• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

 Assalamualaikum ,

Kalau sebut tentang Gadgets World 666 ni mesti korang kenal kan , sebab pernah di viralkan katanya kedai ni jual accesories dan macam2 berkaitan dengan gadjet .. eh betul ke murah ? so semalam lepas balik makan dari kl singgah lah sekejap di kedai gadget world 666 ni di Sri Gombak , btw temankan suami gian nak berkaraoke .. katanya lama tak karok , dan2 je kan .. so nampak lah kedai ni ..

Lagipun memang tengah cari casing fon 5s daku ni dengan tempered glass yang murah2 je sebab dah calar habis dah screen protector yang terdahulu .. dah tak nampak rupe screen dah aku tengok , nak whatsapp dan ambil gambar pun takde mood haaaaa , effect sangat kalau tengok screen fon buruk haha ..

             



Jadi aku pun rembat la tempered glass dengan casing 5s , suami pulak beli kabel fon sony nya .. harga ermmm boleh tahan murah la .. lagi pun ada kualiti jugak ..so jom tengok harga yang di belanjakan ~

aku beli tempered glass ala-ala twinkle little star gitu , harga RM25
yang paling murah tempered glass jenis clear semurah RM5.00 je uols ! 

Casing fon pulak harga RM15 je , tapi not bad .. plastik+getah 
kabel fon pulak RM3 je 
biasanya dulu aku pergi pasar malam selalu dpt kabel macam ni sebijik tapi harga RM10 .. cisss ! banyak kot beza .. boleh beli aiskrim 2 ketul lagi .. grrrr haha 

Haaa tu je la yang daku beli , banyak kot aksesori yang arghhh cutenye ,, tapi tahan diri ok .. nanti suami ajak balik beli benda merepek .. haha so sangat la suka datang kedai ni , bolehlah bukak cawangan kat Bukit Beruntung pulak ye ... dekat sikit dengan umah den .. hihi semoga maju jaya .. k adiosss !

alamat :
111-G, Jalan SG 3/2, 68100 Batu Caves
waktu operasi : 10.00-2.00 am 

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah berpeluang lagi melihat dunia hari ni , hehe di sebabkan kebosanan tadi , aku pun merajinkan diri dok mengemas apa yang semak kat rumah ni , so banyak jugak bekas-bekas goodies yang terabai , kebanyakan nya botol-botol cute .. nak buang rasanya sayang , sebab kalau beli pun agak mahal jugak kan , so JANGAN ! jangan buang botol-botol cute tu ok .. baiklah kitar semula balik dan jadikan bekas-bekas di dapur , alaaa boleh lah letak bahan-bahan masak yang sesuai dengan botol goodies tu kan

So tadi dek kerana kerajinan , aku pun buat la lada jeruk tapi cari bekas2 yang sesuai macam takde pulak kat rumah ni , orang baru kawen ni memang banyak barang yang tak lengkap lagi hihihi .. baru lagi la sebab tak smpai setahun lagi kan , uhuk .. sooo aku jadikan botol2 goodies yang aku dapat tu untuk letak lada jeruk yang aku baru buat tadi , di sebabkan aku just guna cili yang kecik2 tu so muat la haaaa , xpayah lah nak beli bekas lain .. cute pun cute ok .. meh tengok antara bekas2 goodies yang ada di dapur den ..hehe

tadaaaa cili jeruk pun nampak tomei sangat bila berada dlm botol yg comei .. ekekeke

haaaa yang sempat di isi , ketumbar , asam keping , bunga cengkih , lawang semua letak je dalam botol2 goodies ni , sayang tau kalau buang , kalau nak buang jugak .. baik buang kat daku je .. banyak benda nak buat ni .. haha 

hati berbicara :
entry expresss ,, sambung masak zasssssssssssssssssssssss

Assalamualaikum , 

Sementara daku menunggu bahan-bahan beku sejuk untuk di masak , moh la kita buat entry express jap , ni nak cerita 2 3 hari lepas , urgent sangat nak cari lori sewa , memang urgent sebab pagi-pagi esoknya nak guna , abis tanya dekat group whatsapp dan jugak facebook , semua takde huh ... arghhh stress amat , tapi xpe setiap masalah tu pasti punya jalan penyelesaiannya kan ..

Alkisahnya nya nak angkut 4 barang je , 1x katil queen size , 2x tilam queen size , peti ais dan jugak mesin basuh .. memang tak muat la kalau nak sumbat dalam kereta kan .. so aku dah takde cara lain , banyak la jugak google tentang lori sewa ni , banyak jugak jumpa .. tapi nak jugak survey harga .. btw nak angkut barang semua dari Batu Cave ke Bukit Beruntung .. first survey harga dalam rm300 , lepastu upah angkut barang oleh pekerja nya rm80 .. makk oiiii semalaman je boleh botak .. haha so survey lain 

Survey kedua , alhamdulillah dapat la murah sikit sebab dah terdesak sangat kan , lagipun aku dah penat nak survey , lagi pun nak transport je .. tak perlu servis angkut barang sekali coz suami dan membe dia dah cukup sado untuk mengankut barang , ekeke akhirnya dapat la harga dalam RM160 untuk  1x katil queen size , 2x tilam queen size , peti ais dan jugak mesin basuh dari Batu Cave ke Bukit Beruntung , bagi aku dah ok sangat kot .. so alhamdulillah akhirnya masalah selesai .. haaa sape2 tercari-cari perkhidmatan lori sewa .. boleh la contact Yahaya Lori Sewa .. 

aku whasapp je senang , cepat je dia respon , so segala pertanyaan or nak runding harga boleh la bincang lelok ~ hehe papepun tq memudahkan urusan ..

Assalamualaikum ,

Hari tu tengah kecoh pasal mycybersale , gatal jugak tangan tengok sale-sale yang ado , last-last aku berkenan dengan almari ni .. masa tu rm42 ade .. rm49 pun ade tapi skang dah makin naik harga nya haaa so cepat-cepat la daku rembat dengan penuh kecomelan , order almari ni .. lagi pun banyak barang tak kemas dan serabut pulak mata memandang .. dengan cadar nya la , selimut , comforter bagai .. lagipun satu almari memang tak cukup ahaks ..

Jadi aku pun oder minggu lepas , dalam tu dia tulis dalam 8 or 9 oktober sampai la , tapi 7 oktober dah sampai dah .. weee laju ~ tak sempat nak merajuk sebab lambat ke ape ke kan .. tq Lazada .. takdelah susah sangat nak pasang almari ni , dan semua barang2 cukup .. so takde ape nak komplen ! haa bab tu tiptop .. 




mula-mula sampai eh eh nampak macam kecik je kotak ni .. 


bukak-bukak gini laa alatan yang di beri untuk kerja2 pemasangan ~ 

iols amek warna purple , sebab takde pilihan warna pulak masa tu , blog pun warna pepel , laptop dan almari pun nak warna pepel jugak ... gituh !

first step ~ terkocoh2 mak buyung buat ni ,, mula2 pasang sorang-sorang je .. pastu hencik laki yang buat hehehe

tapi nak pesan , kain dia takdela tebal sangat , so hati2 bila nak pasang cover almari ni kat bahagian atas , kot2 terkoyak plak .. jangan nak ganas2 sangat la ~
 dah nak siap dah ~ 

tadaaaa haha siap dah almari powerrangers purple ku .. btw mmg agak besar dan kukuh la almari ni , standard la dengan harga kan .. haaa aku dah masukkan semua barang2 dalam ni .. so puas hati memang banyak barang boleh muat ! 

tq kerana sudi membaca , lepas ni nak selalu jenguk2 lazada kot2 ada banyak sale lg .. 
http://www.lazada.com.my

Assalamualaikum ,

11,12 dan 13 September tarikh yang di nanti-nanti oleh family KelabBloggerBenAshaari sebenarnya kan , haha sebelum sampai tarikh ni ramai la yg tereksited sampai packing awal2 termasuk daku , excited terlebih tapi aku packing last minute sebab memang hobi tak tahu nak packing apa , so suami pun dah mintak cuti awal-awal .. akhirnya masa tu pun tiba ~ meh ikuti kebahagiaan kami selama 3 hari dua malam di sebuah resort di Hulu Langat yg ''hangat''.. menaip sambil peyot di tendang-tendang .. adui dui ~ 

Sebelum bercerita panjang , nak berterima kasih sangat-sangat kepada penaja-penaja yang terlibat terutamanya mestilah penaja rasmi KelabBloggerBenAshaari iaitu Cosmoderm yang bertungkus lumus menaja percutian havoc kami , dan juga penaja-penaja lain , ajk dan semua family .. ohsem sangat !

bertempat di sebuah resort yang bagi qaseh banyak perlu di ubah .. peace !

11.09.2015
Hari pertama , hari untuk check in .. aku gerak lepas jumaat almaklumlah jatuh pada hari jumaat .. dan semua hanya boleh check in pukul 2 ke atas .. sampai-sampai je di sana , haruslah daftar dengan Kaksue yang comel lotey selaku ajk untuk pembahagian bilik , barangan cosmoderm yang sememangnya di taja khas buat kami , dan juga baju kumpulan masing-masing , yeah aku dalam kumpulan biru yang hebat sangat haha .. hebat sangat tu kena rahsia , lepas daftar dan check ini ada sesi minum petang sat ~ dan bersambung pada malam hari .. Sebelah malam pula ada dinner  pertandingan karaoke beb .. tak sangka dalam family KBBA ramai artis .. bakat terpendam semua ni haaa .. trmasuk laki den yg sememangnya gila karoke .. hadui 

budak jepun ni pun ade , eeee gewamnyeee ''kata kak ida'' dlm bhasa jepun

kak mas muka terpegun amat dgr sape tah nyanyi haha , ada lyssa , iena , mera sewel dan juga mimin


dalam pukul 12 semua dah keletihan , masing pulang ke bilik ..sebab keesokan harinya banyak lagi aktiviti menarik yg kena join ,, aku sebagai pemegang status makyung hanya boleh lihat dr tepi jee grrr ~ krohhhh tidur bertemankan kipas siling muahaha !!! 

12.09.2015

Kok krok kok kok ~ pagi yang gelap kini sudah terang .. malas gilos nak bangun kalau dah dapat tido , nasib baik tempat ni dalam hutan so bebas la sekejap dari jerebu yg teruk , terima kasih ramai2 dekat hutan belantara ok .. so dengan muka tak mandi nye haha keluar untuk breakfast jap , lepas breakfast ada aktiviti poco-poco dan juga flying fox ! wooooo best gilak sambil nangis dalam hati tak dpt main haha tapi tengok family2 semua pun dah cukup gumbira .. 

Poco-poco


ean , putera abe que achmad 
kembar abg zaini , kembar 3 okeyh , tapi sorg lagi tak seiring dan sejalan waktu ni

Flying Fox 
panjang jugak jarak flying fox kat sini , patut ramai yg terkucil 





 sabar menunggu giliran ~ 
 muka semua banyak hepy lah boleh berflying fox , mana taknya sampai ke tengahari masih belum setel lagi ~ haha dan kami pun berehat seketika untuk makan tengahari .. perut masing2 pun dah berkeroncong amat lebih2 lagi perut aku .. pdhl goyang kaki je hihi .. dan aktiviti seterusnya di bahagikan dalam kumpulan masing2 .. kumpulan biru , merah , purple dan juga hijau .. masing2 di berikan baju mengikut warna kumpulan ~ tq AJCETAK  


Lunch Time ~ 



Sukan Rakyat

Then aktiviti kami sebelah petang adalah sukan rakyat , masing2 di bahagikan kepada 4 kumpulan ..walaupun kumpulan biru sentiasa menang , kami tak rasa riak dan bangga jauh sekali nak mendabik dada kahkah ! antara sukan yang di aturkan spt main terompah , boling kelapa , kepit belon di celah ketiak dan peha , gusti dalam air , tarik  tali dalam air , haaaa gituh ~ meriah gila dengan sorakan dan gelak ketawa masing2 ! walaupun ade terseliuh bagai tetap puas hati kan ? kan ? kan ? 

Btw yuk layan gambar je la dan biar gambar berbicara ~


foto by @kaiostudio boleh tengok di ig @kelabbloggerbenashaari

pancing ape tu bang ~


foto by @kaiostudio boleh tengok di ig @kelabbloggerbenashaari
Assalamualaikum , harapnya bila baca entry ni terus teruja dan melompat kegumbiraan untuk pergi ke legoland dengan kadar segera , haa tips bila baca sila baca depan anak-anak kih3x , anak2 mesti suka bila ada permainan dan tarikan macam ni , btw bukan kanak-kanak je berminat tapi orang dewasa yang suka kan game mesti teruja punya lah , aku lah tu hihi .. Selain dari tarikan terbaru Ninjago Live Show yang qaseh cerita sebelum ni , kali ni qaseh nak cerita satu lagi tarikan terbaru di WaterPark Legoland Malaysia iaitu Build Your Boat ! Macam susah je kan nak bina bot bagai tapi sebenarnya mudah amat siap boleh berlumba-lumba lagi dengan kawan2 yang lain ~ 


WaterPark Legoland sumpah memang terbaik , rasanya sehari tak cukup bagi aku yang sememangnya gilakan air ni haa , dan banyak gila aktiviti yang korang boleh main kat sini , tapi yang tu nanti qaseh citer okeh ?

Naik je kat port Build Your Boat ni bukan saja di penuhi dengan kanak-kanak , haa kan dah kata bukan kanak-kanak je yang teruja dengan tarikan sebegini , tapi kasi can je la kan kat budak2 nanti nangis pulak kalau kena konker dengan orang dewasa kih2 .. gambar-gambar kat bawah ni la tempat untuk bina boat korang !

Kat bawah ni port nye ~ tarikan terbaru di waterpark legoland .. agak besar jugak tempatnya kan .. ingatkan kolam kosong tapi di penuhi dengan lego2.. jom tengok !

dari jauh ~ alamak tersnap montot plak haha ampun 



dah nama nya Legoland mestilah kena bina bot tu dengan menggunakan lego-lego yang di sediakan , tapi jangan risau bagi yang tak reti nak buat tu sebabnya bot sudah di berikan cuma korang kena deco ikut kreativiti korang sendiri je .. nak buat kapal titanic ke ape ke , depends tu pun kalau kreatif amat haha

ni la bot yang di sediakan ~ dan lego2 juga terdapat di situ dengan banyaknyaaa .. haa mai pilih2 nak warna biru ke kuning ke merah ke semua adaaaaa ~


Build Yor Boat ! Kalau korang tengok gambar kat bawah ni , haaa dari sudut atas sekali bot canggih korang akan di lepaskan .. so bina lah dengan sekukuhnya agar ia tak karam di lautan ombak gituhhh .. kat situ ada 4 laluan , so boleh letakkan 4 bot dan di lepaskan secara serentak ... dan apa lagi lets rock ! jom la kitee berlumba .. sape kalah boleh campak ke dalam kolam sana haha 





Kat sini lah tempat berlumba nya .. letak bot masing2 dan tekan gear tu , gear 5 terus !


agak besar jugak kat port Build Your Boat so sangat-sangat berpuas hati ~

qaseh memang kagum dengan Waterpark Legoland ni sebab di setiap tempat pasti akan ada lifeguard yang menjaga , even tempat tu bahaya or tak .. kat sini pun ade life guard yang bertugas so kalau ada masalah boleh refer beliau yang memakai baju merah tu .. qaseh tengok mcm dia lagi seronok dr budak2 tu ops ! haha tapi ok lah life guard yg peramah amat membantu emosi kanak2 .. acewah 

lego - lego ~

Lastly ~ boleh jugak bertemu jodoh kat sini , eh ! haha gurau je .. boleh la tambah kenalan baru sambil berseronok .. ~

Akhir kata terima kasih buat pihak legoland yang memperkenalkan tarikan terbaru di waterpark legoland ni , selain tu kalau korang rasa sejuk dan kecut moh ler lepak kat port Build Your Boat ni , konfirm baju pun boleh kering bila dah terlalu syok sangat berlumba .. hehe so jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri lebih-lebih lagi untuk menggembirakan anak-anak ~ kasi senyum sikit kat mereka kan , bawak bercuti dan santai gini memang best lebih2 lagi yang selalu sibuk bekerja ... 

INFO LANJUT 
http://www.legoland.com.my/Explore/Water-Park/
KLIK LINK ATAS UNTUK SEGALA PROMOSI DAN HARGA TIKET ~ Selamat meng "enjoy" kan diri dan family anda .. ~ 


Assalamualaikum cinta ~ 

Bila kita sayang kan seseorang padahal dia selalu menyakitkan hati kita .. terlalu banyak luka di toreh tapi bila dengan satu jenaka atau dengan satu  ubat yang dia titikkan hati yang tertoreh terus sembuh seperti tak pernah ada luka di situ .. kenapa ? kerana sayang ~ bodohkah kita apabila terlalu menyayangi seseorang sedangkan kita sendiri tahu yang akhirnya ia mungkin bukan milik kita .. bukan milik sesiapa .. 

Ada yang menjelikkan 'cinta' bila dia tak pernah merasa apa itu sebenarnya cinta , ada yang membutakan mata , memekakkan telinga bila ada kawan nya yang meminta pertolongan untuk memberi satu cebis nasihat mahupun untuk mendengar hanya sekejap luahan hati .. ya ~ mungkin kawannya di anggap bodoh kerana terjebak dengan cinta .. tapi adakala ia fitrah seorang manusia yang ingin terbuai dengan rasa di cintai , di kasihi , di jaga lebih2 lagi bila hati seakan sunyi .. 

 berjuta-juta bintang tapi mungkin hanya ada satu yang paling terang .. antara berjuta-juta orang pasti ada seorang yang kita paling sayang 

Kawan .. andai cinta itu mampu merubah ke arah kebaikan , pegang lah ia .. niatkan dalam hati yang cinta itu akan kau jadikan halal .. jangan persia-sia kan .. tapi andai cinta itu merusakkan hidup kau , lagi terasa kosong dan jauh dari yang maha kuasa , tinggallah ia .. jangan biar kan rasa itu bercambah menjadi titik hitam ~ titik hitam yang akan menghantui hidup kau selamanya .. yang bila di hari tua kelak kau rasa sangat menyesal hingga bersedih tiada guna .. pengalaman mendewasakan kita kan ~ 

Andai ada yangs edang terluka .. bangunlah dari kekecewaan .. mungkin hari ni masih lagi air mata melimpah ruah , mungkin esok air mata hanya bergenang , dan seterusnya mata pun sudah penat untuk sentiasa menumpahkan air mata kekecewaan .. dan yang sedang bergembira dan bahagia ... kadang kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang , termasuk aku , cuma doa yang mampu .. berpada-pada kerana setiap nyawa milik Allah .. :) pesan aku kita teruskan dengan apa yang kita sedang kecapi sekarang .. kerna bukan aku yang memberi kan kebahagiaan tapi hanya DIA :)

hati berbicara :

Sekadar coretan kosong entah termasuk dengan perasaan atau pun tidak , tapi hidup siapa yang tak pernah terluka , mungkin pada suatu masa dulu ... hehe zaman berhingus yang cuba berlagak dewasa tapi bila dan menganjak usia dewasa teringin kembali pada zaman remaja .. 
apapun semoga ALLAH redha 

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates