• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , 

Ayyy semua , terima kasih kerana masih setia bersama qaseh dalia untuk berkumandang untuk ke sekian kali .. ngeee line buat hal sangat , dan itu sangat menyakitkan hati bagi blogger suam2 susu macam daku ni , sebab tu la lama tak berupdate ~ asal masuk blog je terus line hilang - harap alasan boleh di terima .. tapi betul ni tak tipu ..

Kali ni nak cerita tentang sejenis air yang akan di minum oleh setiap wanita yang mengandung , btw sekarang dah jadi rutin wajib yang berumur 25 ke atas , tapi hari tu ada terbaca dah tak wajib , tapi tak tahulah betul atau sekadar khabar angin .. bagi orang lain maybe senang dan favourite kot untuk minum air gula ni , tapi bagi aku ... ermm i dont wanna this anymore .. hukss .. sebab aku kena minum sebenarnya sebab dah berumur 25 ke atas la , dari segi kesihatan dan keturunan so far tiada masalah , tapi boleh jadi wanita yang preggy berkemungkinan akan mendapat kencing manis walaupun xde dalam sejarah keturunan sebelum ni .. 

So pengalaman aku hurmm , btw sebelum tu kena puasa means tak boleh makan apa-apa dah start pukul 10 malam hingga lah pagi esoknya .. ok pastikan perut kosong , then pergi klinik pagi2 then tunggu nurse panggil untuk minum air gula .. bayangkan lah dengan perut kosong tetiba masuk minuman yang sangat manis , Allah lekat kat tekak kemanisan itu .. lepas tu kena tggu pulak 2 jam untuk result .. haaa lepas daku minum tu , pening sangat so ckp kat suami , nak tido dalam kereta .. badan rasa lemah gila , memang pening sangat , mungkin sebab lapar gila , dan ada la muntah sikit .. sebab tak tahan .. fuhh memang ngeri betul bagi aku haha .. 

Hurm tapi alhamdulillah result normal .. maybe first and last la aku minum air gula tu .. taknakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk dah ! sebelum minum , konon2 bajet hebat la .. alaaa air gula je pun kan ,, tapi ermm memang sakit jugak la kan .. haha so kalau korang nak try , korg try la bancuh air gula pekat pastu puasa .. then minum haaa .. tabik la kat ibu2 yang senang minum tu .. aku memang surrender ehek ..sekian terima kasih ... 

Assalamualaikum ,

Korang pernah tak rasa nak makan sesuatu , tiba je ia datang mengundang tekak , perut dan tetiba terluah ''erm sedapnya kalau dapat makan .......'' lepas tu mula la gtau suami nak makan itu nak makan ini , btw mengidam ni bukan org mengandung je rasa .. kadang-kadang bila kita dah lama tak makan sesuatu makanan tu , tiba2 je ia terlintas .. lantas pegi cari jugak .. bila dah dapat makan , fuh lega baq ang ! dan esoknya nak makan makanan lain pulak , haaa tu mengado-ngado atau pun nafsu makan .. hehe

Alhamdulillah sejak mengandung takde rasa nak makan pelik-pelik atau sesuatu yang di luar jangkauan minda , nanti kesian kat suami nak kena pergi cari kan , maaflah memang betul orang kata .. bila mengandung ni macam2 perangai ada , so suami kena la banyak bersabar ye , anak awak jugak haha.. tapi jangan ikut sangat ''peel'' time preggy ni , karang anak ikut pulak .. haaaa

So far , apa yang daku nak makan time preggy sume dapat , walaupun takdela terus dapat .. dan suami walaupun dia buat2 tak dengar tapi sebenarnya apa yang kita cakap dia amek pusing atau pun cakna .. siap tanya lagi , apa lagi yang nak makan ek , yang rasa nak makan hari tu dah dapat kan .. hehe alhamdulillah .. cuma haritu mengidam kek red valvet , lama dah tak makan , malam hari pulak tu terasa nak makan .. makan benda lain je muntah ... then bila dah dapat makan , muntah pun takde , dan sangat lega .. papepun terima kasih !
dalam banyak2 kek kat secret resipi , paling suka kek red valvet ! yang lain cepat muak .. tapi kek ni yaAllah sedapnya .. haihh kecurr kecurrr 

lagi satu suka makan tomyam kat secret recipe ni , sedap ! cendawan dia besau2 .. yummy haa yang ni umi nak makan , bukan baby kikiki .. ~ 

hati berbicara :
sekarang ni terasa nak makan tomyam kung kat putrajaya ,, uwaaaa pening laki den haha , alaa nanti pantang dah tak boleh makan sedap2 so bagi la peluang kan sebab tu berlakunya ''mengidam'' di kala ini , Allah tak kan membebani hambanya melainkan dengan hikmah2 yang indah  ~






Assalamualaikum ,

Hari ni bajet 2016 pukul 3 petang, nak tengok ke tak , eh ! takde kena mengena dengan tajuk .. hehe btw internet dah makin semput ni .. adoha cepat betul kuota internet habis .. walaupun aku dah langgan 20gb sebulan haha .. maybe bila buat hotspot internet cepat je jalan kot .. padahal manjang tengok video :p 

Btw , hari ni nak bagi tips tentang kecantikan pulak .. bajet2 je kan macam MUA gitu , kalau nak tahu bulu mata aku ni memang sejak lahir lurus je , macam cantik je tengok mata orang bulu mata lentik gitu .. orang kata mata ni memang bawa seri muka , tengokla bila mekap , MUA akan highlight dekat mata , sebab dari kerana mata turun ke hati gitu .. dari kerana mata jugak kalau tak jaga senang2 je dapat dosa .. opss ingat tu .. 

Jadi bagi aku yang malas nak guna petua orang lama , tradisional , blablabla blerghhh ~ tak payah susah2 , guna kan alat yang canggih manggih tu haa , orang kata pakai la maskara kan , tapi bulu mata aku ni jenis lurus ke jalan yang benar , pakai maskara pun tak adanya nak lentik , kerass gitu jee haha , tapi jangan pulak cakap aku tak bersyukur dengan ciptaan ALLAH yang maha Indah ni .. sekali sekala alaaa perempuan biasalah kan kadang-kadang ada masa meroyan nak mekap , nak cantik jugak .. tapi bukan niat ke jalan yg salah ok ~ kalau ada suami , mesti lah nak cantik untuk suami .. 

tadaaaa ~ 
hehe guna je benda alah ni haa senang , rasanya semua orang tahu kot pelentik bulu mata ni , tapi laki -_- ada yang tak tahu , haha laki daku la .. siap nak cuba lagi , buang tebiat la tu .. 

so kepit je la macam ni ~ hati2 bila kepit sebab dulu pernah hilang bulu mata , haha terlebih kepit pun boleh putus ~ nasib baik tumbuh balik ...

Bila dah kepit-kepit nampak la sikit perubahan ~ haha tadaaa , lepas tu nak cantikkan lagi , boleh lah pakai eyeliner dan jugak maskara .. bagi nampak mata lebih galak .. macam ni simple mekap je , kalau nak heavy tak berapa pandai sangat .. kena belajar dulu lah .. haaa macam ni je la cara daku mekap 

biasa aku guna eye liner dan maskara dari silky girl je , dari dulu smpai skrg tak pernah bertukar eyeliner silki girl ni sebab senang kot nak guna , jenis liquid ..


hasilnya mata lebih berseri - seri , kalau nak keluar g event ke wedding ke , sesuai la mekap sesimple je .. kalau takat nak g kedai bawah rumah tak payah mengade nak mekap sangat , nak ngorat sape haaa hehe gurau je .. kikiki tu je lah tips merapu dari qaseh 

p/s : btw qaseh tengah cari foundation yang bila pakai nampak flawless , maknanya tak nampak sangat yang kita pakai bedak .. muka pun nampak licin je tanpa tompok2 bedak / foundation dan senang sapu kat muka , selama ni qaseh pakai krim safi je dari sekolah huhu , btw boleh lah share korang pakai foundation ape ye ! kita rasa nak tukar foundation .. hihihi 








Assalamualaikum 

Baru berkesempatan untuk update pasal hotel ni , alkisahnya sewaktu di Johor tempoh hari , qaseh telah menginap di Thistel Hotel Johor Bharu , btw teringin nak tidur di hotel Legoland tapi mas tu hotel legoland dah penuh ~ sobssss , its ok takde rezeki kan , btw hotel ni pun not bad jugak , tenang dan selesa , dan yang pasti hotel ni bersih dan romantik , auchhh  ! Buat pertama kali nya qaseh tahu kat hotel pun ada apartment , perghhh jakun sangat , sebab sebelum ni tak tahu pulak hotel pun ada di sediakan bilik apartment , haaa so berpeluang lah meround satu hotel ni , dari apartment room hinggalah standard room .. btw Thistle Hotel bertaraf 5 bintang ! Jom tengok kemudahan yang ada ~ 

Room
Terdapat 382 bilik semuanya 
  • Presidential Suits

  • Terrace Suites
  • Apartments

  • Executive

  • Deluxe 
hari tu dapat bilik deluxe ni , memang selesa dan luas .. dah baring rasa tak nak bangun pulak , hehe dan semua pemandangan memang mengadap bandar , view city 

Bilik air sexy sangat 


  • Superior Rooms



Amacam cantik2 kan bilik yg terdapat di hotel ni , lain-lain kemudahan pulak .. 
Facilities 
- parking available on-site; you can park overnight at a fixed rate. Please note there’s a height restriction of 1.9m! There’s also an NCP car park nearby.
-FREE Wi-Fi
- Room service, 24 hours a day    
-outdoor two-level Resort-style swimming pool, plus a separate children’s pool, surrounded by palm trees and mature landscaped gardens.
-Body Work Fitness & Spa    -Flat Sreen LCD tv   - Complimentary Toiletries  -Hairdryer  -Iron & Ironing Board 
-Luggage Rack   - Prayer Mat   -Room Safe   - Stationery  -Daily Newspaper  -Yukata / Bath Robes   - Gift Shop 
-Businness Centre  -Coffe Machine with Coffee and Tea Pods -Surau















Papepun tq buat pihak Thistle Hotel yang sediakan servis terbaik ~tak rugi menginap kat hotel ni , tiada komen dari qaseh buat hotel ni , sebab memang memuaskan hati ~  dan jugak pihak legoland yang mensponsor hotel ni ~ tq so much 

INFO 
Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru Johor Bahru
Hotel: +607 222 9234 /Fax: +607 222 0153 /

Assalamualaikum ~ 

Selamat pagi malaysia , korang dah breakfast ke , ermm ermm qaseh breakfast dengan ubat je , eh takdelah dengan kacang Pistachio ni je haaa ..antara kacang kegemaran aku , rasa dia lemak2 gitu .. sekali hadap memang tak sedar dah habis lebih2 lagi tengah tengok tv ke , buat entry blog ke ,,jap je ngap ngup ngap masuk mulut last2 tinggal kulit , haha btw ramai orang panggil kacang Pistachio ni sebagai kacang cerdik , nape ke ? lepas makan terus jadi cerdik ke apa .. haha sebenarnya kacang ni banyak khasiat nya ..

Tapi harga dia mahal betoi , kalau hari2 beli kacang ni , bankrup rasanya .. orang kata masa pregnant elok jugak makan kekacang , so aku makan je dengan senang hati .. tapi apa khasiat kacang Pistachio atau kacang cerdik ni .. jom baca sat , moga2 lepas ni kalau yang tak suka kacang tu akan suka kacang hingga lupakan kulit , eh ! 

Khasiat Kacang Pistachio:
  • Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. 
  • mengandung kalori yang rendah
  • Hampir 90 persen kandungan lemaknya adalah lemak tak jenuh (lemak sehat)
  • kaya akan vitamin B6 dan thiamin
  • sumber terbesar antioksidan diantara semua jenis kacang serta dapat membantu mengurangi kolesterol dan menurunkan tekanan darah.

Haaa tu lah sedikit sebanyak khasiat kacang cerdik ni , sape suka jugak kita geng ! tapi jangan makan sorang plak , bagi jugak kat anak2 k .. btw boleh jugak jadikan kacang ni sebagai bahan untuk buat kueh-kueh kacang , confirm daku kutip kacang je .. 


entry pendek di pagi hari ~ ok adios nak pergi masak pulak , apa ye nak masak hari ni ermmm~ hari2 fikir nak masak apa , haha di lema seorang surirumah .. 








Assalamualaikum ,

Sejak dua menjak ni , loya dan muntah muncul balik tapi tak kerap sangat , maybe sebab makan terlalu banyak atau tak kena dengan tekak , buatkan rasa pahit dan payau .. tapi alhamdulillah dah semakin ok .. lagi-lagi musim jerebu ni , kesihatan kadang tak menentu .. nasib baik area rumah ni IPU jerebu tidak terlalu teruk .. btw kesian bagi korang yang tinggal di tempat yang jerebu teruk , lagi kesian kat anak2 .. papepun baik duk kat rumah je ok , kesihatan tu lagi penting .. 

Kali ni nak cerita perasaan pertama kali di kick oleh baby , omak aiii terkejut , fisrt kick masa aku preggy 4 bulan lebih .. ada sesetengah orang cakap terlalu awal kot baby tendang masa 4 bulan lebih .. tapi aku yakin itu tendangan pertama baby , dan sejak hari tu memang baby pun makin aktif .. Camne ek rasa bila di tendang ? haaaa tak tau la nak cakap macam mana , tapi perut rasa bergetar halus gitu , yang bergetar halus-halus ni masa tendangan tak power lagi , kick yang paling power memang rasa nak terkucil hihihi tapi yaAllah hebat kan kuasa Allah .. rasa nak menangis je huhuk


Kadang2 aku nak tulis benda2 gini kat blog, kadang2 rasa serba salah takut org fikir negatif dan doakan yang buruk2 .. maaf sangat tak terniat langsung , cuma nak kongsikan je .. doakan yang baik2 ye buat daku dan baby .. so far paling aku suka tengok bila baby aktif sangat sampai kan nampak kat perut , baby bergerak dari kiri ke kanan , kdg2 aku tekan dengan dua jari untuk bertindak balas dgn baby hehe , lagi galak dia tendang .. dan lagi mengujakan bila memang nampak benjolan kat perut , mungkin tangan atau kaki iyee .. ishh geram .. haha tapi kesian bila dedi dia letak tangan je , baby buat2 diam .. tangan dedi kasar kot syg , tu pasal dia pura2 tidur .. hikhik saje nak uji dedi dia 

Waktu2 macam ni orang kata , gunakan sebaiknya .. nanti bakal rindu dengan tendangan2 nya .. aku pun rasa makin sekejap je waktu berlalu .. rasa macam baru je kawen .. hurmm rasa sgt masa tu berlalu dgn pantas .. sobssss maknanya da makin tua daku .. hehe

Hati Berbicara : 
Hidup ni terlalu banyak magika , tapi sebenarnya semua aturan Allah , Allah dah susun cantik jalan cerita kita cuma kadang kita manusia biasa memang tak lepas dari buat silap , tak lepas dari rasa tidak sabar , mengeluh dan adakalanya kita salah kan Tuhan atas apa yang kita tak dapat , sedangkan ujian manusia itu berbeza2 , ada yg kuat ada yang rapuh ~ Allahu , aku selalu doa aku mampu untuk hadapi apa2 pun ujian Allah .. tapi ingatla sayang , Allah takkan uji hambaNya di luar kemampuan .. inshaaAllah setiap yg terjadi pasti ada hikmah , cuma kita yang masih belum nampak ,mungkin tergopoh gapah dalam menjadi org yg sabar ~ 
Assalamualaikum ,

Dalam rumah tangga ni memang banyak ujian dan dugaannya , aku pun masih 'newbie' dalam alam ni , kadang-kadang ada perangai zaman bujang terbawa-bawa hingga ke alam kahwin , haha contohnye malas , haaaa part malas ni memang sebati betoi dalam hidup .. kikiki tapi sesekali malas tu boleh lah kan , malas2 sangat kena cubit bergerak la haa , grr

iklan jap ~ puteri nak lalu ... 


Tapi dalam kehidupan rumah tangga ni memang kena banyak tolak ansur , tanggungjawab sama2 pikul , kerjasama , dan saling memahami .. nak cakap banyak pun masih baru lagi , tapi kalau dalam rumahtangga xde benda-benda ni , memang agak susah .. sebab benda2 ni lagi menguatkan sesebuah perhubungan .. 

Dan sebagai isteri pun kita kena menegur andai ada salah silap si suami , dan suami lagi la kena tegur peel isteri yang macam2 , kadang perangai macam langsuir haha , emosi orang perempuan ni lain sikit .. so aku pun ada pesanan ringkas buat suami aku .. hurmmmm , yang ni sangat penting dalam kehidupan harian 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

hari2 ada pesanan ringkas kat suami , ni lah dia kuwang2 , btw aku beli blackboard ni dekat daiso , wajib ada benda ni kat rumah .. lepas tu sibuk je nak conteng2 jugak kan ~ kui3x .. eh tu je la nak pesan ,


 Assalamualaikum ,

Kalau sebut tentang Gadgets World 666 ni mesti korang kenal kan , sebab pernah di viralkan katanya kedai ni jual accesories dan macam2 berkaitan dengan gadjet .. eh betul ke murah ? so semalam lepas balik makan dari kl singgah lah sekejap di kedai gadget world 666 ni di Sri Gombak , btw temankan suami gian nak berkaraoke .. katanya lama tak karok , dan2 je kan .. so nampak lah kedai ni ..

Lagipun memang tengah cari casing fon 5s daku ni dengan tempered glass yang murah2 je sebab dah calar habis dah screen protector yang terdahulu .. dah tak nampak rupe screen dah aku tengok , nak whatsapp dan ambil gambar pun takde mood haaaaa , effect sangat kalau tengok screen fon buruk haha ..

             



Jadi aku pun rembat la tempered glass dengan casing 5s , suami pulak beli kabel fon sony nya .. harga ermmm boleh tahan murah la .. lagi pun ada kualiti jugak ..so jom tengok harga yang di belanjakan ~

aku beli tempered glass ala-ala twinkle little star gitu , harga RM25
yang paling murah tempered glass jenis clear semurah RM5.00 je uols ! 

Casing fon pulak harga RM15 je , tapi not bad .. plastik+getah 
kabel fon pulak RM3 je 
biasanya dulu aku pergi pasar malam selalu dpt kabel macam ni sebijik tapi harga RM10 .. cisss ! banyak kot beza .. boleh beli aiskrim 2 ketul lagi .. grrrr haha 

Haaa tu je la yang daku beli , banyak kot aksesori yang arghhh cutenye ,, tapi tahan diri ok .. nanti suami ajak balik beli benda merepek .. haha so sangat la suka datang kedai ni , bolehlah bukak cawangan kat Bukit Beruntung pulak ye ... dekat sikit dengan umah den .. hihi semoga maju jaya .. k adiosss !

alamat :
111-G, Jalan SG 3/2, 68100 Batu Caves
waktu operasi : 10.00-2.00 am 

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates