• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ
Assalamualaikum 

Lama sudah qaseh tak update entry makanan rohani , asyik kejar dunia hingga banyak perkara yang terpinggir , Allahu .. tahun berganti tahun , azam untuk menjadi hamba yang lebih baik kadang tersisih di pinggiran jalan , terhenti kerana terlalu asyik dengan warna pelangi hingga terleka awan mendung yang kian sarat .. suatu saat bila hujan turun baru tersedar , aku terlalu asyik dengan warna-warna khayalan .. hingga lupa yang memberi warna .. 

Tetiba rasa sedih bila teman-teman sedang di uji dengan ujian demi ujian , dan saat ni aku tak dapat nak membantu , hanya mampu beri kan kata semangat untuk terus bersabar , sabar lah teman .. kita gembira , kita lupa DIA ~ kita di landa ujian , Allah rindu kita , rindu kita sangat-sangat , tapi adakah kita sedar akan rindu DIA , adakah kita sedar sebenarnya kita di panggil untuk terus sujud padaNYA .. adakah kita sedar itu semua ................ sayang ~ 



kadang-kadang ujian sedikit tu buat kita mengadu , yaAllah aku tak sanggup dengan semua ni , Allah seakan badanku lumpuh , tapi sebenarnya tahu tak , hati kita yang kian lumpuh , Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA cuma kita sering berputus asa , cepat berputus asa ! sedangkan hidup kita hari ni telah kita tempuh beribu ujian , tapi still kita boleh rasa gembira kan ? sedikit duka buat kamu mengeluh , tapi segunung kegembiraan apa kau selalu bersyukur??

Sayang ~ ada masa memang kita akan rasa tak berdaya dah dengan semua ni , sakit aku kau rasa ? beban aku kau pikul ? semua rasa macam nak laungkan pada seisi alam , qaseh pun pernah rasa , tapi bila kita duduk seorang kita fikir balik , Allah banyaknya nikmat yang engkau berikan , tapi tak sedikit pun aku sedar , kerana kesakitan kecil ni menutupi segala nikmat yg kau berikan .. tersentak lagi , jantung berdegup errm apakah aku yg memberi kesakitan padamu selama ni ya Allah ......

hati berbicara :
Ujian , bila datang melanda , kita sering mencemuh 
tanpa sedar kita sebenarnya mencemuh Dia yang memberi ujian 
susah kan kita untuk melihat secara baik atas sesuatu ujian ??
itulah sebenarnya IMAN 
nak menilai sejauh mana kita bersangka baik dengan TUHAN  
atas setiap apa yang dia telah takdirkan buat kita 
untuk kita kekal yakin pada janji-janji Tuhan yang masih dirahsiakan
nak melihat sejauh mana TAWAKAL yang kita gantungkan pada dia 
jom try solat taubat tiap malam-
jom try solat malam tiap malam 
=) 
-qaseh yg selalu alpa dan lalai-


                                                         بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ


sambungan entry Pelancaran Pakej Pelancongan [klik] , akhirnya 2 jam lebih menaiki ETS yang tak terasa sangat tibalah kami di IPOH , yahooo akhirnya aku dapat jugak jejakkan kaki di IPOH dan merasai pengalaman menggunakan pengangkutan darat ETS , terima kasih sekali lagi buat KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA dan RAILWAY ASSOCIATION MALAYSIA (RTAM)

sesampainya kami di sini , kami di sambut meriah dengan paluan kompang dan juga persembahan silat , wow sangat menarik persembahan mereka , tabik buat orang-orang ipoh yang sememangnya peramah dan murah dengan senyuman .

di Platform  1 Stesen Keretapi Ipoh , Perak  telah berlangsungnya satu sesi sidang media ucapan khas oleh Yb  Dato' Seri Mohamed Nazri B. Abdul Aziz buat sahabat-sahabat media dan juga para blogger yang ingin mengajukan apa-apa soalan yang berkaitan, alhamdulillah kerjasama terbaik dari YB MENTERI buat kami semua .

seterusnya kami di iringi untuk menyaksikan mini konsert dari artis-artis tempatan iaitu Najwa Latif , Roney Hyper Act , aku suka lagu dia yang ada lirik ''qasehmu ~ hanya ku yang mencari rembulan masih ada , eh eh perasan sebab ada nama qaseh kan , haaa gitu , juga ada Sheeda dangdut , Mus May , dan byk lagi yang di hoskan oleh Azwan Ali , sebelum konsert bermula , berlangsungla majlis perasmian BROSUR PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI oleh YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI B. ABDUL AZIZ dan juga YAB DATO' SERI DI RAJA DR ZAMRY B. ABD KADIR bersama PUAN KHADIJAH ABD RAHMAN , Presiden Persatuan Pelancongan Keretapi Malaysia 

alhamdulillah , Majlis Perasmian Brosur Pakej Pelancongan Keretapi berjalan lancar 

waktu yang di nanti-nanti iaitu Mini Konsert , jom layan gambar depa buat persembahan 

eh eh Puan Khadijah pun posing ala-ala Azwan Ali gitu 



persembahan dari Najwa Latif 


persembahan Ronnie Hyperact 

kami tak berkesempatan menyaksikan semua persembahan kerana masa yang tidak mengizinkan , apa-apa pun berkesempatan juga merakamkan kenangan di sini , dalam pukul 12 malam , kami gerak ke Homestay masing-masing yang di pecahkan kepada 3 homestay iaitu Homestay Kg Beng , Homestay Bukit Gantang dan juga Homestay Gopeng ! so qaseh di letakkan di Homestay KG BENG ! wahhhh nak tau pengalaman qaseh kat sana ? memang adventure dan sangat tradisional ! 


PAKEJ EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY [klik] 





بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ


PAKEJ PERCUTIAN KERETAPI anjuran KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN[klik] dengan kerjasama RAILWAY TOURISM ASSOCIATION MALAYSIA[klik]  Sempena Visit malaysia 2014 , qaseh nak bercerita tentang program qaseh ke IPOH bersama sahabat blogger dan media yang lain pada 10 , 11 dan 12 januari baru2 ni , yang menariknya perjalanan qaseh kali ni bukan dengan bas mahupun flight , asyik-asyik dengan bas je kan jadi kali ni qaseh berpeluang untuk menaiki keretapi ETS , bagi yang tidak tahu apakah ETS ni ia adalah shortform bagi ELECTRIC TRAIN SERVICE ,dan ini adalah pengalaman kali pertama qaseh mengikuti program sempena tahun melawat malaysia dengan menaiki keretapi , perasaan ? memang seronok dan sangat TERUJA!! dan qaseh ingin berterima kasih atas jemputan dari RAILWAY TOURISM memberi peluang dan kesempatan untuk mengikuti pakej yang sangat menarik ni



sebenarnya program ini adalah program pertama dari KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN  iaitu pakej pelancongan yang berkonsepkan melancong dengan menggunakan keretapi (Railway Tour), 10 januari 2014 tempoh hari telah berlansungnya majlis pelancaran program ini yang bertempat di KL CENTRAL yang di hadiri oleh blogger-blogger , sahabat media , photoghrapher, pelancong dan ramai lagi yang turun padang untuk sama2 menyaksikan pelancaran RAILTOUR ini .

hah ! tak lupa pada agensi yang terlibat dalam program ini iaitu RAILWAY TOURISM ASSOSIATION MALAYSIA (RTAM) yang di pengerusikan oleh PUAN KHADIJAH ABD RAHMAN  dan juga KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB). Perlancaran tersebut telah di rasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ,YAB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz dan disaksikan oleh PUAN KHADIJAH selaku pengerusi RTAM ..alhamdulillah majlis berjalan lancar dan di sambut meriah dengan pembukaan tarian vmy2014 oleh penari-penari dari istana budaya



maka majlis pelancaran Pakej Pelancongan Keretapi sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 berjalan lancar yg dirasmikan oleh Yb Dato' Mohamed Nazri B. Abdul Aziz atas kerjasama pengerusi Railway Tourism Puan Khadijah Abd Rahman (berbaju merah)

Selesai majlis pelancaran , apa mau tunggu lagi moh la kita ke IPOH ye , KL-IPOH mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit , ETS ini memiliki kelajuan maksimum sehingga 140km/j dan di lengkapi pelbagai kemudahan yang sememangnya memberi keselesaan pada para pelancong



ETS yang tak terasa dengan kelajuannya , terbaik untuk orang yang selalu mabuk bas macam Qaseh , so lepas ni antara pilihan bas dan ETS , semestinya ETS jd pilihan

yang bestnye YB MENTERI pun turut sama-sama menemani kami menaiki ETS untuk sama-sama ke IPOH , segak kan beliau dan peramah dengan kami semua , mana taknya beliau melawat semua KOC dan beramah mesra dengan kami

haaa bila lalu depan qaseh memang konfirm-konfirm kena tangkap bergambar kan , masa ni YB tanya "haa kamera mana satu ni dan senyum '' say cheeseeeeeeee ~ alhamdulillah berkesempatan juga merakam kenangan dengan MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA Yb Dato' Seri Mohamed Nazri B Abdul Aziz 


antara kemudahan lain yang terdapat dalam ETS ialah kemudahan cafe , tandas separa automatik , plug untuk charging dan ruangan tempat duduk yg selesa  .. dalam masa 2 jam lebih qaseh tak sempat nak berkhayal tup tup sampai sudah di IPOH , wah laju gila ! terbaik kan ?


haaa satu lagi kelebihan ETS ni menyediakan khidmat pramugara dan pramugari , biasanya flight aje ada perkhidmatan mereka kan ? jangan main-main , ETS pun ade .. cantik dan ganteng lagi .

 JOM QASEH CERITA  PAKEJ-PAKEJ MENARIK YANG DI LANCARKAN OLEH RAILWAY TOURISM 

Pakej yang qaseh join kali ni adalah EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY BY RAIL [klik] 



memang berbaloi-baloi la pakej yang Railway Tour sediakan , antara pakej lain yang ada korang boleh lah pilih mana-mana pakej je yang korang nak , memang terbaik ! 
  • EX KL SENTRAL BY ELECTRONIC-TRAIN-SYSTEM (ETS) - day tourail package [klik]
  • NORTH & EAST BOUND HOMESTAY BY RAIL [klik]
  • 13 DAYS / 12 NIGHTS RESPLENDENCE RESORT BY RAIL[klik]

kalau korang nak tahu lebih lanjut pakej-pakej lain yang di lancarkan oleh RAILTOUR ni , klik-klik la setiap pakej yang qaseh dah senaraikan , so hari tu qaseh telah di tempatkan di HOMESTAY KG BENG , nak tau best atau tak jom kita layan KONSERT di IPOH dan MAJLIS PERASMIAN BROSUR PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI terlebih dahulu .. Majlis Perasmian Brosur dan Mini Konsert [klik sini]

\

untuk maklumat lanjut :
Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
E-mail: secretariat.rtam@gmail.com

link berkaitan RAILWAY TOURISM
http://www.qasehdalia.com/2014/01/perasmian-brosur-pakej-pelancongan.html
http://www.qasehdalia.com/2014/01/homestay-kg-beng-pakej-pelancongan_27.html
http://www.qasehdalia.com/2014/01/railway-tourism-pesta-makanan.html
http://www.qasehdalia.com/2014/01/victoria-bridge-railway-tourism.html
Assalamualaikum

Haaa kali ni qaseh nak review satu produk untuk rambut yang bermasalah , PRODUK NUTRI M , qaseh bab rambut memang ada masalah  sangat , asyik gugur je , kadang-kadang sampai satu tahap terfikir qaseh ni ada penyakit apa la ,stress betul !mandi je banyak sangat rambut gugur , kat sikat rambut lagi laa banyak .. kadang-kadang sikat pakai tangan je hihi konon-konon tak mau bagi gugur ..macam-macam syampoo dah guna , yang dalam tb dan luar tb pun ada guna tapi macam sama je ..

 klik gambar untuk ke page NUTRI M
[KLIK GAMBAR]

Lepas tu qaseh dapat offer untuk try produk NUTRI M katanya bagus untuk orang yang mempunyai masalah rambut gugur macam qaseh , dan  yang best nya shampoo NUTRI M ni boleh pakai hari-hari , tiada masalah sebab shampoo NUTRI M ni seratus peratus kandungan nya dari herba , so qaseh try dalam masa 2 minggu lebih baru nampak perubahan sebab awal-awal qaseh terlupa pakai perapi selepas pakai syampoo , hihi bukan takat masalah rambut gugur , nyanyuk pun ye jugak .. so alhamdulillah , lepas amalkan pemakaian syampoo dan perapi ni tiap hari ada perubahan ,kalau dulu guna tangan je pun dah ada rambut yang melekat sekali , alhamdulillah sekarang ni banyak jugak perubahan ..tapi takla 100 persen , dah boleh fikir qaseh xde penyakit hihi

Satu lagi bagi yang rambut berminyak , memang qaseh syorkan produk NUTRI M ni ,lepas guna produk ni alhamdulillah  rambut memang lembut dan tak berminyak dah , kering je , satu lagi yang qaseh perasan , qaseh dah takde gatal-gatal kepala ,perempuan kan selalu bertudung kadang berpeluh semua , dan kelemumur lagi , haaa NUTRI M dah selesaikan masalah qaseh .. seronok sangat 







testimoni qaseh secara ringkas 
-rambut dah kurang gugur
-kurang berminyak
-rambut lebih lembut
-tiada lagi gatal-gatal kepala dan kelemumur 
-rasa ringan kepala 

SATU SET RM39 SAHAJA 
-HERBAL NOURISHING SHAMPOO (200ml)
-HERBAL SCALP NOURISHING ESSENCE (30g)




Bagi yang was - was , qaseh share kandungan - kandungan yang terdapat dalam produk NUTRI M , 100% tiada bahan kimia dan dapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Akar Ginseng 
kaya dengan pelbagai mineral dan vitamin seperti vitamin B1 & B2 yang menyihatkan kulit kepala & membantu merangsang pertumbuhan rambut baru 
Chinese Knotweed 
mengandungi antioksidan dan pelbagai elemen anti-penuaan yang mampu mengembalikan kekuatan & keremajaan rambut dari akar hingga ke hujungnya 
Touki Ekisu 
sejenis herba yang sangat kaya dengan vitamin B12 &  elemen antifungal yang berfungsi memperbaiki kondisi kulit kepala hingga ke akar rambut. 
Bunga Za'faran 
mengandungi antioksidan yang tinggi membantu mengurangkan kesan-kesan sampingan yang terhasil dari proses oksidasi oada tisu-tisu kepala & badan 
Akar halia
mampu meningkatkan peredaran darah bagi kulit kepala yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut secara efektif dengan kadar optimum

Cepat -cepat apa lagi tunggu , bagaimana nak dapatkan PRODUK NUTRI M ?
CONTACT : 0193117254
EMAIL : nutrienterprise@yahoo.com

laman web : http://nutri-m.blogspot.com/
page fb : facebook.com/nutrienterprise
selamat mencuba ~ 


Assalamualaikum
-stickypost-


Tercari-cari untuk mencetak baju secara digital ? , kami menawarkan harga yang berpatutan , dan konsep printing yang di bawa oleh kami adalah Printing DTG iaitu DIRECT TO GARMENT , atau lebih mudah nya mencetak baju secara digital

Jadi dengan berkonsepkan DTG , korang boleh print baju korang dengan semua jenis warna , boleh juga print design gambar rupa anda sendiri , jadi boleh lah buat baju kapel , atau untuk keluarga dan terpulang pada anda

ini adalah contoh baju yang telah qaseh print dengan menggunakan gambar qaseh sendiri , amacam ? 
yang paling penting bila hantar design atau gambar , design tersebut haruslah bersaiz besar agar design tersebut tidak pecah bila di cetak di atas baju 

APAKAH KELEBIHAN DTG BERBANDING SILK SCREEN DAN HEAT PRESS? SILK SCREEN MEMERLUKAN BLOK UNTUK MEMBUAT DESIGN DAN SEMEMANGNYA DIGUNAKAN SEMENJAK DAHULU LAGI TETAPI UNTUK MENDAPATKAN TONE YANG BANYAK SILK SCREEN TIDAK DAPAT MEMENUHINYA..

MANAKALA HEAT PRESS DAPAT MENAMPUNG KEKURANGAN SILK SCREEN..TETAPI HEAT PRESS KOS UNTUK MEMBELI KERTAS HEAT PRESS MAHAL DAN JIKALAU MURAH PUN KUALITINYA TIDAK DIYAKINI..BUKTINYA APABILA DI BASUH BERULANG KALI IANYA AKAN TERTANGGAL..
CARA ORDER :-

EMAILKAN DESIGN ANDA DAN SIZE GAMBAR YANG DI BUAT DI mytshirt86@gmail.com BESERTA DENGAN
1)ALAMAT
2)NO TELEFON
3)EMAIL
4)NAME

Cetak baju secara digital dengan harga yang teramat murah..RM30.00 SEHELAI...harga pasran baju DTG (direct to garment) di Malaysia sekitar RM48.00 sehingga RM60.00 sehelai..tak percaya? search di GOOGLE @ mudah.my..

UNTUK DESIGN SENDIRI...

1) Format yang di perlukan adalah format PNG... 

2) Make sure resolution(300) adalah tinggi untuk mengelakkan gambar jadi kabur.. 1200x1200 width/height KALAU BOLEH LAGI BESAR LAGI CANTIK



UNTUK PERTANYAAN LEBIH LANJUT BOLEH WHATSAPP /MESEJ / CALL NO DI BWH 
0193434388 - kyleril
dan boleh like fanpage kami di facebook
https://www.facebook.com/tshirtdigital [KLIK SINI]
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates