• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum

tadaaa daaa daaa ~ see kalau yang perasan blog qaseh dah bertukar wajah , lebih simple dari dulu yang pink tahap cinpazi mengawan , template ni qaseh amek dekat web-web yang ada kat gugel je , mungkin nanti akan bertukar lagi , ini lah di namakan tahap kepuasan yang sedikit , then satu lagi HEADER qaseh pun dah berubah , xde dah muka besar gedabak yang macam comel je macam cantik je , qaseh nak yang simple je .. so dikbee yang buatkan , haaa simple kan ... sorry sangat sebab qaseh ni cerewetsss haha cian dia , mesti stress smbil tarik2 rambut ..gulp 

macam kiut je macam omei je ..

then satu lagi qaseh suruh dikbee design kan blog lensa qaseh yang hidup segan mati tak mahu tuh , wakaka lensa qaseh blog <-[klik], fuh rasanya banyak kali qaseh suh ubah-ubah then ubah , haaa sesape yg tahan nak mengorat bekerjasama dengan qaseh sila fikir byk kali..

abaikan muka tak sememeh ~ ekeke 



simple is better , dulu-dulu first qaseh brblog kan qaseh ingatkan lagi lawa blog tu lagi lah org ramai masuk , cantik katakan pdhl berat nak mampuih ~ siap etak upin ipin bercakap lagi , bhahaha kerawang2 bagai kalah wedding memey suhaiza dan norman .. puiiii , so thanx so much to herrr , kreatif , korang nak design blog contact dia k , murah2 je .. blog dia kat bwh ni haaa , jgn lupa klik2 okeyh ..

dikbee yang menyengat  <-[klik2]



Assalamualaikum


lepas bermalam di SUNGAI PETANI INN <--[klik]kami menaiki bot di SUNGAI MERBOK .. stay tune travel dengan qaseh di entry penuh nnt... =)
Assalamualaikum ..

selamat pagi semua , pagi ni qaseh nak share sedikit ilmu mungkin dah ada yang tahu dan ada jugak masih tak tahu..

Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naiks aksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim didalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

gambar


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnyahanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, yaTuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dans ahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Assalamualaikum ..

13 nov 2013
haaa sebelum tu anggaplah qaseh baru pergi semalam ,bila dah bz sgt ni jadi pekasam dlm draf , sesi menggemukkan badan bersama mereka , pehh pehh jangan jeles , kiranya dah ke tiga kali qaseh berbeger bakar dengan kwn blogger .. first2 dulu  first time berlava grill <-klik2 dan kedua nya masa bulan puasa so beriftar kat sini iftar beger bakar <--klik2 dengan geng2 sama cumanya kali ni bersama marqis careno ,papa blogger dan emas putih, blogger sabahan yang cute molek orgnye ..

terjojol bijik mata tgk ni haa , belum lagi rasa uols ..

memandangkan malam rabu hari tu badminton xde sebab court penuh then tukar prog makan beger bakar , lagi pun last masa puasa lepas , belum sampai lagi dah terbayang keenakan nya yg tiada tara , malam tu jugak ada surprise besday from abe que kpd wife nya yg terchenta ...perghh so suwit , kalau qaseh la kan dah nangis guling-guling kat situ dek terharu tahap dewa .. qaseh pun tak tau abe plan besday surprise .. qaseh pun buat2 terkejut skali ahaha .. 

hepy belated besday for cikma , eh tak boleh pggl cik dah , kena pggl mama lah sebab dorg bakal menimang cahaya mata soon .. semoga bahagia korg ..


malam tu qaseh oder super cheezy chicken , hari tu pun oder benda sama , ketegaq ketagih sudah ..sedap katakan xnampak yang lain dah ..towww dia super-super sedap ..malam tu dibelanja oleh mikael (hubby dkna) , abe que dan abg beng .. huhuhu selalu je di belanja oleh mereka ... terima kasih tak tehingga ..


sesi2 bergambar mesti ada ~

yang menghadirkan diri malam tu adi , caer , my tunang kyleril,ujang ,abglan , matyie kaki sembang ,papa blogger keluang man, mikael , jeeb , abe que dan semestinye abg ben

gigirls ayu ~ kakfiza , uzu emas putih , dkna ,aku , kaksue n yanty.my

welcome to the club uzu haha sbr je la layan karenah gila2
kami ye .. tq for joining us !

byebye ~ 
dengan besday girl ~
macam comel je abg beng posing 



Assalamualaikum ..

perghh malaysia hari ni kecoh dengan cerita sebuah villa yang namanya villa nabila , mungkin orang yang bernama nabila tengah glemer sekarang , atau pun dalam ketakutan .. betapa misterinya nabila .. hingga tercipta lagu ,ooooo nabila ~ tapi lagu tu wujud lama dah sebelum nabila villa ni.. tetiba perasaan seriau kemuncak hingga kemuncup-kemuncup tidak mengembangkan bunganya ..

sebenarnya qaseh pun tak tahu kisah sebenar villa ni ,byk betolllllll andaian2 , mana taknya seorang je hilang tapi berita di smpaikan 23 orang , ape ke gilerr tu..haihh bila dah banyak nasi tambah dan terlebih ajinomoto mcm ni la jadinye ye , kat kampung qaseh pun ada satu banglo terbiar mcm2 spekulasi , misteristik , mcm2 cerita dalam sebuah ceritera ..tak payah cerita kat kg la , kat kuarters ni tiap2 malam ada bunyi seret perabot , ade bunyi guli ..org lari2 tgh2 malam .. orang kata kalau bunyi2 macam tu sebenarnya rumah kita yg berpenghuni .. wallahualam 

yang pasti bila sesuatu tempat tu terbiar lama , memang akan ada yang menumpang , sedangkan rumah sendiri pun ada yang menumpang cuma kita yang tak nampak ..sebab tu la rumah kita pun kena sentiasa di basahi dengan ayat2 suci al-Quran biar malaikat je yg menumpang bukan anasir2 luar .. dan yang pegi ke tempat2 lama mcm tu kenapa ?? dah xde keje lain ke .. paranormal ?? tak semua mampu kan .. apakata pegi buat paranormal kat masjid ...mana tahu niat kita baik untung2 Allah bagi keajaiban haaaa ..  

hati berbicara :
agak-agak ada mcm ghupe nabilla tu tak erk kbye
jaga diri , banyak-banyak baca ayat pendinding diri agar kita semua dijauhi dengan anasir2 luar , jangan biar kan hidup kita diselubungi misteri ;p
ooo nabila lambang cinta ku kepadamu ,
hingga kini ohh nabila lalalala
Assalamualaikum

kali ini qaseh  nak menceritakan kisah kehilangan qaseh selama 3 hari dua malam , banyak pendapat menyatakan yang qaseh telah di culik oleh Mr Arrogant,muahahaha sebenarnya salah semua tu sebab qaseh membawa diri bersama sahabat media cuti-cuti 1 malaysia ke Lembah Bujang Sg Petani Kedah, haaaa apa diaa chek tau ampa semua jeles noh, tapi takpe jom ikut qaseh melayari perjalanan-perjalanan di sana yang superb awesome lebih-lebih lagi kat tempat yang tak pernah kita tinggalkan jejak dan selama ni tak pernah kita tahu..termasuk qaseh..

sebelum tu nak say thanx sangat-sangat kepada penganjur dan penaja yang menaja kami dari hujung kaki hinggalah ke hujung rambut , terima kasih  Tourism Malaysia dan Perbandaran Sg. Petani dan santai Travel sempena VISIT MALAYSIA 2014 ..



selama ni qaseh tak tahu langsung apa yang best tentang sg.petani kedah ni ,qaseh hanya tahu nama je ,then bila menjejakkan kaki kat sini barulah qaseh tahu yaAllah banyaknya tempat-tempat yang menarik ,nak tau apa laa yg menarik sgt tu yeeee,tu ampa kena la teruskan perjalanan membaca,rasa rugi gila nasib baik qaseh ikut depa ni,luas pemandangan dan teruja gila nak ceritakan kat korang hingga ketar2 tangan nih,kihkih.. 

first day kami menginap di amanpura Hotel tapi sekarang sudah ditukar nama kepada sg.Petani Inn , apa yang best di hotel ni  adalah jeng-jeng nanti qaseh cerita next entry yang lebih terperinci beserta gambar yang membuatkan korang lagi jeles hingga terus book tiket flight terus ke sg.petani,

tadaaaaa kami dah smpai,korang  bila lagi ??
SG PETANI INN <--- klik2

kami disambut meriah oleh kakitangan sg petani  INN


press conference sg petani INN kalau tengok dalam gambar tu memang banyak facilities yang disediakan

antara tempat-tempat yang menarik telah kami lawati :
  • sg petani INN (48 Superior Room, 58 Deluxe Room, 7 Junior Suite and 1 Royal Suite.)
  • jeti semeling dan sungai  merbok (naik bot ke tanjung dawai melihat paya bakau yang tertua)
  • chalet terapung (memancing pun boleh di sini)
  • pantai merdeka (lepak di tepi pntai sambil layan lagu cinta pantai merdeka)
  • muzium arkeologi lembah bujang (mengcungkil sejarah2 lama)
  • cinta sayang golf and country resort (resort yang penuh dengan aktiviti yang menarik)
  • gunung jerai (qaseh paling suka berada di tempat dan suasana gunug jerai )
pemandangan senja yang sangat indah di gunung jerai,
indah bukan?
terpegun aku seketika melihat suasana yang tak pernah aku rasa
seakan ingin membina satu mahligai di sini agar rasa itu sentiasa ku dakap...

jutaan terima kasih buat semua yang terlibat, stay tune with qasehdalia.com, banyak lagi qaseh nak ceritakan perjalanan kami... tunggu~~~~~







Assalamualaikum..

Tadaaaa qaseh nak promot something buat korang semua , perempuan ni haaa kalau keluar tak mekap memang tak sah kan , lebih-lebih lagi si qasehdalia tu, qaseh dua benda yang memang tak boleh  tinggal bila nak keluar g mana-mana.. pertama-tama eyeliner dan kedua lips ice or lip balm..sebab bibir cepat kering , tapi aku tak la pakai yang branded punya.. yang biasa-biasa je dek non,tak mampu cik kiah... tapi satu benda yang qaseh menitikberatkan tentang eyeliner tak kira pensil ataupun liquid , it must be 'waterproof' senang nak solat..

so qaseh nak promot kat korang semua MAC Waterproof Eyeliner murah2 je tak lebih RM10 pun,haaaa percaya tak.. silalah percaya hokey ! eyeliner ni long lasting punye dan warna pun pekat , tapi qaseh ada warna hitam je ...

berminat?
whatsapp qaseh atau meseg kat no ni ye 0145156842
limited and siriyes buyer only =)


Assalamualaikum
makin lama makin banyak keyboard laptop hilang...redha itu pasghah
Salam Maal Hijrah kawan =)


sedih aku
bila aku tak dapat untuk menasihati seorang kawan , sedih aku bila ia hanya tertahan di  dalam lubuk hati , kadang-kadang aku rasa apa gunanya aku bila aku hanya boneka dalam kalangan tiang-tiang manusia yang aku sayang , sedihnya aku bila sayang aku membuatkan aku tak berani untuk menegur dan merawat segenap luka yang pernah ditoreh dalam hidup dia

takut aku
bila aku mengatakan sesuatu ia mengguris sedikit hati dia , takut aku atas gurisan itu meneteskan titis darah yang tidak kelihatan pada mata kasar, sedangkan aku bukan seseorang yang terlalu baik , takut aku bila dia memandang ku jelik dan melemparkan balik kata-kata aku sebagai satu hinaan ,  kerna aku sayang kamu ia masih terpendam dalam hati , kerna sayang itu lagi aku jadi pendosa dalam ketakutan , apa benar sayang itu ikhlas.....

fikirnya aku
lalu aku terfikir bila aku sayang dia , aku takut untuk tegur segala kesilapan dia , dan hanya merenung dalam diam  lalu berdoa semoga esok hari kau akan berubah,sama-sama berubah untuk mengejar sesuatu yang sempurna,dari jauh aku doakan kau dengar isi hatiku walaupun tanpa suara..Allah titipkanlah ia dalam hatinnya, katakanlah ia suara hatiku ...

hati berbicara :
[foto]

terdetik pula di hati aku  , andai ada  orang yang sayang aku apa kau takut untuk tegur aku ? takut jika aku terguris perasaan ? jangan sayang ~ aku rayu padamu tegur aku bila ia kesilapan aku , aku rindu teguran dan kata-kata yang menasihati seperti ibu yang membelai  anaknya dengan rasa sayang , amdai sayang itu membuatkan kau takut untuk tegur kesilapan aku..
disaat ini dan detik ini berhenti sayang diri aku ~
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates