• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum korang .. 

Hari ni qaseh nak kongsi cerita tentang syampu baru yang qaseh telah cuba , kebiasaannya bila nak merawat rambut yang berkelemumur , berkeruping dan gatal ni kebanyakan syampu agak berbau ubat atau herba , bab bau ni sebolehnya qaseh kurang gemar yang terlalu menusuk hidung , kalau boleh nak yang wangi-wangi je macam bauan buah-buahan , siapa macam qaseh kita geng ! Bukan apa bila bau rambut busuk mempengaruhi mood den juga , nanti suami pun komplen kenapa bau pelik semacam hahah 

Haaa jika korang pun tercari-cari syampu yang dapat merawat masalah rambut dan juga mempunyai bauan yang sangat menyegarkan , syampu baru dari CLEAR akan menjadi kesayangan korang iaitu Clear Superfresh Apple yang akan menutrisi kulit kepala korang untuk perlindungan kelemumur terus menerus dan memberikan kesegaran dan haruman epal 24 jam 


Kulit kepala yang berkeruping, gatal serta berkelemumur bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan malah membuatkan seseorang turut berasa malu. CLEAR memahami bagaimana ia boleh menyebabkan sesiapa sahaja yang mengalaminya hilang keyakinan, perasaan yang sama turut dialami oleh hijabista yang sentiasa berdepan dengan masalah kulit kepala serta rambut akibat cuaca panas sepanjang tahun di Malaysia. 

Hijabista yang memakai hijab tebal dan tidak telap udara untuk jangka masa panjang lebih cenderung dalam mengalami masalah kulit kepala seperti kulit kepala berminyak, kulit kepala gatal dan juga kelemumur. Para wanita haruslah memberi lebih perhatian untuk memastikan rambut serta kulit kepala kekal segar dan sihat, kerana rambut yang sihat boleh meningkatkan keyakinan seseorang wanita.  

SYAMPU CLEAR SUPERFRESH APPLE BAHARU 


Memperkenalkan CLEAR Superfresh Apple yang baharu, syampu anti-kelemumur baharu yang diformulasi dengan teknologi Nutrium 10 dan wangian epal segar. Nutrium 10 CLEAR mengandungi pelbagai ramuan nutrien, vitamin dan mineral yang menutrisi kulit kepala untuk perlindungan daripada kelemumur terus-menerus, dan menghalang kemunculan semula kelemumur. Superfresh Apple turut menjadikan rambut wanita kekal segar dan harum berkekalan dengan wangian epal segar sehingga 24 jam.


Pengurus Pemasaran Total Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Phoenix Ho berkata, “Sebagai salah satu peneraju dalam bidang penjagaan kulit kepala, CLEAR memberikan penyelesaian untuk penjagaan rambut dan kulit kepala yang bukan sahaja menangani simptom-simptom kelemumur; tetapi turut menutrisi kulit kepala dan rambut dari akar hingga ke hujungnya, serta menghilangkan kelemumur. Di CLEAR, kami memahami bahawa setiap individu memerlukan penjagaan kulit kepala yang berbeza, maka dengan itu kami telah menghasilkan formulasi-formulasi untuk memenuhi keperluan rambut dan kulit kepala yang berbeza. Superfresh Apple yang baharu telah diformulasi untuk para wanita, terutamanya hijabista, untuk melegakan kegatalan#, menghilangkan sebum berlebihan dan keruping* kulit kepala sambil memberikan mereka kesegaran dan haruman wangian segar epal yang berkekalan, dan keyakinan baharu mereka.”


SANGAT SESUAI UNTUK HIJABISTA 

Kelemumur bukan sahaja boleh menjejaskan keyakinan wanita yang tidak berhijab, tetapi ia turut memberi kesan terhadap hijabista. Kami mahu pengguna berasa yakin dan cantik tidak kira di mana sahaja, kerana kulit kepala yang sihat dan rambut yang segar boleh menjadikan mereka lebih ceria dan bertambah yakin. Para wanita, terutamanya hijabista haruslah mengguna syampu penjagaan kulit kepala yang baik supaya mereka kekal kelihatan anggun bergaya sepanjang hari, terutamanya dalam keadaan cuaca panas yang biasa kita hadapi.

Diformulasi khas untuk memenuhi keperluan hijabista, CLEAR menawarkan penyelesaian untuk penjagaan kulit kepala serta kesegaran 3 kali ganda
  • Tanpa kelemumur
  • Tanpa minyak
  • Tanpa kegatalan
  • Wangian epal segar yang berkekalan.

HARGA SYAMPU CLEAR SUPERFRESH APPLE 




Sebotol CLEAR Superfresh 340ml dijual pada harga RM19.50 dan varian terbaharu ini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, farmasi utama, dan pengedar sah di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

 Web : http://www.clearparis.my/ 
Facebook : https://www.facebook.com/ClearMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/clearmalaysia/
Joyah : Boleh tak kalau aku nak luruskan rambut tanpa rebonding ? Nak relaks-relaks je kat rumah sambil goyang kaki .
Qaseh  : Eh mestilah boleh sebab aku pun ada nak share produk berkesan gila untuk meluruskan rambut tanpa perlu pergi saloon !


Haaa  kalau korang ada kawan-kawan yang punya masalah macam Joyah wajib share produk ni kat diorang tau sebab produk ni memang akan membantu selesaikan masalah korang atau kawan-kawan yang nak luruskan rambut tapi tamo pergi saloon ! Cuma 3 step mudah untuk luruskan rambut lepas tu guna jari pun boleh ~ 

StraightPro | Apakah itu StraightPro ? bila bicara tentang ''rebonding'' mesti melibatkan rambut lurus kan , so produk ini adalah untuk meluruskan rambut tanpa perlu pergi ke saloon , sambil-sambil goyang kaki boleh je buat kat rumah sendiri dengan 3 step mudah je korang , so dalam set ni ada 3 bahan utama iaitu Straightening , Neutralizer dan Sleek & Shine Serum . 

Jaminan wang di kembalikan
14 HARI ❤

StraightPro di formulasikan di Jerman dan telah di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , kesan yang tahan lama serta menggunakan bahan klinikal yang di luluskan dan di syorkan oleh pakar rambut , dan yang WAJIB ia adalah HALAL
[ Cara Penggunaan ]
STEP 1 - Straightening Cream 


Okay , cara-cara nak guna sangat mudah je tau , lagi pula di setiap produk ada dah step yang tertulis , jadi pertama sekali ambil Straightening Cream dan sapukan dengan rata di setiap inci rambut korang tu dan biarkan selama 30-45 minit .. haaa jangan pulak tak menyabor - nyabor belum sampai setengah jam dah nak basuh , lempang kang heheh

Sambil - sambil kita tunggu straightening cream menyerap kat rambut , aku nak share la apa yang boleh dan tips pasal produk ni , so penggunaan StraightPro ni guna seminggu sekali pun cukup jangan lebih-lebih , jika rambut korang tebal gila , still boleh guna produk ni dengan cara sapu dari bahagian belakang rambut  ke depan .. pastikan semua rata alright ! 


Macamana pulak kalau rambut kering ? sebenarnya Straightpro ni memang di rumuskan untuk rambut kering jugak sebab selain dari meluruskan rambut ia juga melembutkan rambut yang kering kontang bak gunung sahara tu .. One more mesti korang risau rambut akan rosak or jadi perang ke lepas guna produk ni ? no no no no ! semua tu takkan berlaku sebab ia tiada bahan pewarna dan tolong mengikut arahan supaya rambut tidak rosak .. cukup 1 kali seminggu (warning ni) 

Okay back to step , bila dah sampai masa yang di tetapkan ~ masa untuk mencuci ! yeahhhh boleh  basuh dan bilas rambut korang bersih-bersih bagi hilang sisa-sisa straigtening cream tadi , bila dah bersih-bersih dah puas hati cuci boleh lah ke step kedua iaitu Neutralizer ~ 


Tekstur straigtening cream macam ni tau , ia agak melekit sikit dan baunya lebih kuat dari yang lain .. tapi jangan risau masih boleh menusuk ke dalam lubang hidung ! nanti dah cuci dan ke step seterusnya bau dari cream ni akan hilang ~ 

Please take note : Elakkan sapu dengan tapak tangan , se eloknya alas / pakai sarung tangan  atau pun guna sikat untuk ratakan ke rambut , dan jangan kena kulit kepala , seeloknya 1cm dari kulit kepala .

STEP 2 - Neutralizer 


Step ke dua , lepas dah basuh rambut tadi , ambil Neutralizer cream pulak .. sama step pertama sapu rata ke seluruh rambut dan biarkan ia selama 30 minit .. selepas itu , basuh dan bilas hingga bersih dan keringkan rambut macam biasa , dan boleh ke step ke-3 iaitu Sleek & Shine Serum. ( yang ni korang boleh sapu dengan tapak tangan )

Berapa lama rambut akan lurus : Bila gunakan StraightPro ni mestilah nak tahu berapa lama rambut akan kekal lurus .. okay rambut korang akan stay lurus dalam jangka masa 3 - 6 bulan , kalau korang jenis jaga rambut tu elok-elok , tak ikat ketat , tak pakai topi  sangat lagi lama jangka masa kelurusan tu ha .. (jika nak iron , iron seminggu selepas penggunaan StraightPro) , Jika nak pakai pomade atau minyak rambut (selepas 3 hari penggunaan StraightPro) 


StraightPro ada kesan sampingan ke ? Takde jika korang mengikut arahan yang di beri , orang kata jangan derhaka .. haha kalau derhaka nanti jadi macam Tanggang :p , bahan asas yang ada pun tiada kesan sampingan sebab ia mengikut standard dan teknologi German. 

Satu set ni bertahan mengikut jenis atau pun panjang dan tebal rambut korang , kalau kerinting dan tebal sangat tu faham-faham lah mesti akan guna lebih dari rambut yang kerinting sikit kannn heheheh 

Tips Berkesan Dengan Cepat - Di galakkan untuk tidak membasahkan rambut selama 3 hari selepas penggunaan untuk rambut kekal lurus .. jangan risau dengan bau rambut sebab serum Sleek & Shine sangat wangi !  


Tekstur Neutralizer Cream ni tak melekit dan agak cair . Baunya sangat wangi berbeza dengan cream step 1 tadi .. jadi boleh cover balik lah bau tadi heheh .. 

STEP 3 - Sleek & Shine Serum 


Last step ! ya Allah bau serum ni wangi sangat tau korang , memang segar gila bila sapu kat kepala sebab bau tu pun macam satu terapi yang menenangkan bagi aku .. letak sikit di tapak tangan kemudian sapu ke serata rambut macam sapu minyak rambut jeee ..  serum ni korang boleh selalu sapu tau sebab ia akan membuatkan rambut berkilat , lembut dan lurus . 


Lurus Kekal Atau Tak ? Bila gunakan StraightPro ni korang jangan fikir ia akan kekal , sebab rambut kerinting tu adalah genetik yang tak boleh di ubah , lagi pun rambut baru akan tumbuh mengikut rambut asal tau .. so bila rambut baru makin panjang boleh apply StraightPro ni lagi ok .. 

StraightPro Sesuai Untuk : 
StraightPro ni adalah kegunaan untuk Unisex , rambut beruban pun boleh guna tiada masalah cuma untuk yang berumur 15 tahun dan wanita yang mengandung tidak di galakkan menggunakan StraighPro ..

TESTIMONI PENGGUNA STRAIGHTPRO 

Nak bagi testimoni aku sendiri tak dapat sebab aurat kan hihihi so boleh tengok testimoni pengguna yang berpuas hati dengan StraightPro ni .. banyak lagi testimoni lain korang boleh tengok di web okay 




More Info :
Web : http://www.straightpro.com.my/
Fb Page : https://www.facebook.com/straightproHQ/
IG : https://www.instagram.com/straightprohq/



Hai abang botak tengah ups, hai akak yang salalu ada masalah rambut gugur , hai semua yang stress gila bila berbicara soal rambut ni , tak terkecuali diri sendiri okay .. mari rapat-rapat qaseh nak share produk kesihatan untuk rambut pulak .. di saat orang lain sibuk men ''serum'' kan kulit muka , daku pulak sibuk menyubur dan menyegarkan rambut dan kulit kepala dengan serum , haaa awat ? terkejut ka hangpa semua rambut pun ada serum tau ..

FreshR mengekalkan kesegaran sepanjang hari

Serum apa yang best untuk masalah rambut ??

Untuk pertama kali nya qaseh cuba serum di rambut , sebelum ni bila stress tengok rambut gugur bergelimpangan di lantai tuh , langkah paling mudah rawat dengan syampu je weh , tu pun bukannya syampu setiap hari .. haaa korang pun macam ni kan , ke ada lagi yang rajin perah2 santan sapu kat kepala tu , hebat uols ~ bila guna syampu ni ok tu memang ok tapi macam tak cukup je , thats why daku cuba pulak serum FreshR ni .. hurm tetiba rindu gila dengan rambut lebat dan sihat masa kegemilangan dulu :'(

Sebelum qaseh bagitahu kelebihan - kelebihan pada Serum FreshR ni , qaseh nak bagitahu sikitlah apa itu FreshR , kalau nak rambut cantik sila baca dengan fokus , kalau tak qaseh p gunting rambut hangpa semua :p

Apa Itu FreshR ? 

Inilah rupa bentuk FreshR dan ia merupakan serum yang di hasilkan dengan menggunakan bahan-bahan organik yang dapat membantu masalah rambut uols dan juga berikan kesegaran rambut (memang segar gila pakai serum ni sebab .... kat bawah qaseh kongsikan kenapa ! ) 

Kelebihan Serum FreshR 
Selain dapat memberi kesegaran yang berpanjangan bila pakai Serum ni , ia juga dapat membantu masalah yang mungkin korang sedang alami sekarang ni , dan memang waktu yang tepat lah korang baca tentang FreshR ni , mana tahu dah try macam-macam tapi masih lagi tak ok , memang patut lah korang cuba serum FreshR ni k - Jaminan pemulangan wang dalam masa 14 hari jika tidak berkesan 

  • Mengatasi masalah botak tengah - sekarang ni qaseh paksa laki iols pakai sebab dia mengalami masalah botak walaupun botak itu seksi hahah , so dia baru lagi tegerak hati nak pakai , kena tunggu berkesan or tak sebab FreshR ni mampu meransang pertumbuhan rambut .
  • Mengatasi masalah rambut beruban - wow yang bestnya FreshR pun mampu atasi masalah rambut beruban tanpa menggunakan pewarna 
  • Mengatasi kegatalan kulit kepala - yang ni selalu lah aku alami sebab kelemumur , dan juga bila bertudung rambut tak dapat di keringkan sepenuhnya , so sebelum keluar boleh guna FreshR untuk menghilangkan gatal-gatal kulit kepala 
  • Mengatasi masalah rambut gugur - Kenapa rambut selalu gugur ? sebab rambut kita dah tak sihat , macam tubuh badan .. rambut pun perlukan vitamin untuk kekal sihat , FreshR dapat menambah vitamin untuk rambut 
  • Boleh di bawa solat - sebab ia menggunakan bahan-bahan organi dan semestinya halal
  • Selamat di gunakan - di formulasikan dengan formula yang terbaik bagi mengelakkan sebarang tindak balas negatif , tapi kalau ada sebarang masalah boleh stop kemungkinan alergik dengan bahan yang ada.


Bahan Kandungan Berasaskan Organik 

Korang boleh menggunakan tanpa was-was sebab ia memang menggunakan bahan kandungan yang organik serta halal , tidak menggunakan bahan kimia yang berbahaya dan telah di daftarkan di bawah KKM - not170505181k  , selain dari bahan kandungan Hair Protein , Semburi Extract , Melaleuca Leucadendra Oil , Pudina Extract ada 4 bahan organik yang memang memberi kesan kepada rambut ~ 



  • Aloe Vera - dapat mengekalkan kelembapan sekaligus mengelakkan masalah rambut gugur
  • Argan Oil - mengandungi vitamin tocopherols yang baik untuk mengembalikan kesegaran rambut 
  • Jojoba Oil - penyah fungus yang dapat membantu menghilangkan masalah rambut berbau dan gatal akibat fungus dan juga kutu
  • Virgin Coconut Oil - membantu menghitamkan rambut dan pertumbuhan rambut.

Kenapa qaseh cakap memang best pakai serum FreshR ni ? sebab pertama adalah qaseh dah guna sendiri , yang ke dua pakai sikit je pun dah berangin satu kepala oikk , bukan berangin yang panas baran tu ! tapi berangin macam letak minyak angin di kepala dan bau dia sangat menenangkan .. qaseh tak suka bau yang kuat sebab mudah sakit kepala , so nasib baik lah bau dia memang wangi ... agak-agak lepas sapu apa jadi ? mestilah tertido haha .. siyes best guna serum ni .. 


Cara Penggunaan FreshR
Tekstur FreshR ni macam minyak kelapa , tapi langsung tak melekit dan senang nak sapu di rambut mahupun di kulit kepala ..cara guna ia pun mudah sangat , apply ketika rambut kering , drop beberapa titis minyak dan sapu di rambut dan jugak kulit kepala .. urut dalam 2 - 3 minit , guna secara konsisten tau sayang baru lah berkesan .. kalau malas semua benda tak berkesan tau -_- .. so rajin-rajin sikit kalau nak cantik tuh :p qaseh pakai 2 kali sehari , pagi dan jugak sebelum tidur ~

My Testimoni 
Ni jujur lah qaseh bagitau , lagi super best rupanya bila guna serum berbanding syampu , syampu bukan setiap hari pakai , tapi serum ni boleh pakai hari-hari .. bukan payah pun macam rutin harian sapu minyak kat kepala tapi kali ni tukar dengan sapu serum je.. for me memang segar gila , rambut nampak sihat dan terurus even sikat-sikat guna jari je .. hahah dasar  pemalas nak guna sikat kan , then kewangian serum ni memang terbaik .. 

Kalau tetiba bau wangi kan , sah lah laki ku tengah pakai serum ni , haa uols dah kena kongsi-kongsi serum pulak ... sweet gitu hahah ( ok merepek ) , qaseh dah tak risau dah dengan bau rambut hapak bila bertudung sebab dah ada serum FreshR ni , tq tau sebab wujud dalam hidupku , terharu pulak rasanya sebab banyak masalah boleh rawat .. recommended sangat kat korang yang nak atasi masalah rambut , dan of course untuk hijabista , rambut korang takkan bau hapak dah lepas ni .. percayalah ! 

Testimoni Pengguna FreshR 




More testimoni yang menggembirakan semua pengguna FreshR boleh tengok kat web depa ok ~ 

Berapa harga serum FreshR ? Mana nak dapatkan serum FreshR ? Nak tau lebih info tentang serum FreshR ? haaa boleh masuk web yang qaseh sertakan kat bawah ni , semua info ada lengkap di situ .. sekarang tengah promosi tau uols !!so cepat cepat cepat , order sekarang sementara promosi masih ada ~ 
More Info :
Web : http://www.freshr.my/
Facebook : https://www.facebook.com/freshr.kl/
Sms / Whatsapp 'FreshR' :  http://www.wasap.my/60164845540

Nama: Amirul
No tel: 0164845540
Lokasi: Seremban


Assalamualaikum

Haaa kali ni qaseh nak review satu produk untuk rambut yang bermasalah , PRODUK NUTRI M , qaseh bab rambut memang ada masalah  sangat , asyik gugur je , kadang-kadang sampai satu tahap terfikir qaseh ni ada penyakit apa la ,stress betul !mandi je banyak sangat rambut gugur , kat sikat rambut lagi laa banyak .. kadang-kadang sikat pakai tangan je hihi konon-konon tak mau bagi gugur ..macam-macam syampoo dah guna , yang dalam tb dan luar tb pun ada guna tapi macam sama je ..

 klik gambar untuk ke page NUTRI M
[KLIK GAMBAR]

Lepas tu qaseh dapat offer untuk try produk NUTRI M katanya bagus untuk orang yang mempunyai masalah rambut gugur macam qaseh , dan  yang best nya shampoo NUTRI M ni boleh pakai hari-hari , tiada masalah sebab shampoo NUTRI M ni seratus peratus kandungan nya dari herba , so qaseh try dalam masa 2 minggu lebih baru nampak perubahan sebab awal-awal qaseh terlupa pakai perapi selepas pakai syampoo , hihi bukan takat masalah rambut gugur , nyanyuk pun ye jugak .. so alhamdulillah , lepas amalkan pemakaian syampoo dan perapi ni tiap hari ada perubahan ,kalau dulu guna tangan je pun dah ada rambut yang melekat sekali , alhamdulillah sekarang ni banyak jugak perubahan ..tapi takla 100 persen , dah boleh fikir qaseh xde penyakit hihi

Satu lagi bagi yang rambut berminyak , memang qaseh syorkan produk NUTRI M ni ,lepas guna produk ni alhamdulillah  rambut memang lembut dan tak berminyak dah , kering je , satu lagi yang qaseh perasan , qaseh dah takde gatal-gatal kepala ,perempuan kan selalu bertudung kadang berpeluh semua , dan kelemumur lagi , haaa NUTRI M dah selesaikan masalah qaseh .. seronok sangat 







testimoni qaseh secara ringkas 
-rambut dah kurang gugur
-kurang berminyak
-rambut lebih lembut
-tiada lagi gatal-gatal kepala dan kelemumur 
-rasa ringan kepala 

SATU SET RM39 SAHAJA 
-HERBAL NOURISHING SHAMPOO (200ml)
-HERBAL SCALP NOURISHING ESSENCE (30g)




Bagi yang was - was , qaseh share kandungan - kandungan yang terdapat dalam produk NUTRI M , 100% tiada bahan kimia dan dapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Akar Ginseng 
kaya dengan pelbagai mineral dan vitamin seperti vitamin B1 & B2 yang menyihatkan kulit kepala & membantu merangsang pertumbuhan rambut baru 
Chinese Knotweed 
mengandungi antioksidan dan pelbagai elemen anti-penuaan yang mampu mengembalikan kekuatan & keremajaan rambut dari akar hingga ke hujungnya 
Touki Ekisu 
sejenis herba yang sangat kaya dengan vitamin B12 &  elemen antifungal yang berfungsi memperbaiki kondisi kulit kepala hingga ke akar rambut. 
Bunga Za'faran 
mengandungi antioksidan yang tinggi membantu mengurangkan kesan-kesan sampingan yang terhasil dari proses oksidasi oada tisu-tisu kepala & badan 
Akar halia
mampu meningkatkan peredaran darah bagi kulit kepala yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut secara efektif dengan kadar optimum

Cepat -cepat apa lagi tunggu , bagaimana nak dapatkan PRODUK NUTRI M ?
CONTACT : 0193117254
EMAIL : nutrienterprise@yahoo.com

laman web : http://nutri-m.blogspot.com/
page fb : facebook.com/nutrienterprise
selamat mencuba ~ 


Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates