facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , 

Untuk kesekian kali jari-jari tidak melontarkan bahasa jiwa , hari ini terasa rindu dengan bait - bait usang . Bila berbicara soal rezeki semua tahu rezeki itu bukan dari wang semata , bukan dari apa yang kita nampak dari pandangan mata kasar . Jika hanya apa yang kita nampak itu lah rezeki kita , tak mungkin kita boleh hidup hari ni . 

Pernah tak kita mempersoalkan rezeki seseorang , kenapa dia dapat sedangkan aku tak dapat ? Padahal aku lebih layak . Repeat ''padahal aku lebih layak'' , dari situ kamu sebenarnya tidak tahu apa itu sebenarnya rezeki , di fikiran kerana kamu di atas hanya kamu yang merasa layak ? Orang tua selalu berkata ''andai ada rezeki adalah , andai tiada pasti yang lain akan menyusul . Betapa rezeki itu hanya Allah yang mengetahui bukan mengira kamu di tangga teratas mahupun di bawah .


Kadang-kadang kan kita tidak sedar , untuk diri sendiri jugak . Setiap rezeki yang kita terima setiap hari Allah telah percukupkan keperluan kita . Kita minta la lebih manapun , akan lebih juga keperluan seharian . Contoh , kadang-kadang kita terima rezeki hari ini , tapi tiba-tiba tayar kereta bocor . Rezeki yang kita dapat untuk keperluan kita juga , mungkin kita sedih rezeki itu hilang tapi bukankah Allah juga telah permudahkan urusan :) Itu juga rezeki yang kadang kita pandang sebelah mata

Kita ni kadang hanya mampu menggengam sesuatu mengikut genggaman kita , jika terlalu memaksa pasti semua tu akan terlepas. Cuba tengok di sekeliling kita , di sebelah kita , siapa yang ada , siapa yang selalu menemani , lihat pula pancaindera kita , sihat tubuh badan , anak-anak kita . Semua tu lah rezeki paling besar, dan setiap kehadiran mereka jua sebagai pengantara rezeki , pemberi rezeki , tapi kenapa kita sibuk mempertikaikan rezeki orang , sedangkan kita tahu penyayangnya Tuhan , bagaimana pun kita rezeki tetap ada , sikit atau banyak , jika bukan di sini pasti di sana. 

Hati Berbicara :


Bila kita gembira dengan kejayaan orang lain , kawan-kawan kita dan doakan mereka , malaikat juga akan doakan kita . InshaaAllah benda-benda baik je kita akan dapat . Bagi yang pernah membandingkan atau iri hati dengan rezeki orang , berhenti lah mempersoalkan sesuatu yang bukan dalam kawalan kita . Masing-masing ada rezeki masing-masing , mereka berusaha kita pun berusaha , selebihnya Allah jua pemberi rezeki.

Namun rezeki yang luas adalah rezeki yang mempunyai keberkatan di dalamnya :)



Assalamualaikum

First time aku menjoinkan diri untuk aktiviti macamni , mula-mula tengok dari atas ke bawah , ketar lutut , berdebar-debar , segala kemungkinan bermain dalam benak fikiran ,
kalau tali tu putus macamana ?
kalau aku mati macamana , mesti hancur .
aku takut .. tapi aku paksa diri dan letak segala-galanya hanya pada DIA 
alhamdulillah ..

begitu jugak dengan hati kita , sebenarnya kita boleh buat tapi kita kena paksa hati , paksa diri lebih-lebih lagi ke arah kebaikan , bila dah terlalu lama kita rasa kita ni jahat , tak mampu , kita selalu fikir Allah takkan terima aku dah , padahal Allah membuka seluas-luas pintu taubat , cuma DIA nak tengok usaha kita , ada tak kita berusaha ? ada tak kita ubah sesuatu yang buruk itu kepada yang baik ? ada tak kita terfikir betapa dinginnya hati kita dengan yang Maha Pemberi , ada tak kita rasa kita ni terlalu sombong sedangkan apa yang di bagi hanya pinjaman ~

Allahu ... 

Biarlah apa org nak cakap , dia nak cakap kau hipokrit ? dia nak cakap kau munafiq ? dia nak cakap kau hanya berilusi dengan bayang-bayang sementara ~ biarlah sayang , asalkan Allah tau apa sebenarnya hati kau mahu , apa sebenarnya yang terdetik hari-hari dalam hati mu , even kau tak luahkan tapi Allah tahu apa yang kau nak , cuma kau xde keberanian . kan ? kau malu ? kau takut perubahan yang kau buat takkan sampai penghujungnya ...

Aku pun tengah berusaha , kalau kau nak tahu , hari-hari aku jatuh , hari-hari aku tersungkur , dengan apa ? dengan nafsu sendiri .. nafsu dunia , aku dah niat tahu ? hari ni aku nak buat ni ~ hari esok aku nak buat tu  ~ tapi kau tahu apa ? aku jatuh lagi , aku lari dari niat asal aku .. menangis kau tahu ! tapi alhamdulillah , sedikit demi sedikit hati aku lebih kepada positif , bila aku nak buat something , hati aku sendiri yang akan cakap , tak baik sufura , tak baik tak baik tak baik ~ sampai lah aku tak buat , cuma kadang memang kita akan tersasar .. cuma jgn biar ia tersasar lama-lama .. sekurang2 nya kau menyesali dan bangun lagi cuba untuk paksa lagi .. Allah nampak sayang ~ 

satu benda yang paling aku benci waktu sekolah , aku benci pakai stoking dan handsocks sebab aku rasa itu hanya peraturan sekolah yang entah apa-apa , dulu ~ tapi sekarang baru aku tahu , kaki pun aurat ! sukahati hang je cakap itu hanya peraturan sekolah kan .. hurmm banyak sebenarnya lubang-lubang dalam diri aku yang masih belum terjaga , kesiah ayah aku .. nanti kalau aku kahwin takkan aku nak bebankan suami aku pulak ? kesian mereka yang tak bersalah ......... terpaksa menanggung dosa kerana erti sebuah 'kasih sayang'

semoga hari-hari aku membuatkan aku semakin kuat , terima kasih kawan yang sentiasa positif .. yang banyak melihatkan aku tentang ini semua , betapa penting ada kawan-kawan yang tak lokek dengan ilmu , semoga aku juga jadi seorang kawan sebegitu ..... in shaa Allah 

hati berbicara :

       

              حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

Pada Dia terletak harapan. Pada Dia adanya kekuasaan.
"Allah knows while we know not."
Dan semuanya kerana Dia; Tuhan.








1. Kita hanya memohon doa kepada Allah agar dikurniakan kebaikan dan kesejahteraan terhadap diri kita sahaja, tetapi kita di dalam doa, kita tidak memohon agar Allah mengurniakan kebaikan dan kesejahteraan untuk ibu-bapa kita sendiri dan juga sekelian kaum Muslimin yang lain.

2. Kita mungkin kerapkali membaca Al Quran atau menghafal sebahagian dari ayat-ayat dan surah-surahnya, tetapi tidak membacanya secara tertib (menjadi amalan) sehingga seratus ayat setiap hari.

3. Kita pergi ke masjid untuk mengerjakan solat fardhu berjemaah tanpa mengerjakan solat sunat tahiyatul-masjid. Samalah juga sekiranya kita memasuki masjid untuk membuat sesuatu urusan seperti nikah kahwin atau membayar zakat tetapi solat sunat tahiyatul masjid tidak dilakukan.

4. Kita melewati sebuah tanah perkuburan Islam, tetapi kita tidak memberikan salam kepada para penghuni kubur tersebut dan tidak mendoakan untuk kesejahteraan mereka yang berada di alam kubur.

5. Kita (bagi kaum lelaki) pergi ke suatu kawasan atau tempat dan tiba pada awal pagi hari Jumaat, tetapi tidak bersembahyang Jumaat berjemaah di situ.

6. Kita mungkin tinggal di suatu kawasan yang ada berdekatan dengan kita seorang alim ulama, tetapi kita tidak mempergunakan kelebihan itu untuk menambah ilmu pengetahuan darinya.

7. Kita mungkin berjumpa kembali dengan seorang sahabat lama, tapi kita tidak bertanyakan khabar tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Kita mungkin juga pernah mengundang seseorang untuk menjadi tetamu kita, tetapi kita tidak melayani tetamu tersebut sebaik-baiknya.

9. Kita membiarkan zaman muda kita berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu muda itu dengan menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti kita.

10. Kita mungkin tidak menyedari adanya jiran kita yang merintih lantaran dek kelaparan atau kesusahan, seddangkan kita kekenyangan di rumah.
 

Semoga kita terhindar dari melakukan perkara -perkara yang lagha atau sia-sia ini dan amalan atau ibadah kita ini diterima oleh Allah Taala.Amin.
Assalamualaikum 
qaseh xde mud sangat nak update blog , sebab tengah di uji dengan ujian kesihatan , mungkin Allah ingin membasuh dosa-dosa , alhamdulillah cuma rasa tak tertahan .. diuji sedikit pun menangis , memang hati langsung tak kuat ..kau kena belajar jadi kuat qaseh ! huh hati sering bermonolog tapi air mata tidak berhenti menitis .. 

hari ni qaseh nak berkongsi tentang sebuah nasihat , kadang-kadang menasihati orang ni sangat-sangat senang , guna lidah , guna kata-kata yang indah , kata-kata yang tak habis di mamah dunia , tapi yakinkah kita apa yang kita nasihati itu meresap masuk ke dalam hati orang yang kita nasihat ? lebih-lebih lagi kita nasihat seseorang tu dengan perasaan marah , sinis , tajam mahupun perlian .. tak semua boleh menerima nasihat dengan cara sebegitu ..

 
[gambar] 
moga Allah redha dengan apa yang kita buat 



kadang-kadang kita rasa bila kita menasihati orang , kita rasa lebih baik daripada dia , yelah kan aku nasihat kau aku lebih baik dari kau , kalau tak ~ takde makna aku yang bagi nasihat kan ?? Allahurabbi jangan sayang ~ bila kita ingin menasihati orang sebolehnya janga ada rasa diri kita ni lebih baik dari dia , nasihat akan berkesan jika pemberi nasihat tidak merasakan dirinya lebih baik dari yang dinasihati ..

sebelum kita hendak menilai seseorang , kita kena nilai diri kita sendiri dulu , dan pandanglan semua orang dengan sisi yang baik , setiap manusia ada keburukan dan kebaikan , pandang pada kebaikan dan nasihatilah jika ada keburukan .. jangan pernah rasa kita ni sebaik-baik alam , kerana ia akan mendatangkan sifat ujub dan riak .. bukankah itu lagi menjauhkan kita dari syurga .. perbaiki niat ye sayang ... =)

hati berbicara :

maaf tulisan kali ni tak sepenuhnya dari jiwa , terasa ada kekurangan ..
mungkin keadaan diri yang tidak berapa sihat ,
sharing is loving =)





Surah Al-Ikhlas
"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI"

Keberkatan surah al-ikhlas
  • Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
  • Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
  • Ketika Sakit.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
  • Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
  • Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
 
 hati berbicara :
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
Assalamualaikum ..

sekarang time update blog pukul 12 tengah malam yo , jangan pikir bukan2 ceq masih lagi manusio yo ..

bila waktu-waktu sunyi macam ni , aura-aura keinsafan tu sering hadir , terus berfikir apa yang aku buat hari ni , apa amal yang aku lakukan hari ni , dosa apakah yang aku buat hari ni .. berkat ke hidup ku hari ni , apakah kerja aku hari ni di rahmatiNYA .. bermenung sendirian , Allah.... kadang-kadang hari makin bertambah dosa pun sering mengekori .. amal tak ku ketahui .. semakin sikit atau semakin banyak .. adakah di terima Nya .. semoga Allah redha .. seringkali ~ tiap-tiap malam berfikir tapi esok seakan apa yang difikir hilang , lenyap ..

dalam mengembara dunia kita akan jumpa ratusan nafsu yang menyekat kita , ratusan ribu aura-aura negatif yang menghalang kita .. bukan senang nak hidup di dunia , tapi andai hidup senang di dunia apakah senang hidup kita di sana ? ''neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan , manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran''


sky
yaAllah uzlah aku dari kejahatan diri agar tidak mengjankiti orang lain ,qanaah aku agar tidak hasad pd nikmat yang di beri kepada yang lain , sabar aku dengan karenah insan yang menjadi bahan ujiMu utk mendidikku, syukur aku pada nikmat yg ada tanpa mengenang apa yang tiada , pemaaf aku pada kejahatan insan sebagai karma kejahatanku pada mereka 


seringkali aku mengeluh , bila aku di uji dengan sekecil kuman , hati aku meronta bagai di tikam belati tajam , aku lupa semua tu dr siapa , aku lupa org lain lagi hebat di uji ,, sedangkan ujian aku di celah gigi mereka .. aku lupa dan terus lupa ~ sebenarnya Allah ingin menguatkan aku kerna aku juga lupa seringkali aku berdoa semoga Allah kuatkan hati aku !! melalui ujian .....

manusia ~ kita berdoa , dan terus berdoa tapi kita tak sedar Allah makbulkan doa kita melalui ujian , hey senang-senang kau nak Allah makbulkan doa kau tanpa kau rasa kesusahan ... di uji lepasi ujian itu kau akan dpt hasilnya .. untuk itu tadbirlah hati kita untuk menerima takdir dengan memaksanya menerima hakikat bahawa apa saja yang terjadi pasti ada hikmahnya ..

ya..

pasti ada hikmahnya .... =)

hati berbicara :
tak apa jika kita gagal dalam mencari diri kita di sisiNya 
Allah nampak usaha kita 
Allah dengar tangis kita 
Allah sembuhkan hati kita balik
tapi 
jangan sesekali putus asa .. kerna Allah akan bersedih bila kita putus harapan 
Allah rindu akan doa-doa kita 
melalui ujian itu lah rindu Allah makin kuat 
cuma ...
kita yang tak nampak ... 
semoga lepas ni kita akan nampak dan sabar ye .
sayang ~ 
(sila niat dlm hati aku akan terus kuat dan takkan putus asa)
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates