasa ringan sikit wajah yang selalu stress ni 

2. Microdermabrasion 


Sedap je rasa bila kena sedut segala blackhead ni , biasa kalau buang sendiri terus hidung menggelupas 

Kemudian step microdermabrasion , step ni adalah untuk exfoliate lapisan kulit paling luar untuk membuang segala kekotoran yang melekat pada kulit , sisa-sisa mekap bagai tu memang di sedut habis dan juga untuk menyedut blackhead , whitehead dan juga sel-sel kulit mati yang masih melekat pada kulit wajah 

3. Radio Frequency 


 Radio frequency ni rasanya panas-panas sikit sebab ia sememangnya haba , tapi tak sakit pun 

Step ni bukan untuk cari siaran radio ye ahaks tapi haba dari alat Radio Frequency ni membantu menegangkan kulit menggalakkan penghasilan kolagen baik untuk kulit , ia dapat mengurangkan kedutan-kedutan halus di kulit 

4. Exfoliating Gel 



Kemudian aku di sapu dengan sejenis gel , sejenis bahan aktif dari extract Berry Arbutin (formulasi khas dari instagram @amisiapothecary yang di gunakan untuk exfoliate wajah , ia turut berfungsikan menjadikan tona kulit lebih cerah , melembabkan kulit dan juga mampu memudarkan kesan jeragat 

5. Oxygen Infusion 

Oxsygen step ni , sumpah best gila weii sebab rasa angin sejuk-sejuk je di kulit , memang rasa kesegaran dari step ni , macam nak buat lama-lama je , konfirm tertido heheh

Pelengkap kepada proses exfoliation , Oxygen di gunakan sebagai pemangkin kepada serum khas menjadikan kulit lebih anjal dan berseri , eliminate acne-cause bacteria as well as baiki tona kulit dan mengurangkan kedutan halus

6. Tone Correcting Cream 


Lastly , sebagai penutup facial Sakura Glow ni , aku di sapu dengan cream yang mengandungi SPF35 yang dapat melindungi kulit dari sinaran UV dan mengekalkan kelembapan kulit .

Hasilnya sangat-sangat puas hati , sebab boleh nampak kulit lebih glowing dan cerah . Kulit muka pun rasa segar dan lembab , korang yang ada masalah kulit kering macam aku patut cuba ni , dan sekarang ada promosi pengenalan tau , hanya RM188 dari normal price RM350 , ni harga PROSPERITY SALE , so cepat-cepat buat appointment sebab sangat terhad .

Macam nak beli je cream sakura ni , sebab rasa kulit lembab , cerah dan glowing hihi see hasil nya memang puas hati ~ 

No mekap at all ~ sesudah buat facial kulit rasa lebih lembab dan glowing .. Memang best sangat buat facial kat sini .

Bayaran di Skin Valet juga korang boleh bayar secara installment tau , haaa best kan , for more info korang boleh follow website , fb page dan juga instagram Skin Valet , nak tanya apa-apa boleh tanya direct pada mereka . Tak rugi buat facial kat sini , kesan pun boleh tengok dalam masa singkat . Terbaik 

More Info : 

Facebook : Skin Valet Bangi 
Instagram : http://www.instagram.com/skinvalet_bangi
Skin Valet Bangi
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor
03-8922 9181
Map : https://goo.gl/maps/LdVcbQuYBZt
Waze : Skin Valet Bangi
Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm

Assalamualaikum 


Pore Puryfing Serum Cleanser Review | Bila mula berjinak dalam dunia mekap ni , walaupun hanya mekap biasa dan tak tebal , bila masuk bab pembersihan rasa macam tak best bila hanya menggunakan cleanser biasa . Sesetengah cleanser tidak mencuci sepenuhnya mekap di muka , sebab tu aku lebih suka menanggalkan mekap dengan menggunakan mekap remover terlebih dahulu 



Baru-baru ni , Althea telah mengeluarkan produk baru - Pore Puryfing Serum Cleanser , dan aku telah mencubanya sendiri . Seriously aku suka dengan hasil selepas mencuci mekap dengan menggunakan Pore Puryfing Cleanser ni sebab ia memang 100% mencuci mekap hanya dengan sekali pembersihan sahaja.Lagipula ia bukan hanya semata-mata membersihkan mekap tapi juga mempunyai kebaikan pada kulit . 

Kalau sebelum ni , method aku cuci muka adalah dengan membuat double cleansing menggunakan oil cleanser . Pore Puryfing Serum ni pun ala-ala oil cleaser jugak sebab teksturnya berminyak tapi bezanya  ia tidak terlalu berminyak untuk di bilas dengan air.

Apa yang bestnya , ia mampu membersihkan mekap dan juga bertindak sebagai pembersih muka , so 2 in 1 la , so sekarang aku guna Pore Puryfing Serum ni untuk buat double cleansing , baru lah terasa muka lebih bersih . Penting tau bersihkan muka , bila nak apply moisturizer / serum lagi mudah ia menyerap dalam kulit . If kulit kotor macamana kulit nak sihat ? Haaa gitu . 

Kelebihan Pore Puryfing  Serum Cleanser 



Okay apa pulak kelebihan nya pada kulit kita ? Selain dari membersihkan kulit dengan mendalam tanpa keringkan kulit , aku nak suggest kat korang ,  if korang ada masalah liang pori yang terbuka tu , aku suggest korang cuba cleanser ni , korang tau kan liang pori bila dah terbuka tak boleh nak tutup tapi hanya boleh di kecilkan , so cleanser ni boleh mengecilkan liang - liang pori korang yang dah terbuka 


Bila guna cleanser ni , ia rasa sejuk-sejuk je di muka sebab ia mempunyai ekstrak pudina yang buatkan kulit kita tetap cool , sejuk dan terhidrat sepanjang hari , dan ugais tahu tak ia juga menyeimbangkan PH kulit kita so potensi untuk breakout tu takde lah . Paling best , lepas guna cleanser ni sumpah rasa kulit lebih lembut dan licin je ! Oh ye , yang bestnya ia mempunyai formula serum dalam cleanser ni , so berbaloi sangat untuk di cuba , konfirm jatuh cinta.

Bahan Kandungan 
Full Ingredients : Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

Bahan utama :
  • Ekstrak daun pudina - Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
  • Minyak benih Jojoba - Melembapkan dengan teruk apa-apa kekeringan tanpa merasa berat
  • Ekstrak daun pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit
Cara Penggunaan :
  • Titikkan beberapa titis cleanser di tapak tangan
  • Kemudian sapukan rata dan urut lembut di wajah sehingga bersih
  • Bilas dengan air , if korang buat double cleansing , lepas tu boleh guna cleanser biasa yang korang guna , tapi cleanser ni pun dah cukup .
So aku nak tunjuk yang aku dah cuba sendiri dengan menanggalkan mekap , haaaa jom kita buat ujikaji sikit betul ke tak cleanser ni sangat mudah menanggalkan mekap dan juga kotoran

Sapukan mekap tebal-tebal

 Titiskan beberapa titis cleanser 

 Sapukan rata sambil-sambil urut perlahan , even aku tak 'gonyoh' dengan kuat pun still mudah untuk tanggalkan segala mekap yang ada ni haa 

Lastly , haa nampak ~ memang bersih gila dan 100% dapat tanggalkan segala mekap dan kotoran yang ada

My Honest Review :

Bila cuba di wajah pula , takde sebarang iritasi berlaku walaupun ada bahan kandungan citric asid dan juga fragrance , dan baunya sangat soft , bila di sapu pada wajah , bau tu tak mengganggu pun sebab tak kuat dan tak menusuk hidung .

Yang bestnya memang kulit wajah rasa lebih lembut dan licin , mula lah asyik nak sentuh-sentuh muka je lepas di bersihkan . Rasa macam takde kekurangan pulak nak cari , sebab ia nya memang produk yang bagus dan sesuai pada semua jenis kulit lebih-lebih lagi kulit yang sensitif pada minyak .



Harganya pun sangat lah murah dan berbaloi , hanya RM33 (150ml) , boleh guna untuk beberapa bulan . Korang boleh dapatkan di https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser , if nak baca review di social media , just klik je #AltheaSerumCleanser #AltheaAngels #AltheaKorea




Assalamualaikum , 

Review Stay Fresh Body Sparkling Mist By Titi Kamal x Althea | Today i wanna wish congrats Althea sebab ini adalah kolaborasi pertama Althea bersama artis , TITI KAMAL dari Indonesia yang juga merupakan pelakon dan ikon fesyen kecantikan di Asia Tenggara , dan aku antara yang bertuah dapat memiliki Stay Fresh Body Sparkling Mist ni . Omaigad ! Wangi sangat !!!! 


Rasa macam dah lama juga lah tak pakai any body mist , sebab macam tak ternampak depan mata dan tak tahu body mist apa yang best haha . Dah namanya perempuan , bila masuk bab wangian ni biasanya wangian bunga-bungaan tak boleh pergi jauh dari hidup perempuan, sebab ia macam ada aura kelembutan dalam diri perempuan , kan ? 

Wangian Segar Buah-buahan dan Bunga-Bungaan Pilihan Titi Kamal


Aku pun suka wangian fresh , bunga-bungaan dan manis . Wangian pun dapat mempengaruhi mood kita tau tak haaa so Body Mist keluaran terbaru dari Althea ni adalah wangian pilihan Titi Kamal sendiri iaitu campuran bauan dari buah orange dan juga peace yang manis dan bauan bunga ros . Body Mist ni tak terlalu kuat bauannya sebab masih mengekalkan bauan yang lembut . 

Full Ingredients : Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin

Bahan Kandungan Utama :
  • Damask Rose Water - Menghidupkan kulit terhidrat dan memberi wangian lembut
  • Orange Flower Extract - Menyegarkan semula deria
  • Elder Flower Extract - Menyejukan dan melegakan kulit, sambil memberikan bau feminin
My Honest Review :



Bila bau wangian Body Mist ni macam teringat zaman kanak-kanak , haha tak tau kenapa , tapi kadang-kadang bau boleh mengingatkan pada memori kan , mungkin kecik-kecik dulu pernah bau seumpama Body Mist ni . Wangian dia memang lembut , memang bau la manisnya bau bunga itu so aku spray sikit je pun dah cukup melekat dan tahan lama 

Yang bestnya ia bukan sejenis Body Mist yang melekit , kadang-kadang ada kan bila kita spray di body , ia macam melekit seperti 'bekas' gula-gula yang melekat heheh so far Body Mist ni sangat selesa dan menyegarkan , rekomen pada korang yang sukakan apa-apa gaya sebab ia sesuai dengan kehidupan harian kita . Packaging pula sangat comel dan sesuai di bawa ke mana sahaja 

Harganya pun berbaloi hanya RM35 (100 ml) , korang boleh dapatkan di https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist .




Assalamualaikum 

Hai korang , pernah tak korang teringin nak beli barangan dari luar negara ? Mungkin dah survey sebab kebanyakan barang di luar negara ni memang takde di Malaysia , tapi tiba-tiba tak jadi beli atau putus nafsu shopping bila tengok harga untuk penghantaran ke Malaysia mahal gila ! Kadang-kadang lebih mahal dari barang tu sendiri kahkah . 

Aku pun pernah survey barang-barang dari luar negara , tambah-tambah bila sale , memang rugi gila tak grab tapi kerisauan lebih tinggi dari nafsu shopping atas sebab harga penghantaran agak mahal , risau barang tu tak selamat sampai ke Malaysia dan sistem yang sangat leceh. Haaa tu sebelum aku tahu kewujudan servis penghantaran yang mudah dan murah dari BuyandShip (boleh sambung survey lepas ni :p) 



BuyandShip , Servis Penghantaran Antarabangsa Yang Murah dan Mudah 

Apa itu BuyandShip ? Boleh di percayai ke servis dari BuyandShip ni ? Kat mana gudangnya ? Haa mungkin yang selalu shopping di oversea tertanya-tanya semua benda ni kan , ye lah walaupun zaman online , memang tak terlepas dari di tipu tapi uguys jangan risau , BuyandShip bukan scammer dan sangat di percayai.

BuyandShip ialah syarikat dari Hong Kong dan sebenarnya dah beroperasi dari tahun 2014 lagi , ia memang memberi satu kemudahan kepada korang yang ingin shopping barangan dari oversea , antara negara yang korang boleh shopping seperti Amerika Syarikat , United Kingdom , Jepun , Korea dan China  . Perghh barang mekap banyak tu di Korea , ehehehe :p 

Kalau dulu , jealous je tengok orang shopping di oversea , tapi sekarang , klik je haaa dan tunggu je barang sampai depan rumah , servis penghantaran BuyandShip pun cepat dan mudah.

Cara Menggunakan Servis BuyandShip Malaysia 



Hurmm macamana nak guna servis penghantaran dari BuyandShip ni ? Haaa meh aku bagitahu secara detail supaya korang mudah faham , jadi korang hanya ikut step-step yang aku nak kongsikan ni ye . Memang sangat mudah 



Step 1 : Daftar ahli untuk mendapatkan alamat gudang dari luar negara , boleh daftar di sini , setelah dah selesai mendaftar , korang akan dapat alamat gudang dari luar negara dan id keahlian 





Step 2 : Time to shopping ! Sebelum tu korang boleh klik di Pusat ahli : Alamat Gudang Luar Negara BuyandShip , kemudian isi alamat udang luar negara dalam maklumat penghantaran , nama penuh dan juga ID keahlian semasa checkout . Korang boleh isi alamat kad kredit sendiri ataupun gunakan alamat gudang luar negara BuyandShip untuk alamat pembayaran di checkout




Step 3 : Isytihar Bungkusan korang , setelah korang terima tracking number dan maklumat penghantaran dari laman  pembelian pilihan korang , korang perlu declare penghantaran korang di laman web BuyandShip.Caranya isi tracking number di tab Pengurusan Hantaran : deklarasi , penjejakan dan penghantaran pukal dan klik ''click here to add new shipment'' , sila buat sebelum ia tiba di gudang luar negara BuyandShip secepat mungkin tau 



Step 4 : Kaedah Pembayaran , barang korang akan di hantar ke gudang HK sebelum di hantar ke Malaysia , kemudian pihak BuyandShip akan emel korang , if status penghantaran korang belum bertukar sila hubungi BuyandShip walaupun sudah di hantar selama 48 jam , cas penghantaran akan di kira melalui jumlah berat sebenar. Bila korang dan bersedia untuk menerima hantaran , korang juga boleh menyatukan semua nya dalam satu penghantaran sahaja, then akan di balut semula tanpa cas , cara pembayaran boleh melalui mata ganjaran BuyandShip / kad kredit / kad debit dan segala cas hantaran perlu di langsaikan sebelum hantaran keluar dari pusat pengagihan HK , jika tidak hantaran korang tidak akan di hantar.


Step 5 : Masa Penghantaran , ke gudang Hong Kong US & UK dalam masa 4-6 hari bekerja / Jepun , Korea , China dalam masa 2-4 hari bekerja . BuyandShip akan menghantar pesanan korang dalam masa 1-2 hari bekerja dari tarikh penerimaan permintaan korang dan bayaran. Penghantaran ke rumah korang akan mengambil masa 3-4 hari bekerja , kecuali melibatkan pemeriksaan kastam (tertunda).



Take Note : Masa Tamat Penghantaran
  • Bungkusan yang sampai di Gudang Luar Negara ,BuyandShip akan dihantar keluar secepat mungkin.
  • Status penghantaran akan ditukar kepada ‘Semak Keluar/Check Out’ apabila bungkusan anda sudah disahkan untuk penghantaran ke Gudang Hong Kong.
  • Masa ketibaan mungkin tergendala semasa cuti umum antarabangsa.
Tarikh Penghantaran adalah seperti berikut: 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu MYT
  • Gudang US : 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu waktu, Malaysia
  • Gudang UK : 2 kali seminggu, setiap Selasa dan Jumaat waktu, Malaysia
  • Gudang Japan : 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu, waktu Malaysia
  • Gudang Korea : 5 kali seminggu, setiap Isnin hingga Jumaat, waktu Malaysia
Jadi korang hanya kena ikut 5 step yang di atas ni untuk proses penghantaran barang , mudah je kan ~ kena register dulu baru korang akan faham , lepas tu ikut je step yang mudah tu okay , eh macamana pulak dengan bayaran ?  Betul ke BuyandShip ni servis penghantaran yang murah ? Okay teruskan membaca ~ 

Yuran Bayaran BuyandShip , Keistimewaan dan Harga 


Yuran BuyandShip mengikut jumlah berat sebenar : 1 POUND = RM15 

Keistimewaan :
  • Bestnya BuyandShip korang boleh satukan semua pembelian korang yang di beli dari pelbagai gudang dalam satu parcel , BuyandShip akan simpan sehingga 30 hari
  • Yuran yang mengikut jumlah berat sebenar dan bukannya volumetrik
  •  Korang juga boleh mendapat mata ganjaran / rebat dari segala jenis promosi atau mata ganjaran pembelian dengan kadar diskaun yang boleh di gunakan untuk yuran bayaran 

Faedah Menggunakan Servis Penghantaran BuyandShip Malaysia 



Selain dari sistem yang mudah dan murah , ada banyak faedah yang korang dapat bila menggunakan servis BuyandShip ni yang mungkin tiada pada servis yang lain , antaranya : 
  1. Gudang di sediakan di Amerika Syarikat , Jepun dan Korea  - gudang yang terletak di serata dunia memudahkan urusan penghantaran dengan cepat dan di hantar dalam masa 5-10 hari 
  2. Gudang Operasi Sendiri / Gudang Khas BuyandShip - BuyandShip telah memantapkan gudang khusus untuk memastikan servis yang di berikan adalah efisyen dan teguh 
  3. Bayaran Melalui Kad Kredit - bayaran boleh dibuat secara kad kredit – Visa, Mastercard dan American Express.
  4. Penghantaran Terus Ke Pintu 
  5. Menyatukan Beberapa Hantaran dalam Satu 
  6. Jejak dan Kesan Hantaran Korang - boleh di kesan di mana saja korang berada dan di inform melalui emel 
  7. Sistem Selamat - Yang penting selamat SSL untuk melindungi maklumat korang dari terdedah 
Baca juga : senarai cawangan Jnt Johor {alertInfo}

Pilihla BuyandShip Untuk Servis Penghantaran Antarabangsa Yang Murah dan Selamat 



Nah , aku dah bagitahu secara detail untuk korang semua , jangan ragu-ragu lagi untuk memilih BuyandShip supaya urusan pembelian dan penghantaran korang lagi mudah dan cepat , boleh lah goyang kaki sambil shopping online dari luar negara , kadang-kadang banyak barang yang lagi murah dari Malaysia ops ! Bila yuran penghantaran pun murah , tak terasa sangat duit tu keluar , ye dak ? heheh 

One more thing , ada bahan larangan yang korang tak boleh shopping melalui BuyandShip ni tau , boleh tengok list di Katalog Barang Larangan , terutamanya cecair dan gas mampat .

For More Info :


http://bit.ly/2STV6Fa

Website : BuyandShip Malaysia
Facebook : BuyandShip Malaysia
Instagram : buyandship.my


Assalamualaikum 

Holla girls ~ penting tak penjagaan dalaman bagi korang ? Bagi yang masih belum berkahwin atau bersalin jangan pernah rasa penjagaan dalaman tak penting , sebab aku ada baca , sesetengah wanita beranggapan tak perlu pun basuh / jaga dalaman terutama part V kerana katanya lagi memudaratkan , hurm are you sure girls ? 

For me , bila makin meningkat dewasa ni , penjagaan dalaman sangat-sangat penting dan orang dulu-dulu pun sangat menjaga kebersihan kelamin / dalaman sewaktu anak dara lagi dengan mengamalkan amalan tradisional seperti basuhan dengan sireh atau manjakani untuk penjagaan dalaman mereka , 

Di zaman teknologi canggih ni , mana nak cari bahan-bahan tradisional tu ? Lagipun aku ni sejenis pemalas haha so jalan terbaik adalah cari produk pencuci berasaskan bahan organik dan pilihan aku semestinya dari Cosmoderm iaitu Manjakani Hygiene Wash , sebab aku memang nak bahan kandungannya berasaskan Manjakani dan juga herba tradisional.


Bagi yang kata pencuci bahagian intim memudaratkan , sebenarnya atas pilihan produk , sebab ada sesetengah wanita hanya menggunakan sabun mandi untuk mencuci bahagian intim ~ what !! Tahukah korang , sabun mandi mempunyai PH yang berbeza dengan PH yang di perlukan di bahagian intim , thats why ia akan menyebabkan jangkitan kuman , keputihan teruk dan sebagainya ~ 

Manjakani Hygeine Wash Jadi Pilihan 


Bila korang nak pilih sesuatu produk untuk penjagaan dalaman / bahagian intim firstly check bahan kandungan , untuk Manjakani Hygeine Wash dari Cosmoderm ni , 99% adalah Manjakani dan ekstrak herba tradisional , Oak Gall , Aloe Barbadensif Leaf , Labisia Pamila , dan Piper Betle (Kacip Fatimah dan Sireh ) , Zero Paraben , SLS dan SLES . Setiap bahan kandungan memberi khasiat tersendiri untuk kesihatan bahagian intim wanita.

So jangan pernah meremehkan penjagaan di bahagian intim ni , kerana faktor perubahan hormon dan peningkatan usia akan menyebabkan keseimbangan PH berubah. Oh ye , banyak juga faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan PH di bahagian intim seperti pemakanan yang tidak seimbang ~ haaa , adakah korang suka mengamalkan pemakanan yang tidak sihat ? Gocthaaa !! 

Kelebihan Manjakani Hygiene Wash Cosmoderm 


Aku dah cuba sendiri dah Manjakani Hygiene Wash ni , ya ampun nyaman dan rasa segar je , macam bernafas gituh haha sebab ia rasa macam sejuk-sejuk gituh . Jadi , apa kelebihan Manjakani Hygiene Wash ni ? :

Kelebihan Manjakani Hygiene Wash :
  • Membantu mencerahkan dan menyamankan kulit di bahagian intim 
  • Haruman yang lembut dan eksotik 
  • Menyeimbangkan PH di bahagian intim 
  • Membantu melegakan iritasi pada kulit 
  • Rasa harum dan nyaman sepanjang hari \
  • Cerahkan kulit di celah peha bila di gunakan secara berterusan 
  • Zero Paraben , Sls dan Sles 

Cara Penggunaan Manjakani Hygiene Wash 


Nak guna pun senang je korang , sambil-sambil mandi tu , tak ambil masa yang lama pun aihh ~

  • Hanya picit sedikit pencuci Manjakani ni di atas tangan yang lembab , bersihkan bahagian intim dan sapu lembut sahaja beberapa saat kemudian bilas dengan air , siap ! Bersih dan wangi ! Husband pun happy auch ~ 


Teksturnya pun likat macam ni , tak perlu nak ambil banyak-banyak ~ satu picit pun dah cukup . Baunya wangi tapi tak terlalu menusuk hidung , wangi yang macam tenang-tenang gitu . Bila aku pakai pencuci Manjakani ni memang rasa lebih bersih dan segar daripada pencucian hanya menggunakan air biasa . Nak solat pun rasa lebih bersih.

Jadi ugais yang rasa benda-benda macam ni remeh temeh , sebenarnya setiap inci kulit kita perlu di jaga dan di bersihkan , dari rambut sampai ke kaki tiada satu pun korang perlu ambil remeh , lagi-lagi bahagian intim , selepas period bagai haruslah di cuci dengan bersih tau ! Jangan malu-malu untuk membicarakan hal sebegini kerana malu boleh membawa kepada masalah yang besar 

If ada masalah keputihan teruk , maknanya keseimbangan PH di bahagian intim sudah tidak normal dan penggunaan produk pencuci bahagian intim pun menjadi salah satu faktor kepada masalah itu :) Baik mencegah daripada merawat ya ! Nak mula kan bukan selepas berkahwin , tapi sewaktu anak dara lagi . Jangan sampai husband tak de selera gara-gara habit kita yang anggap bende ni remeh temeh heheh 

Harga Mampu Milik ! 


Produk dari Cosmoderm ni rata-rata semua mampu milik , jangan la cari sembarangan produk yang kita tak tahu di uji kaji dengan betul atau pun tak , Cosmoderm pun dah lama bertapak so ia memang memberi kepercayaan penuh pada aku . Harganya pun murah je , untuk 150ml hanya RM12.90 , dan 375ml hanya RM18.90 , boleh pakai berbulan-bulan . 

Jangan PM TEPI pulak , sebab aku tak jual tau , aku dapat kan di web Cosmoderm , so if korang nak jangan lupa dapatkan Manjakani dan Soothing Hygiene Wash Cosmoderm secara online di www.cosmoderm.com.my atau di outlet Aeon Wellness , Caring , Watsons dan farmasi yang terdekat 

For More Info :

Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash
Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash
Jangan lupa usha dan follow page Cosmoderm di

Facebook: https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram: https://www.instagram.com/cosmoderm/









Let's say for the record you have half a million ringgit to spend on the hottest location in Malaysia — Penang property with the intent to buy. Which is the better buy- a landed property or a ppa1m? Now, let's say that both choices are located in the same place, and that both of them more or less cost the same. Would you feel that a landed property is better when it comes to your own stay?

For the uninitiated, "own stay" is a term used when one wants to stay for a long time. It also means that a landed property will appreciate at a better rate over time as compared to apartments, or condominiums. Condos get older with time, and look more run-down through the years of usage. The modern facility then will become obsolete or fall into disrepair; value is more likely to fall rather than rise. Landed property owners may get old, but they will rest easy knowing that their property will appreciate as time goes by. Going with landed properties also allow the homeowner unequaled privacy.

If you're buying a landed property for immediate gain in investment, then the scales tip towards condominiums. Condominiums are usually easier to rent out as compared to landed houses. Plus, the rental ROI for condos is much, much higher than landed homes. Moreover, managing and maintaining a condominium is a relatively painless matter because it rests in the developer's hands.

The Pros and Cons of Owning a Landed Property

Landed properties come in many different forms- terrace houses, a semi-detached or a bungalow, etc. These property types are the favorites of investors because of the benefits that they gain over time. While it's true that high-rise strata condos are gaining much speed in today's market, the landed property continues to climb at a good, steady rate. 

The Benefits of Owning a Landed Property

The buyer gets the whole package when they opt for a landed property. Meaning, they own the house that sits atop the property and the land itself. For investors and owners, having a piece of land that you own under your name is one of the main benefits that you could get if you're springing for a landed property. The land is theirs to change or alter according to how they want it. These owners can change the outdoor landscape into an attractive yard, lawn or garden, or turn a piece of their land into a swimming pool. They can add more rooms if the need arrives, or they can create a pet house or a small shed they can relax in after a hard day's work.

The savvy investor will be quick to point out that landed properties are better at appreciating with value over time as compared to high rise properties. For example, a landed home in Georgetown that was bought for a mere RM 150,000 decades ago easily triple and even quadruplet it’s value in today’s market. The gain depends on luck and the location of the landed house. Keep in mind that land is at a premium- it's limited and gets scarcer and scarcer due to the development. This is why highly populated areas in cities fetch for a premium price. 


It makes sense that a landed property goes on to outlive an apartment in terms of longevity. It’s no secret that as time goes by, the value of any high rise will tend to stagnant especially when its no longer considered as highly esteemed. A landed property on the other hand almost always will increase in value as time goes by. 

These are the primary reasons why individuals choose to purchase a landed property in a sub-prime area instead of buying a high rise condominium in a prime location. But don't think that landed properties don't have any disadvantages, because they still do.

The Benefits of Owning an Apartment

Perhaps the best selling point of a condo is that it has better perimeter security as compared to a landed property. This becomes obvious when you have been in resort-style or lifestyle condos within the prime locations. Security may be present, especially in landed properties that are located within gated communities and such, but the security of a high rise is significantly better. It's also included in the total package when you opt in to get a multiple tiered security serviced residence. The security levels are of higher quality; the security personnel are much tighter and stricter all around. 

Speaking of which, high-rise owners pay a fixed monthly sum for maintenance fees in order to enjoy the public amenities and maintenance services. Some of the facilities you'd need to pay for are the following- swimming pool, public sidewalk, the garden, the gym, etc., and any and all types of repairs in both external and internal aspects. A landed property owner will not have to pay maintenance fee each month, but it doesn't mean they have to look out for their property. They will need to do it on their own- the sewage system; the pipes and garden are their responsibilities. Maintenance costs are higher as compared to a landed property.

Choosing whether to buy a high rise condo or a landed property is largely dependent on the buyer's lifestyle and preference. If it's for investment purposes, then it stands to chance that you'll need to do some more research and figure out the current market in order to determine which one is best to buy at the moment. Tenant rental collections will fare better for renters because of the low-entry deposit and fees, while landed properties are great if you're looking at land itself.

Holla ! ann

Masih dalam misi mencuba segala makanan Korea di Malaysia haha , Soopong antara list yang aku nak pergi , so far baru 3 restaurant Korea yang aku cuba , Kfry Urban , Mr.Dakgalbi (belum buat entry lagi) , dan paling latest adalah Soopong . Sebenarnya nak cuba Kyochon tapi mak aih setiap kali pergi restoran tu , bapak panjang beratur , takpela sebab aku dah lapar gila tak tahan den nak beratur . 

Kfry Urban haritu beratur jugak tapi taklah seramai Kyochon (sebab weekend kah !) , alkisahnya pergi IKEA then harus lah lepak di My Town , siap shopping bagai , lapar namati haha terus blank nak makan di mana ~ soalan yang selalu buat gaduh ! So ikut je la kaki melangkah , asal jumpa kekdahnya , mula-mula ke Kyochon , ramai terus cancel , then seoul garden tapi di My Town bukan style steamboat buffet , cancel jugak ~ last-last cari Soopong , terus masuk dan order !



Di sebab kan lapar , aku memang tak ambil gambar proper pun kat sini , weh macam tak percaya tak bergambar kenangan haha so memang takdelah gambar aku di sini ye ~ gambar makanan pun ala-ala yang wajib je 

Menu di restoran Soopong ni pun banyak gila , dah lah first time nak order so hentam je la ~ tapi sempat jugaklah google menu-menu best di Soopong ni , then aku decide berdasarkan review dari blogger , haaa tak sedap siap dia ! Adakah setelah aku order di sini dan menikmatinya sendiri aku akan repeat lagi atau tak kan repeat seperti di Mr.Dakgalbi ? Opss ! Kenapa dengan Mr.Dakgalbi ? Nanti aku cerita ..

Apa Menu Best di Soopong ? 


Kat sini ada jugak set - set dia , kalau korang nak makan nasi  , ada set meat with rice , stew with rice , seafood with rice , noodles , bibimbap with rice , ramyeong , snack , topokki , hot pot , noodle set , rice set , family set dan banyak lagi lah , lupalah nak snap pic menu hihi 

So apa yang aku order , jeng-jeng-jeng ~ sebenarnya aku selalu terliur bila tengok video mukbang yang dia makan ala-ala sup dan yang pedas tu , di sebabkan itu aku order set Stew With Rice - Ttukbaegi Bulgogi (soy marinated bulgogi cooked with broth and glass noodles ) 

Ttukbaegi Bulgogi  Set ( RM20.50)

Tadaaaa , nampak portion dia macam kecik kan tapi sebenarnya banyak jugak beef dalam ni , oh ye korang boleh chicken atau pun beef . Rasa dia ? Sumpah sedap weh walaupun memang agak terasa jugak sos tiram tapi omaigod memang kena dengan tekak aku , ada manis nya jugak , eh macamana tah nak explain ni kahkah kena cuba sendiri lah , asyik hirup je kuah dia then makan panas-panas dengan nasi yang style macam pulut tu kan , memang fuh ngam weh ~ 

So aku rekemen kat korang yang ni , if tak tahu nak order apa kan boleh cuba this one , tak rugi punya hekhek . Satu set ni di datangkan dengan nasi , dan side dish kat bawah ni haaa . Macam biasalah Korea dan Kimchi tidak dapat di pisahkan , then ada timun jeruk like that , satu lagi rasa jeruk jugak , tapi ntahlah sayur apa haha semua sedap !

Rayyan pun suka menu ni , kadang aku suap nasi dekat dia sesuap dua je makan lepas tu tak nak , yang ni haa amik kau , banyak jugak dia makan . 


Husband pulak pilih menu rice set sekali dengan air Green Tea - Bulgogi Bokkeumbap , yaAllah susah nya nak sebut , tunjuk-tunjuk je la dekat staff tu haha . Set nya bersama telur , side dish dan gree tea .



Ni set yang husband pilih , menu ni pun sedap cuma macam portion dia tak cukup haha well makan banyak kan , tapi tak rugi lah pilih , dengan rasa yang sedap tu dan terasa daging dalam nasi ni . Kat Soopong ni dia macam tak kedekut bahan la , memang ngam walaupun harga dia agak pricey jugak , makanan Korea kan memang dia guna bahan dari sana so berbaloi lah dengan harga


And the last menu yang kitorang pilih adalah Dakgalbi , yang ni pun di hidangkan dengan nasi jugak , tengok dalam menu ini antara menu HITS di Soopong Restaurant ni . Ala-ala Kfry tapi tak di balut dengan cheese , just kacau-kacau bagi ia masak sebab ada api kat bawah pot ni . Rasa dia ada manis-manis dan pedas sikit , sedap cuma jangan biarkan api tu lama sangat , nanti hangit hohoho

Honest Review

Bila husband tengok aku makan habis , maknanya sedap la tu haha . Mana-mana aku pergi makan , aku akan tanya dia , adakah akan repeat lagi atau pun tak ? Bagi aku , aku akan repeat lagi nanti sebab memang kena dengan tekak aku , dan bila tanya dia haaa kalau dia cakap taknak repeat , maknanya tak ngam lah dengan dia tuh ~ tapi dia pun cakap akan repeat lagi ! Yeahhhh (laki suka makan , ai ikut je haha if tak habis dia lah tolong habiskan ops !) So will be in my fav list !

Hati Berbicara :
*This is not sponsored post*





Assalamualaikum semua ~ Lambat 8 hari wish new year dalam blog , azam konon nak update setiap hari dah ke laut ~ eh ape ni ! hahaha ampun kan daku 

Jadi , aku  nak wish selamat tahun baru 2019 buat semua , terima kasih pada yang masih lagi sudi menjadi kawan , masih lagi sudi baca blog dan masih lagi seperti insan yang aku pernah kenal . Yang penting orang-orang yang aku sayang masih lagi di sisi walaupun dari jarak yang jauh , tq so much , sangat-sangat menghargai kehadiran korang 


Tentang azam , aku ada satu azam yang belum lagi tertunai , 2018 hampir tertunai dah tapi rezeki masih belum lagi menyebelahi , takpe mungkin belum tiba masanya dan ada hikmah yang tersembunyi ~ but its okay , terima dengan redha even permulaannya agak pahit , mana tahu 2019 azam tu akan tercapai hehe.

Nak tau azam apa ? Biarlah rahsia ~ haha ce teka apakah itu :p , dan azam - azam lain still macam biasa , masih sama pada tahun sebelum-sebelumnya , ingin menjadi yang lebih baik , ingin menjadi seorang ibu yang kuat (tapi selalu kalah dalam handle emosi ) , tq husband dan Rayyan masih lagi di sisi Umi , masih lagi setia menyintai Umi , sayang kalian berdua yang paling terdalam , cuma tak tunjuk je ~ jatuh bangun susah senang still together-gether , im so sorry if banyak kesilapan sepanjang tahun sebelumnya ~ 

Tahun 2018 , ujian sentiasa ada , tapi rasanya ada lagi ujian orang lain yang maha hebat , aku bersyukur dengan nikmat ujian yang Allah bagi , masih lagi dapat mengatasinya dengan tenang . Kan Allah dah kata setiap masalah pasti ada penyelesaiannya kecuali MATI . Tq Allah untuk umur yang masih lagi bersambung , masih lagi dapat menerima nikmat kesihatan dan rezeki yang tak pernah putus , walaupun hambaMU ini selalu lalai :(

So , 1 Jan 2019 aku sambut new year ke tak ? Hahaha takdenye nak sambut-sambut tahun baru ni , cukup doa dalam hati semoga yang baik-baik sahaja yang muncul untuk 2019 ni . Rasanya dah lama gila tak sambut new year (tengok bunga api) sejak ada anak ni , memang tak lah nak bersesak bagai , baik duduk rumah makan keropok

Tapi siangnya aku ajak husband pergi IKEA ~ cari meja dan cermin mekap besar sikit , acah-acah nak buat tempat workplace supaya makin rajin berblog (nanti aku share workplace yang tak seberapa itu )  , kikiki harapnya begitulah ! Btw aku memang rindu gila nak tulis tentang personal dalam blog ni , sumpah rindu ~ tengoklah panjang pulak aku membebel , sebenarnya bila dah start menaip ni susah nak berhenti , tapi yang jadi susahnya , untuk cari mood nak bermula tu haaa , dengan Rayyan punya perangai nya , kene tunggu dia tidur dulu barulah Umi boleh nak berfikir sikit ~

Bukti pergi ikea ~ kah ! 

Alkisahnya nak wish happy new year je kan ? hehe so ugais Selamat Datang ke Tahun 2019 , aku mendoakan semoga yang masih belum jumpa jodoh , akan jumpa jodoh yang baik-baik yang mampu menjaga kalian , pada yang masih belum mendapat cahaya mata , semoga tahun 2019 ni kalian akan di kurniakan cahaya mata yang paling membuat kan kalian terbahagia sekali , sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan tapi itu lah ujian untuk hamba-hambaNYA yang DIA sayangi , for those yang kehilangan orang-orang tersayang semoga kalian tabah dan sesungguhnya hikmah itu sentiasa ada .. :) 

Last but not least , im sorry if selama tahun sebelum ni , ada kata-kata dalam blog ni buat terguris hati  dan sebagainya , semoga tahun 2019 adalah tahun yang akan membuatkan kita semua bahagia dan pada yang belum move on , please move on dan bangkit dari masa lalu yang dah lama berlalu , sampai bila nak hidup dalam kenangan lalu ? Rugi wak .. sudah-sudah la tu , bangkit dan cari bahagia sendiri :) 

Hati Berbicara :
Januari adalah bulan kelahiran orang-orang yang aku sayang , hey tak aci lah Rayyan sama bulan dengan Abah , hurmm baby girl come to Umi , pliss lahir dalam bulan JUN , we can shopping and cantik-catik together-gether hahah Ameen :p

Jangan lupa doakan aku sekali ya , doakan aku jadi insan yang kuat pada tahun 2019  , terbahagia , dan di rahmati ALLAH selalu ~ 





Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates