• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Tertanya2 pada hati .. adakah hati ni punyai rahsia ? terlalu banyak rahsia hingga kadang2 jadi satu beban ? rahsia hati ..rahsia hidup ..rahsia perasaan .. rindu ,dendam ,sakit , pedih , bhgia .. semua tu rahsia hati .. terkadang ingin meluahkan tapi pada siapa ? pada jiwa ? pada firasat ! naluri ataupun hati yg lain ?mampukah hati yg lain itu mendengar atau pun hati tu akan terguris ?hurmmm terkadang rahsia pun mampu berbicara .. rahsia berkata ..

“aku tetap rahsia …hingga aku mati ~”
Tapi kadang2 hati ini mahu mengeluarkan segala rahsia dari segenap sudut hati .. kerna hati seolah2 sedih  untuk menyimpan lagi rahsia itu .. terkadang hati itu perit ! akan membengkak! Dan bernanah ..dan hati itu jugak akan hancur kerana rahsia yg punya beban .. mampu kah rahsia ini dikeluarkan dari sudut hati ? ataupun patutkah rahsia ini terus tersimpan di hati ini .. wpun kdg2 jiwa dan perasaan turut sama merasa sakit …
Tapi setiap rahsia tu pasti ada hikmah .. setiap rahsia tu mengandungi sejuta kebhgiaan bila di simpan dan boleh jadi satu kelukaan bila di luahkan .. kerna aku tak mahu terluka .. aku luahkan segala rahsia pada “hati itu” ..dan aku simpan sejuta rahsia pada “hati yg lain”.. dan aku lega dengan “luahan rahsia” dan aku bhgia dengan “simpanan rahsia” .. kerna aku mahu dia merasa kbahgiaan coz kelukaan itu terlalu perit untuk di rasai .. biarkan aku sahaja merasa kelukaan itu kerna semua itu membuahkan satu hikmah .. aku bersyukur dengan segala2nya .. dan rahsia ini akan ku pegang sehinggalah ia hilang dengan sendiri .. apa kah rahsia itu ? rahsia itu MUNGKIN satu perasaan yang tertanam di hati dari benih yang timbul tanpa di sedari … <3

Hati berbicara :


Walaupun terkadang hati ini merasa sakit dan pedih .. Akan ku terus simpan rahsia ini sampai aku ketemu bahgia itu ..kerna hanya bahagia itu mampu melenyapkan segala rahsia … dan telah ku putuskan biarlah rahsia .. aku dah buat satu keputusan dan keputusan tu xkan lagi berganjak dari hati kecil ini .. insyaAllah selagi Allah mengizinkan .. selagi Allah memberiku jalan ..akan ku menyelusurinya bersama pusingan waktu .. hanya masa yg akan menentukan segala2nya … dan yaAllah tetapkan pendirian ini agar tidak terpesong dan jauhi lah dia dari hidupku selama2nya…
p/s : online kat pustaka searching novell ~ hihi

Assalamualaikum ..
YaAllah rindunya qaseh kat korang2 semua .. maaf qaseh dah lama menyepi bukan kerana apa tapi kerana keadaan yg memaksa..eceh ..maaf kan qaseh yang follow qaseh .. maaf kan qaseh yg dtg menjenguk tapi tanpa apa2 yang qaseh persembahkan .. maafkan qaseh andainya blog ini terlalu sepi buat sementara waktu ... yes i really miss miss n miss u olz..rindu nak baca blog2 korang ...

kalau rindu ...tataplah potret udoh ni buat seketika haha .. macam lah ade org rindu den ..gila perasan gulppppp!

sebenarnya KABEL kena curikkkk !!!!!!!!!! so tak dapat nak mengonline n mengupdate blog ni dengan laju seperti biasa .. n now online kat pustaka sambil cari2 buku novel untuk di jamu kepada mata yang dah lama tak menghadap laptop ! dengan ini saya meminta maaf dari pihak kabel yang telah di curi .. dan pencuri kabel ! apesal lah hang curi kabel kat sini .. tahu lah jelez qaseh update blog sokmo .. sob3x!

hati berbicara :
nanti qaseh datang lagi selepas kabel di sambung .. jangan bencikan qaseh andainya qaseh sepi tanpa apa2 berita kerana blog ni telah termasukdalam diri sendiri .. someday qaseh akan sembahkan lagi entry2 yg telah lama terbenam di sudut hati ... tq u olz..
setiap hati punya rahsia ..apakah rahsia itu .. maybe hanya satu perasaan ..
qaseh sedang mencari apa yg terbaik buat diri qaseh ..:p 
assalamualaikum ?
Assalamualaikum .. nak join jiran sepagar qaseh punya contest .. dah lama dah nak juin tapi tak nyempat , so qaseh juin hari ni je lah ..kalau korang nak juin jugak boleh ... tapi kena klik link INI

''air mata sering mengalir betapa aku sangat ingin berubah''

dalam hidup ni apa yang korang inginkan ? adakah kemewahan dan kecantikan semata ataupun 'muslimah sejati ' yang ingin di rangkul .. kalau lah ada pilihan di antara berjuta ! kalau lah ada piala di antara seribu kalau lah ada anugerah di antara yang terindah .. pasti aku ingin memilih 'muslimah sejati ' .. aku ingin sangat berubah , berubah menjadi lebih baik di antara yang terbaik .. tapi 'terbaik' yang aku inginkan bukan dikalangan rama2 dunia tapi di kalangan rama2 syurga .. setiap org pasti dambakan syurga ILAHI walaupun sejahat2 manusia ..

tapi semakin kuat perasaan ingin berubah !semakin kencang bisikan2 datang bertiup ibarat ribut taufan yang sedang melanda .. terkadang aku jatuh ! terkadang aku rebah tersungkur !terkadang aku masuk ke lembah yang hina ! aku nak berubah !tolong3x! tolong lah jauhi aku dari bisikan itu .. aku sudah tidak mampu berjalan lagi~ tapi jika aku berhenti disini siapa yang akan meneruskan semua nya ? tiada siapa dapat membantu jika diri sendiri tidak ingin bangun ..

terkadang aku menangis dalam mengembara menjadi muslimah sejati .. terkadang juga aku merintih dan memeluk sesuatu dengan erat ..berharap segala kesedihan dipindah kan padanya ..tapi semuanya tidak berjaya .. dan niat tu perlu aku teruskan ,tiada guna berpatah arang untuk mendapatkan CINTA HAKIKI .. walaupun dalam tangisan ! walaupun dalam rintihan !..aku tetap ingin mengembara biarpun kaki melangkah duri .. kerana MUSLIMAH SEJATI akan ku dapatkan ... dan aku tetap ingin berubah .. yang pasti perubahan ku ini ke arah kebaikan .. walaupun dari saat ke saat ..detik ke detik .. tahun ke tahun ..selagi ajal tidak datang menyapa ! perjalanan pasti akan ku teruskan ..dan DOA dan HARAPAN akan sentiasa meniti dibibir dan juga hati yang sering berbicara ...

hati berbicara :
bagaikan sang pari-pari yang berterbangan bebas 
berbumbungkan dada langit
berbantalkan awan gemawan 
berlantaikan padang hijau yang maha luas dan 
berdindingkan hutan hijau .. aku milikMU ya Allah ...
''aku tak mahu yang teratas di hati manusia kerna 'DIA' lebih berhak , lebih agung memilikiku..kamu milikNYA dan aku juga milikNYA..dan biarkan DIA yg teratas dan teragung..kerana itu yang lebih baik untuk mendapatkan bahagia yang HAKIKI''

http://ukhwah-dhearty.blogspot.com/2011/04/mo-nak-bagi-hadiah-hanya-buat-entry-aku.html

Assalamualaikum ... hajat di hati malas nak buat entry .. tapi ada something datang mengetuk ...qaseh nak publish  komen yang qaseh suka .. bukan sebab dia memuji tapi dia memahami apa yg qaseh sampaikan .....

entry LILIN ITU KU INGINKAN
tq so much coz trust me syuxer .. tq coz memahami what i mean .. 
[BLOG] http://syuxermelankolia.blogspot.com/

tq sis always give me advice n pendapat yang kdg2 boleh buat air mata gadis ini mengalir .. 
[BLOG] http://bidadari7syurga.blogspot.com/


entry SANGGUP BELI NERAKA PANAS
tq mama comel .. terkedu qaseh baca komen mama ...
[BLOG] http://babyqila91.blogspot.com/


entry PANAS ATAU SAKIT ?

tq sis .. akan qaseh cari dimana letaknya kecantikan itu :)
[BLOG] http://sweet-ladybird.blogspot.com/


  entry AKU BUTA FESYEN
seorang yang hebat berkata2 dalam penulisan nya .. kali ke dua qaseh review bro ghost writer .. tq bro sudi komen2 kat blog qaseh .. BRO mmg TERBAIKKKK !!! jatuh cinta ngan bro  ops penulisan bro ..HEHE
[BLOG] http://mybacteria.blogspot.com/


entry JANGAN TERBURU2 AKU BELUM BERSEDIA

wah3x sekali kuar ayat puitis len cair .. 
[BLOG] http://www.wooferstorm.com/

and tq for everything untuk semua2 yang always komen2 kat blog qaseh yang tak seberapa ni .. nanti qaseh pilih lagi n review lagi ok ... qaseh nak mintak maaf jugak coz maybe tak dtgkan byk trafiq untuk blog korang wpun review bagai .. but sincerely from my heart to u olz .. yang lain2 tak di riview jangan kecik aty .. perjalanan masih panjang andainya titik noktah itu tidak di coretkan .. n advise me for u olz .......

kita sebenarnya sama tapi berbeza dalam nasib .. kita semua serupa berbeza dari akal yang berfikir ..kita semua dilahirkan dari sifat yang sama .. kita punya akal , kita punya hati , kita punya perasaan dan jugak jiwa .. tapi kita berbeza dari segi kita berfikir .. dari soal hati dan juga perasaan ..dari lontaran jiwa yang kita ingin sampaikan .. dalam berblog pun kita semua sama hanya dibezakan dari jumlah follower ..title 'femes' ..dibezakan dari pemikiran untuk membuahkan sesuatu entry .. JIKA KITA INGIN DIKENALI ! MENGENALI LAH MEREKA2 BUKAN HANYA MENGENALI ORANG YG MEMANG SUDAH DIKENALI ! mereka boleh kita pun pasti boleh .. TAK USAH SIBUK BERLARI JIKA MASIH BELUM PANDAI MERANGKAK ...so masuklah blog2 mereka n pandang ke arah entry bukan follower bukan title ... org yg bijak adalah org yg tahu dimana letaknya keindahan pada sesuatu tempat .. bukan dikaburkan dengan keindahan yang berangka atau bernombor shj ...

P/S : xde hati berbicara hari ni ye ... hati ni sedang tidur zzzzzzzzzzzz



Assalamualaikum .... gud morning olz ..

"ada satu lilin yang ingin ku pegang .. hanya itu yang ku inginkan .. ia tetap menyala dan sentiasa menyala .. dan mampu menerangi di setiap sudut walaupun di kejauhan .. itulah lilin cinta ku pada semua orang ''

terkadang hati berbicara .. terkadang juga akal sering berfikir dan juga jiwa dan perasaan sering bertelagah sesama sendiri .. bila melihat suasana berblog pada hari ini .. wpun aku masih 'baru' tapi akal ku bukan 'baru' untuk terus berfikir .. ! terkadang aku tak mahu meletakkan akal ku bersama2 dengan akal2 mereka yang lain di sebuah padang untuk memikirkan benda2 yang sama .. tapi akal ini terus berlari ingin mengetahui .. bila akal ini mengetahui apa yang terjadi .. selangkah demi selangkah pergi meninggalkan padang itu kerna semua itu sangat menyesakkan ! 

tiba2 aku berfikir .. aku hanya ingin memegang lilin di atas itu .. hanya itu yang ku inginkan kerna aku tak mahu dibenci bila aku berada di satu tahap seperti mereka2 yang sering diperlekehkan walaupun title 'famous' sudah dipegang ! aku tak mahu jika 'famous' itu membuat kan orang semakin benci .. biarlah aku terus begini .. aku tak mahu menyakiti sesiapa dan aku hanya mahu menerangi setiap hati pembaca2 blog aku .. wpun sedikit aku berpuas hati kerna setiap apa yang ku sampaikan tertanam dalam hati mereka2 yang memahami .. 

dan lilin itu akan sentiasa menyala di hati mereka walaupun di kejauhan ..walaupun mata tidak saling memandang .. dan hati kita seakan2 berbicara benda yang sama lantas tersenyum dengan maksud yang sama .. bahagia ~ itu yang ku inginkan .. bukan gelaran 'famous' kerana setiap kali aku menulis aku telah isikan dengan segala emosi ku .. kdg2 aku menulis dengan juraian air mata kerna aku memahami apa yg aku sampaikan .. dan terkadang keikhlasan telah ku luahkan melalui kata2... 

hati berbicara :
percayalah ~ bila kamu terlalu mengejar sesuatu yang masih jauh untuk di gengam ! tak mustahil hati kamu selalu resah berpanjangan ... tiada penawar hanya ketenangan ..! dan ketenangan itu hanya dapat di peroleh bila kamu betul2 ikhlas dengan apa jua yang kamu inginkan .. trust me ..!!! 
dan lilin tu akan terus ku pegang walaupun membakar tangan yg memegang .. kerana bakaran itu suatu semangat yang tak mampu diungkapkan dengan kata2!!
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates