• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog


Assalamualaikum Hai korang, bosan ke tu ? Jom hilangkan rasa bosan sepanjang tempoh #dudukrumah dengan peluang memenangi RM500 untuk 6 bulan dari SofeaRose ni! Fuh, macam keluarkan duit KWSP dah, dapat RM500 untuk 6 bulan berturut-turut, RM3,000 kalau dijumlahkan!



Jenama hijab dan pakaian muslimah trendy, SofeaRose sememangnya sudah tidak asing dalam kalangan si pecinta fesyen. Tidak pernah culas mengambil berat tentang perkembangan kaum wanita khususnya, SofeaRose sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat semua peminat-peminatnya dan sebab itu, hari ini mereka ingin berkongsikan RM3,000 ini bersama anda. Macam-macam boleh kita beli dengan RM3,000 kan?

Dengar je cerita pasal menang wang tunai ni dah membuatkan bibir anda mengukir senyuman kan? Hehe. Menerusi program #duitrayaSofeaRose, SofeaRose ingin mencari seorang pemenang untuk menerima duit raya sebanyak RM500 selama 6 bulan, ya RM3,000!

Caranya mudah, anda hanya perlu membuat pembelian minima sebanyak RM109 melalui :

  •  1) Website www.sofearose.com ;
  •  2) Facebook @sofearose ;
  •  3) Instagram @sofearose_hq ;
  •  4) Agent / Dropship SofeaRose yang berdaftar

Yang bestnya, anda akan mendapat dua penyertaan kalau anda menjadi pembeli terawal. Dua penyertaan bermaksud dua kali ganda peluang untuk menang RM3,000! Wow!
Untuk menunjukkan ketelusan kepada pemenang, pemenang akan dipilih secara LIVE di Facebook & Instagram mereka. RM500 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda setiap 5hb selama enam bulan berturut-turut


Bagi yang baru mendengar jenama SofeaRose ini, mereka mula mencipta nama pada 2014 dan aktif dengan gaya Art To Wear yang digayakan di pentas antarabangsa seperti London pada 2016 dan Madrid pada 2017. Setelah itu, empayar SofeaRose terus melebar dengan terpatrinya SofeaRose x Erra Fazira melalui pelancaran The Primadona series. Tahun ini, sekali lagi SofeaRose mencipta nama di dalam pentas seni menerusi SofeaRose x Diana Danielle Grandeur Raya 2020 dengan menampilkan 40 pilihan koleksi raya bergaya mewah namun pada harga mampu milik kerana, bagi Sofearose hanya satu, Kemewahan Milik Semua.
 



Baru-baru ini SofeaRose terkesan dengan cerita keluarga yang kurang berkemampuan kerana pandemic COVID19 ini dan lantas melancarkan Tabung COVID19 SofeaRose dengan menggunakan 5% hasil jualan kepada keluarga yang kurang bernasib baik. Tambahan lagi, SofeaRose juga membubarkan yuran pendaftaran sebagai dropship untuk membantu mereka yang terkesan dari Covid19 untuk mencari pendapatan sampingan.Jom kita sama-sama support jenama SofeaRose, boleh menang wang tunai RM3,000 sambil bersedekah kepada mereka yang memerlukan DAN palingp  dapat produk yang best sangat sangat!



Nak lagi best? Gunakan COUPON CODE : QASEH10 ini semasa membuat pembelian di website untuk mendapat discount sebanyak 10% untuk baju raya. Coupon code khas untuk pembaca di blog (link) .Okay, sampai sini sahaja. Assalamualaikum!







Assalamualaikum, 

Hye korang, kali ni qaseh nak share pada korang semua, makanan yang best gila dan wajib korang cuba bila bercuti di Penang ! Salah satu dunia makanan yang best-best. 


#1- Pasembur
Pasembur ini sudah menjadi makanan yang sudah menjadi satu kebiasaan dan biasa didengari setiap kali berada di Pulau Pinang.
Secara lazimnya, hidangan pasembor yang juga dikenali sebagai pasembur atau pasemboq biasanya dihidangkan bersama cucur udang yang rangup, telur, hirisan timun, sengkuang dan beberapa lagi bahan-bahan yang lain seperti sosej, sotong goreng dan ketam berempah bersama  kuah kacang.  
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Pasembur @ Famous Stall 09 Anjung Gurney
Tempat: 5, Gurney Dr, Georgetown, 10250 George Town, Penang, Malaysia
Masa: Setiap hari, 4.00 ptg - 11.30 mlm
#2-Char Kuey Teow
Char kuey teow juga merupakan makanan yang turut menjadi makanan yang paling digemari ramai. Pada umumnya, ramuan yang digunakan untuk hidangan ini hampir sama.
Namun ia hidangan ini hampir sama dengan tomyam di mana teknik memasak dan juga kuantiti bahan yang memberikan rasa yang tersendiri pada hidangan ini.
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Sani Char Koey Teow
Alamat: Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Masa: Setiap Hari Kecuali Selasa (6.30 pm – 3.00 am) | Selasa (Tutup)
#3-Popia
Popia merupakan hidangan yang sememangnya menjadi kegemaran warga kota. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan ini ialah tauge, sengkuang, lobak dan kacang yang kemudiannya dibalut menggunakan kulit popia yang halus dan lembut dan dan enak dinikmati dengan sos pencicah.  
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Popiah Basah Omar Taiping
Alamat:  5, Jalan Panggung Wayang, 34000 Taiping
Nombor Telefon: 0126839036
#4-Cendol
Cendol merupakan minuman yang dibuat menggunakan santan, jeli hijau, ais dan juga gula melaka. Boleh dikatakan hampir semua rakyat  Malaysia memang menggemari hidangan ini, terutama sekali pada cuaca panas.
Mudah sahaja untuk mendapatkan hidangan yang boleh menghilangkan haus ini kerana ia ia terdapat di  seluruh Malaysia terutama sekali di Pulau Pinang.
Secara umumnya, perniagaan cendol  di Pulau Pinang ini merupakan resepi secara turun temurun, jadi tidak hairanlah jika terdapat cendol yang rasa dan keistimewaannya berbeza dari cendol yang lain.
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Teochew Chendol, Penang Road
Alamat: Jalan Penang, 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, 10450 George Town, Pulau Pinang
Masa: Isnin – Jumaat (10.30 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad (10.00 am – 7.30 pm)
#5-Nasi Kandar
Nasi kandar merupakan makanan yang wajib anda masukkan dalam senarai  makanan ketika berada di Pulau Pinang.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa nasi kandar merupakan makanan ‘nostalgia’ bagi penduduk yang berasal dari Pulau Pinang. Terdapat banyak restoran nasi kandar yang boleh anda jumpa ketika  berada di Pulau Pinang.
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Nasi Kandar Line Clear
Alamat: Beside 161 & 177 Penang Road, 10000 George Town, Pulau Pinang
Masa:24 Jam
Rindu Pada Penang, Lagi-Lagi Makanannya
Sepanjang dalam tempoh berkurung ni, asyik rasa nak makan saja. Kadang-kadang teringat nak makan itu dan teringat nak makan ini. Begitu jugalah dengan menu makanan Penang yang dikongsikan kat sini.
Terbayang pelbagai jenis menu makanan Penang yang sedap-sedap. Tapi untuk keluar sana sini bagi membeli makanan begini memang perlu fikir berkali-kali. Tak berani rasanya untuk memberi risiko pada diri sendiri.
Lagi pula, kalau betul-betul rasa teringin sekalipun, servis food delivery Penang dari pihak Foodpanda kan ada.
Boleh terus ke website milik Foodpanda, masukkan lokasi dan pilih menu makan yang hendak dinikmati. Tak payah lagi nak buang masa untuk drive, beratur dan sebagainya. Keselamatan diri juga akan terus dapat di jaga.

Assalamualaikum 

Juara Anugerah Juara Lagu ke-34 2020, pergh malam ni memang aku layan sampai habis Anugerah Juara Lagu ke-34, lain macam ye persembahan artis-artis yang bertanding, tapi yang aku paling emosi bila Dato Siti Nurhaliza masuk tapi masa dia tengah tarik suara, masa tu lah mic tak function yall, eh geram lah, bukan senang dah nak dengar Tokti masuk Juara lagu ! Haaa ramai emosi bab ni weh ~ 

Pemenang Juara Lagu ke-34 - Naim Daniel 

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-34 tahun 2020 

Juara AJL34 -  Naim Daniel lagu Sumpah
Tempat Kedua - Aman Ra lagu Bangun
Tempat Ketiga - Bob Yusof lagu Anta Permana
Persembahan Terbaik - Hafiz Shuib lagu Kisah Cinta Kita
Vokal Terbaik - Hafiz Shuib lagu Kisah Cinta 

Pemenang Kedua AJL34 - Aman Ra
Pemenang Ketiga AJL34 - Bob Yusof 


Persembahan Terbaik AJL34 - Hafiz Shuib

Vokal Terbaik AJL34 - Hafiz Shuib

Tahniah kepada Juara, Naim Daniel dengan membawa lagu Sumpah, lagu ni memang best pun dan persembahan Naim Daniel di Ajl34 memang gempak dengan mekap  ibarat lukisan gitu, tapi malam ni macam-macam persembahan dan emosi ada ya

Part paling seram bila Drama Band buat persembahan, yaampun sumpah aku terkejut bodo sebab muka macam hantu, dah lah masa dia nyanyi tu dia pusing ke belakang dulu, bila dia toleh tu terus terkejut lah gila, haha dan banyak sindirian dalam persembahan Drama Band kali ni. 

Gila tak seram, dengan mata terbuntang gitu ! Haa segala watak ada dalam persembahan Drama Band ni, kontroversi habis !

Tapi malam ni sebenarnya ramai yang hebat-hebat, ikutkan semua lagu best, Akim, Hazama, Erni, Aina Abdul memang best gila suara depa tapi tu lah rezeki kan, semoga tak putus asa dan terus berjuang. Tahniah kepada semua yang menang. Adat pertandingan ada menang dan juga kalah.

Lastly, tetap geram dan sakit hati bila mic Tokti tak function !!! Eeeee nasib baik lagu Anta Permana menang juga, tapi tetap sakit hati jugak. Huh, kbye! 












Assalamualaikum

Hari ni nak share planner untuk tahun 2020, eh surirumah pun perlukan planner ke ? Of course lah, qaseh catat semua dalam tu okay, by the way takdelah qaseh buat as a planner sangat tapi campur dengan diari kehidupan, mana tahu nanti panjang umur, tua nanti baca balik segala catatan yang ada dalam tu mesti rindu kan ~

Mana tahu bila baca balik ada rindu yang menggamit, ada situasi lucu hinggakan mengekek-ngekek dengan gigi tinggal dua di kerusi malas, tu pun kalau mata nampak lagi haha



Sebenarnya, baru je lagi berjinak pinak dengan planner ni, tahun lepas qaseh beli planner yang viral tu tapi qaseh tak guna sangat sebab tak berapa best yang jenis takde ring, then qaseh beli planner dari shopee, boleh tengok entry ni 

Baca : https://www.qasehdalia.com/2018/08/hobi-baru-planner-cantik-dari-lootersbox.html

So untuk tahun ni, qaseh beli TPlanner dari Teme Abdullah, penulis dan pelukis jalanan yang tersohor sebab tahun ni beliau ada keluarkan dua jenis planner, halaman dia sama je untuk kedua-dua planner ni,  cuma satu yang biasa (takde ring) then satu lagi jenis Premium (ada ring), qaseh beli yang premium





Planner beliau ni sememangnya limited edition dan hanya di jual sebanyak 22,222 buah sahaja, dan secara pre-order, pergh gila kau, tak sampai sebulan pun 22,222 ribu buah tu terjual aaaa nasib baik sempat beli, hari ke-2 kot qaseh beli, tu pun memang pergh sambutan dia memang tak tercapai dek akal

Yang bestnya, planner Teme ni memang dia lukis dan tulisan sendiri, siap ada sign lagi, memang ramai lah peminat Teme ni, ada yang tiap tahun buat koleksi. Qaseh takde lah peminat tegar sangat tapi qaseh selalu tertarik dengan ayat-ayat dia, tulisan dia, dan planner kali ni memang dapat menarik minat qaseh, dan semestinya beliau seorang yang misteri, wajah dia tak pernah dia tunjuk.

So, siapakah Teme Abdullah yang sebenarnya ? Jeng-jeng-jeng biar lah ia menjadi suatu misteri nusantara haha





Setiap planner ada no siri dia, so no siri qaseh adalah 04390, ini lah dia my Tplanner, sayang gila woo nak tulis, siap test-test lagi tulisan di kertas lain, konon-konon nak nampak cantik ~ tapi hauk juga ya tulisan daku ! haha tu lah sebab lama tak menulis, asyik menulis dalam blog ajer :p

Cantik kan ? Bila qaseh post ada jugak tanya beli kat mana, and ada lagi tak ~ sayangnya kepada sayang-sayang semua, planner ni takkan dijual lagi, kalau nak juga, kena tunggu tahun 2021 pulak lah ye hikhik, panjang umur, nak beli lagi untuk tahun 2021 lalalala ~ nak suruh laki belanja lah pulak ;p


Qaseh ada je buat unboxing video tapi di instagram lah, boleh follow my instagram www.instagram.com/qasehdalia . Okay adios, tq kerana sudi membaca :)



Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat lagi untuk qaseh ucapkan selamat tahun baru 2020 buat korang semua, Januari pun belum berlalu lagi kan ~ so far bulan ni qaseh diberikan ujian kesihatan sedikit tapi masih boleh kawal lagi.. Harap korang semua masih lagi happy, kuat semangat dengan apa pun dugaan yang melanda okay !

InshaAllah my mood will be okay so I can write more about my personal life walaupun memboringkan.. Kah ! Hahaha so please PUYAAAAA you can do it !!



Summary untuk bulan Jan ni, awal Januari 2020  kitorang pergi holiday Langkawi, benda kalau tak plan memang menjadi, kalau plan mesti tak jadi hahaha so cane ek ~ ermm lepas ni memang tak perlu plan lah, malam ni terasa nak pergi London ke apa ke, esok terus fly hahah ajet orang kaya, tapi gitulah tu haa taktau lah nak cakap macam mana ~

Tak tau lah kenapa, rasa macam bulan ni agak lama dan agak meletihkan dan menyakitkan sebab sakit gigi ! Jadi, nak tak nak kena pergi cabut gigi geraham belah kiri ni sebab dah berlubang teruk opsss ! Tapi serious aaaa qaseh paling takut dengan dentist, takut gila babi hahah tapi sumpah sakit gigi kali ni dia punya sakit sampai ke otak dan telinga

Faham tak perasaan berbelah bagi terpaksa lawan ketakutan untuk jumpa dentist, dan lawan ketakutan untuk cabut -_-

Ingat nak tunggu klinik kerajaan bukak tapi tak larat dah nak hadap, so qaseh pergi cabut gigi di klinik swasta, orang cakap klinik swasta tak menyakitkan, ermm betul ke ? Hahaha next entry, qaseh share pengalaman cabut gigi di klinik swasta okay


Lepas cabut gigi tu, badan macam tak boleh nak toleransi sangat, asyik rasa pening-pening, rasa macam nak demam, lepas tu on off, sampai satu hari ni mental qaseh rasa breakdown and extremely crying crying crying je, qaseh sendiri pun tak tahu kenapa ~ laki aku pun pelik, dia lah jadi tempat meroyan. Sowiiii b.

Then, bulan Januari ni jugak ada gathering Anniversary Kelab Blogger Ben Ashari di Mcd Putrajaya, dapat jugak keluar jumpa kawan-kawan yang dah berkurun tak jumpa, then lepak jumpa orang baru dalam life Yanty.my auchhh



4 hari straight keluar rumah hihi, lepas gathering tu, esoknya qaseh pergi cabut gigi, esoknya nya pulak keluar checkup Rayyan di KK, checkup biasa je, timbang berat dan ambil ubat cacing. Rajin kan kami checkup dia sampai 4 tahun dah, then esoknya pulak checkup klinik Ng & Singh untuk telinga dia. Haa banyak pulak checkup dia so nak tau apa cerita , next next entry qaseh buat entry khas setiap satu okay.

And today, my free time untuk luahkan segala, untuk coretkan segala yang berlaku dalam bulan ni walaupun bulan ni belum habis lagi, dan bulan ni jugak hari lahir anak kesayangan Umi, Rayyan, hari lahir bff kesayangan Midah and Yanty dan hari lahir husband, selamat hari lahir semua.

Bulan ni betul-betul rasa mental teruk, sampai nangis sorang-sorang, rasa macam apa yang masuk dalam otak semua jadi negatif ditambah dengan kesihatan yang on off, rasa give up dengan segala-galanya~ nak cerita kat orang pun tak tahu punca, tahu tak perasaan tu ?

Tapi Alhamdulillah hari ni takdelah rasa teruk sangat, rasa lagi macam kekacauan berlaku dalam otak dan perasaan ni, hanya mampu berdoa padaNYa supaya di tenangkan hati dan dijauhi dengan segala benda yang merasuk jiwa dan fikiran.

Maybe bulan nak mengambang ~ tapi kali ni emosi macam berbeza dengan sebelum-sebelum ni, rasa semua benda tak kena.


So this is my summary for Jan 2020, how about uols ? hihihi hope next next next  month ada berita gembira yang boleh lawan kekacauan bulan ni :) Semoga yang baik-baik ajerr berlaku ya, dan tabah menghadapi segala ujian. 

Btw tengah menaip ni, dah masuk 30 Jan, happy birthday buat suami, maaf selalu menyusahkan dan membebankan hidup b, im sorry for everything, semoga panjang umur, diperluaskan rezeki, diberikan kesihatan berpanjangan, kita tua sama-sama k, jangan pernah tinggalkan kami :) lebiyu. 

Waktu tulis ni, suami tengah tido dah dengan Rayyan, 1.25 am. Sweet Dreams lelakiku :)



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates