Assalamualaikum ,
Alhamdulillah , dapat lagi jejakkan kaki ke sini untuk ke dua kalinya atas tiket blogger , tq so much buat Ben Ashaari founder KelabbloggerBenAshaari , AJK yang terlibat dan semua fam of KBBA , tak lupa buat pihak Legoland yang menaja family day pertama kami untuk tahun 2018 ni , pertama kali qaseh datang sini boleh baca di entry Pertama Kali Datang ke Legoland
Baca juga : Bangi Wonderland {alertInfo}
Mengikut pengalaman dulu memang aku tak sempat nak jelajah habis Theme Park sebab kena bahagikan masa dengan Water Park dalam satu hari , sumpah tak cukup masa . Jadi , kali ni sangat bertuah sebab satu hari dalam theme park so dapat lah bayar balik rasa kempunan dulu heheh , family day kali ni pun free and easy jadi tak perlu rushing . Tapi korang kena plan masa betul-betul mana korang nak pergi supaya nanti keluar tak rasa menyesal sebab tak dapat masuk semua game hihi
Tiket dah ada di tangan , jom kita masuk !
Kali ni aku nak bagi fokus beberapa tarikan terbaru yang ada di Legoland Theme Park , haaa dulu datang takde tau , so this is new for me tapi masih lagi aku tak berapa mendapat keberanian bila melibatkan roller coaster , OMG ! Bukan salah roller coaster tapi salah sendiri sebab terlebih risau , haha dush diri sendiri ! Padahal tengok budak-budak watlek watpis lagi hohoho ciskek betul ~ Apa tarikan terbaru di sini ? Lets cekidaut ~
- LEGO NINJAGO The Ride
Tarikan kali ni betul-betul menarik minat aku dan juga Rayyan , biasanya tempat gelap dan ada aksi-aksi mengejut mesti dah melalak nak keluar , relax je dia kali ni maknanya ngam la tuh dengan jiwa kanak-kanak . Di sekitar sini kawasan sebelum masuk , ada lego watak-watak dalam Ninja Show , so korang boleh lah bergambar kenangan di sini sebelum masuk ..
Di sebabkan Rayyan dah tak sabar-sabar nak masuk , jom kita pergi ! (Umi nak bergambar pun tak boleh iskk) Apa yang best tentang Lego NinjaGo The Ride ni , korang sendiri yang akan jadi Ninja dengan bantuan Master Wu untuk mengalahkan ''Great Devourer'' , tak sabar hoih nak berlawan dengan musuh-musuh jahat ! Macamana nak lawan Great Devourer ni ? Kena berlari ke , kena menembak ke haaa korang rasa ? Sebelum tu meninjau sikit persekitaran di dalam nya pula ..
Takkan guna ni untuk berlawan ? oh tak pandai pakai pedang :p
Ini semua senjata-senjata Ninja
Jeng-jeng-jeng , jom siap sedia ! Sebelum memulakan aksi , kena pakai spek mata 4d ni untuk lebih real . Jadi game ni , aku kena naik satu kereta dan di bawa perlahan-lahan ke alam ninja , dengan suasana gelap dalam perjalanan 4D mendebarkan jugaklah , haha kotlah terkejut .. NinjaGo Ride ni menggunakan teknologi ''Cutting-Edge Hand Gesture'' dengan bahasa mudahnya sensor melalui pergerakan tangan , jadi tak perlu pegang apa-apa peranti
Di kereta tu ada kuasa-kuasa yang dah tersedia so aku hanya perlu gerak kan tangan macam gambar 'gif' di bawah ni , bila buat pergerakan tangan tu akan keluar lah kuasa dari tangan , fuh real beb ! Lagi real bila terasa kesan haba panas dan berangin di muka .. terkejut jugaklah haha ..
Seriously , tarikan kali ni sangat best ! Rasa macam nak repeat banyak kali , tapi game lain pun nak masuk jugak , huwaaaa nak je tido dalam game-game ni semua haha . Oh ye , korang jugak sebenarnya dapat point bila kuasa dari tangan korang tu terkena pihak musuh , 0 point kat bawah ni sebab aku tak baca arahan , orang suruh buat pergerakan tangan , pegi bantai tekan ! Memang tak bergerak lah diknon hahah ..
- WORLD'S FIRST LEGO VR - THE GREAT LEGO RACE COASTER
Dah selesai berlawan , satu lagi tarikan terbaru tadaaaaaa Lego VR Coaster ! Fuhh yang ni ngeri lah bagi aku , maafkan daku cuba jugak cabar diri tapi dasar penakut lagipun Rayyan kecik lagi jadi tak boleh nak naik bersama-sama suami dan anak , eceh ~ okay tak alasan tu haaaa . Sebelum ni tempat ni di namakan sebagai Projek X , jadi telah di ubah kepada Lego VR Coaster , bezanya dengan Projek X , lagi syok lah sebab boleh pakai VR ni haaa
Apa yang best bila memakai VR ni ? Biasanya bila tak pakai VR ni korang akan nampak benda yang ada di depan mata kita , bila menjunam makanya korang akan menjerit takut tapi dengan VR ni , korang akan masuk dalam dunia LEGO , senang cerita dunia khayalan jadi korang akan nampak alam lego lah .. rasanya lagi okay dari tengok benda depan mata kan hahah , nak bagi korang paham haa tengok gambar kat bawah ni , macam ni lah gambaran bila cuba The Great Lego Race Coaster ni , dan ini adalah yang pertama di dunia ~
Ready ! 1 2 3 GO !! Eh tetiba nyesal pulak tak naik , bila dekat ketar lutut hahah okaylah tunggu Rayyan besar sikit , kalau terkucil pun , boleh sama-sama terkucil :p
BERITA BAIK - BERPELUANG MEMENANGI SEBUAH KERETA NISSAN ALMERA DENGAN PEMBELIAN PAS TAHUNAN
Best gila kalau dapat kereta free ni kan , bagi korang yang selalu bertuah tu ni berita baik buat korang tau ! Jadi jangan lepaskan peluang ni lagi pula banyak faedah / hadiah yang korang akan dapat bila membeli , memperbaharui atau menaiktaraf pas tahunan dengan hanya harga RM199 bermula 1 Feb 2018 .
Dengan pas tahunan , korang akan dapat melawat resort Legoland secara percuma . Semua aktiviti yag menarik di Legoland korang boleh kunjungi seberapa banyak yang korang inginkan , selain tu korang dan juga keluarga di jemput untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sepanjang tahun di Legoland , fuh syokk woooo so apa tunggu lagi , jom beli sekarang ! Mungkin anda orang bertuah yang akan memenangi kereta ni weh ..
Cara untuk pembelian - DISINI
Next story inshaaAllah aku kongsikan aktiviti-aktiviti yang korang patut terjah di Legoland ni , yang pasti semua aktiviti tak memboringkan , walaupun sehari suntuk berada di sini sampai kaki lenguh bagai macam tak cukup je nak explore semua hehe .. stay tune ~
More Info :
Contact : 07-5978888









