• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum readers ! 

Dah zaman 2017 ni korang tak terfikir ke untuk elakkan segala produk yang berasaskan bahan kimia yang merosakkan tubuh badan kita ? Kalau dah lama amalkan tahniah Qaseh ucapkan , yang belum lagi takpe gais masih belum terlambat ~ take it easy k sebab kali ni Qaseh nak share dengan korang ,  produk HIMALAYA yang sememangnya 100 peratus berasaskan  herba aktif dan di jamin halal (wajiblah halal heheh)


Jadi hari tu , Qaseh telah menerjah Himalaya Wellness Boutique di Mid Valley City ~ untuk pengetahuan korang Qaseh pun ada amalkan produk Himalaya iaitu Shatavari boleh baca kat sini , dan memang berkesan untuk Qaseh .. di sebabkan entry tu kawan-kawan ada tanya mana nak dapatkan , haaa boleh je beli secara online dan juga ke outlet-outlet Himalaya yang terdekat .. dah alang-alang kat sini , apa lagi Qaseh explore lah sat apa yang ada di sini haaa 



Masuk je kedai Himalaya ni ternampak ruangan best seller , kat sini best seller nya adalah produk Clear Complexion Whitening Day Cream - Krim yang ringan dan tidak berminyak, diperkaya dengan ekstrak Licorice dan White Dammar, menyediakan tindakan pemutihan triple (wow triple ok !) termasuk mengawal sintesis melanin, membantu membersihkan bintik gelap dan pigmentasi yang tidak sekata, dan memberikan perlindungan UV dengan Cinnabloc herba .. macam best je ! 

Produk Apa Yang Terdapat di Outlet Himalaya di Mid Valley ?

Mesti korang tertanya-tanya kenapa nak kena pilih produk Himalaya , dan produk apa je yang terdapat di sini ? walaupun kedai Himalaya ni kecil je tapi bermacam produk ada dari kaki hingga ke kepala .. Kat sini korang boleh lah dapatkan rejimen untuk rambut , muka , supplemen , ubat gigi , lipbalm , produk untuk slim pun ada .. 

Penjagaan Rambut

Bab penjagaan rambut ni memang boleh bikin stress jugak tau tak , sebab apa ? hurmm sebab bukan senang nak cari syampoo yang sesuai untuk kulit kepala kita dan yang paling susah adalah untuk atasi segala masalah yang hadooo , dalam kepala otak pun banyak masalah , kulit kepala pun ye jugak ~ haha .. 

Kenapa kena pilih syampu Himalaya ? sebab ia memberikan 3 manfaat penting untuk mengekalkan rambut yang sihat ~ bukan sihat je malah bersinar-sinar gitu , shine bright like a diamond ! hihi 


Kelebihan syampu ni haa boleh mengurangkan keguguran rambut malah menguatkan rambut kita dek kerana rutin harian kita , dos protein yang ada dalam syampu ni juga menjadikan rambut kita lebih lembut , licin dan sihat dan sangat sesuai bagi korang yang aktif dan always cuci rambut dengan kerap . Anak-anak pun boleh guna tau 

Penjagaan Muka / Skincare 

Qaseh tertarik lah dengan produk penjagaan muka kat sini , toner muka pun dah habis lupa pulak nak beli adohaaa dasar pelupa .. takpe nanti daku beli sebab dan survey dah toner muka kat sini hari tu , macam-macam produk ada tau seperti Purifying Neem Face Wash , Purifying Neem Scrub , Purifying Neem Pack .., Neem ni bagus tau sebab ada ciri antibakterial dan sangat sesuai lah untuk muka yang berjerawat , bila dah guna produk ni boleh la say BYEBYE kat jerawat semua tu k ! 


Qaseh terpikat dengan Refreshing & Clarifying Toner sebab ia memang campuran bahan semulajadi yang boleh kawal rembesan minyak yang berlebihan , stress tau bila tengok muka berminyak ! Bahan-bahan yang ada dalam toner ni akan mengetatkan liang-liang dalam muka  , menyegar dan membersihkan kulit wajah iols nanti 

Personal Care 

Ubat gigi pun ada kat sini , ada 4 jenis ubat gigi yang korang boleh pilih menikut kesesuaian , ada untuk gigi yang sensitif , (hati sensitif kena banyak2 bertenang , eh !) Complete Care , Sparkling White dan Active Fresh



Lipbalm ni pun menarik je , macam best je berasaskan Wheatgerm Oil , Carrot dan Seed Oil

Supplement 

Bila produk berasaskan herba , memang supplement pun jadi keutamaan sebab memang tak di nafikan herba sangat bagus lebih-lebih lagi untuk jaga organ dalaman wanita selepas bersalin , pantang , menyusu , haaa sebab tu orang-orang tua dahulu kala amalkan air akar kayu , tongkat ali  , jamu .. dan zaman moden ni supplement macam ni senang nak telan , sebab tak rasa pahit macam air herba ori tu .. hihihi


ARE YOU SLIM ? Not yet !!! kalau kalau not yet boleh guna produk AYURSLIM heheh sesuai sangat dengan korang yang nak turunkan berat badan sebab salah satu bahan yang ada dalam Ayurslim ni adalah Garcinia Cambogia yang membakar glukosa , gula , lemak terutamanya di hati , selain tu ia akan mengurangkan pelepasan gula di dalam darah.


Kemudahan di Himalaya Outlet 

  • Produk di pack secara set -menariknya di sini , kalau korang pening nak pilih produk-produk yang sama waktu gitu , nak lengkap kan satu set haa mudah je nak cari sebab kat sini dah di packing secara set .. lagi murah dan jimat .. dah jimat masa korang untuk pilih satu-satu berang untuk lengkapkan semua kan !
  • Staff yang peramah dan membantu - ada waktu-waktunya kita nak kan pendapat yang lebih pakar untuk kulit kita  dan apa-apa je lah , so staff-staff kat sini sangat peramah dan membantu .. just tanya je staff kat sini bantuan apa yang korang nak , mereka sedia membantu so jangan segan -segan nak tanyaa



Membership Program / Bagaimana Nak Jadi Ahli di Himalaya ?

Pembelian dengan harga RM100 ke atas , secara automatiknya korang akan menjadi ahli :) Mudah je kan .. nanti staff akan minta detail korang no ic / no fon , so next pembelian hanya bagitahu korang dah join ahli dan bagi detail yang di minta oleh staff ~

RM1 = 1 Point , kalau RM100 korang akan dapat 100 point , berbaloi kan ! 

No 1 Tourists' TOP CHOICE

Produk ni pulak memang kegemaran ramai pelancong , Qaseh pun rasa macam nak beli jugak la produk Nourishing Skin Cream , takmau kalah dengan kulit Rayyan haha nak dapatkan kulit selembut baby jugak .. patutlah produk ni jadi kegemaran ramai sebab krim ini dicampur dengan ekstrak Aloe Vera, Cherry Musim Sejuk, Pokok Kino India dan Pennywort India, yang melindungi kulit anda dari pencemaran dan cuaca kering dan memberikan khasiat dan kelembapan


Memang banyak produk Himalaya yang memberi banyak manfaat , dah habis Qaseh explore kedai ni , memang rambang biji mata dan macam nak borong semua je bawak balik haaaa .. nak bagitau mak ayah adik akak semua dan korang untuk amalkan produk Himalaya yang bebas dari bahan tambahan lain , semuanya 100 peratus natural , halal dan harganya pun berpatutan !!! 
Feel free to wacthing my video kat bawah ni k , Qaseh menerjah Himalaya Wellness Boutique di MidValley City Megamall 


Selain dari MidValley , Himalaya Wellness Boutique ni jugak terdapat di Klcc, Sunway Piramid , Mines , One Utama dan banyak lagi ~ korang boleh dapatkan segala info di info yang Qaseh sertakan kat bawah ye .. haaa lagi satu korang boleh dapatkan produk Surya dan Apotec di Himalaya Wellness Butik di Sunway Piramid , Mydin USJ dan Setapak Sentral. 

More Info :

Address : Mid Valley Megamall Lower Ground Lot 72 & 73, (Opposite Guardian Pharmacy) Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur

Web : http://himalayamsia.blogspot.my
Facebook : http://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram : http://www.instagram.com/himalayamalaysia/




Holla semua ! Yeah kali ni memang berita gembira buat semua dan of course lah untuk aku juga , siapa je tak teruja dengan #MYCYBERSALE , kalau tahun lepas memang rambang biji mata lebih-lebih lagi buat kaki shopping secara online !dan  kali ni nak bagitahu kat semua yang #MYCYBERSALE kembali lagi , yahoooo !!  

Bilakah #MYCYBERSALE2017 ?


Untuk tahun 2017 , #MYCYBERSALE akan berlansung pada 9 Oktober - 13 Oktober 2017 , kenapa ramai yang teruja bila berlangsungnya #MYCYBERSALE ni ? sebab utama banyak syarikat  yang terlibat dan yang paling syok memang diskaun dan clearance habis-habisan buat kaki shopping .. weh ! bukan selalu tau .. nak tunggu tahun depan pulak lama lagi so jangan lepas kan peluang ni ~ 

Apa itu #MYCYBERSALE ?


Bagi yang tak tahu lagi , #MYCYBERSALE ni adalah jualan besar-besaran atas talian yang menawarkan banyak diskaun , jadi tahun ni adalah tahun ke empat yang bertujuan untuk meningkatkan industri e-commerce di Malaysia . Tahun ni MDEC berkolaborasi dengan Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) untuk menganjurkan #MYCYBERSALE2017 yang bertujuan untuk mencapai jualan RM300 Juta dengan kempen pemasaran berat untuk meningkatkan pendapapatan para usahawan.


Best kan ? lagi pun sekarang rata-rata lebih selesa dalam membeli secara talian dan makin di terima semua , sambil goyang kaki pun boleh shopping uols  , kalau korang nak tahu apa yang menarik #MYCYBERSALE untuk tahun 2017 , sila masuk website #MYCYBERSALE sekarang , kalau tak mau ketinggalan apa yang best dan juga  lucky draw pun ada tau ~ so nah klik KAT SINI now !



#MYCYBERSALE VS CHEEKAABOO  

Sememangnya banyak jenama-jenama best yang terlibat pada tahun ni , salah satu nya adalah Cheekaaboo , kalau korang nak tahu Cheekaboo adalah satu jenama pakaian mandi untuk anak-anak dari umur 6 bulan .. haaa bagi korang yang tercari-cari pakaian mandi , kat sini banyak pilihan dan sangat berkualiti untuk anak-anak kita .. 

Cheekaaboo innovate a range specially designed protective swimsuits and accesories , made from 2mm quality neoprene , the material installs excellent insulating properties , which helps to trap water between the suits and the skin to create a layer of insulation from cold , it is also chlorine resistant and offers 100% UV protection on covered areas while giving added buoyancy.
 Bila baca secara detail inovasi pembuatan dan kualiti pakaian mandi brand Cheekaboo ni memang pilihan yang tepat untuk anak-anak , sebab aku pun dah dapatkan untuk Rayyan .. memang bagus kualiti dia dan Rayyan pun nampak selesa je bila pakai , nanti boleh lah berenang dan mandi kat kolam nanti dengan lebih gembiraaa

TAWARAN HEBAT DARI CHEEKABOO (https://www.sushivd.com/cheekaa)


Sempena #MYCYBERSALE , Cheekaboo akan menawarkan tawaran hebat yang mana tiada cas penghantaran / free shipping , diskaun sehingga 80%  dan clearance sales .. haaa so jangan lupa mark kalendar korang dan shopping untuk anak-anak di https://www.sushivd.com/cheekaa 

Woobies Suit 

Yeah Rayyan dapat Woobies Suit , cantik nya swimsuit ni , Woobies suit sesuai untuk anak-anak berumur 2 tahun-8 tahun sebab ia stretchable sleeves with YKK front zipper easy , so senang Rayyan nak bergerak .. first time sentuh material swimsuit ni dah fall in love sebab neoprene ni 2 times thicker than normal Spendex swimwear tau ..





Bila Rayyan tengok je swimsuit ni terus nak try , amboiii amacam hensem tak Rayyan ?  bila dah pakai tak nak tanggalkan pulak adohaaa ... tq Cheekaboo untur swimsuit yang super comfy untuk Rayyan .. 


More Info :
https://www.mycybersale.my/
https://www.sushivd.com/cheekaa






Siapa pernah makan lempeng macam ni angkat ketiak ! hehe ok aku sebenarnya tak pernah makan lempeng macam ni , biasanya lempeng yang letak gula je (sebab tu je pandai hahampeh !) , hari tu kan balik kampung suami so breakfast abang ipar ada buat lempeng kelapa muda ni .. kat Terengganu macam tak pernah makan dan jumpa je kat kedai-kedai .. so agak jakun di situ

Kalau korang sama macam aku tak pernah makan , nah resepi untuk korang mana lah tahu nak try buat kan , seriously sedap , mengenyangkan dan sangat sesuai untuk sarapan pagi , tapi kalau nak makan bila-bila masa pun boleh ~ makan petang ke kan ?

Resepi Lempeng Kelapa Muda

Bahan-Bahan

  • Tepung gandum 1 cawan (kalau lembik boleh tambah)
  • Pisang sesikat 
  • Gula
  • Garam
  • 1/2 sudu teh double action baking powder
  • 2 sudu besar susu pekat 
  • Kelapa Muda 

Cara-cara 

Gaul je semua bahan , kalau nak mudah korang just blend je semua bahan kat atas ni haa lagi mudah dah sebati .. lepas tu goreng dengan alaskan daun pisang (kalau tak alas daun pisang pun boleh)

Bila dah blend semua bahan akan jadi macam tu , haaa lepas tu apa lagi goreng je lahhhh 

Bila dah siap goreng jadi lah lempeng cenggini , walaupun rupa tak berapa cun tapi sedappp woooo , rasa pisang rasa kelapa semua berlemak .. 

Hati Berbicara :
Kredit to Kak Zie n Abg Mat heheh
Saje save kat blog nanti nak try buat sendiri pulak , nampak macam ada pokok pisang kat belakang blok haha sape punya tak tau .. :p okay selamat mencuba tau uolsss



Assalamualaikum 

Setiap yang hidup pasti akan kembali , begitu jua aku , begitu jua kamu .. tapi pengakhiran kita , kita takkan pernah tahu bila kah masa tersebut .. hanya Allah yang maha mengetahui .. kalau yang ''friend'' di facebook Qaseh , baru-baru ni mak mentua qaseh telah pergi buat selamanya ..tq atas doa-doa dari kalian .. Al-Fatihah buat Mak , inshaaAllah Mak berada di kalangan orang-orang yang beriman dan lebih tenang di Sana .. 

Qaseh minta kalian yang membaca entry kali ni sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Mak , semoga segala yang pahit di dunia ini terbalas dengan yang indah-indah sahaja di Sana .. segala kesakitan Mak di dunia Allah berikan yang indah di Sana .. setiap kehidupan pasti akan ada pahit manis , apapun jua kita kena redha dengan apa pun ujian kerana kita semua adalah pinjaman yang sementara di dunia ni .. dan yang pasti kucupan terakhir untuk mak , Sue akan abadikan sebagai kenangan terindah .. Al-Fatihah 

Hai cantik-cantik semua ~ pernah tak korang berangan nak cucuk Vitamin C bila tengok artis-artis semua cantik gila lepas cucuk tapi korang sebenarnya takut dengan jarum dan tak mampu haha eh terasa pulak diri sendiri  memang tak mampu lah dan memang penakut gila dengan jarum .. Tapi nak jugak cantik ! Nak punya perasaan bila orang pandang muka kita  tak jemu tak berkelip sampai blushing gitu .. 

Lupakan lah angan-angan nak cucuk-cucuk ni wahai qaseh ! Kenapa nak kena cucuk sedangkan dah terjumpa satu skincare yang ada killer ingredient untuk cantik haa , tak perlu cucuk-cucuk dah dengan Ami Vitamin Skincare hanya sapu-sapu je tapi tu lah perempuan ni kadang pemalas kan , nak cantik tapi tak pernah konsisten  , so kalau korang konsisten dan tak pernah tinggal setiap hari InshaaAllah dalam jangka masa pendek dah boleh nampak kesan nya , lagi-lagi kulit yang bermasalah tu..


Nak tahu tak apa yang KILLER sangat dalam Ami Skincare ni ? tapi sebelum tu qaseh nak bagitahu lah apa yang ada dalam set Ami Skincare ni , satu set ni Qaseh dapat satu Cleanser , satu Serum dan satu Night Sticky Serum .. nice packaging dan cute senang di bawa ke mana-mana .

  • CLEANSER 

Qaseh jarang pakai pencuci muka sebenarnya , sebab sesetengah tu akan membuatkan kulit wajah qaseh lagi kering , so kadang-kadang terpaksa skip , qaseh risau juga kot-kot cleanser Ami Skincare ni akan buat wajah qaseh jadi macam tu jugak , tapi bila guna so far tak buat kulit qaseh kering dan kesat , yeahh ! lepas bilas kulit muka rasa lebih lembut je di samping mencuci segala kotoran yang ada di muka 

  • SERUM
Lepas guna pencuci , qaseh biasanya guna pelembab dulu lepas tu baru guna serum , by the way serum ni sangat penting tau tak sebab serum sebenarnya lebih menyerap dan yang paling best kegunaan serum ni adalah akan menghasilkan mekap yang kita pakai lebih tahan lama dan berseri .. serum Ami Skincare ni pun best bila apply di muka , tak melekit dan cepat meresap ..

  • STICKY SERUM NIGHT 
Last step , sebelum qaseh tido qaseh apply serum sticky ni pulak , apply nipis-nipis pun dah cukup , sangat best dan tak rasa kita pakai something di muka .. lepas tu kroh-kroh tengok hasil lepas bangun tidur kulit lebih segar dan glowing gituuu


VITAMIN UTAMA AMI SKINCARE (3 + 1 KILLER VITAMIN )

Haa itu lah 3 produk yang korag akan dapat bila beli set skincare Ami ni , sekarang kan banyak kes-kes muka jadi breakout lepas guna produk-produk yang tak sesuai dengan muka , tambah lagi bila tak selidik dahulu produk sebelum menggunakan , lepas dah muka breakout baru dapat tahu produk-produk tu sebenarnya dari produk timbang kilo ! kesian kan .. tapi jangan trauma sebab setiap masalah pasti dapat di atasi

Ami Skincare ni korang tak perlu nak rasa trauma sebab ia nya lulus KKM dan bahan yang terkandung adalah memang vitamin-vitamin yang di perlukan oleh kulit muka kita , so Vitamin Utama yang ada dalam set skincare ni adalah
  • Vitamin E 
- Membantu merawat kulit
- Menghilangkan parut di wajah
- Sebagai pelembab wajah
- Menyembuhkan jerawat
  • Glutathione
 - Memutihkan kulit muka
- Anti penuaan
- Membuat kulit muka lebih glowing dan berseri
  • Astaxanthin
- Sebagai anti oksida
- Melindungkan wajah dari sinaran uv secara semulajadi
- Membuang pigmentasi
- 6000 kali lebih baik dari Vit C
  • Plus + Extra Vitamin C 
- Menegangkan kulit wajah
- Mengurangkan kedutan kulit wajah
- Meningkatkan kolagen


CARA PENGGUNAAN AMI SKINCARE 

Cara penggunaan sama sahaja semua , apa yang penting harus cuci muka , lepas tu ikuti step-step yang ada dalam panduan 


TESTIMONI PENGGUNA AMI SKINCARE
After one week : Nurul Hidayu, tona kulit cerah + parut ternyata pudar + jerawat mengecut tanpa timbul lagi + kulit rasa fresh bermaya berbeza dari sebelumnya (after one week penggunaan , antara testimoni terawal )


Haaa so amacam korang , Vitamin C ni memang bagus tau untuk kulit wajah kita .. tak rugi rasanya melabur untuk dapatkan kulit wajah yang sihat , bebas dari jerawat , kusam , jeragat , bekas-bekas parut dan sebagainya .. kalau korang nak diskaun korang boleh guna nama Qaseh untuk dapat kan baucer RM40 , khas untuk 5 orang sahaja .. so jangan tunggu lama-lama ok ! kalau korang nak lagi info boleh layari di web , facebook dan instagram Ami Skincare okay !


Nak jugak calit vitamin? Khas utk 5orang readers bertuah sahaja layak utk redeem baucer RM40 seorang tau!



REDEEM VOUCHER = "QasehDalia"


Untuk maklumat lanjut, sila layari: 

FACEBOOK
https://www.facebook.com/amilegacy

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/amilegacy/
https://www.instagram.com/amivitamin/

WEBSITE

https://www.amilegacy.com/

Nak selamat ? Calit  Vitamin je dah CANTIK ! #vitaminmuka #3kalicalit #lulusKKM

Assalamualaikum semua , lama tak berfood review so lets start again ~ yeahh , heheh rindu ke ? hari tu kan aku ada Family Day Kbba di Cherating , selepas semua selesai kena pergi hospital melawat mak mentua sakit (mohon doakan untuk mak mertua aku ye , semoga di beri kesembuhan ) . Jadi , dah alang-alang di Kuantan teringat pulak Kula Cakes yang selalu di perkata orang ramai , katanya sedap gila namati wei kek kat situ .. ok kita tekak tak sama kan ? Jangan marah :p

Kula Cakes ni berdekatan je dengan HTAA , sempat lah singgah jap untuk merasai sendiri .. waze punya waze jumpa jugak kedai nya , hampir terlajak sebab kedai ni kecik  , dan sign boardnya  pun kecik tak berapa nak alert bila tercari-cari , dengan cari parking lagi kan .. but nevermind , iols nak pergi makan kek jewr ..


Masa datang tempoh hari fuh agak ramai jugak orang , di sebabkan kedai ni kecik so terpaksa beratur hingga ke luar pintu .. proses menunggu tu takdela makan masa yang lama sangat , sampai turn aku , staff tu tanya nak makan apa semua , yeahh staff semua peramah .. dan aku pun blur sangat that time , aku order pavlova dan air pandan cooler .. harga not bad , macam Secret Recipe je ..



Sedap ke kek di Kula Cakes ni ? di sebabkan aku order ni je , so aku review kek Pavlova ni je lah ye .. nak kata tak sedap tu tipulah , sedap je kek kat sini tapi takdela sangat-sangat sedap namati , bagi aku biasa je macam kek yang pernah aku makan sebelum ni .. cuma tekstur dan saiz dia besar sikit dan berbaloi lah dengan harga .. tapi aku suka dengan air pandan cooler kat sini , rasa sangat segar dan sedap.

Orang kata kat sini yang paling sedap adalah Mango Cheesecake , tapi that time tak silap aku dah habis , laku keras aih .. so tak sempat rasa ..


Yang menarik minat aku selain kek di sini adalah tempat makan / outdoor di sini , tadi kata kedai ni kecik kan so mana nak lepak makan ? haa sebelah kedai Kula Cakes ni kosong , so kat situ di jadikan tempat makan , kalau rasa nak makan kat dalam kedai pun boleh tapi agak terhad .. aku tak boleh makan dalam ruangan yang sesak ..  agak unik dengan hiasan mural di dinding dan ada arca basikal buruk di gantung .. menarik lah jugak untuk bergambar ..



Sempat lah sis mencipta kenangan kat sini , nak bergambar acah-acah hijabister malu lah pulak orang ramai , cenggini je la mampu .. kalau korang kebetulan datang lagi ke Kuantan dan terasa nak makan kek , datang lah ke Kula Cakes ni alright :) tapi kalau dari jauh semata datang nak makan kek kat sini , fikir panjang sis .. okbye .. macamana nak datang sini ? waze je Kula Cakes Kuantan,  nanti jumpa .. dunia dah canggih maaa .. Ok adios ! 
Holla ! Assalamualaikum uols ... hurm aku tengah dengar lagu korea apa benda ni , sejak bila playlist lagu aku penuh dengan lagu korea ni ~ duh ! semoga Rayyan membesar bukan dalam persekitaran yang KPOP . Ok back to topic please ~ bila aku terdampar di tempat yang penuh keuntungan ni (Bukit Beruntung) takde apa pun yang menarik kat sini (padahal tak habis explore pun lagi)

Petang-petang bila boring dan saka lapar datang , aku suka makan rojak kat sini . Eh sebenarnya suami aku suka makan rojak ni , dan aku pun terikut sama .. mula-mula rasa macam ermm biasa je sebab waktu tu dah kenyang sangat .. alkisahnya hari tu mencari rojak demi melunaskan rasa mengidam beliau .. bluwerk ! 

Tahukah anda makanan tepi-tepi jalan sebenarnya lagi sedap dari hotel tau ! so bila tercari-cari terjumpa la satu gerai , (bukan gerai alaa yang jual menggunakan van tu ) lebih kurang macam tu lah , pakcik ni nampak dari raut muka macam ala-ala mamak , biasa rojak mamak ni sedap oih .. so apa lagi , try satu kali ! 

Kat sini pun ada cendol , cendol kat sini sama je macam kedai lain tapi bila pekena lepas makan rojak tu , memang tak angkat kepala dah , memang masuk kat alam sendiri . kah ! yang pasti cendol tu habis daku hirup .. untuk pertama kali order , kami order dua pinggan rojak .. almaklumlah nafsu lapar , ingat kan sikit lah kan sepinggan tu tapi mak oih limpah ! kuah merembes-rembes dan harga dia (RM4.50) cendol plak (RM2.00)




Bila rojak depan mata , ayoyoyo siapa mahu habiskan ini dey , alamak haha tapi serius sedap lah rojak kat sini .. kira berbaloi lah dengan harga tu , mee banyak , kuah pun banyak .. Rayyan tolong habiskan k .. haa tapi ni kat area rumah je .. kalau rasa nak try mai lah haha semata nak makan rojak kan , boleh kita mencendol dan merojak sebarang dua .

Rojak sedap ni di tapak pasar malam Bukit Beruntung .. heheh ini lah tempat melepaskan saka lapar sang laki-laki dan bini beliau , lepas tu lepak taman main kejar-kejar dengan anak teruna .. phewww lapar balik ! Ok terima kasih kerana sudi menjamu mata anda .. sila kelik iklan sebarang dua untuk tabung masa depan .. haha 


Maafkan Umi Sayang ~ 

Terus terang aku cakap , aku menyusukan Rayyan sepenuhnya bukan dalam jangka masa yang lama seperti orang lain , sedih ? of course sedih sebab tak dapat menyusu sepenuhnya hingga 2 tahun .. tapi journey of breastfeeding setiap mummy tak sama kan .. maafkan Umi sayang .. 

Kenapa campur ? kenapa tak nyusu badan sepenuhnya dan macam-macam lagi ? by the way kenapa Rayyan tak cukup bila menyusu badan sebab dia hanya menyusu sebelah je walaupun selalu bagi ke dua-dua tapi dia asyik menolak , dari baby hingga sekarang dia hanya menyusu badan sebelah kanan sahaja , i dont know why , nak kata sebelah buta ! hurm celik je tengok haha ..  so stop ask me why ~ sakit bila soalan tu di ajukan haha .. 

A lil throwback saat gebu gebas , jangan risau Umi tetap akan beri susu badan hingga kering 

Lately aku cuba consume Shatavari Asparagus Racemosus by Himalaya , brand Himalaya ni memang tak asing lagi dari dulu , banyak feedback positif dari pengguna setia Himalaya , dan aku akan google dan buat research jugak sebelum try .. tq buat Kak Dila bagi tau pasal ni , so that aku boleh try dan share apa yang bagus tentang Shatavari ni .. (masih struggle try milkbooster sebab bukan sepenuhnya FM)


Shatavari Punca Rayyan Kurang Minum Susu Formula ?

Seminggu lebih aku cuba dengan konsisten , sebelum ni aku akan buat susu untuk Rayyan dalam 180 ml air tapi sejak dua menjak ni dia selalu tak habiskan susu FM yang aku buat , always membazir , membazir dan membazir ~ sebelum ni setiap kali buat memang habis licin dia minum susu FM tu.. dan lately ni jugak asyik nak melekap (nyusu badan je) lebih dari biasa, kadang aku puas paksa dia habiskan susu FM tapi asyik menolak dan akhirnya nak melekap je dengan aku .. 

Semenjak aku amalkan Shatavari ni , susu makin banyak keluar , dan Rayyan pun cepat kenyang sebab tu separuh je dia minum susu FM , memang takde punca lain dah kenapa dia kurang dan kadang tolak susu FM , lepaih ni kena buat separuh je lah gitu .. jimat duit abah :p hurmm tetiba rasa sedih andainya dua-dua dia nak nyusu , mungkin aku dapat bagi fully breastfeed huwaaa tapi takpelah aku tetap teruskan perjuangan ni hingga ke titisan akhir .. mana tahu susu lagi banyak keluar dan tak perlu susu FM dah , ni pun aku consume seminggu lebih .. haaa

Shatavari Himalaya Ok ke ?

Bagi mummy yang nak tingkatkan susu badan , memang aku recommend sangat korang try lah Shatavari ni .. selain tu bukan hanya untuk milkbooster je tapi banyak khasiat yang lain .. aku sendiri usaha dan tawakal je amalkan Shatavari dan bila dah Rayyan berperangai macam tu  , takde sebab lain dah sejak dari start aku amalkan Shatavari ni.. aku yang macam ni pun masih struggle , korang yang nak fully bf wajib try ni .. inshaAllah sangat membantu


Himalaya Shatavari adalah ekstrak herba tulen dan dianggap sebagai ramuan yang paling bermanfaat bagi wanita kerana secara keseluruhannya membantu mengimbangi sistem hormon wanita.Shatavari benar-benar menyuburkan dan membersihkan darah dan organ-organ pembiakan wanita menyebabkan ia menjadi sangat berkesan dalam meningkatkan kesuburannya. Ia menyuburkan rahim dan ovum dan hampir menyiapkan organ-organ wanita untuk mengandung dan menghalang keguguran yang diancam. Ia juga meningkatkan laktasi dan mengandungi phyto-estrogens, prekursor estrogen dan benar-benar sangat berguna untuk wanita yang mengalami tahap estrogen semula jadi yang rendah akibat daripada menopause, histerektomi atau oophorectomies.
Manfaat Shatavari Himalaya  
  • Berkesan dalam meningkatkan kesuburan dan mengawal ovulasi 
  • Menormalkan rembesan hormon
  • Merawat gejala PMS dengan melegakan kesakitan dan mengawal kehilangan darah 
  • Membantu dalam penyusuan ibu 
  • Melegakan simptom menopouse seperti kilat panas
  • Sangat berfaedah dalam amenorea, dysmenorrhea, leucorrhea dan penyakit peradangan pelvik yang lain.
  • Membantu mengatasi keletihan, kesihatan fizikal dan mental, dan menyokong dan meremajakan  tubuh
  • Herba berharga di Ayurveda digunakan untuk beribu-ribu tahun sebagai tonik pembiakan wanita.
Penggunaan 



1 tablet dua kali sehari selepas makan .
-Setiap tablet mengandungi: Ekstrak akar Shatavari ( Asparagus racemosus ) - 250 mg
-100% Vegetarian
-Bebas dari gula, warna tiruan, perisa buatan, pengawet, dan gelatin.

Melalui pembacaan aku dan buat sedikit research , herba yang terdapat dalam Shatavari ni adalah dari tumbuhan yg berada dalam hutan rendah di India , dan semestinya ia dari akar tumbuhan yang memang untuk perubatan .. Shatavari bermaksud ''100 pasangan'' dan juga di panggil Ratu Herba kerana ia menguatkan seorang wanita di titik ia mampu menghasilkan ovum yang sihat , melalui pembacaan ni memang banyak khasiat dia weh.. jangan risau Shatavari adalah HALAL .

Bagi yang mana tengah ikhtiar untuk hamil dan belum amalkan Shatavari , cuba ikhtiar dengan amalkan Shatavari pulak .. mana tahu usaha , doa dan tawakal dengan izin Allah , segala doa di makbulkan .. kita hanya merancang Allah jua yang menentukan .. :)

More Info :

Fb Page Himalaya : https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia
Instagram Himalaya : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates