Assalamualaikum
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 29 Mei-23 Jun 2017 | Bila ada jemputan buffet ramadhan maknanya Ramadhan bakal datang dan macam tahun sebelumnya aku tak pernah miss untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort sebab makanan kat sini tak pernah mengecewakan .. yang pasti tahun ni ada kelainan sikit berbanding tahun lepas bila mana kali ni ada pesta durian ! walaweh suka la tu peminat-peminat durian kan ..
Apa yang bestnya kat sini , korang boleh menikmati juadah istimewa sehingga 200 jenis yang bercirikan makanan melayu , barat dan timur .. agak-agak berapa harga buffet ramadhan kat sini ? terkejut tengok harga sebab murah sangat .. nak tahu ? kena la baca sampai habis yeee .. lagi pun banyak makanan best yang aku nak kongsikan kat korang semua
Tarikan Utama Nasi Lemak Istimewa
Kali ni BGR menampilkan Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama di sini , apa yang istimewanya ? korang boleh makan bersama Rendang daging Taik Minyak , Sambal Sotong Kembang , Ayam Bercili Masak Ketumbar , Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato .. Fuhhh maveles !






