• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Jom Nikmati Keindahan Pulau Perhentian dengan Pakej Murah | Antara tempat impian aku adalah Pulau Perhentian , walaupun rumah dan jeti Kuala Besut tu dalam 15 minit je tapi belum berkesempatan lagi nak pergi .. ikutkan nak honeymoon kat sini selepas kawen tapi bila dah semua selesai , dan selalu tak sihat , mengandung pulak haha so terpaksa la tangguh dan tangguh , sekarang kena tunggu anak besar sikit baru syok selam dia dalam laut ..

Bagi korang yang mendambakan percutian yang tak kan di lupakan , Pulau Perhentian yang bertempat di Terengganu ni memang pilihan yang sangat tepat , aku tengok gambar pun wahhh rasa macam kat oversea gitu .. cantik gila ! Tak rugi kalau bercuti di Pulau Perhentian  



Assalamualaikum

Lama rasanya tak balik kampung , hati ni rindu dengan suasana kampung acewah , by the way hari tu ada lah balik kampung sekejap , nenek ngan tokki rindu sangat kat cucu dia haaa , seronok Rayyan duk kampung hari tu ,tapi YaRabbi  sanggup tahan mata tak tido siang duk main je tau .. ish ish Umi sabar je la tengok keletah dia .. kampung aku kat Jerteh , orang ganung kiteee ~ nanana ganung kite !

Tengok Rayyan main kat kampung hari tu kesian pulak kat dia , yelah kalau kat sini memang terkurung je la dalam rumah huhu bukan Rayyan je bosan tau , bila kat kampung excited lah .. tengok ayam , lembu semua .. hari tu kemain takut kat kucing tapi hari tu balik nampak kucing nak g pelok ! Biar je lah dia asalkan tak kena gigit hihihi ..

Sometimes you just need a break. In a beautiful place

Assalamualaikum ~ terluah perasaan rindu Ayyan bila dedinya balik , Umi nya pun tumpang gembira , eh eh !  even 2 hari je dedi Ayyan balik kitorang decide nak lepak rumah Kaklongnya kat Kuala Teganu , so alang-alang kitorang pun lepak kat Dapo Pata Uptown Kontena , lama dah sebenarnya teringin nak datang sini ,, hehe akhirnya dapat juga datang .. btw jatuh cinta sangat dengan tempat ni .. bagi qaseh tempat ni best (bagi seorang manusia yg bernama qaseh ni asal ada pantai je mesti best ) haha





Bagi yang tak tahu Dapo Pata ni terletak di Pantai Tok Jembal , Kuala Nerus Terengganu , kitorang pun pakai waze je cari tempat ni ha , sekarang kan da canggih semua di hujung jari .. btw kat sini merupakan Tapak Bazar niaga berkontena di tepi pantai pertama di Malaysia , tempat yang berkonsepkan ala-ala hipster gitu , untuk fasa pertama katanya terdapat 22 biji kontena , tu pun jenuh nak try satu-satu makanan kat sini , memang bankrup sekejap haha

Tapi bagi qaseh jujurnya qaseh suka tempat ni , lebih-lebih lagi sebab ada tarikan pantai , so angin pantai tu memang kena la sambil layan lagu raggae dan air ala-ala hipster haha , sekarang kan trend hipster gitu , dan ramai jugak yang mandi manda kat pantai , memang sesuai bawak anak-anak datang sini .. dengan tarikan tempat makan berkonsepkan kontena , deko-deko memang menarik gilaa laah , teruja kot datang sini .. btw qaseh tahu tempat ni pun melalui facebook laa , inshaaAllah memang akan datang lagi kat sini ! 

 Maaflah na gambar tak berapa nak lawa , snap pakai fon je haaa , bila dah ada anak ni susah sikit la nak pegang camera , guna fon je senang .. oh ye kalau korang nak datang sini , Dapo Pata Uptown Kontena ni bukak pukul 5 ke atas , so kalau datang awal pun rasanya ok sebab boleh lepak-lepak dulu tepi pantai .. lagi pun cafe-cafe kontena yang ada takdela besar sangat , so amat terhad juga la tempatnya walaupun ada tingkat atas , nampak tak betapa menarik tempat ni , full full full ok ..


 antara cafe-cafe kontena yang ada kat sini ~ 

Tapi yang lawaknya kitorang jadi blur tak tahu nak lepak cafe mana satu , banyak sangat sampai tak terpilih .. so lepak dulu tepi pantai ni main dengan Ayyan , tapi dia asyik nak tido je haaa , best lepak berangin , musim sekarang kan panas , so kena angin pantai syok la mentido .. nasib baik jugak lah ada kerusi dan meja di sediakan kat tepi pantai so boleh je beli dekat cafe-cafe sana makan kat tepi pantai je lagi syiok , tapi tak banyak sangat pun kerusi ngan meja yang ada ... hohoho sape cepat dia dapat 




 tumpang bergambar je , sumpah smart gilaa deco-deco kat sini , qaseh rasa ramai datang pun sebab nak bergambar , letak kat ig , insta femes gitu haha takdela gurau je .. sebenarnya itu untuk diri sendiri :p 


Sambil lepak , dahaga la pulak , so meround lah gue sengsorang jap cari air apa yang best , so masuk Birra Pata Cafe , kalau nak tahu Birra tu maksudnye Tepi , so cafe ni maksudnya tepi pantai .. ahaks first2 baca macam tak paham jugak , dua tiga kali repeat baca baru lah paham ! qaseh beli Thai Green Tea & Thai Red Tea kat sini .. dua-dua sedap !! kembung perut nak habiskan , harga air RM3.00 satu .. 
hehe bila ada anak ni best pulak berjalan-jalan , bawak dia jalan-jalan , nasib baik la bukan jenis meragam sangat , cuma kadang-kadang nak tido susah sikit , ada masa tak kena memang mengamuk jugak la ..lepak punya lepak , tak sedar dah maghrib tapi kat sini jangan risau ada je surau dan toilet haa ,. sesetengah cafe pun tutup sekejap bila waktu maghrib .. so lepas tu kitorang decide lepak cafe THE PONDOK , kat sini ada jual kebab , nasi lemak dll .. qaseh suka kebab daging kat sini , sedap sangat sampaikan tapau buat balik satu hihihih~ 


  

Cafe The Pondok , cafe ni cantik .. cuma satu je la macam tak kena .. pinggan bunga-bunga macam tak berapa nak hipster hihi , tapi makanan ok 5/5 .. deco pun  lawa .. bagus jugak la sbenarnya Dapo Pata ni , secara tak langsung bukak peluang untuk anak2 muda berniaga .. 



Hati berbicara :
Memang best lepak sini oiii , nanti bawak Ayyan lagi datang sini , bab parking korang better la jangan nak parking dekat2 pasir sangat nanti tak memasal kena panggil orang tolak kereta haha , so parking jauh-jauh sikit dari pasir ok .. dan kalau datang lewat sangat memang masalah parking takde akan berlaku di situ :) memang recommend sangat tempat ni  , so korang kalau datang Terengganu jangan lupa datang sini k ! viem malam-malam kat sini lagi cantik tau ! 







Assalamualaikum

Tempat penginapan sememangnya antara list yang sangat penting jika kita pergi melancong ataupun bercuti , lebih-lebih lagi kita bawa keluarga , atau family trip .. so benda yang paling penting untuk survey dan booking awal-awal ialah homestay, hari ni qaseh nak share homestay-homestay yang agak famous di TERENGGANU , dan ianya mempunyai kemudahan - kemudahan yang menarik , jom !



HOMESTAY FELDA SELASIH 


Tempat / Aktiviti Menarik 


  • Gunung Tebu
  • La Hot Spring
  • Air Terjun Lata Belatan
  • Air Terjun Lata Tembakah 
  • Pantai Bukit Keluang
  • Air Terjun Selasih 
  • Harvesting Oil Palm 
HOMESTAY FELDA SELASIH
22020 Jerteh Terengganu (tel / fax : 096979844)
Contact : Mr Kamaruddin b Mohd - 013-9302211
        : Ms Zaiton - 0199844972

HOMESTAY KAMPUNG TELUK KETAPANG 



Tempat / Aktiviti menarik 

  • Keli Aquaculture Center
  • Teluk Ketapang Beach 
  • Sewing Workshop
  • Keropok making 
  • Night Market 
  • Islamic Civilization 
  • China Town
  • Duyung Old Fort
  • Museum complex 
  • River Cruise
  • Central Market(Pasar Payang)
  • Princess Hill (Bukit Puteri)
HOMESTAY KAMPUNG TELUK KETAPANG 
7672-B Kg Teluk Ketapang 
21300 Kuala Terengganu , Terengganu 
Contact : MR HASLI : 019-9563407
        : EN AZMI : 013-9234837

HOMESTAY KG PASIR RAJA 

Tempat / Aktiviti menarik

  • Chemerong waterfall 
  • Oldest & biggest Cengal Tree in the world (Mount Mandi Angin)
  • Gigantic Caladium plant
  • Fruit Orchard
  • Cheralak Waterfall
  • Traditional Cultural Show
  • Canoeing & River rafting (bamboo raft)
HOMESTAY KG PASIR RAJA 
Bahagian Pembasmi Kemiskinan Lembaga Kemajuan Terengganu Ketengah 
Karung Berkunci no 3 
23409 Bandar Al-Muktafi Billah Shah 
Dungun Terengganu 
Contact : Mr Ramli Yunus : 01394255682
          Mr Adenan Apil : 0199578006

HOMESTAY KAMPUNG BULOH


Tempat / Aktiviti Menarik
  • Tok Gajah's Tomb
  • Tersat River
  • Kenyir Lake
  • Sekayu Waterfall
  • Lubuk Mati Bertiga
  • Fruits Plantation
  • Belukar Bukit Waterfall
  • River Safari exploration
  • Balai Dance
  • River Cruise
  • Batu Bersurat
  • Tumbuk Empingg 
  • Tuntung Sanctuary
HOMESTAY KG BULOH 
Hulu Terengganu 
Kampung Buloh 
21700 Kuala Berang Terengganu
Contact :Mr Zubir : 0199338248
         Mr sudin : 0139025402
         Mr Nafri : 0139040719

HOMESTAY KAMPUNG RHU 10 


Aktiviti / Tempat menarik
  • Island Hopping -redang island , Lang Tengah Island & Bidong Island
  • Setiu Wetland
  • Fisherman activities
  • Firelies Sanctuary
  • Ostrich Farm
HOMESTAY KAMPUNG RHU 10
Persatuan Nelayan Kawasan Setiu 
Lot 6494 Kampung Rhu 10
22120 Setiu Terengganu 
Contact : Mr Shuhadi

HOMESTAY KAMPUNG PULAU DUYONG 



Tempat / Aktiviti Menarik 
  • Traditional Boat Making 
  • Terendak Making
  • Keropok Making
  • Night Market 
  • Islamic Civilazition Park
  • China Town
  • Duyung Old Fort 
  • Museum
  • river cruise 
  • Monsoosn Cup Venue 
HOMESTAY KAMPUNG PULAU DUYONG 
d/a JKKK Kampung pulau Duyong
21300 Kuala Terengganu , Trg 

Contact : Mr Hasnuddin : 102 9288007
                   Mr Abd Hadi kamel : 013 9487500
                   Hj Mohd Bakar : 019 9041959 

PULAU REDANG 


Pulau yang terpanjang di antara sembilan pulau di sepanjang Laut China Selatan yang terletak di luar pantai Kuala Terengganu 

Pulau Redang mempunyai air laut yang jernih dan banyak kawasan menyelam untuk para pelancong , perairan yang kaya dengan hidupan laut lebih-lebih lagi bila waktu tengahari pelancong akan dapat melihat batu-batu karang dan ikan dengan jelas , di perairan Pulau Redang juga terdapat dua bangkai kapal bersejarah yang tenggelam di sini pada permulaan perang Dunia ke dua , tiada penangkapan ikan dibenarkan kerana PULAU REDANG telah di wartakan sebagai taman laut 

Must do :
  • Go snorkelling at the Marine Park 
  • Explore the 31 dive sites on the island 
  • Take a walk along the breathtaking Long Beach 
  • Play Volleyball
  • Enjoy a jungle walk to see monkeys , squirrels and birds 
PULAU PERHENTIAN BESAR DAN PULAU PERHENTIAN KECIL


Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk backpackers kerana mempunyai pelbagai pilihan dan kemudahan bajet 
Pulau Perhentian Besar pula lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik , tapi kedua-dua Pulau ini terdapat chalet , asrama dan tapak perkhemahan 

Jeti untuk ke pulau ni hanya 15 minit je dari rumah qaseh , dari jeti ke pulau ni dalam 45 minit , tapi qaseh masih belum sempat pergi , teringin sangat , in shaa Allah suatu hari nanti , antara pulau kecil ke pulau besar kira-kira dalam 10 minit dengan menggunakan bot . Orang kata tempat ni cantik sgt dengan air laut yang sangat jernih dan pasir yg memutih .. perghhh 

Must do :
  • Try island-hopping
  • Go diving at Tokong Laut to see bamboo sharks 
  • Go on banana boat ride or try canoieng 
  • Enjoy the sun and sea breeza 


PULAU LANG TENGAH 

kat sini terdapat kira-kira dalam 15 tapak menyelam di sekitar Lang Tengah , lebih kurang 10 minit perjalanan antara satu-satu tapak

Pulau ni memang ramai yang tak tahu sebenarnya , salah satu tempat rahsia yang terletak di Lang Tengah kerana tempat ni lebih terpencil dari Pulau Redang dan Pulau Perhentian , tapi Pulau ni sememangnya indah , perairan yang memukau mata dan suasana yang sangat aman , di sini hanya terdapat 3 pusat peranginan , ia sememangnya memberi pelancong ketenangan dan lebih privacy,untuk ke pulau ini boleh naik jetty di Jeti Merang 


PULAU TENGGOL 

Salah satu perairan yang paling dalam di pantai timur 

Kira-kira sejam perjalanan dengan bot laju dari Kuala Dungun jeti, pulau ini adalah salah satu perairan paling dalam di pantai timur dan ia adalah syurga bagi penyelam. Hidupan laut seperti belut , ketam , penyu dan jerung bayi pasti akan memukau penyelam. Resorts disediakan untuk memenuhi keperluan pelancong, hanya 45 minit dari jeti pantai di Kuala Dungun.

PULAU KAPAS DAN PULAU GEMIA 



Pulau  Kapas terletak jauh di luar pantai terengganu, syurga kecil tropika pulau ini adalah rumah kepada pelbagai batu karang jenis keras dan juga lembut , pulau ini dikenali sebagai tempat untuk memancing sotong pada masa-masa tertentu dalam setahun

Pulau Gemia ialah pulau milik persendirian , tempat percutian yang aman dan sedikit privacy , banyak juga aktiviti yang terdapat di sini contoh nya , jungle trekking , permainan pantai , scuba diving , snorkelling dan banyak lagi ~
Assalamualaikum

Kali ni Qaseh nak kongsikan tempat-tempat pelancongan yangg menarik di TERENGGANU , haaaa stay di TERENGGANU jika tak tahu tempat-tempat menarik di negeri sendiri rasanya sangat rugi

ISLAMIK CIVILISATION PARK

Apa yang femes kat sini adalah keunikan MASJID KRISTAL dan di sini terdapat Taman Tema pertama yang mempamerkan seni bina Islam

10.00am - 7.00pm (monday to thursday)
9.00am - 7.00pm (friday to Sunday ,public/school holiday)
admission fee
Malaysian
RM15 adult , RM8 Child 
Non Malaysian
RM25 adult , RM15 child

TERENGGANU STATE MUSEUM COMPLEX

 Klik gambar


terletak di tengah-tengah taman landscape yang indah , Musium ini  yang kaya dengan sejarah-sejarah negeri TERENGGANU , di kenali juga sebagai KOMPLEKS MUZIUM terbesar di Asia , terdapat lima buah rumah Tradisional 

Opening hours 
9.00am-5.00pm daily
closed from 12noon-3pm on friday 
Admission fee
Malaysian : RM5 Adult , RM2 child , RM1 school uniform
Non Malaysian : RM15 adult , RM10 child

PULAU DUYONG 



Yang menarik di PULAU DUYONG adalah pembinaan bot tradisional yang di buat oleh tukang tempatan yg menggunakan kaedah tradisional.. PULAU DUYONG merupakan tempat berlangsungnya MONSOON CUP TERENGGANU 

TENGKU TENGAH ZAHARAH MOSQUE 


Macam tak pernah dengar ? sebenarnya MASJID TENGKU TENGAH ni juga di kenali sebagai MASJID TERAPUNG , haaa pernah dengar kan , masjid yang melambangkan inovasi dan pemodenan di negeri Terengganu .. 

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di TERENGGANU 

KUALA TERENGGANU 
-Pasar Payang (pasar / Bazar Warisan)
-Istana Maziah 
-Bukit Puteri
-Chinatown
-River Cruise Kuala Terengganu 
-Traditional Food and Craft Complex 
-Batu Burok 
-Terengganu Waterfront

MARANG 
-Marang River Cruise
-Kelulut Beach 
-Kampung Jenang Tradional Village 

KEMAMAN
-Telaga Simpul
-Pantai Kemasik
-Pantai Marina
-Pantai Kijal
-Bekau Tinggi Recreation Park
-Kampung Tuan Mosque
-Masjid Jambi
-Kemaman Recreation Park & Mini zoo
-Jeram Perintis Water Fall

DUNGUN
-Teluk Bidara Beach Resort
-Rantau Abang
-Paka Beach 
-Tanjung Jara Beach 
-Ma' Daerah Turtle Sanctuary

SETIU
-Penarik Beach
-Setiu Wetland
-Merang Beach
-Gunung Tebu 
Lata Belatan 

BESUT 
-Balai Seni Ukiran 
-Bukit Keluang Beach 
-Dendong Beach
-Air Tawar beach 
-Masjid Ulul Albab

Qaseh yang tinggal di TERENGGANU pun tak berkesempatan lagi nak menjelajah  seluruh TERENGGANU , tu belum masuk pulau-pulau Terengganu lagi ~ jom bercuti !!! Nanti kita cerita pasal pulau ~


Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates