• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Hai uols , hari tu qaseh terbaca keluhan kawan-kawan bila mana ada segelintir mengeluh kenapa setiap kali timbang berat badan mereka selalu dapat hasil yang tidak sama , sekejap berat badan naik , sekejap pulak turun .. adakah salah penimbang berat badan itu ? ataupun kita yang salah panduan ? haaa so kali ni qaseh nak share tips dari Dr Khairul Hafidz bagaimana cara menimbang berat dengan betul ~ 



  • Beli penimbang yang baik.

Buatlah pelaburan yang lebih sikit nak beli penimbang tu, jangan lah beli yang terlalu murah, takut yang tak ada kualiti ni kiraannya tak tepat, kang mengamuk pulak bila badan sekeping penimbang tunjuk berat 70kg.


Beli penimbang digital dan yang ada satu atau dua tempat perpuluhan, itu yang terbaik , yang penting beli lah penimbang di tempat-tempat yang boleh dipercayai dan berkualiti.


  • Letak penimbang di tempat yang sama.

Sebenarnya, penimbang tu boleh berubah-ubah mengikut di mana kita letakkan penimbang tu. Ada beza letak penimbang letak di atas karpet lembut dengan atas lantai, kalau tak percaya cuba buat di rumah.


Jadi, untuk dapatkan kiraan yang konsisten, kena letak di satu tempat sahaja. Jangan ubah-ubah, nanti kita tak dapat betul-betul dapat kiraan yang konsisten.

  • Waktu untuk menimbang.

Pilih cuma satu waktu sahaja untuk menimbang. Kalau saya, saya akan timbang berat saya pada waktu pagi selepas bangun tidur. Waktu itu yang terbaik kerana paling mendekati "dry weight" kita, maknanya waktu itu kita baru bangun, masih belum makan minum, jadi itu lah waktu terbaik untuk kita tengok berat badan kita berapa.

  • Bila nak timbang?

Sebenarnya ini ikut masing-masing berapa hari sekali bak timbang, yang selalu diamalkan adalah timbang seminggu sekali.


Kalau saya dulu, saya timbang setiap hari, sebab dengan timbangan tu, saya boleh kaji balik pemakanan dan senaman saya, untuk badan saya, jika saya timbang hari ini, berat itu adalah apa yang saya makan dan senam untuk tiga hari sebelum. Setiap orang berbeza-beza mengikut metabolisme badan, boleh kaji sendiri badan kalian semua.



Dan setiap minggu hari jumaat, itu adalah waktu rasmi untuk saya catat berat badan saya. Hari lain cuma timbang, hari jumaat untuk dicatat.


  • Lebih minimal lebih baik.

Setiap kali timbang, saya cuma pakai seluar kecik sahaja, sebab nanti berat pakaian pun akan dikira sekali. Sebab tu lah timbang berat dalam rumah sendiri, janganlah pergi rumah member nak timbang bukak habis pakaian, memang kena hambat balik rumah.


Untuk wanita pula samalah, yang penting lebih minimal untuk dapatkan berat badan kita sendiri, bukan dicampur dengan berat pakaian.


  • Catat!

Ini bagi saya antara yang terpenting, dokumen kan berat badan kamu, biar naik atau turun. Ini penting untuk kita lihat perkembangan berat kita dan untuk jadikan sebagai semangat buat diri sendiri.


Tak apa lah kalau naik, kurang-kurang kita menerima berat badan tu naik dan tahu ada ruang untuk kita perbaiki lagi, jangan putus asa, terus usaha lebih kuat.



Jadikan catatan tu menarik dengan membuat carta contohnya untuk melihat perkembangan berat badan kamu, baru lah rasa seronok nak turunkan berat!



Hati Berbicara :

Sharing is caring ~ so harap lepas ni korang boleh jadikan ini satu panduan untuk menimbag berat badan dengan betul ! kepada yang tengah struggle turunkan berat badan tu , selamat berjaya ! yakin boleh ~ yihaaaa ! 

 ''Say No To Hacker''



1. Password kena kuat
  • Letak password yang betul2 susah orang nak tahu tapi yang penting korang kenalah ingat hehe.
  • Letak huruf and nombor
Contoh salah : abc123
Contoh betul : Along349

2. Make sure no. hp aktif
Ok masa korang daftar ig, ig akan suruh korang letak no. hp korang untuk security andai korang lupa password or nak reset password. Cuba bayangkan kalau no.hp kita tu dah mati or tak aktif, mak aii mmg tak dapatlah balik akaun tu sbb ig akan hantar code security kt korang and kalau hp tk aktif macam mana ig nk hantar.
.
3. Link email kat setting
Ok kalau benda no.2 tu terjadi or korang tak dapat code security kt no.hp korang atleast korang boleh dapat balik akaun korang kalau korang linkan email korang dekat ig. Lepas dah link tu korang kena verify balik dari email korang.
.
4. Jangan daftar pakai Facebook
Ia memang instagram bagi kemudahan kat kita untuk terus dafar akaun ig dekat fb. Tapi cara tu tak selamat. Sebagai contoh kita lupa password kita and kita nak reset balik password agak susahlah nak dapat lagi2 kalau kita link kan 2-5 akaun ig dalam satu akaun FB memang parah lah.
.
5. Active kan Two-factor Authentication
Cara ni sangat2 bagus tuk elakkan korang punya ig kena hack sebab bila nak log in kita kena hantar code yang diberi oleh ig tuk kita log in. So kalau orang lain nak log in kita punya memang tak bolehlah sbb dia takde code tu
.
6. Jangan buat benda negative
Ha kepada korang yang suka post or comment benda negatif, hati2lah sebelum korang punya ig tu kena report huhu
.
7. Jangan Follow / Unfollow laju sangat
Teknik ni selalu digunakan untuk orang yang batak followers huhu. Boleh buat mcm ni tapi janganlah laju sangat takut akaun kita kena blok.

Hai uols , nak cerita perangai Rayyan sikit hari ni , perangai yang memang nak kena gomol bagi nangis je , dah sihat demam ni ada je  perangai nak buli Umi kan ~ nasib baik sayang tau ..

  
Sape tak sayang mekap oii tapi of course lah Umi sayang Rayyan lebih cuma kadang-kadang Umi geram je dengan Rayyan ni , kadang pernah dia kena gigit haha tapi takde la kuat sangat , menyeringai je :p kali ni banyak kali dah jugak dia ambil mekap lebih-lebih lagi lipstick ! tau lah benda tu comel tapi jangan lah korek hingga menghilangkan kecomelan lipstick Umi .. dah rompong haaa ! nasib baik yang dapat free 

Sekarang memang fasa dia meniru habis-habisan apa yang Umi dia buat weh ~ korek hidung pun dia tiru ! tapi lagi geram style tak nak kalah , maknanya bila dia korek hidung tapi Umi marah , lepas tu dia buat lagi dan gelak ~ lepastu dia buat lagi dan larikan diri .. erghh comel-comel pun geram jugak haha , asyik kena ''game'' je
kali ni mangsa terbaru Rayyan 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
kesayangan Umi !

sebelum macam ni tau , cantik na mati , sayang sangat sebab ada bunga dan bau wangi , pulak tu best pakai .. pernah review kat sini klik 
   
 Selepas ? Innalillah .. sabo je la .. adohaaaa ~ 

Abah dia punya kerja , haaa memang bukan nak tolong Umi grrrr 

 bagus anak abah kan ! -_- masa ni tengah duk deko Althea so mengambil kesempatan sungguh budak berdua ni , kecik besau kecik besau je nengok .. sebab memang kecik dan besau pun ahaks ! Tapi yang paling penting Umi sayang dedua ..

Hati Berbicara :
Yelah padan muka Umi sebab letak merata ... Huh k bye ~ 


Assalamualaikum semua , harap belum terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya buat semua , sudah-sudah lah beraya tu (jeles hokay ! ) Nah baru dapat mood nak update blog sebab jari - jari tersumbat lemak rendang hahah .. raya tahun ni #teamrayaterengganu tapi ada kisah tragis berlaku tahun ni .. nak tau ? baca di perenggan berikut dengan nada yang suspen , dup dup ~

Baca tajuk pun dah tahu kan apa yang kisah tragis , qaseh balik kampung 21 hb lagi sebenarnyajadi sempat lah sambut bulan Ramadhan dengan mak ayah .. syok wehhh ! aura dia lain macem .. ok masa dalam perjalanan pulang tu , akak call bagitau ayah kemalangan ~ lepas tu baca group whatsapp family nak dapat kan info semua , semua pun tak tahu apa yang jadi .. huh ! nasib baik dah dalam perjalanan tapi masa tu hujan lebat tak boleh nak drive laju-laju .. hanya doa supaya kemalangan tu tak teruk and nothing serious !

Then , baru dapat tahu ayah kena langgar dari belakang tapi yang langgar tu tak tolong pun .. sebelum ni pun pernah jadi kes yang sama , so qaseh sampai tu tau lah kisahnya jiran dekat yang langgar dan tak berhenti tolong sebab gemuruh , tapi lepas tu dia cari di balai polis dan hospital so agak terkejut jugak lah hurmm .. agak teruk jugaklah keadaan ayah sebab tulang gagah patah , luka-luka belakang , kepala kena jahit (terkoyak dan lebam teruk) , kaki keras kejung nasib baik tak patah 

Hari raya pertama be like ~ kenapa orang sebelah sana nun macam nak bernasyid gayanya ~ goshhh ! laki siapakah itu hahah 

Setel semua doktor cakap boleh balik rumah , kalau kena masuk wad memang beraya kat hospital lah kita ~ huhuhu now dah makin sihat dan okay , alhamdulillah tapi tu lah tak dapat beraya ke mana .. biasa naik motor prung preng .. ujian :')

Raya Pertama 

Raya aku pun tak pergi ke mana jugak lah , jadi tukang buat air kat dapur dengan baju cantik persis cindrella ! yelah orang tak putus datang sebab datang melawat ayah .. sempat lah pergi rumah tok , satu2nya nenek yang masih ada , mak sedara belah mak dan petang tu beraya di Kg Atas Tol (rumah kakak ipar) balik pun dah sampai lewat malam .. 

Dengan Wafa , lama jugak tak jumpa anak buah sorang ni , kakaknya si Dalia susah nak bergambar macam Rayyan , tapi Wafa ni suka betul bermekap haha sabo je la nak , nanti selalu2 lah bukak youtube tengok tutorial mekap :p
Rayyan dengan awek kemahen suka naww , dengan Umi keras kejongg masam mencuka ... ngada sangat !



Raya Ke Dua
Seriously tahun ni memang tak banyak gambar raya , panas gila cuaca nak ber ootd pun takde mood , mekap pun cair lebur gitu je .. adohaaa , Umi pun lupa nak snap gambar Rayyan bebanyak so takde sangat gambar tapi takpe lah first raya dah bergambar jadi lah .. raya ke dua pergi kenduri kahwin sepupu jap then terserempat pulak dengan blogger Shalimar , kecik doniaaaaaa ~ 


Raya ke Tiga 
Langsung tak snap gambar hahah , beraya rumah mak sedara , kak ipar lepas tu boleh plak pergi lepak pantai kejap sebab tak tahan panas upsss , tetiba hilang dari radar .. 

Raya Ke Empat 
Hurmm back to normal ~ balik ke Rawang dah .. tapi pakai baju raya semulaaa ~ sebab nak ber ootd kat pantai hahah , kesian hencik suami kena layan isteri mung ini .. oh kesian Rayyan jugak sebab kena paksa bergambar , tapi haku je lah yang banyak gambarnya , dua orang ni bukannya suka brgambar sangat .. erghhh !



Sebelum balik ke ganggang sempat lagi makan ikang celup tepung , sata semua .. lepas tu masa dalam perjalanan tayar pulak pecah , tq kat sorang brader yang berhenti tanya dan tolong apa yang patut .. tak ramai orang akan bantu kita dalam kesusahan .. semoga di lindungi Allah selalu .. 


Hati Berbicara :
Tq Allah beri lagi peluang merasai nikmat berpuasa dan berhari raya .. inshaAllah jumpa raya tahun depan , raya rumah mertua pulak ... hihi eh raya haji kan hado :) lastly qaseh minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai banyak salah dan silap even dalam penulisan di blog ni , kosong-kosong k .. qaseh pun maafkan semua ~


Annyoung hamshimnika ! acah-acah korea pulak dah , yeahh hari tu aku ada buat entry tentang Althea Raya Giveaway Festival , lepas tu terus shopping laju-laju sebab risau hadiah free habis , dasar gelojoh ! haha bukan apa weh , Althea ni memang laku keras barang-barang dia , kalau lambat sesaat , nyesal tiada guna .. 


Kali ni aku shopping barang makeup lah pulak , makin ke arah tua ni makin nak cantik-cantik , sebab tempoh hari dah borong segala jenis skincare yang ada , boleh baca kat link ni haaa  Pore Care Box Althea , memang betul-betul best lah Althea ni , apa yang aku shopping ? baca la lagi tau awak-awak , mana tau berkenan jugak ..

koleksi baru , Box warna Mint Green ! selama ni dah ada 3 kotak pink  , tapi kemek sikit kotak kita ni haa , abg posmen campak-campak eh -_- tapi takpe masih lagi cun !


hitung-hitung semua aku shopping 10 barang , eh satu barang tu adalah preeeeee ! tq Althea bagi free gift kalau beli lebih bujet iols , semua ni hanya RM149 murah kan dan sebenarnya terkejut jugak aku ingatkan tak sempat sampai sebelum raya tapi alhamdulillah dapat awal , so aku order 9 Jun ,parcel tiba 17 Jun .. lebih kurang seminggu je ..thorbaik ! so mai nak tunjuk satu-satu apa yang dah tershopping 
Assalamualaikum semua , kenapa ya aku rasa Ramadhan kali ni cepat gilaaa berlalu , ke aku je yang rasa ? hurmm , tapi apa pun alhamdulillah atas segalanya ~ 

Ramadhan 24 maka genap lah umur ku 29 tahun , ayoyoyo bila tengok kat cermin macam tak percaya dah nak masuk 3 series tahun depan , sebab nampak muda macam 19 lah uols hahaha tapi tak boleh tengok selalu cermin tu , tak baik menipu diri sendiri ahaks .. kali ni besday jatuh pada bulan Ramadhan , alhamdulillah tapi tak semestinya tak dapat kek , kita boleh postpone selepas raya okey haha


My husband , my father, my mother, my sister, my brother, my friend, I ask each one of you. As we’ve been close in this life let us also by the Will of Allah keep close in the next. Let us now in this life be concerned about each other’s akhira. Let us remind each other to perfom actions for the sake of Allah, so that in the akhira we will share the smiles upon our faces and the happiness in our hearts. Let us make dua for each other. Let us beg Allah to keep us close in this life and the next and bless us with a place in Jannah where we can sit side by side.

Tq for my mother sebab susah-susah melahirkan daku , dan bila dah rasa pengalaman bersalin baru ku tahu sakitnya bersalin dan besar pengorbanan tu hurmm , i want cry - cry ! for husband tq always orang pertama yang wish , eh of course lah nanti merajuk jenuh kan nak pujuk haha .. tq for everything and sorry for everything , doakan isterimu ini makin rajin , matang , cantik , seksi dan menawan selalu haha .. dan yang penting di berikan nikmat kesihatan yang berpanjangan .. 

Yang paling bersyukur , tq Allah kerana masih lagi panjangkan usia , sesungguhnya aku pendosa yang masih lagi gagal menjadi hambaMu yang terbaik .. ampunkan lah dosa-dosa ku selama 29 tahun hidup di dunia yang penuh dugaan .. takkan ku ulangi lagi kesilapan yang sama , dan mohon jaga aib-aibku di dunia mahupun di sana kelak ..

Thanx everyone yang wish , semoga doa-doa dari kalian di makbulkan dan aku doakan kalian juga sama , sentiasa di bawah payung rahmatNYA .. untuk semua yang menyambut besday bulan Jun , aku teringat kata-kata ni ''Yang memuji itu musuhmu , yang menegur itu adalah kawanmu'' 

Never carry things on from the past. The past is gone. Every moment - be rid of it, solved or unsolved. Drop it, and don’t carry parts - because those parts won’t allow you to solve new problems that live in this moment 
- 19 Jun 1988 - 19 Jun 2017  , happy wife , happy mother 



Assalamualaikum semua , korang dah siap ke persiapan raya ? eh eh Ramadhan pun belum habis sibuk fikir pasal raya ~ dah tu takkan nak beli baju raya time khutbah raya kot , ahaks ! 

Nak kongsi la persiapan raya aku tahun ni , fuh fuh tarik nafas panjang sebab tahun ni berbeza dengan tahun sebelumnya .. apa yang beza ? kalau tahun lepas kan aku hanya beli baju raya secara online je , baju Rayyan pun mudah nak cari sebab waktu itu dia masih baby lagi , so banyak je baju-baju raya yang boleh beli secara online , dan tahun lepas aku just beli couple set Rm150 so dapatlah jubah untuk aku , dan kurta untuk suami .. 

Kali ni malas pulak nak beli online , konon-konon mungkin perjalanan raya kali ni pun smooth je haha , suami pesan cari yang aku dulu , paham2 lah pompuan ni so korang pun faham-faham lah perangai perempuan macamana kan .. :p 

gambar hiasan 

So mula-mula aku pergi Shah Alam konon nak beli kat Jakel je , macam banyak je yang menarik takkan takde satu pun kan yang berkenan , maka pergila si qaseh , suami dan Rayyan ke Jakel Shah Alam , oh ye , niat aku kali ni malas nak cari jubah sebab tertarik tengok orang lain pakai baju dan kain , ala yang kembang-kembang gitu haha .. tapi ada beli kurta Yusuf Iskandar kat sini untuk Rayyan.

Bagaimana Caranya Untuk Merangsang Memori dan Pembelajaran Anak-Anak | Bila dah jadi ibu ni baru lah qaseh tahu betapa mencabarnya untuk membesarkan anak , ibu mana yang tidak mau anak mereka kekal cerdas dan cergas dan membesar dengan perkembangan yang bagus .. of course semua ibu mahukan anak mereka macam tu kan ..


Tapi kadang-kadang masih ada ibu bapa yang mengambil lewa terhadap perkembangan otak anak-anak , mungkin terlalu sibuk dengan kehidupan harian .. huh qaseh pun tak terkecuali , ada masa terlepas pandang dengan benda-benda macam ni .. sedangkan perkembangan otak anak - anak sangat penting dan perlu di rangsang sepenuhnya bagi meningkatkan daya memori dan juga pembelajaran mereka ..

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates