• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ~ 

Holla semua ~ aku rasa dah lama tak bercuti sejak Rayyan lahir ni , dah besar pun dia .. so aku betul-betul perlukan ketenangan , minda yang relax , bebas dengan kerja - kerja rumah yang melambak , erghhh stress sangat dan rasa macam jarang luangkan masa dengan suami dan anak , suami pun kerja je .. hari minggu pun kadang kerja .. kesian Rayyan kan , sejak dia lahir tak pernah bawak dia bercuti .. jadi sekarang dah nak masuk hujung tahun , memang sesuai sangat untuk bercuti ! orang kata sebelum masuk tahun baru meh la kita cipta kenangan di tahun 2016 ni .. yahoooo ~ mood holiday ON

Tapi sebelum bercuti banyak jugak benda nak kena fikir , nak kena fikir mana nak pergi , nak kena fikir nak tido kat mana ,lebih-lebih lagi penginapan bila dah ada anak ni harusla selesa macam hotel lima bintang gitu haa , baru lah bercuti namanya haha .. so aku rasa macam nak pergi holiday ke Melaka je , macam best je bawak Rayyan naik beca lampu kelip-kelip , sambil pusing negeri bersejarah tu .. dan satu lagi nak kena fikir adalah BUJET .. kalau boleh jimat kita jimatkan lagi ..

So tips nak pergi bercuti ni haruslah SURVEY promosi-promosi yang ada , memandangkan aku nak tido kat hotel , harusla cari hotel yang selesa , bersih , cantik dan yang paling penting semua kemudahan ada ~jadi web yang aku sangat suka survey adalah TRAVELOKA , memang tepat pada masa , traveloka tengah buat promosi hujung tahun , dan omaigod !! memang banyak diskaun untuk hotel-hotel yang keseluruhannya hampir 100 hotel yang terdapat di Malaysia , Indonesia dan juga Singapore..wow ~ memang teruja sangat nak tido hotel mewah tapi dapat murah dengan diskaun hebat yang ada phewww ~  .. bagi korang yang tak tahu , sila register sekarang juga di https://www.traveloka.com/en-my ,rugi tau lepaskan peluang ni ..


Bila bukak web Traveloka ni terus klik kat promotion , https://www.traveloka.com/en-my/promotion  memandangkan nak cari hotel , tick je kat hotel-related sebelah kiri tu ha .. aku memang suka web ni sebab memudahkan segala carian yang aku nak cari .. 

Traveloka menawarkan pelbagai diskaun hebat

Wow promosi untuk semua hotel tau korang , bukan hotel-hotel mewah je , jadi korang akan dapat diskaun dan boleh berjimat dekat penginapan, dan boleh lebihkan budget ke makanan atau shopping…. senang je korang hanya pilih hotel yang korang nak .. tak kisah pun korang nak stay bila .. book je dulu okeyh ! korang boleh book online dekat website Traveloka atau untuk mudah korang download applikasi Traveloka di Apple Store / Play Store.. aku dah book dah hotel kat Melaka nanti kat applikasi Traveloka .. kalau korang nak tengok terma dan syarat bukak je link kat atas , semua ada tertulis kat situ .. )

ni aku bagi contoh aku book hotel tadi , kot la ada yang tak faham .. korang search tempat yang korang nak g bercuti , lepastu akan keluar semua hotel-hotel untuk korang pilih yang terbaik la kan .. siap ada rating dah .. memang mudah sangat .. pastu korang pilih la bilik , setel semua masa untuk bayar ~

Part bayaran ,semua total akan di berikan untuk korang, harga tanpa caj terlindung ~ tapi
sebelum tu jangan lupa masukkan KUPON PROMO dari TRAVELOKA kalau ada ..haa bila dah
guna kupon nampak tak diskaun lagi banyak yang korang akan dapat .. jangan lepaskan peluang
ni .. sesekali bercuti rehatkan minda dan tenangkan fikiran bersama keluarga ye dak ?


Kalau tengok semua promosi-promosi yang ada di Traveloka web ni memang rugi sangat kalau lepaskan peluang ! lebih-lebih lagi hujung tahun ni memang masa yang terbaik untuk korang pergi bercuti ... lagi pun dah nak cuti sekolah ni kan .. bawak anak-anak jenjalan memang seronok kan , tapi dalam masa yang sama kita dapat berjimat banyak sangat dengan promosi diskaun yang memang susah nak dapat ni .. so jangan lupa cepat-cepat register di https://www.traveloka.com/en-my/ dan klik je di https://www.traveloka.com/en-my/promotion   .. 

p/s : Jangan lupa download aplikasi Traveloka di app store dan play store korang semua, its free ! untuk terma dan syarat dan cara untuk dapatkan semua promosi ni sudah tersedia untuk korang .. sangat mudah semudah ABC korang , hehe so happy holiday !!!!

INFO LANJUT 

Website : https://www.traveloka.com/en-my/ 
Facebook : @TravelokaMY
Twitter : @travelokaMY
Instagram : @traveloka
Google + : Traveloka

Assalamualaikum , holla ! lama gila tak menapak kat ikea ni , last sebelum kawen kot tu pun kat ikea damansara ~ masa belom kawen tak berapa eksited sangat tengok deko dan perabot yang ada kat situ tapi dah jadi mak ni yaAllah geramnya nak beli semua tapi rakyat marhaen macam aiols ni tak mampu haha tapi ada berkenan dengan satu benda ni .. ops ! 

tq hencik somi , mana Rayyan ? Rayyan di jaga oleh maid haha takdelah , datang dengan adik ipar sekali so sempat la umi Rayyan bergambar sat 

Datang weekend memang agak bersesak jugakla , lagi bersesak bila nak makan .. huh ! jenuh oikk tunggu sorang-sorang habis makan .. bercinta sangat makan , walaupun ramai yang sedang menunggu tempat duduk .. ada tu yang dah siap lama tapi duk berborak .. adoha memang tak kesian langsung kat orang yang sedang berdiri ngan anak lagi haa eh terbebel pulak ! sape suruh pergi time weekend kan .. padan muka diri sendiri

masuk-masuk je terus nampak sofa-sofa bergelimpangan ~ haaa lepas tu dah terkenan dengan salah satu sofa kat sini, aiyokk tapi walaupun nampak simple , bila duduk sangat la best , aku dah berkenan dengan sofa Klippan ni haa .. walaupun two seat , tapi sebenarnya 3 org boleh duduk .. 


ni haa sofa klippan yang dah terkenan , harga dia rm649 , sabar ye sayang akan ku sunting mu , tengok dalam group dekorasi ikea kat fb ramai jugak pakai sofa ni , baca-baca komen semua brpuas hati dengan sofa ni .. boleh pakai bertahun2 lamanya ..dan yang penting safety untuk Rayyan , takde bucu-bucu yang tajam .. budak tu makin melasak dah sekarang

lepastu aktiviti seterusnya meronda sampai penat sambil pejam mata haha , dan bergambar je la kerja nya si Umi rayyan ni kan .. hajat nak survey-survey je dulu tapi ada jugak terbeli dua tiga barang .. nak tau aku beli apa ? last sekali aku bagitau .. yang penting jangan membazir , ikut keperluan bukan kehendak ... tapi macam kehendak je .. eh ! 

 Rayyan anak umi baik orangnya , tak meragam sangat kecuali bila dah terlampau boring , haha jalan ngan budak ni sekejap aje dah mengantok .. sampai kan terlentok-lentok walaupun dalam troli .. sabar je la 

ikea ni memang konsep dia putih , cantik memang cantik tapi betul-betul nak kena jaga bagi tak kotor , fuh jenuh gak tu .. aku takboleh guna konsep putih ni .. sangat tidak sesuai haha 
 cantik je deko meja mekap ni , simple tapi nampak macam elegant je, meja , cermin , lampu .. done ! nak buat macam ni jugak lah ..

Rayyan pun nak bergambar jugak Umi ! masa Rayyan baby takdenya dia nak duduk dalam baby coat ni haa , asal letak je nangis so memang aku tak beli pun . masa kat kg guna yang abg punya memang nngis dia haa

Dah kepenatan amat berjalan , masa untuk makan ! yeyyy lama nya tak makan meatball ikea ~ makin sedap .. tapi kongsi dengan hencik somi , 15 ketul memang tak larat nak makan sorang haha.. isi dia betul-betul padat tu yang jadi kegilaan ramai ..


Siap makan , pergi cari Kaison pulak cari walpapepr seketul dua , mood nak deco-deco rumah memberontak .. walaupun rumah sendiri takde lagi sobss nak jugak deco -deco sebab sakit naw mata memandang .. hari-hari duk sini so apa salah buat kan hati tenang bila duk di rumah kan .. hihi so apa yang dah terbeli kat ikea ? aku just beli langsiri lenda , lennart dan tempat letak plastik je haaa .. niat nak survey je tapi hampeh ada jugak terbeli :p

lama dah cari langsir panjang .. pilih warna grey sebab senang nak masuk dengan warna nanti 

saje beli wat letak barang mekap haha :p






Assalamualaikum , jiwang qaseh comeback  , jangan tak percaya aku ni jiwang  orgnya , kalau tak percaya boleh baca lama2 punya kat tab luahan hati , jaga2 ! haha 


Kadang-kadang penat berjalan asyik terpijak duri , sesekali ingin terbang di awangan biar angin pula yang membelai diri

Pernah tengok manusia yang hatinya sudah beku ? pernah tahu kenapa hati yang beku itu susah untuk di cairkan ? pernah tengok air mata yang sepatutnya keluar tapi sudah lama tidak mengalir ~ kerana dia telah move on , atau masih coba untuk ''move on'' dengan sesuatu yang teruk yang pernah menimpa dirinya .. saat itu kau lihat dia seolah tiada perasaan bila mengaitkan dengan sesuatu , seperti bersahaja menghirup air teh yang cukup kelat rasanya ~ reaksi tiada , keluh kesah apatah lagi .. 

Bila seseorang itu sedang bangkit dengan sesuatu yang sebenarnya amat payah ! berkali-kali cuba bangkit tapi semakin terbuai .. dia akan ambil masa untuk dirinya sendiri ~ ibarat berada seorang diri di pulau tanpa sesiapa yang menyerabutkan dan mengingatkan dia tentang sesuatu .. kadang-kadang orang selalu fikir bila kita mendiamkan diri , menjauhi , melepaskan lelah dari kejauhan disangkakan kita sedang membenci ! sedangkan gelodak di jiwa sedang meletup , jika tidak di kawal mungkin akan hancur ! 

Betapa nak move on tu sangat memerlukan masa , betapa susahnya seperti ingin istiqamah dengan konsisten .. tahu ? so jangan pernah cuba untuk bersangka buruk jika tidak tahu apa yang sedang dia lalui , jangan pernah mengherdik jika tidak mampu menghulur tangan untuk membantu , jangan sayang ~ kerna ia mampu menambah luka .. andai dia ingin meminta masa .. berikanlah , andai dia ingin menyendiri .. biarkan lah ~ andai dia menjauhi .. redha lah ~ suatu waktu nanti dia akan kembali .. kembali dengan semangat yang lebih kuat. 

Hati Berbicara :

Selalu melihat pengalaman orang yang sedaya upaya untuk move on dari kisah lalu , perit jerih semua ada ! sadis atas luka teruk yang pernah di lemparkan oleh manusia kejam .. tapi bila seseorang itu sudah habis fasa ''move on'' kembali cantik dengan semangat baru seakan baru di lahirkan kembali .. 
Sabar sayang andai saat ini ada sesuatu yang menguji , kalau tiada sabar mungkin kita semua akan jatuh gaung , terhempas dan mati ! 
p/s : lama tidak menaip coretan sebegini , rindu aku sangat rindu seakan feel tu sampai , seperti pertama kali aku mengenal blog .. boleh kan setiap malam aku menulis sebegini ? Blog aku bukan ? :p

Kenapa Suntikan Vaksin MMR di percepatkan diusia 9 bulan ? Assalamualaikum semua parents ~ hari ni nak share pasal vaksin , kepada anti vaksin jangan kecam , sebab saya memilih vaksin , semoga anak-anak kita semua di jauhi dengan penyakit yang merbahaya , ameen :)


Hari tu aku ada post gambar kat atas ni di FB , lepastu ramai pulak tanya kenapa umur 9 bulan kena cucuk ? bukan ke kena cucuk masa umur setahun ? haaa aku pun mula-mula terpinga-pinga jugak masa checkup Rayyan 8 bulan , nurse ada bagitahu nanti datang checkup 9 bulan , kita cucuk ye ..lepastu aku tertanya-tanya jugak la kenapa nak kena cucuk umur 9 bulan padahal sepatutnya pada usia setahun kan.

Lepastu nurse terangkan lah , sekarang wabak penyakit campak ramai yang dah kena sebelum umur setahun , jadi Vaksin MMR di percepatkan pada usia 9 bulan untuk dos yang pertama , dan nanti 1 dos lagi pada umur setahun , so aku angguk faham je la sebab mereka lebih arif .. dan ada google memang jadual suntikan imunisasi sudah berubah di Klinik Kesihatan , so alhamdulillah setakat ni Rayyan ok je , takde tanda-tanda demam dan sewaktu dengannya lepas suntikan MMR.

Kenapa kena ambil suntikan vaksin MMR ? btw vaksin MMR ni melindungi anak-anak kita dari penyakit berjangkit Measles , Mumps dan Rubella .. bahaya nya penyakit Maisles boleh mengjankiti organ-organ dalaman spt paru2 dll dan boleh mengakibatkan kematian , mumps pulak bengkak kalenjar dan demam , berisiko mengjangkiti testis dan pankreas anak2 , dan rubella akan menimbulkan bintik2 merah yang akan sembuh dalam seminggu dua tapi berbahaya juga , haaa gituuu .. so baik la anak menangis masa kena cucuk dari kita yang menangis tengok anak-anak sakit.

more info boleh baca kenyataan kat bawah ni ha
 

Alhamdulillah , kita hanya berusaha dan segalanya atas izin Allah , masa Rayyan kena cucuk , aku tak boleh pegang dia , bukan sebab kesian sangat ke apa , tapi Rayyan punya strong tu Umi pun boleh tercampak haha , kuat betul tendangan dia , dan akhirnya anak teruna Umi menangis jugak , huwaaa masa dia nangis tu memang kesian la kan , tapi sekejap je haa , lepas siap tu helok pulak ! ngado sangat anak Umi ni .. setakat ni semua perkembangan dia normal , berat pun makin naik , checkup 8 bulan 8.6 kg 74 cm, 9 bulan 9.1 kg dah , tinggi pun naik 1cm dah jadi 75cm ! 


Bila Hati Berbicara :
Kita hanya merancang Allah jua yang menentukan , doakan Rayyan jadi anak yg soleh dunia dan akhirat :)


Assalamualaikum , salam jumaat semua .. di hari yang mulia ni  nak share tips untuk jadi seorang yang lebih baik , marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik , InshaAllah .. dan sebenarnya post ni untuk diri sendiri jugak yang banyak lalai dalam hidup .. Kadang-kadang bila kita nak berubah ke arah kebaikan ni ada juga antara segelintir yang kecam dan cop kita bajet baik .. so abaikan , butakan mata , pekakkan telinga ,kunci mulut , kuatkan hati dan jalan terus !


 
Pertama sekali apa-apa yang kita nak buat , tak kira apa pun kita kena ada niat , niat yang betul yang Allah redha bukan sekadar niat di mulut betul tapi di hati niat nak menunjuk sampai boleh jadi riak , takpe kita niat yang betul hanya Allah yang tahu , tapi hati kena kuat , kalau tak jatuh tersungkur tapi yakinkan diri kita mampu , kalau tak mampu buat banyak benda kebaikan , kita mulakan sikit-sikit .. bila dah kumpul sikit2 tu makin lama makin banyak kan .. 
Kedua , apa benda sekalipun yang kita nak , jangan lupa doa sungguh-sungguh kat Allah , kalau kita kata kita nak jadi baik , setiap hari setiap malam , sambil berjalan , sambil buat kerja doa je ''YaAllah aku betul-betul nak jadi baik , baik dari masa lampau , baik dari hari ke hari , lebih baik dari hari semalam ! doa je Allah itu maha mendengar , kadang-kadang ada benda kita nak barang atau apa-apa pun kita doa sungguh-sungguh , mungkin hari ni , kita tak dapat , hari esok pun kita belum dapat , tapi inshaaAllah lama-lama Allah akan nilai dan hargai ''budak ni tak putus doa kat aku , aku nak tengok sampai bila'' dan satu hari doa itu pasti dimakbulkan juga ~
 
 Yang ni sangat penting , andai kita tak tahu apa - apa kita boleh belajar kan , kalau kita dah tahu sesuatu tu kita pulak boleh mengajar orang yang sedang mencari sesuatu ilmu , bab belajar ni semua sekarang ada kat hujung jari je tapi pastikan betul , kalau rasa was-was kita boleh tanya orang yang lebih arif .. dan andai pulak ada seseorang bertanyakan sesuatu dan kita tahu , ajarlah dia sunguh-sungguh , kat situ kita dah beroleh pahala dan kebaikan.

 
Aku kadang-kadang suka sangat bertangguh , yes aku mengaku hurm , kadang-kadang dah niat dah esok nak buat itu ini , nak ubah cara hidup , nak konsisten dengan jadual yang di buat dalam minda , tapi bila bangun pagi esok ntah kemana semua jadual yang ada di kepala , kadang-kadang suka bertangguh nak tutup aurat  , bertangguh nak baca quran , bertangguh solat .. lama kelamaan hati pun tak tenang .. so harapnya takde dah perangai yang suka sangat bertangguh ni !
  
Dan part yang paling payah sebenarnya adalah ISTIQAMAH , orang kata nak berubah tu sebenarnya senang sangat , tapi nak istiqamah tu sangat lah susah .. baru nak bangun dah jatuh balik , bangun lagi dan jatuh lagi .. ~ Allahu , tapi bila buat jahat senang je nak istiqamah ye .. hurmm kat dunia ni toilet nak masuk pun kena bayar , kat akhirat kelak nak masuk syurga pun bukan free , kena buat sesuatu .. semoga kita semua terus istiqamah dalam berbuat kebaikan , inshaAllah .. doakan korang semua dan tolong doakan aku juga :(


Hati Berbicara :
Aku tersesat menuju hati Mu , beri aku jalan yang indah..
 

Assalamualaikum ~ 

Holla semua , delay sangat entry kali ni sebab internet rumah buat hal , merajuk apa dia tak tau .. nasib baik dah okay balik sebab nak share hadiah cantik sangat dari Printcious yang aku buat tempoh hari , masih kah kau ingat ? kalau tak ingat boleh baca my prev entry kat sini Printcious .. gigh tau aku buat bantal aku hari tu , nak kan yang terbaik gitu .. akhirnya bantal yang aku buat di Printcious dah sampai ! 

Btw , memang laju proses penghantaran dari Printcious ni cuma aku je lambat publish , bagi aku yang sejenis makhluk yang mudah excited ni memang teruja bila bantal aku dah sampai , al maklum lah nak tengok muka gambar family kecik aku di bantal tu haha , mula-mula nak letak gambar lain , tapi tak lengkap bertiga so akhirnya aku pilih gambar raya untuk di custom made kan kat bantal aku dan aku memilih warna merah , kerana merah itu sexy ! yearghh haha so nah tengokla bantal aku untuk tatapan kalian.

 Tadaaa ni la bantal yang dah di custom made kan oleh aku , kalau korang malas nak custom made pun takpe sebab design-design yang dah sedia ada pun sangat cantik .. 

 Close up sikit gambar yang aku letak , sangat berpuas hati dengan gambar yang dah di print , aku risau jugak sebenarnya kotla gambar ni jadi kabur lepas di print kan , sebab aku just guna fon je untuk gambar ni ,  tapi bila dah sampai alhamdulillah memang sangat berkualiti dan gambar tak pecah walaupun resolution gambar ni tak berapa besar , tq Printcious for the best servise !

agak-agak kalau kotor boleh basuh tak ? haaa boleh basuh sebab sarung nya boleh bukak , so kalau kotor boleh la bukak sarung nya .. 

Lagi satu aku ingatkan bantal ni kecik je setakat untuk buat perhiasan dalam kereta ataupun kat sofa , tapi bantal ni boleh je untuk buat tido , aku kalau nak berblog buat lapik bantal ni je .. haha berebut pulak dengan Rayyan .. suka sangat dia tau.

My Review di Printcious 
Servis Penghantaran - Sangat Laju 
Kualiti barang - Sangat Ok
Laman Web - Mesra Pengguna , Mudah dan Pantas 
Customer Servise - Layanan Tiptop

Jadi apa korang tunggu lagi ! cepat-cepat buat sendiri hadiah korang di www.printcious.com  , macam-macam barang korang boleh buat , nak bag kekasih ke , suami , isteri , kawan , skandal semua boleh haha.. lagi pun sekarang banyak gila sale yang ada .. ! Aku pun ada lagi dua tiga barang nak di custom made kan .. tak payah buang masa keluar rumah cari kedai kan ... ok adios 

INFO 
https://www.printcious.my/
FB : https://www.facebook.com/printcious
TWIT : https://twitter.com/printcious
IG : https://www.instagram.com/printcious/



Assalamualaikum 

Holla semua ~ hari ni aku nak share satu web yang akan buatkan korang semua-semua ni yang selalu je buntu dalam mencari hadiah yang sesuai untuk kesayangan , tak kisah lah untuk suami ke , kekasih , kawan , family dan lain-lain .. Orang kata kalau nak berikan hadiah kepada seseorang ni , kita nak sesuatu tu di ingati , contohla kalau aku bagi mug kat kawan aku , tapi aku nak setiap kali dia tengok mug tu , dia akan ingat aku sebab aku dah siap-siap letak gambar aku kat situ haha , tapi kadang masa sibuk sampai tak sempat nak pergi tempah kat mana-mana kan , sekarang aku bagi cara yang paling mudah untuk DIY hadiah korang ~ haaaa teruja ?

Kalau korang teruja , sebenarnya aku lagi teruja , sebab aku dah tak payah fikir sangat apa benda aku nak bagi kat suami dan anak aku ~ tapi kenapa lagi ok kalau kita custom made sendiri hadiah ? bagi aku mudah je ,  kalau kita buat hadiah tu dengan idea kita sendiri , yang menerima pasti lebih terharu dan terasa dihargai walaupun hadiah tu simple , mungkin boleh buat penerima rasa tersentuh gitu haa.. so sweet ! yang lagi best tak perlu keluar rumah , buang masa dan tenaga kerana semua tu boleh di buat secara online je weh .. kat mana ? kat bawah ni haaa , siap aku dah bagi link siap-siap kat korang semua , hanya klik je ok 

http://www.printcious.com/ - Precious Gift From Your Heart


Inilah dia laman web http://www.printcious.com/ , kalau korang pernah dengar heartbeat suatu ketika dahulu , sebenarnya printcious ni penjenamaan semula dengan tagline nya Precious Gift Frm Your Heart , memang banyak hadiah-hadiah yang korang boleh bikin sendiri atau pun diy atau custom made , the same thing right ~ so meh aku tunjuk kategori yang korang boleh pilih , eh sebelum tu korang kena la create account dulu , free je ok .. semudah a b c ! 

Barangan Cenderahati di   http://www.printcious.com/ 


ni antara kategori yang korang boleh pilih dan create sendiri , btw banyak lagi kategori yang ada selain kat atas ni , kanvas , romper baby , dan banyak lagi ~  kalau nak tengok semua kena la masuk di http://www.printcious.com/ ok , dan cara nak custom made korang punya hadiah senang sangat , aku tertarik nak buat custom made cushion aku sendiri , so boleh la letak dalam kereta ..

Create Your Own Gift

so aku pilih basic cushion , wahhh ada 30% DISKAUN ! 


Korang boleh la nak pilih warna apa yang korang nak , aku pilih warna hitam je 


lepas tu kat atas tu , ada tool untuk tambah gambar , boleh letak text .. buat la sekreatif korang ye ~ btw korang boleh tambah gambar dari facebook dan instagram juga , hanya login acc korang lepastu akan keluar gambar-gambar yang korang dah upload , just klik add je !


tadaaaaa ~ siap dah cushion aku , dah siap semua boleh la add to cart , isi alamat semua dan bayar ! siap ada kod voucher diskaun dah haa .. 


sebelum bayar dan nak check semua , kalau rasa tak puas hati dengan custom made korang tadi , tekan je edit , so edit la bagi puas hati naaa , harga kat sini pun takdelah mahal sangat , harga semua mampu milik .. suka sangat dengan Printcious ni ! 

Apa kata anda lepas masuk web ni ? haruslah terpikat kan ,, hadiah-hadiah kat sini memang sesuai di beri kepada semua , buntu nak cari hadiah untuk wedding , birhtday , valentine, husband dan lain-lain , kat sini memang tempat terbaik untuk cari hadiah yang korang inginkan dan create sendiri , kalau rasa tak reti design , its ok sebab kat sini ada designer-designer hebat yang dah sumbangkan design2 mereka .. oh ye kalau korang rasa korang ada artwork yang bernilai , korang boleh juga jual di web ni , boleh tambag duit sampingan ! 

Lastly dari aku , sangat tak sabar nak tengok hasil yang aku dah buat , nak peluk-peluk cium bantal aku tadi haha .. nanti hadiah dah sampai depan pintu rumah , aku akan tunjuk hasilnya kat korang ok ! buat cepat-cepat hadiah korang kat sini ... Do your preciouse gift from your heart yawwww ! 

Info Lanjut 

Web : http://www.printcious.com/
Fb Page : https://www.facebook.com/printcious/
Contact : 0193232502
Email: ask@printcious.com
Alamat :
No. 30, First Floor, Jalan Tiara 4,
Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Masa:
Isnin- Jumaat ( 9-6ptg)
Sabtu (9-1ptg)
Ahad & Cuti Umum (Tutup)





Assalamualaikum 

Holla si cantik semua , sekarang dah zaman 2016 , kalau kita tengok dan perhati dari zaman sebelum memang banyak produk kecantikan dan sekarang semakin melambak kat pasaran tapi yang power tetap akan bertahan , sebab apa ? sebab produk tu memang dah memenangi hati setiap wanita dan of coz la terbaik , kalau tak takkan mampu bertahan berpuluh tahun kan .. kecantikan dan wanita ni memang tak dapat di pisahkan kan ? sama la macam aku , tak nak keluar rumah kalau tak calit apa-apa kat muka hihi

Korang pernah dengar tentang produk De'Wajah ? Aku lahir dalam zaman 80-an , memang orang kata membesar dengan produk-produk legend , dulu memang glamour De'Wajah ni dan hingga sekarang De'Wajah dah 20 tahun berada di pasaran ! Kalau dah 20 tahun berada di pasaran memang diakui lah keberkesanannya ye dak ? Bukan hanya produk muka je tapi rambut , badan juga ada dan salah satu produk dari De'Wajah ialah B'More Gold Series 24K

Inilah dia produk B'More Gold Series 24k , satu set ni ada 5 jenis item , tapi kenapa Gold ? kenapa bukan silver ke apa kan .. haa betapa emas ni sangat bernilai , sebab apa produk ni mengandungi extrak emas tulen 24k ? antaranya 
  • Penggunaan teknologi emas membantu melancarkan aliran darah ke seluruh wajah dan menaikkan seri wajah si pemakai
  • Merangsang pembaharuan tisu kulit dan menjadikan kulit lebih anjal , tegang dan segar 
  • Melembabkan kulit yang hyper kering 
  • Mengurangkan garis halus sekitar mata dan garis senyum yang semakin ketara 
  • Memberi effect glowing 
  • Membangkitkan aura wajah dan memberi perlindungan dari sinaran matahari terik 
Tu semua kelebihan kenapa B'More Gold Series mengandungi ekstrak emas , dan produk ni sesuai untuk penjagaan kulit yang berumur 30-an ke atas .. lagi dua tahun aku dah nak masuk 3series , memang kena dapatkan produk ni nanti .. ohh terasa masih muda haha , so apa je 5  item dalam 1 set ni , ok kalau korang dapatkan 1 set B'More Gold Series ni , korang akan dapat Gold Essence , Gold Cleanser , Gold Scrub , Moisturising Day Cream dan Night Treatment. Mari kita tengok kelebihan satu-satu item ni pulak akak-akak semua 




  • Gold Essence - mengandungi perlindungan UV tambahan yang mengurangkan tanda-tanda penuaan yang di sebabkan oleh UVA dan UVB  dan dapat mengekalkan kelembapan kulit supaya lebih sihat , lembut dan lembap sepanjang hari - RM95.30
  • Gold Cleanser -pembersih emas 24k adalahantioksi dan semulajadi yang menggalakkan pengeluaran kolagen serta meningkatkan keanjalan kulit serta meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedalaman kedutan serta tanda-tanda penuaan. B'More Gold Whitening Cleanser pembersih yang lembut dan mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan tanda-tanda penuaan. Formula pH yang seimbang mengekalkan hidrasi kulit dan licin - RM52.90
  • Gold Scrub - (scrubnya sgt gentle dan lembut pd muka.  Sesuai utk kulit kering yang sensitif, tidak merengsakan kulit muka)  B'More Gold Whitening Scrub dapat membersihkan kekotoran dan memulihara sel-sel kulit mati yang menyekat dilubang pori-pori, serta menganjalkan dan mengembalikan seri kulit -RM52.90


  •  Moisturising Day Cream - Membantu dan berkesan untuk menghalang sinaran UVA / UVB dengan meningkatkan SPF dari sinar matahari, menggalakkan peredaran darah untuk menghalang pertumbuhan melanin, dan membaiki masalah kulit - RM37.10


  • Night Treatment - Membantu mengurangkan garis-garis halus, pigmentasi dan parut jerawat. Ia juga membantu untuk mengekalkan penampilan Nampak lebih muda - RM37.10
Jadi kalau korang ada masalah kulit yang terlalu kering ,(garis halus ketara bila senyum , kesukaran dalam bersolek , menggelupas dan melecet ) antara simptom kulit kering, dah tak cantik kat situ , cepat-cepat la dapat kan produk B'More Gold Series dari De'Wajah ni haa  , harga pun mampu milik kan .. mana nak dapatkan ? info semua kat bawah ni .. more info boleh layari web De'wajah 

INFO/HOTLINE 


*Hotline : 03-5511 8519*
Whatsapp 1 : 019-317 8007
Whatsapp 2 : 019-2028 983 
Whatsapp 3 : 016-2250 686
FB 1 : De'Wajah HQ 
FB 2 : De'Wajah Online
Insta : @dewajah_online

#dewajah
#katalogdewajah
#dewajahonline
#dewajahonlinemarketing
#dewajahskincare
#serlahkankejelitaan


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates