• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Cara daftar program affiliate tiktok dengan mudah | Assalamualaikum and holla gais, ketemu lagi kita di entry apa hari ni haha tiber je kan, hari ni qaseh nak share tutorial atau cara yang sangat mudah untuk daftar program Affiliate di Tiktok, caranya sangat-sangat mudah 

Qaseh akan tunjuk cara daftar bagi follower 1k ke atas, so baca dengan hati yang tenang dan teliti, niat baik-baik untuk cari rezeki yang berkat dan tak mengharap sangat cuma kita boleh usaha, doa dan selebihnya Allah yang maha memberi segala rezeki 

Haritu qaseh saje je cuba, sebab qaseh dah ada follower 1k dekat tiktok, dulu qaseh tak suka benda-benda yang kita promot kita just dapat komisyen, shopee pun qaseh baru ondeway nak buat, then bila tengok orang manfaatkan platform itu untuk mencari rezeki, why not kan, kita cuba je okay 

Cara Daftar Program Affiliate Tiktok Untuk Follower 1K ke atas 

Pertama sekali, mestilah ada account tiktok dan dah ada follower 1k ke atas 

Masuk profile tiktok korang, pergi bahagian setting, pergi ke bahagian CREATER TOOLS


Kemudian klik pada TIKTOK SHOP, then ada untuk APPLY, so apply je dan isi butiran yang tiktok nak


Bila dah diapprove , akan ada dashboard di atas , klik ikon TIKTOK SHOP, klik ENTER 



Yeyy, dah boleh ADD AFFILIATE PRODUCT korang. Boleh search apa-apa produk yang relate dengan content korang, boleh jugak request sample, tapi kena tunggu seller approve lah, yang famous2 kot dapat, ehek !

 


Contoh : Ni yang qaseh letak, so bila buka tiktok shop korang, akan keluar lah produk-produk yang korang dah letak dalam tu


Kalau korang add produk macam tu je, orang takkan nampak, apa yang korang jual so kena lah buat content yang relate dengan produk itu, tak kisahlah korang dapat dari mana produk tu asalkan relate dengan produk dalam tiktok shop, macam mana pulak nak tambah produk dalam content ?

Cara Nak Add (Bakul Kuning) Atau Produk Dalam Content Tiktok

First, korang kenalah ada content, cara macam biasa nak post apa-apa content tapi sebelum publish scroll ke bawah, akan ada butiran untuk ADD LINK

Klik situ, kemudian keluar 2 pilihan, PRODUCT dan MINI GAME, so pilih je PRODUCT 


Pastikan korang dah letak produk dalam tiktok shop korang, tapi kalau belum pun boleh search dan tambah waktu ni juga


Akan keluar lah bakul kuning macam dalam gambar di bawah ni ~


SAYA TAKDE CONTENT LAH SIS NAK BUAT !

Takde idea dan content untuk produk-produk affiliate ? Hurmm sama lah qaseh pun haha tapi tiktok ada cara yang boleh bantu kita untuk post content atau video berkaitan produk affiliate yang kita nak promote tu, cuma content video macam ni orang cakap tiada personal touch la, tiada pengalaman sendiri yang kita boleh tunjuk

Tapi takpe, kot ada juga rezeki masuk melalui cara ni caranya mudah je 

Klik TIKTOK SHOP IKON lepastu sama je macam tadi, klik ENTER



Scroll ke bawah, korang akan jumpa VIDEO MAKER, kemudian pilihlah produk mana yang korang nak tiktok buat video, kemudian GENERATE VIDEO



Ada beberapa pilihan yang tiktok bagi, siap lepas tu POST je !


Qaseh buat pun sekadar suka-suka tak mengharap banyak, just letak content video, tambah produk then post je lah, tak selalu bukak lah tiktok shop untuk tengok ada orang beli ke tak haha pastu haritu terdetik eh banyak pulak view, sebab biasa tak lebih pun 300 view camtu, pastu bukak dashboard tiktok shop, eh ada orang order lah, weh tak sangka lah acc sendu pun dapat order ! 

Itulah yang dinamakan Allah maha pemberi, maha pemberi rezeki, sendu ke tak sendu ke, jika ada yang tergerak hati nak beli so dia akan beli, camtulah hidup ni kan korang, eh tazkirah pulak, so jom start ! Bila dapat order tu qaseh macam semangat sikit nak buat, tapi tu lah sikit je semangat haha 

Tq sudi mmbaca, harap korang faham ! Kalau tak faham, boleh print dan rebus pastu minum. Okbye ! Eh sebelum bye, meh la jemput follow TIKTOK QASEH, takde apa yang menarik tapi follow je plish haha




www.tiktok.com/@qasehdalia





 
Assalamualaikum, hai semua 
 
Tutorial cara tukar tulisan / font dalam handfon Samsung secara percuma | Hai gais, so hari ni aku nak share cara mudah untuk tukar font bagi pengguna Samsung, banyak gila font yang korang boleh tukar. Hari tu aku tercari-cari cara yang mudah, akhirnya jumpa, yeahhh !
 
Aku memang cepat bosan dengan font yang sama, sebab tu suka pakai android sebab suka ubah itu ini, tema cantik-cantik dan sebagainya haha masih keanak-anakan kamu yah 
 
Dalam handfon samsung bukan takde font yang cantik ya tapi limited dan font yang sedia ada tak menepati citarasa aku, boleh je download tapi sedikit je yang percuma, selebihnya kena bayar, hehe hari tu aku dah beli 1 font ni, tapi dah bosan dah, so nak tukar font lain pulak
 
Aku suka betul font-font yang ada di DAFONT, banyak yang cute gitu, lebih suka font style handwriting macam tu, so cara ni sangat mudah, bukan guna APK applikasi ya, ni guna applikasi yang korang boleh download dalam playstore. So, letsgo !
 
1. FIRST STEP 
 

Download applikasi zFont 3 dalam playstore
 
2. SECOND STEP 
 

Baca juga : Cara Untuk Move On {alertInfo}

Buka applikasi zFONT 3 
 
Korang akan nampak banyak gila font yang ada dekat atas tu dari google fonts, Dafont. 1001 Free Font, Fontspace, FontM dan F Fonts, font arna-warni pun ada. So, untuk permulaan nak belajar ni, klik je la mana-mana font yang korang suka
 
Contoh aku download font under DaFont, aku pilih font “Eatday”, shoo cute ! Download je lah
 
1. Bila dah download, klik balik dekat font tu, klik je font yang appear, kadang dia keluar notice macam dalam gambar tu kan, just tekan ignore je. 
 

2. Lepastu boleh test-test font baru korang tu, dah puas hati, tekan ‘apply’
 
3. Bila tekan apply, akan keluar ‘choose android version’ , tekan je dekat ‘auto’ , done !
 

4. Akan terpampang keluar macam ni, so korang just tekan je satu persatu arahan yang dia bagi tu, dia akan automatic buat arahan tu lah
 

under ‘Prerequisites’ ni, korang perlu buat sekali je seumur hidup, next kalau nak tukar font lain, just skip je STEP ni.
 
install ‘samsungsans
 

 change the font to ‘Samsung Sans’

 
 Pastikan login lah Samsung Acc tu

 

 Backup data, pilih bahagian SETTING sahaja
 

Uninstall ‘SamsungSans’
DONE ! 

 
Beralih pada step “ How to change”
 
Tadi aku download font “Eatday” . So, dia akan keluar install ‘Eatday” zFont
 
Tukar font style tu kepada “DEFAULT”

Back balik tekan Restore Data (Only Setting)
 

Pastikan restore di bahagian SETTING sahaja, dan tekan RESTORE

Nanti dia akan automatik tukar font baru, just tekan DONE ! 
 

So siap dah, next next next nak tukar terus ke step HOW TO CHANGE tu je lah, okay ! 
 


By the way, senang je ! Nampak complicated sebab aku share satu persatu secara detail. Haaaa kan dah jimat duit, tak perlu download font yang berbayar, hik hik 
 
Ada applikasi yang takkan tertukar font ni tau , so far aku tengok app twitter dan gmail je, yang lain semua tertukar. So takde hal lah ! Selamat mencoba ! Kalau tak faham, tanya eh. 


 
 
 
 
Assalamualaikum 

Tempoh hari ada satu perbincangan hangat di bincangkan dalam group whatsapp oleh teman-teman blogger tentang ''broken link"  , awalnya malas nak ambil pusing sebab aku kan malas nak berfikir di ketika itu , tapi aku baca je dan ambik tahu jugak sikit-sikit tentang broken link .. apakah itu broken link ? apakah kesan broken link pada blog ? perlu ke kita men delete broken link semua ni ? haaa mari kita kupas sedikit hasil google hehe , broken link ni ibarat broken heart pada blog .. sakit ohhhhhhh ! 



Apakah itu broken link ?

Broken link kalau di terjemahkan dalam bahasa melayu link yang rosak , tidak di gunakan dan tidak wujud lagi dalam muka bumi ni , bila klink link rosak tu ia akan jadi tidak di jumpai atau not found . Seperti juga bila kita broken heart , link tu ibarat janji-janji manis dah bertukar kepada janji-janji haprak ! haha.. 

Penting ke tidak untuk menghapuskan broken link ni ? Penting sangat uols sebab ia boleh kacau seo sesebuah blog , kalau banyak sangat broken link dalam blog dah jadi macam tapak sampah pulak .. so cepat-cepat delete , walaupun banyak sekali pun delete sikit-sikit nanti lama-lama setel lah ~ antara malas dengan rajin je :p

Cara Delete Broken Link 

Bukak web http://www.brokenlinkcheck.com , isikan nama blog korang dan find broken link , tunggu sampai ia berhenti mencari broken link yang ada di blog korang k 


Broken Link Di Bloglist

Bila semua dah setel , akan keluar list yang mana terdapat broken link di dalam nya sama ada  dalam entry , di tempat komen mahupun di bloglist .. sebagai contoh aku amik satu list untuk kefahaman korang ... 

Di setiap link tu dah di sediakan url / src , cara mudah korang klik di src (source) yang aku bulatkan tu

Selepas aku klik src tu akan keluar macam ni , aku yang buta coding ni tak tahu macam mana nak delete kalau macam ni kan ? scroll sampai atas  untuk tengok url , atau klik je url .. kemudian aku tengok url tu dari blog aku sendiri .. so maknanya ia dari bloglist aku .. 
Langkah terakhir , pergi di bloglist korang dan cari blog tu .. nak kan kepastian aku pun klik dan tadaaa keluar macam kat atas ni .. so korang buang la blog ni dari bloglist ... setel ! 

Broken Link Di Bahagian Komen 

Lagi mudah bagi aku , terus tekan url je .. boleh terus ke url dan delete link yang ada broken link ni .. contoh kat bawah ni aku klik URL , broken link ni ada di bahagian komen dalam entry aku .. jadi , pergi ke entry tersebut dan cari komen yang berkaitan dengan link di beri , lepas tu delete komen tu buat selama-lamanya heheh 


Klik SRC , keluar macam ni jadi broken link semuanya di bahagian komen .. ! 


Broken Link Dalam Entry 

Semua step sama je , senang je nak buang cuma jenuh la kalau banyak sangat kan haha , yang ni pulak dalam entry aku .. 


Klik src dan url , lepas tu edit balik entry dan buang link yang ada dalam kotak pink tu .. mungkin twitter tu dia dah ubah nama ke , dah tak guna ke haaa so link tu dah tak berfungsi .. so delete je link tu okay setel semuaa yeyyyy

Hati Berbicara :
Haa paham ke idok ? kalau tak paham print , rebus dan minum air rebusan ni haha gurau je .. zaman sekolah dulu selalu kawan cakap , kalau susah paham rebus kertas yang ko tulis pastu minum ! kejam yakmat wehhh .. hihi so selamat mendelete! fuh aku pun tak setel - setel lagi nak delete semua .. 


 ''Say No To Hacker''



1. Password kena kuat
  • Letak password yang betul2 susah orang nak tahu tapi yang penting korang kenalah ingat hehe.
  • Letak huruf and nombor
Contoh salah : abc123
Contoh betul : Along349

2. Make sure no. hp aktif
Ok masa korang daftar ig, ig akan suruh korang letak no. hp korang untuk security andai korang lupa password or nak reset password. Cuba bayangkan kalau no.hp kita tu dah mati or tak aktif, mak aii mmg tak dapatlah balik akaun tu sbb ig akan hantar code security kt korang and kalau hp tk aktif macam mana ig nk hantar.
.
3. Link email kat setting
Ok kalau benda no.2 tu terjadi or korang tak dapat code security kt no.hp korang atleast korang boleh dapat balik akaun korang kalau korang linkan email korang dekat ig. Lepas dah link tu korang kena verify balik dari email korang.
.
4. Jangan daftar pakai Facebook
Ia memang instagram bagi kemudahan kat kita untuk terus dafar akaun ig dekat fb. Tapi cara tu tak selamat. Sebagai contoh kita lupa password kita and kita nak reset balik password agak susahlah nak dapat lagi2 kalau kita link kan 2-5 akaun ig dalam satu akaun FB memang parah lah.
.
5. Active kan Two-factor Authentication
Cara ni sangat2 bagus tuk elakkan korang punya ig kena hack sebab bila nak log in kita kena hantar code yang diberi oleh ig tuk kita log in. So kalau orang lain nak log in kita punya memang tak bolehlah sbb dia takde code tu
.
6. Jangan buat benda negative
Ha kepada korang yang suka post or comment benda negatif, hati2lah sebelum korang punya ig tu kena report huhu
.
7. Jangan Follow / Unfollow laju sangat
Teknik ni selalu digunakan untuk orang yang batak followers huhu. Boleh buat mcm ni tapi janganlah laju sangat takut akaun kita kena blok.

Assalamualaikum , hai semua .. semoga sentiasa di rahmati Allah dan jaga diri selalu yaww ~ adoha menaip bila anak tak tido ni , seboleh2 dia nak tepuk-tepuk laptop , tak dapat dengan tangan , dengan kaki pun jadi -_-

By the way , agak lama jugak la tak godek-godek mencantikkan blog , kalau dulu zaman-zaman baru nak up orang kata , blog aku macam2 style dah buat , siap ada lagu kat blog , pastu ada kartun upin ipin bagi salam haha , header sebesar2 alam nak tunjuk muka .. kalau takde muka kat header rasa nak update blog pun down ! macam la CANTIK sangat daku ni haha .. biasala kita kena ikut peredaran zaman ye dak ..  ~

Tapi sekarang ni haaa just guna template simple je tu pun download dekat themeexpose lawa-lawa jugak template kat situ ~ kalau korang jenis minat simple dan minimalist cari je kat situ , dulu aku tak suka sangat template yang ada readmore tapi sekarang suka pulak , sebab tu ada pepatah kabo boleh jadi apa yang kita benci akan jadi benda yang kita suka haaa lebih kurang gitu la kekdahnya hi hi hi


Tadaa bagi aku yang newbies sangat bab2 mendesign ni , kira dah cukup ok la tu haaa , kalau korang nak buat sendiri pun boleh .. guna photoscape je kalau takde dan tak pandai guna photoshop .. 
download photoscape kat sini download photoscape

Dan aku suka sangat godek pinterest kalau nak cari font-font lawa dan cute cari je dekat situ , kemahen banyak sampai rambang mata , btw segala macam mak nenek ada kat situ , icon-icon social media aku cilok kat situ je ... hehehe banyak guna nye pinterest ni bagi aku yang malas nak menggugel sangat kan 

tapi kat sini ada yang korang kena beli dan jugak free , so kalau nak free taip je free , ramai manusia baik hati bagi freebies cun2 cuma kena rajin je la godek2 kan .. 

hati berbicara :
jangan kutuk header aku ! 
:p



Assalamualaikum 

Applikasi edit gambar yang wajib ada dalam telefon pintar | Lama sangat dah entry ni terbenam dalam draft , so hari ni aku nak kongsikan applikasi edit gambar yang memang my favourite forever and after , aku bukan seorang yang pro sangat bab mengedit gambar ni , untuk letak dekat instagram boleh lah hihi , by the way jangan kecam aku yang tak pro ni , hanya share cara aku edit gambar .. hehe , ada la jugak tanya biasa aku edit gambar guna app apa .. haa so cekidaut ! 

Dalam banyak-banyak applikasi yang ada , ini untuk mobile photoghraphy sahaja ye .. aku minat sangat edit dengan dua app ni je .. kalau guna yang lain macam tak berapa nak serasi dengan jiwa , lepas tu gambar semua edit pun ke laut .. iaitu applikasi SNAPSEED dan juga VSCO 

SNAPSEED

Kenapa aku suka dua app ni ? Fisrt SNAPSEED sebab ianya sangat lah mudah .. kalau kau rasa nak cantikkan lagi gambar yang ada , guna snapseed je pun dah lawa tapi kena pandai guna la .. kadang main hentam je pun dah lawa ~ asalkan editing tu tak terlalu over ! snapseed ni ada fungsi HDR , apply sikit pun naik seri gambar tu tapi kalau terlebih apply akan nampak comot .. biasa snapseed aku guna untuk gambar pemandangan mcm tu la .. 

Gambar lama dah masa berjinak-jinak dengan snapseed , edit ala-ala macam lukisan , agak comot sikit tapi nampak macam lukisan kan , gambar ni kat Umbai Melaka ..

Tool dan filter yang ada di Snapseed , biasa aku akan guna tune image je , ambiance (betul tak eja taktau haha) , brightness kalaunak cerahkan lagi , adjust temperature , yang ni paling penting sebab nak sekatakan tona warna , kalau macam warna kuning sangat boleh la adjust bagi warna biru-biru gitu , haa tengok sesuai dak dengan gambar korang ..
Filter biasa guna HDR , dia akan pantulkan lagi gambar korang , dan boleh adjust kekuatan HDR tu , kalau over sangat kurangkanla orait ! 

VSCO

VSCO pulak , banyak filter-filter yang mempunyai tone yang sangat menarik dan lawa , apa beza nya dengan snapseed , snapseed takde filter , vsco banyak filter yang korang boleh pilih , dan boleh adjust lagi filter tu nak strong ke week , sado ke tak sado semua boleh , tapi ada yang berbayar dan jugak free , dulu biasanya aku guna yang free je , selalu guna filter HB1 dan HB2 , lepas tu beli semua filter haha , A6 , A8 , A10 tu kebanyakan aku guna , campur-campur tengok keadaan gambar jugak 



Untuk kaki selfie boleh apply segala filter ni haaa , kalau gambar original sendu je , lepas filter kemahen ko .. haha fake sangat !

Hati Berbicara :

So selamat mencuba uolsss , tapi aku tahu ramai je dah guna snapseed ni kan , ce share korang edit gambar dengan smartfon guna applikasi apa ? sharing is caring right ?
Btw kalau korang suka edit gambar dengan tulisan , korang boleh cuba applikasi STUDIO , banyak tesxt yang menarik dan sharing dari orang lain , kalau nak yang simple guna PHONTO , semua applikasi ni hanya guna smartfon je .. okey
adios ~ 


Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates