• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum...
"jika benar ada jodoh diantara kita ..pasti kita akan bersama juga suatu hari nanti ..bila dan dimana ~ aku tidak mahu tahu !tapi hanya itu yang aku percaya dan ia tetap tersemat di hati .. "
p/s : buat kawan ku yg sdg terluka jangan bersedih =) redha dgn segala2nya ye cikyu .. 

jodoh ~ pertemuan dan perpisahan sering berkait .. kenapa kita sering suka pada pertemuan sedangkan kita cuba utk mengelakkan pada perpisahan ..kerana pertemuan kdg2 membuahkan kebahagiaan sedangkan perpisahan tidak dapat lari dari air mata ..walaupun cuma setitik ~ setitik air mata punya satu kesedihan yang tidak mampu dirasai oleh hati yang lain .. perpisahan dalam persahabatan , keluarga , percintaan mahupun keterpaksaan ~ kalau di beri pilihan tidak mahu berpisah .. ! tapi siapalah kita untuk melawan segala ketentuan kan .. redha lah atas perpisahan ! hari ni mungkin kita benci pada perpisahan tu tapi hari esok hikmah dari perpisahan tu kian memancarkan cahayanya ,,,lalu kita pun berfikir dan bersyukur akan sebuah perpisahan ... senyum lah seindah suria .. 

perpisahan adalah luka yang mungkin akan sembuh tapi sakitnya akan kembali apabila kenangan muncul..luka akan sembuh tapi pedihnya akan terasa apabila kedukaan kembali .. hanya orang yang pernah mengalami peprpisahan yang sakit dapat merasa semua ini .. tapi tu semua mematangkan kita untuk melangkah pada hari esok... kalau kita meratapi segala masa yang sudah berlalu bolehkah kita mengembalikan air mata yg telah hilang ~ boleh kah kita masuk kedalam rahim ibu dan jadi baby balik ! bolehkah kita undur masa dan perbaiki ? tak boleh bukan ! so biarlah ..inilah dunia ! setiap sesuatu sudah punya ukuran dan batasan jauh atau pun dekat ..lama ataupun sebentar yang pasti ada pengakhirannya ..setiap satu punya permulaan dan ada penghujung....

hati berbicara :

bukankah kita yang hidup ni masih dalam satu permulaan dan kita akan  menemui pengakhiran yang sebenar2nya pada kematian kita hari esok .. so kenapa kita terlalu takut dengan perpisahan sementara yang sedang kita lalui ! bangun dan pandang ke langit .. indahnya keindahan alam yang membuatkan kita tenang .. yakinlah jodoh itu tetap ada walaupun bukan dengan org yg kita pilih .. tapi dengan orang yang Allah telah pilihkan untuk kita .. 
sekalipun kita disini yang menunggu mati !



Assalamualaikum...




layan lagu rock yang salma bawak semalam ! 

semalam qaseh tengok mentor ! ingatkan salma markah paling tinggi and boleh masuk final tapi eqa n shiha yang markah paling tinggi ... fikir2 balik rasa macam tak adil pulak sedangkan selama ni salma yang paling tinggi markah ~ hurmmm pelik .. lepas tu pulak tb3 buat pengumuman nak masukkan 3 orang ke final .. akhirnya salma boleh masuk ! what the ! konspirasi apakah ~ juri ni pilih berdasarkan apa ye rupa or bakat ..

kalau lah salma tak dapat masuk ke final semalam memang frust n menyampah sangat lah ! fikir2 balik mesti ni memang dah dirancang kot .. yelah page salma dah 20 ribu lebih fan .. maybe tb3 sengaja buat macam ty mestilah fan salma akan undi lebih kat salma nanti .. so kayoolah tb3 ! huhu apa2 pun hope final nanti salma jadi juara .. ~ jangan lah pilih seseorang tu berdasarkan rupa .. salma dah cuba macam2 lagu dah balada ..irama malaysia ..dangdut , pop rock dan yang paling best bila salma bawak lagu rock ! sedangkan yang lain amek lagu selamat je ..irama n balada .. huh ! waaaaaaaaaaaaaa gerammmnyaaaa...papepun semoga salma jadi juara n buat yang terbaik final nanti ! juri bukak telinga luas2 lah .. juri awam pun sama ..

hati berbicara: 

adat pertandingan ada yang menang n ada yang kalah tapi jangan lah letakkan juara tu kepada orang yang takde bakat juz rupa semata ~ sedangkan yang berbakat di tolak tepi .. macamana industri muzik negara kita nak maju .. cehhh ! pandai2 je qaseh ni .. tapi tu lah kan ..hurmm apa2pun walau salma memang or tak ! peminat salma tetap akan sokong salma.. tetap jadikan salma sebagai juara ... yeahhhhh !
Assalamualaikum .. walaweh ! rasa macam nak lompat kegirangan je .. haha kabel internet dah sambung balik..yeahhhh masa untuk aktif berblog huhu.. tq pada nuffnang still bagi B.E walaupun tak aktif sgt ..ni sayang awak lebey ~ ni ... hope korang2 semua sihat .. n tq for evrything ..


wahai lelaki qaseh nak tahu apa ciri2 yang korang inginkan untuk jadikan isteri korang ? tapi seringkali lelaki2 buat kesilapan dalam memilih pasangan hidup ~ 
  • mengukur pada yg zahir cth : cantik ,mudah tertipu dgn luaran 
"brg siapa yg mengahwini wanita krna kecantikannya akan diharamkan keatasnya hartanya dan kecantikannya"
dah kalau cinta pandang pertama macamana ustazah eh !
ok cinta pandang pertama bukan tak boleh .. boleh tapi kurang sesuai jadikan ukuran dalam memilih pasangan ..
  • mudah berkenan pada public figure - suka memilih pasangan yg namanya disebut2 dikhalayak ramai 
dah tak boleh kahwin dengan siti nurhaliza , maya karin ke ustazah eh !
bukan tak boleh tapi jangan lah sebab dia tu artis atau glamer kita terpikat pada dia ... seboleh2nya periksa dulu kenapa seseorang tu glamer .. nabi melarang wanita mendedahkan suaranya , kecantikannya pd khalayak umum
  • suka berceloteh  dgn lelaki -kurang jaga maruah seolah2 semua lelaki ingin ditegur 
"barang siapa yg byk cakapnya ,banyaklah dosanya ..barang siapa yg banyak dosanya api neraka lah jawabnya''
mesra sesuatu perkara yg baik tapi kena lihat waktu dan tempat :)

ciri2 yang patut ada 
  • diasuh dan dibesarkan dalam suasana keagamaan..
perempuan yang membesar dlm baitulmuslim..asas utama utk menilai peribadi ..
"pilih tempat menyemai benih(zuriat)kamu kerana keperibadian pasangan kamu akan mempengaruhi zuriatmu''
(tak semua yg hidup dalam keluarga yg beragama akan turut beragama kerna iman tak dapat di warisi tapi kebanyakan ni digariskan oleh agama)
  • pilih yg rajin berkerja dan jarang berbual 
sebab perempuan akan banyak membantu lelaki menguruskan hal rumah tangga ..jika dia seorang yang rajin maka dia seorang yg amanah ..
ustazah eh ! camana dia nak ajar anak kalau dia tak pandai bercakap !
hehe tugas mengajar anak2 adalah tugas bapa .. tapi bapa sering sibuk mencari nafkah so si bapa bagitahu lah isteri dulu ..ajarkan pd isteri n then isteri akan ajar anak2 ..jika dia seoarng yg rajin dia pasti cepat belajar dan faham ..
  • pilih yang beragama ..
lebih2 lagi dalam soal halal dan haram .. sebab isteri yang akan menguruskan rumah tangga ..makan minum keluarga .. soal pembelian barang ,, ramai tak suri rumah yang cek dulu tanda logo halal atau tak ? tak semua ..ada yang ambil je n then bayar .. 

kenapa pilih yang rajin dulu baru pilih yang beragama sedangkan agama itu kunci segala kehidupan kita ?
kerana orang ramai belajar agama tapi malas praktikkan! lebih baik beramal sedikit tapi rajin mengamalkannya.. dan bukankah rajin itu ciri2 orang yg beragama ?

hati berbicara :
''wahai lelaki jadilah seperti lebah yang pandai menghisap madu tanpa merosakkan sarangnya''
sebenarnya semua ciri di atas berkaitan dengan agama .. yang tu dulu qaseh dapat berikan ..insyaAllah ada info qaseh bagitahu lagi .. yang buruk dtg dari qaseh .. yang baik itu semua dariNYA .. kalau niat kita betul untuk berubah ..kita lakukan jangan pandang kebelakang melihat masa2 silam kita yang dhaif .. pandang ke depan ..itu yang harus kita tempuh.. semoga kita semua terpilih untuk dijadikan isteri oleh lelaki yang baik .. lelaki yang mampu menjaga kita dan keluarga hingga ke akhir garisan ~
Tertanya2 pada hati .. adakah hati ni punyai rahsia ? terlalu banyak rahsia hingga kadang2 jadi satu beban ? rahsia hati ..rahsia hidup ..rahsia perasaan .. rindu ,dendam ,sakit , pedih , bhgia .. semua tu rahsia hati .. terkadang ingin meluahkan tapi pada siapa ? pada jiwa ? pada firasat ! naluri ataupun hati yg lain ?mampukah hati yg lain itu mendengar atau pun hati tu akan terguris ?hurmmm terkadang rahsia pun mampu berbicara .. rahsia berkata ..

“aku tetap rahsia …hingga aku mati ~”
Tapi kadang2 hati ini mahu mengeluarkan segala rahsia dari segenap sudut hati .. kerna hati seolah2 sedih  untuk menyimpan lagi rahsia itu .. terkadang hati itu perit ! akan membengkak! Dan bernanah ..dan hati itu jugak akan hancur kerana rahsia yg punya beban .. mampu kah rahsia ini dikeluarkan dari sudut hati ? ataupun patutkah rahsia ini terus tersimpan di hati ini .. wpun kdg2 jiwa dan perasaan turut sama merasa sakit …
Tapi setiap rahsia tu pasti ada hikmah .. setiap rahsia tu mengandungi sejuta kebhgiaan bila di simpan dan boleh jadi satu kelukaan bila di luahkan .. kerna aku tak mahu terluka .. aku luahkan segala rahsia pada “hati itu” ..dan aku simpan sejuta rahsia pada “hati yg lain”.. dan aku lega dengan “luahan rahsia” dan aku bhgia dengan “simpanan rahsia” .. kerna aku mahu dia merasa kbahgiaan coz kelukaan itu terlalu perit untuk di rasai .. biarkan aku sahaja merasa kelukaan itu kerna semua itu membuahkan satu hikmah .. aku bersyukur dengan segala2nya .. dan rahsia ini akan ku pegang sehinggalah ia hilang dengan sendiri .. apa kah rahsia itu ? rahsia itu MUNGKIN satu perasaan yang tertanam di hati dari benih yang timbul tanpa di sedari … <3

Hati berbicara :


Walaupun terkadang hati ini merasa sakit dan pedih .. Akan ku terus simpan rahsia ini sampai aku ketemu bahgia itu ..kerna hanya bahagia itu mampu melenyapkan segala rahsia … dan telah ku putuskan biarlah rahsia .. aku dah buat satu keputusan dan keputusan tu xkan lagi berganjak dari hati kecil ini .. insyaAllah selagi Allah mengizinkan .. selagi Allah memberiku jalan ..akan ku menyelusurinya bersama pusingan waktu .. hanya masa yg akan menentukan segala2nya … dan yaAllah tetapkan pendirian ini agar tidak terpesong dan jauhi lah dia dari hidupku selama2nya…
p/s : online kat pustaka searching novell ~ hihi

Assalamualaikum ..
YaAllah rindunya qaseh kat korang2 semua .. maaf qaseh dah lama menyepi bukan kerana apa tapi kerana keadaan yg memaksa..eceh ..maaf kan qaseh yang follow qaseh .. maaf kan qaseh yg dtg menjenguk tapi tanpa apa2 yang qaseh persembahkan .. maafkan qaseh andainya blog ini terlalu sepi buat sementara waktu ... yes i really miss miss n miss u olz..rindu nak baca blog2 korang ...

kalau rindu ...tataplah potret udoh ni buat seketika haha .. macam lah ade org rindu den ..gila perasan gulppppp!

sebenarnya KABEL kena curikkkk !!!!!!!!!! so tak dapat nak mengonline n mengupdate blog ni dengan laju seperti biasa .. n now online kat pustaka sambil cari2 buku novel untuk di jamu kepada mata yang dah lama tak menghadap laptop ! dengan ini saya meminta maaf dari pihak kabel yang telah di curi .. dan pencuri kabel ! apesal lah hang curi kabel kat sini .. tahu lah jelez qaseh update blog sokmo .. sob3x!

hati berbicara :
nanti qaseh datang lagi selepas kabel di sambung .. jangan bencikan qaseh andainya qaseh sepi tanpa apa2 berita kerana blog ni telah termasukdalam diri sendiri .. someday qaseh akan sembahkan lagi entry2 yg telah lama terbenam di sudut hati ... tq u olz..
setiap hati punya rahsia ..apakah rahsia itu .. maybe hanya satu perasaan ..
qaseh sedang mencari apa yg terbaik buat diri qaseh ..:p 
assalamualaikum ?
Assalamualaikum .. nak join jiran sepagar qaseh punya contest .. dah lama dah nak juin tapi tak nyempat , so qaseh juin hari ni je lah ..kalau korang nak juin jugak boleh ... tapi kena klik link INI

''air mata sering mengalir betapa aku sangat ingin berubah''

dalam hidup ni apa yang korang inginkan ? adakah kemewahan dan kecantikan semata ataupun 'muslimah sejati ' yang ingin di rangkul .. kalau lah ada pilihan di antara berjuta ! kalau lah ada piala di antara seribu kalau lah ada anugerah di antara yang terindah .. pasti aku ingin memilih 'muslimah sejati ' .. aku ingin sangat berubah , berubah menjadi lebih baik di antara yang terbaik .. tapi 'terbaik' yang aku inginkan bukan dikalangan rama2 dunia tapi di kalangan rama2 syurga .. setiap org pasti dambakan syurga ILAHI walaupun sejahat2 manusia ..

tapi semakin kuat perasaan ingin berubah !semakin kencang bisikan2 datang bertiup ibarat ribut taufan yang sedang melanda .. terkadang aku jatuh ! terkadang aku rebah tersungkur !terkadang aku masuk ke lembah yang hina ! aku nak berubah !tolong3x! tolong lah jauhi aku dari bisikan itu .. aku sudah tidak mampu berjalan lagi~ tapi jika aku berhenti disini siapa yang akan meneruskan semua nya ? tiada siapa dapat membantu jika diri sendiri tidak ingin bangun ..

terkadang aku menangis dalam mengembara menjadi muslimah sejati .. terkadang juga aku merintih dan memeluk sesuatu dengan erat ..berharap segala kesedihan dipindah kan padanya ..tapi semuanya tidak berjaya .. dan niat tu perlu aku teruskan ,tiada guna berpatah arang untuk mendapatkan CINTA HAKIKI .. walaupun dalam tangisan ! walaupun dalam rintihan !..aku tetap ingin mengembara biarpun kaki melangkah duri .. kerana MUSLIMAH SEJATI akan ku dapatkan ... dan aku tetap ingin berubah .. yang pasti perubahan ku ini ke arah kebaikan .. walaupun dari saat ke saat ..detik ke detik .. tahun ke tahun ..selagi ajal tidak datang menyapa ! perjalanan pasti akan ku teruskan ..dan DOA dan HARAPAN akan sentiasa meniti dibibir dan juga hati yang sering berbicara ...

hati berbicara :
bagaikan sang pari-pari yang berterbangan bebas 
berbumbungkan dada langit
berbantalkan awan gemawan 
berlantaikan padang hijau yang maha luas dan 
berdindingkan hutan hijau .. aku milikMU ya Allah ...
''aku tak mahu yang teratas di hati manusia kerna 'DIA' lebih berhak , lebih agung memilikiku..kamu milikNYA dan aku juga milikNYA..dan biarkan DIA yg teratas dan teragung..kerana itu yang lebih baik untuk mendapatkan bahagia yang HAKIKI''

http://ukhwah-dhearty.blogspot.com/2011/04/mo-nak-bagi-hadiah-hanya-buat-entry-aku.html

Assalamualaikum ... hajat di hati malas nak buat entry .. tapi ada something datang mengetuk ...qaseh nak publish  komen yang qaseh suka .. bukan sebab dia memuji tapi dia memahami apa yg qaseh sampaikan .....

entry LILIN ITU KU INGINKAN
tq so much coz trust me syuxer .. tq coz memahami what i mean .. 
[BLOG] http://syuxermelankolia.blogspot.com/

tq sis always give me advice n pendapat yang kdg2 boleh buat air mata gadis ini mengalir .. 
[BLOG] http://bidadari7syurga.blogspot.com/


entry SANGGUP BELI NERAKA PANAS
tq mama comel .. terkedu qaseh baca komen mama ...
[BLOG] http://babyqila91.blogspot.com/


entry PANAS ATAU SAKIT ?

tq sis .. akan qaseh cari dimana letaknya kecantikan itu :)
[BLOG] http://sweet-ladybird.blogspot.com/


  entry AKU BUTA FESYEN
seorang yang hebat berkata2 dalam penulisan nya .. kali ke dua qaseh review bro ghost writer .. tq bro sudi komen2 kat blog qaseh .. BRO mmg TERBAIKKKK !!! jatuh cinta ngan bro  ops penulisan bro ..HEHE
[BLOG] http://mybacteria.blogspot.com/


entry JANGAN TERBURU2 AKU BELUM BERSEDIA

wah3x sekali kuar ayat puitis len cair .. 
[BLOG] http://www.wooferstorm.com/

and tq for everything untuk semua2 yang always komen2 kat blog qaseh yang tak seberapa ni .. nanti qaseh pilih lagi n review lagi ok ... qaseh nak mintak maaf jugak coz maybe tak dtgkan byk trafiq untuk blog korang wpun review bagai .. but sincerely from my heart to u olz .. yang lain2 tak di riview jangan kecik aty .. perjalanan masih panjang andainya titik noktah itu tidak di coretkan .. n advise me for u olz .......

kita sebenarnya sama tapi berbeza dalam nasib .. kita semua serupa berbeza dari akal yang berfikir ..kita semua dilahirkan dari sifat yang sama .. kita punya akal , kita punya hati , kita punya perasaan dan jugak jiwa .. tapi kita berbeza dari segi kita berfikir .. dari soal hati dan juga perasaan ..dari lontaran jiwa yang kita ingin sampaikan .. dalam berblog pun kita semua sama hanya dibezakan dari jumlah follower ..title 'femes' ..dibezakan dari pemikiran untuk membuahkan sesuatu entry .. JIKA KITA INGIN DIKENALI ! MENGENALI LAH MEREKA2 BUKAN HANYA MENGENALI ORANG YG MEMANG SUDAH DIKENALI ! mereka boleh kita pun pasti boleh .. TAK USAH SIBUK BERLARI JIKA MASIH BELUM PANDAI MERANGKAK ...so masuklah blog2 mereka n pandang ke arah entry bukan follower bukan title ... org yg bijak adalah org yg tahu dimana letaknya keindahan pada sesuatu tempat .. bukan dikaburkan dengan keindahan yang berangka atau bernombor shj ...

P/S : xde hati berbicara hari ni ye ... hati ni sedang tidur zzzzzzzzzzzz



Assalamualaikum .... gud morning olz ..

"ada satu lilin yang ingin ku pegang .. hanya itu yang ku inginkan .. ia tetap menyala dan sentiasa menyala .. dan mampu menerangi di setiap sudut walaupun di kejauhan .. itulah lilin cinta ku pada semua orang ''

terkadang hati berbicara .. terkadang juga akal sering berfikir dan juga jiwa dan perasaan sering bertelagah sesama sendiri .. bila melihat suasana berblog pada hari ini .. wpun aku masih 'baru' tapi akal ku bukan 'baru' untuk terus berfikir .. ! terkadang aku tak mahu meletakkan akal ku bersama2 dengan akal2 mereka yang lain di sebuah padang untuk memikirkan benda2 yang sama .. tapi akal ini terus berlari ingin mengetahui .. bila akal ini mengetahui apa yang terjadi .. selangkah demi selangkah pergi meninggalkan padang itu kerna semua itu sangat menyesakkan ! 

tiba2 aku berfikir .. aku hanya ingin memegang lilin di atas itu .. hanya itu yang ku inginkan kerna aku tak mahu dibenci bila aku berada di satu tahap seperti mereka2 yang sering diperlekehkan walaupun title 'famous' sudah dipegang ! aku tak mahu jika 'famous' itu membuat kan orang semakin benci .. biarlah aku terus begini .. aku tak mahu menyakiti sesiapa dan aku hanya mahu menerangi setiap hati pembaca2 blog aku .. wpun sedikit aku berpuas hati kerna setiap apa yang ku sampaikan tertanam dalam hati mereka2 yang memahami .. 

dan lilin itu akan sentiasa menyala di hati mereka walaupun di kejauhan ..walaupun mata tidak saling memandang .. dan hati kita seakan2 berbicara benda yang sama lantas tersenyum dengan maksud yang sama .. bahagia ~ itu yang ku inginkan .. bukan gelaran 'famous' kerana setiap kali aku menulis aku telah isikan dengan segala emosi ku .. kdg2 aku menulis dengan juraian air mata kerna aku memahami apa yg aku sampaikan .. dan terkadang keikhlasan telah ku luahkan melalui kata2... 

hati berbicara :
percayalah ~ bila kamu terlalu mengejar sesuatu yang masih jauh untuk di gengam ! tak mustahil hati kamu selalu resah berpanjangan ... tiada penawar hanya ketenangan ..! dan ketenangan itu hanya dapat di peroleh bila kamu betul2 ikhlas dengan apa jua yang kamu inginkan .. trust me ..!!! 
dan lilin tu akan terus ku pegang walaupun membakar tangan yg memegang .. kerana bakaran itu suatu semangat yang tak mampu diungkapkan dengan kata2!!
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates