• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Jom Nikmati Keindahan Pulau Perhentian dengan Pakej Murah | Antara tempat impian aku adalah Pulau Perhentian , walaupun rumah dan jeti Kuala Besut tu dalam 15 minit je tapi belum berkesempatan lagi nak pergi .. ikutkan nak honeymoon kat sini selepas kawen tapi bila dah semua selesai , dan selalu tak sihat , mengandung pulak haha so terpaksa la tangguh dan tangguh , sekarang kena tunggu anak besar sikit baru syok selam dia dalam laut ..

Bagi korang yang mendambakan percutian yang tak kan di lupakan , Pulau Perhentian yang bertempat di Terengganu ni memang pilihan yang sangat tepat , aku tengok gambar pun wahhh rasa macam kat oversea gitu .. cantik gila ! Tak rugi kalau bercuti di Pulau Perhentian  


Assalamualaikum 

Ahoy Cafe Subang Jaya | Signature of the best dessert ..Ahoy korang ! Jom jalan-jalan cari makan bersama qasehdalia.com  acewah , kali ni aku nak bagitahu satu cafe yang bertempat di Subang , iaitu Ahoy Cafe dan kepada  peminat dessert / pencuci mulut wajib terjah kat sini ! nak tau kenapa korang kena datang di Ahoy Cafe ni ? sebab dessert kat sini superb best dan sedap sangat tau .. tak percaya ? kena percaya jugak ! sebab makanan kat sini langsung tak mengecewakan .. bila makan rasa macam nak je simpan dalam perut selamanya tau .. nampak tak betapa sedap nya makanan kat sini ..

Sebelum tu jom kita tengok dekorasi cafe ni , aku suka dekorasi Ahoy Cafe ni , berkonsepkan kapal .. tengok dari luar pun dah nampak konsepnya kat sini .. bila korang cari tempat makan mesti lah nak tempat yang menarik kan , sebab aku memang sukakan keadaaan yang tenang dan tidak serabut .. 

Assalamualaikum 

Alhamdulillah berpeluang lagi aku join Photoshoot Raya KelabBloggerBenAshaari , kali ni berbeza sikit dari sebelumnya sebab tak dapat nak fokus sangat bila dah ada anak ni haa , dulu ye lah gedik sana gedik sini sebab bawak diri je kan .. hehe abaikan yang tu .. tapi yang aku paling bangga bila Photoshoot Raya KBBA kali ni berkolaborasi dengan jurugambar profesional dan sangat lah sempoi orangnya iaitu Wan Izhar Abu Bakar.

Mana tak bangga oikkk bukan calang-calang orang Wan Izhar ni , berapa banyak artis/selebriti dan anugerah dah dia capai tau. Tak sabar nak tengok hasil nya nanti .. agak-agak macam Siti Nurhaliza tak gambar aku nanti ?  hihi sabar tau korang , sebab aku pun tak sabar !

Pemilik ODS Studio 


Assalamualaikum 

Sejak kawen dan terpisah agak jauh dari kawan-kawan rapat blogger memang susah sangat dah nak berjumpa , lebih-lebih lagi dah ada anak yang makin banyak perangai ni haaa .. tapi hari tu sempat jugak jumpa dengan semua , yeyyy ! tq sangat kat kaksue sebab sudi tumpangkan aku dan Rayyan tido kat rumah .. maaf bebanyak ya kaksue kalau menyusahkan hihi

Alkisahnya nak pergi mengurut sebab sakit nawww dah belakang ni , mungkin sebab selalu angkat Rayyan yang dah 10kg lebih , bayangkan lah lepas bersalin tak pergi mengurut langsung ! kat area rumah ni mana nak kenal sesape tukang urut hurmm so mengurut dengan mak saudara kaksue , fuh lega baq angg ! padahal banyak kali dah kot nak pergi mengurut tapi kena tunggu hencik suami free dululah .. akhirnyaa dapat jugak yeyyy inshaaAllah nanti repeat lagi .. nak mengurut jugak ? meh la area Banting je .. 

Dah alang-alang kat rumah kaksue , banyak naww plan dia .. belum sampai rumah pun dah siap ada plan ! ko rase ? haha kemain mak-mak kesunyian ni haha .. so plan-plan , eh kaksue je la plan , aku tukang mengikut je haa .. tapi kan memang dah lama dah tak ''girls day out'' dapat jugak keluar berlima .. alhamdulillah 

14 / 4 /2017 - Lunch di Aroi Thai (untuk kenangan di hari tua :p)

Memandangkan Kak Fiza dan Ty kerja , busy woman uols .. set date untuk lunch kat Aroi Thai , aku rasa dah berzaman kot nak lunch kat sini , haha akhirnya dapat juga , kalau Allah tak izin maka tak jadi , tapi bila tiba masanya Allah mudahkan la segala perancangan .. best ke makan kat sini ? sedap juga makanan kat sini , style macam boat noodle , tapi kat sini bukan mee je ada .. nasi , tomyam semua ada .. dan semuanya yang mangkuk-mangkuk kecik ni harga RM2.09 .. kakfiza cakap dah naik harga ! bebel macam mak jemah dia haaa 

 Aroi Thai Cyberjaya 

haaa setiap mangkuk ni harga dia Rm2.09 , nak makan apa dan berapa banyak haa sukahati korang , makanan dia sedap-sedap belaka.
Assalamualaikum beautiful people .. 


Hai korang , jom cantik !.. Korang pernah dengar tentang NEUTROGENA ? beberapa minggu ni aku cuba memakai set penjagaan wajah dari Neutrogena , bila sampai je set ni kat rumah , i ask my husband , u pernah dengar tentang this product ? and surprisely he know about this , and then dia cakap dah lama berada di pasaran dan boleh di percayai , oh wow , teruja sekejap bila dia tahu tentang produk kecantikan .. haha yeah almost apa-apa produk kecantikan harus dia ambil tahu sebab risau bini dia tersalah pakai produk yang membahayakan. 

Jadi inilah dia set produk Neutrogena Deep Clean , oh ye set yang aku cuba adalah sesuai dengan kulit wajah aku yang kering , sedangkan orang lain bermasalah dengan kulit wajah berminyak , auchh wajah kita punya masalah berbeza ! Okey time to unboxing this box ~ 

Happy Skin 24/7 



Assalamualaikum 

Antara benda paling bahagia dalam hidup bila kau keluar rumah dengan bateri telefon pintar penuh dan tahan lama sehingga keesokan hari tanpa perlu charge , salah satu perkara yang sangat-sangat penting buat aku ! Buat apa smartfon mahal beb tapi belum apa-apa hal bateri dah low kan ? Ini lah salah satu kelebihan Redmi Note 4 yang aku ingin kongsikan kepada korang semua ..

Kalau dulu aku ni agak perlekehkan gadjet dari China , sebab aku selalu terbaca feedback negatif tanpa aku gunakan sendiri , yaaa mungkin kesilapan kita cepat menilai atas pengalaman orang lain walhal benda tu kita sentuh pun tak kan .. atas dasar pengalaman aku sendiri yang telah mencuba dan menggunakan smartfon Redmi Note 4 ni , banyak benda aku nak share dan mentaliti aku terus berubah dari memperlekehkan , terus rasa . wow best gila smartfon ni ..



Kalau nak kata Redmi Note 4 ni sangat sempurna .. tipu lah kan , manusia pun tiada yang sempurna hehe tapi dengan harga yang bawah RM1 ribu , sangat berbaloi untuk di miliki , dengan spesifikasi nya yang best , banyak ciri-ciri yang menarik dan reka bentuk Redmi Note 4 ni sangat menawan hati , nampak elegant gitu .. Satu perkara lagi finger print yang berada di belakang sangat memudahkan aku , sebab biasa kita pegang smartfon tangan mesti kat belakang kan , so touch je ! Lebih-lebih aku yang suka selfie , touch je tak sedar beribu gambar dah.. ops !

Assalamualaikum 

Tempat menarik di Tanjung Malim | Felda Residence Hot Springs Sg Klah Sungkai , seingat aku dah lama rasanya tak rendamkan kaki dalam kolam air panas , masa kecik-kecik dulu je rasanya , sebab Malaysia sangat hot , selalu rendam kaki dalam air sejuk je .. hihi so bila husband cuti kerja , tetiba dia ngajak nya kita ''sayangku yg cantik , esok jom g sungkai'' (jangan percaya dgn ayat manis itu semua dusta :p) so bila vini dengar suami ajak berjalan , laju je angguk kepala haha

By the way , kami tak tido kat sana pun even ada resort beshh beshh aumm , sebab esoknya dah kerja , so pergi pagi pulang petang , dari rumah aku ni just sejam lebih kurang macam tu je la , so kami pun bertolak awal pagi sesudah mengerjakan solat subuh .. haha bapak awal ! 

Bila masuk hutan or tempat baru , niat kena elok , jangan nak berseronok sangat lebih-lebih lagi ada anak kecik hehe , sebelum pergi mana-mana survey dulu .. feedback semua macam best ..so jadi pilihan kami kali ni , lagi pun husban kerja besoknya.

Alalala macam faham je anak Umi ni dok membaca ... haa ce kabo dia bagitau apa .. Umi dapat info dari pembacaan Rayyan 

  • Masuk sini kena bayar RM15 untuk dewasa
  • Beroperasi 8.00 pagi-10 malam
  • Tak boleh bawak makanan dari luar(dalam ni ada restoran/kedai makan) , haiwan pliharaan , telur (nanti tak laku telur kat sini)
 

Bila dah daftar dan bayar , korang kena pakai gelang biru , eceh pelekat sebagai tanda korang dah bayar .. korang kena parking kat area daftar , nak masuk ke area kolam air panas dan sejuk , ada tram yang akan bawa korang ke sana , by the way takdela jauh sangat , kalau rasa nak berjalan pun boleh .. kot la nak exercise sambil menghirup udara segar , sememangnya di kelilingi dengan hutan rimba .. tapi tempat ni so far bersih dan cantik.

 
Penakut amat budak kecik ni , haha mungkin sebab bergegar-gegar .. nangis-nangis naik tram , adoha !awal-awal je ok .. sabar je la mokmung!
Assalamualaikum 

Salam jumaat semua , aihh macam dah tak lama kan nak masuk bulan Ramadhan .. ni dah masuk bulan Rejab dah pun .. bila tiba Ramadhan ni rindu sangat kat kg .. sobssss eh eh nanti kita cerita pasal ramadhan okey .. yang pasti mesti dashboard di penuhi dengan menu untuk berbuka je haha


Hari ni Umi nak cerita pasal anak teruna sorang ni aihhh , Rayyan bila dah masuk umur setahun lebih ni yaAllah lasak dia makin bertambah-tambah .. tp bila kat luar pandai pulak behave (sekejap je la) tapi selasak dia tak pernah plak sampai luka atau pun jatuh teruk.

Tapi ~ semalam sampai berdarah dahinya haa .. alkisah Umi masuk dapur ermm macam biasalah dia , pantang bergerak ngikut je dari belakang .. Umi basuh botol susu , dia duk main bakul kain kat belakang , bakul tu kosong sebab semua baju dah angkut p dobi.. biasanya selalu jgk dia duk main situ tapi tak pernah jatuh ..Tetiba semalam tergelincir tangan kot n then jatuh .. tapi Umi xtahu kena apa sampai luka mcm tu .. mungkin kena bucu peti ais kot .. nasib baik tak dalam lukanya , tergores sikit , tak pergi klinik pun ..

Hurm memang meraung lah dia , Umi pun cuak gila tak pernah dia luka cenggitu haa .. dedi plak baru keluar p dobi .. tapi alhamdulillah luka tu tak dalam .. Umi dah sapu minyak gamat .. tak sampai beberapa minit sambung melasak .. ya rabbi ini budak .. lepas tu keluar makan jap  then pergi tesco , dedi beli kereta mainan kat dia , haha baik kan dedi , buat upah jatuh :p .. papepun luluh jugak lah hati tengok luka gitu .. berdebar jap tengok darah .. Umi is tak kuat .. ! ohh hati tisu juga ~



Awak budak baik kan , jangan lah buat Umi risau lagi .. Umi risau diri awak je , sakit awak tu sakit Umi jugak , walaupun sikit Umi dah nak nangis , Umi sayang awak ketat-ketat tau , semoga Allah selalu lindungi anak Umi ni .. awak nyawa Umi tau ! sobsss .. nanti dah pandai baca , haa Umi bagi link ni suruh awak baca haha ..


Hati Berbicara :


Agak-agak Umi time kecik-kecik dulu lasak ke tak ek ? erm ermm macam baik je , Umi budak baik dulu , pakai spek mata besar , tudung lipat bulat , orang panggil nerd ( haha tipu je ) Umi budak nakal jugak lah , sikit la okey .. papepun orang cakap biasalah budak-budak makin besar makin berperangai .. tapi satu je semoga Rayyan di jauhi dari segala yang berbahaya.. dan sentiasa di beri kesihatan yang baik .. ameen 

update : Alhamdulillah Rayyan ok ok je , Rayyan budak kuat .. penutup Mac 

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates