• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum
Nak try update via blogger droid jap .. ketinggalan zaman betul qoseh ni kan ..

Aku pun tak tahu apa yang aku patut update tapi aku just guna tajuk hidup berdua .. sejak-sejak aku masuk ke fasa 1 dalam hidup, kekadang cemburu tu mula menguasai diri, rindu, sayang tetiba makin kuat tapi tak lupa ujian yang semakin mengekor .. tak pernah hilang .. orang kata bila dah makin ke alam perkahwinan bermacam ujian datang .. kau kena hadap, kau kena tempuh ..

Aku pun tak tahu apa masa depan aku kelak, hidup berdua tu macamana rasa .. apa yang Allah akan hidangkan untuk aku esok-esok .. bahagia tu kadang datang dengan derita, derita pun sama datang dengan bahagia .. kalau tak tahan dengan derita mana nak bahagia .. pening, takut, aku ni lemah jugak .. mudah serabut dengan benda2 yang memberatkan hati .. mulalah air mata panas bergenang ..

Tapi..

Kadang - kadang dengan kehadiran seseorang tu mengingatkan kita kepada apa yang pernah kita kehilangan .. mengingatkan kita pada kekuatan yang kita belajar dari benda lepas .. Allah tu sweet .. akan hadirkan pelangi selepas hujan, cuma kita yang terkadang menarik sendiri nyawa jiwa kita kerana seseorang manusia yang sangat biasa .. ~

Kadang-kadang bila teman memberikan soalan kau pasti dengan apa yang kau pilih . Beku ~ hati sendiri bermonolog .. aku pun tak tahu bagaimana rasa sebenar2nya hidup berdua kelak ..cuma hati aku dah pilih dia .. doakan yg terbaik ..
"Terpulanglah Allah jika kau rasa ia baik untuk aku . Maka buatlah .. perancangan Allah tu lagi baik dr perancangan aku "




Assalamualaikum ...
ambil masa sekejap , merenung diri sendiri , kehidupan sekeliling .. masih ada tempat berteduh , masih boleh makan makanan yang sedap hingga terkadang membazir .. lihat lagi di sekeliling , masih boleh enjoy bersama kawan-kawan .. bergelak ketawa , bebas berjalan sana sini ... masih lagi ~ masih lagi punya waktu untuk melakukan ibadah dengan tenang ... tanpa kegusaran , tanpa rasa takut .. tanpa rasa apa-apa yang menyebabkan kita menggigil mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t

tapi ....

di sana ....

terasa ingin menangis melihat kekejaman-kekejaman mereka , terasa yaAllah kegilaan apa yang berlaku kepada saudara kita di sana .. kita disini bergelak ketawa , mereka dalam ketakutan , dalam keberanian mempertahankan haq mereka ..

kita ...
tak mampu ~ memang tak mampu untuk berbuat apa-apa , tapi kita still dapat berdoa kan , boleh kan kita sama-sama berdoa untuk mereka .. bila melihat jasad mereka yang dah tak bernyawa dengan keadaan yang menyayat hati pasti terdetik di hati kita , ter menyumpah dengan apa yang di lakukan oleh mereka .. kita berdoa ya .. berdoa atas nama Allah dengan apa yang mereka lakukan ! dengan kekejaman gila yang mereka buat atas saudara kita kat sana ... kita doa agar mereka yang bangsat tu takkan terlepas sedikit pun , setiap saat ! doakan mereka takkan tenang , dilaknat Allah dunia dan akhirat !!

Bersama kita membaca Doa oleh Al-Imam Al-'Allamah As-Syeikh Dr. 'Ali Jum'ah Hafizahullah :

اللهم إنى استودعتك مصر . . رجالها و شبابها . . نساءها و فتياتها . . أطفالها و شيوخها . . اللهم إنىاستودعتك ممتلكاتها و مبانيها و منشآتها . . اللهم إنى استودعتك أمنها و أمانها و أرزاق أهلها . . اللهم نجمصر من المهالك , و اجعل كل من أرادها بسوء هالك


"Ya Allah, aku menyerahkan padaMu untuk memelihara Mesir.Lelakinya dan Pemudanya.Wanitanya dan Gadisnya.Anak-anak kecilnya dan warga tuanya...

Ya Allah, aku menyerahkan padaMu untuk memelihara hartamiliknya, binaan-binaan dan bangunannya...

Ya Allah.aku menyerahkan padaMu untuk memelihara Keamanan Mesir dan keselamatannya,dan juga rezeki rakyat-rakyatnya.


Ya Allah, selamatkanlah Mesir dari kebinasaan, dan jadikanlah siapa sahaja yang menginginkan keburukan bagi Mesir dari golongan yang binasa!"
yaAllah ya tuhanku .. 
berikanlah mereka kekuatan , berikanlah mereka kesabaran yang tinggi untuk menghadapai kegilaan yang sedang berlaku ni yaAllah 
aku mohon padaMu dengan sepenuh hati , tolonglah mereka yaAllah , 
tolonglah mereka ...berikan mereka kemenangan ~ 

Assalamualaikum ~

10 Ogos 2013  

hari raya ke tiga ~ akhirnya hari yang kami tunggu telah tiba , kenapa ye ? ntahla ~ saje -saje nak tunggu , tema raya ke tiga warna hijau turqoies , punyala susah nak cari baju semua nya tak berkenan .. tapi baju ni di taja oleh hencik kyle ~ hadiah besday yang tertunggak katanya .. so raya kali ni dengan warna hijau .. baju melayu dia alhamdulillah senang je cari .. kihkihkih ...

raya ke tiga ade sedikit majlis kat rumah , biasa-biasa n sederhana saja , dan raya ketiga jugak my bff midah bertunang dan sepupu yang sama umur juga bertunang , hadoiii semua nya bertembung so semua nya aku tak dapat pergi , so sad ~ tapi nak buat macamana perancangan Allah tu lagi hebat , kita hanya mampu merancang .. doakan yang terbaik saja ... aku cebiskan sedikit foto .. dan majlis apa kah biar ia jadi rahsia antara kami .. cuma doakan kami .. yang terbaik ...



 kesian ~ xsenang duduk sebab panas huhu sory la wak , rumah kite xde econ hehe .. brpeluh suda~
my fruitchild , syifa n my mother ~ 

then semuanya berjalan lancar , semoga Allah permudahkan segala urusan selepas ni , doakan kami ye .. lepas tu aku dah kena gerak , raya ketiga last kat kg .. hurmm terpaksa ikut si dia lagi , alamak ~ mungkin entry ni membongkar satu rahsia .. heeee ampun ye ... terpaksa hohoho larikkkkkkk !!!!!!! 

kitorang pun g lepak kat pizza cari udara econ , fuh panas baq ang ~ lepas tu lepak pantai jap n then gerak ke terengganu tido rumah kaklong dia semalaman n then gerak ke pahang .. hokhokhok ... layan gambar jom ~ 
















gambar credit to adik dia ~ tq for this pixchaaa ada jugak kenangan tahun ni ~ hehehe then ~ kitorang gerak balik ke kuala terengganu .. here we gooooo zaasssss ... 

sambungan dari entry 

http://www.qasehdalia.com/2013/08/coretan-di-hari-raya-aidilfitri-2013.html
http://www.qasehdalia.com/2013/08/coretan-di-hari-raya-aidilfitri-2013_13.html
Assalamualaikum.. yeyyy raya jatuh pada hari khamis , 8 Ogos 2013 ..

first day aku kat rumah je , tak pergi mana-mana sebab xde kenderaan nak pergi beraya , so aku kat rumah tengok tv , makan kueh , layan bebudak datang beraya .. dan leburkan duit kepada mereka , sory la tak dapat banyak .. budak-budak mana boleh dapat duit banyak2 .. lalalala ~

8 Ogos 2013 









ni semua anak2 buah aku , muka seposen je semua .. yang paling besar form 5 , paling kecik setahun la kot .. semua 11 orang .. dalia , wafa n shifa je takde ~ 

itu je aktiviti di hari raya pertama ... jom tengok aktiviti hari raya ke dua pulak ~

9 ogos 2013

hari raya ke dua , setiap tahun pasti ada family day ~ means semua adik beradik ayah brkumpul di sebuah rumah mengikut giliran .. semuanya 9 beradik , so dah ada giliran masing-masing .. tahun ni kami berkumpul di rumah ayah chik bertempat di kuala besut .. antara aktiviti , memohon maaf , makan-makan sememangnya ada , cabutan bertuah , sukaneka ,hadiah2 kepada tuan rumah n ibu tunggal .. layan je ~ tapi mesti akan perasan satu benda aku pakai baju sama haha basuh tau !! xde baju la sobssss ~










sedikit sebanyak gambar sepanjang di hari keluarga .. itu je yang dpt di snap , aku ni kan pemalas sikit bab-bab nak ambil gambar di tengah2 kepanasan .. so hari raya pertama dan kedua tamat ~ sudah ...

to be continue ~ untuk special day , raya ke tiga ~ click link bawah ~

http://www.qasehdalia.com/2013/08/coretan-di-hari-raya-aidilfitri-raya.html

Assalamualaikum .., ada masa sedikit untuk mencoretkan perjalanan di aidilfitri kali ni ~ alhamdulillah nyawa masih berkesempatan untuk meraikan hari raya dan ramadhan ~ hope korang semua brgembira selalu tapi jangan lupa doakan untuk saudara2 kita nun di sana ~

kalau raya mestilah balik kampung yang jadi satu benda yang paling seronok .. yeehaaaa tapi raya ni qaseh balik dengan someone sebab tiket abis , tapi tidakla berdua ditemani adik dia , qaseh gerak subuh 6 hb , so 7 hb tu sempat la brbuka puasa kat rumah dengan mak .. alhamdulillah masa balik kg tu jalan tak jem sgt ..wowowowo balik kg ~

aku suka dengan nama kg ni , kg cinta manis ~ wah terdetik kat hati mesti org2 kampung sini semuanya lomantik2 gitu .. 

sebelum sampai di kampung , qaseh singgah di kg atas tol rumah kak long dia , berbuka puasa di sana , tapi sebelum tu singgah sekejap di Pantai Batu Buruk , asal nampak signboard pantai je mesti mata ni bulat je pandang haha orang sebelah memang dah tahu dah apa yang aku nak haha cian dia ~ 


lepas berbuka puasa rumah , kami gerak balik ke jerteh pulak ~ wowowo balik kg wowowo balik kg ~ n then sampai dalam pukul 11 lebih macam tu la , balik borak-borak ngan mak jap n then tido , syok nye  tido kat rumah , mandi air telaga ~ sejukkk memang liat la nak mandi pagi ! 

esok hari ~ lepak-lepak saje kat rumah borak-borak dengan mak bincang tentang seseorang , jeng jeng jeng , pastu lepak je sorang-sorang , yang ada mak , ayah , aku n adik .. adik aku biasalah mana nak lekat kat rumah , so then tak tahu nak buat apa ~ luangkan masa bersama camera sony aku yang cabuk tu je lah 
 manggis kat kg , nape la belum masak lagi , kalau tak abis satu pokok aku makan 

continue ~ 
semua gambar dari hasil Sony a37 .. 
next entry ~ http://www.qasehdalia.com/2013/08/coretan-di-hari-raya-aidilfitri-2013_13.html


Assalamualaikum ..

alhamdulillah dah nak masuk bulan syawal , sebelum terlambat qaaseh nak ucapkan selamat hari raya buat semua , tak apa lah andai tahun ni beraya di perantauan jangan sedih ,, itu pengalaman indah

Kalaupun org lain dalam kasut kita belum tntu dia rasa Lecet jari yg sama ..mgkin tumitnya yg lenguh, mgkin bkn jarinya yg lecet..kasut yg sama, kaki yg beza .. pengalaman yg sama penerimaan yg beza .. hati manusia rumit dan sulit...

kadang - kadang senang sangat nak sembunyikan something dalam ketawa , tapi sangat susah nak sembunyikan kesedihan tu dalam hati ..kau ketawa sepanjang jalan pun balik rumah karang selagi ada benda yang buatkan kau gelisah ,, kau sendirian menangis ... tak tahu nak menceritakan situasi kau kat org macamana dan tak suka bila orang tahu apa yang kau kusutkan .. boleh jadi beban kat dia , boleh jadi buang masa dia untuk dgr something yang entah apa2 .. kau pendam dalam-dalam , kau peluk erat segala sakit sedih kau .. esok kau bangun pagi gelak mcm biasa ,,, hingga hari terakhir kau kat dunia ni ..

sebenarnya Allah dah bagitahu , Allah uji setiap ujian tu atas kemampuan hambaNYA , andai kata benda tu atau masalah tu bagi orang yang mendengar tu mungkin small matter tapi pada yang menanggung sgt berat , atas kemampuan beliau ..cuba sabar je lah dapat membantu .. ada satu hal benda tu akan jd sakit bila kau xdpt lepaskan .. dan boleh jadi kau lepaskan bersama amarah .. bersama setan ~ 

aku kongsikan segala masalah aku pd DIA hanya DIA yang mampu mendengar dan hanya DIA yang mampu memberi jalan untuk ketenangan ,, sebab semuanya kerna DIA .. kadang-kadang bila bodoh menguasai diri cakap pun tak fikir apa dah . padahal benda tu ada penyelesaian dia .. kadang-kadang jugak diam boleh membantu mengawal keadaan menjadi lebih buruk ... =) kita hidup ni bergantung pada sabar , andai sabar kita tipis benda yang tak brlaku pun pasti akan berlaku .. sebab sabar je mampu halang kita dari jatuh dalam gaung yang curam ~ 

hati berbicara :

kalau satu hari nanti , andainya kamu lihat aku terlalu sedih jangan tanya aku kenapa , sebab aku tak mungkin dapat bagi jawapan .. tapi bagi lah kata2 semangat untuk aku terus hidup bergantung atas rasa sabar , sabar yang makin hari kdg semakin menipis .. tapi aku still akan bergantung atas sabar tu hingga Allah memberi peluang untuk aku menjawab segala2nya dengan rasa sabar juga tanpa mengguris sedikit pun hati manusia yang lain ~
ada org cakap aku selalu hepy je ...
yup aku mmg selalu 'hepy je' disulami gelak ketawa dan kuntum2 senyuman sebagai hiasan ~ 
dan hikmah di sebalik semua kau jadi lebih kuat dan matang ~ 

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam ber iftar lagi dengan geng-geng kesayangan hati , geng whasapp + blogger atas jemputan datuk seri ben ashaari .. kali ni kitorang berbuka di restoran lavagrill seri serdang .. kiranya second time qaseh datang #lavagrill ni , hari tu first makan meletops .. sedap sangat !!

tq sangat dekat encik razman sudi open table untuk kami semua , semua nya free .. nak tahu kami makan apa haaa sat na ~ teruskan membaca .. then mengikut perancangan abg beng , kitorang berkumpul di masjid putra , berbuka dengan mineral dan kurma sebab nanti nak pelahap beger bakor dan solat di situ ..

ketibaan dato seri ben ashaari .. muehehe, tanpa dia xdak kami disini , tq abg beng !

geng-geng boroi eh boboy 
dr kiri : abg beng , nijam izam , abe que , faizal freadly , mk syahir , shawn razaleigh, jai (husband to be dkna) najeeb n mawardi .


then selesai semua kitorang bergerak ke sana ~ semua dah terbayang beger bakaq dalam kepala ohoiiii , tambah2 geng boroi  eh boboy .. qaseh n geng lambat sampai sedikit sebab kitorag sopan ..


sampai sudah .. eh korang jemput lah datang sini .. sedap wooo try la sekali kalau nak tahu haaa 
Alamat : Restoran Lava Grill Burger,. 
No. 15-1, Jalan 18/33A,. 
Taman Sri Serdang,. 
43300 Seri Kembangan
Selangor
HP: 017-2520031 (RAZMAN)

first sajian ... roti john (kidnap gambar nizam makan byk ) 
sempat jugak merasa roti john cheezy kan .. sedap sengoti la


second sajian yang mmbuatkan aku menelan air liuq is chicken wing ~ dah la wing2 ni my feberet .. mabeles !!

first time aku minum air ni .. qaseh minum beberapa gelas sebab qaseh tak penah minum air apa , dah abis sedozen gelas untuk mengenal pasti last2 tanya yg lain air kedondong rupanya tapi sedap ... rasa nak tambah sedozen lg .. nnt nak cr la air ni hiks2 

sajian ketiga : kari kepala ikan beserta nasi .. nyum2x , jangan jeles woii

sajian keempat : akhirnya yang ditunggu2 , burger bakar 10 tingkat der ~ ko hado eh tetiba lapar balik ..grr

tetiba ada tangan larikan beger ni huh !

beserta rotinya .. tapi sume duk asyik pandang daging je , nasib baik qaseh tlg habiskan wawawawa

yummi ~ setelah diasingkan , nampak tak sos tu .. kecurrr ~

ni saya .. hai , orang paling pemalu sewaktu kejadian .. saya memang pendiam sikit .. maaf ye =)

dan lastly !!!! yang ni memang watkan mata abg beng tetiba cerah kembali hahaha .. 
LAMB CHOP !!!! i loikeee ~~

akhirnya kesemua sajian tu di habiskan dengan secepat kilat , alhamdulillah tq sangat kat mamu razman dengan rezeki yang dia bg ni .. semoga selepas ni jemput lg eh .. semoga berjaya dengan keenakan beker bakarnya .. ameen , tak lupa jugak buat abg beng .. beribu terima kasih ye bam beng .. nnt ade ape hal roger lagi .. keh keh keh kami ni kan pantang diajak kemana2 .... 

then layan la aksi2 comel qhaliff iman and anak bro ahsan yang buatkan kami geram .. 

ya habibi ya maulana ~ ya Allah sumpah comel gila qhaliff pakai jubah 

eh ternampak bulu pulak censored
iz yg cute .. dpt kiss dr dia .. kite maluu tibe2 *blushing*

tak lupa pada chef2 yang sedaya upaya .. makan haaa ~

 proses memanggang 


booo ~ booo ~ haha cumell !!

n then qaseh first time jumpa dua orang ini .. senyap n sopan je , anak sapa la ni .. 
kikiki .. glemer ni ~ kite je yg tak glemer .. hiks salam perkenalan ya !






geng gigirl yang sporting ting n comel lotey haha jgn jeles 

tetiba ade peace kat kepala qhaliff .. tgn sape tu ha ! cute je haha
lastly ~ kami pun bergambar dan bersalaman sambil mengucapkan selamat hari raya ~ bersama mamu razman , tq so much much n more ~ dan selamat pengantin baru to be buat dkna .. ~
kami pun pulang dengan kekenyangan .. ..

terakhir sekali tinggal tulang ~ akak sue n abg eddy memang sukakan kambing haha ..

eh tak larat nak upload sume gambar .. ok bye assalamualaikum 
qaseh sempat tapau sebab akak kat umah mengidam nak makan ..
korang jangan lupa pergi taw !!

esok qaseh backlink .. ngantokk





Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates