• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog


Assalamualaikum ,


24.5.2014 tempoh hari  , aku telah menjoinkan diri mengikuti treasure hunt  bersama ephyra , aduhh sbnrnya tak yakin amat sbb si Qaseh dalia ni orgnya agak lembut haha poyo je  , tp dah di goda-goda oleh kaksue , join la jugak .. jap sblum brcerita aktiviti di hari kejadian haruslah kita berterima kasih buat pengasas ephyra , puan amiza amirudin dan team denai hati yang menganjurkan aktiviti syok mcmni , mls nak brsenam mmg ssuai la masuk aktiviti2 sihat ni , selain dari mengerat kan silaturahim sesame blogger .. Alhamdulillah qaseh bagi 10 bintang !
Team pulak main random je , baru je acah2 nak pilih geng sndiri haha oh ye sblum esoknya treasure hunt ada up status yang  berbunyi mcm ni ‘’esok treasure hunt , ni mesti menang’’ haha adakah qaseh menang ? moh le baca smpai abisss .. jeng jeng jeng , suspen

team 2 #glutathione 
ketua dah duk dalam kete , tak sabo2 nak berlumbaa ..


 So kitorang berkumpul kat puspanita , semua  7 team dan setiap team ada 4orang , so random team telah menakdirkan Qaseh , ujang , norfa lyana dan kak eyza iaitu team ke dua , nak tahu team kami nama apa ? namanyaaa KUNTUM , ok tipu je , nama team kami GLUTATHIONE power(nama salah satu bahan produk ephyra) ..yeyyy ok la satu team dengan ujang , wpun dia ni pembuli tp boleh pakai haha, n norfa dah kenal jugak siap prnah brcuti ke bintulu lg , dan kak eyza first time jmpa , kak eyza pun ok mesra alam dan smgt waja ..gituu~ qaseh pun dah tak ingat berapa task semuanya , tapi task2 agak memalukan kakakakaka , sebab selain dari seorg yg lembut Qaseh jugak seorang pemalu , huwahuwahuwa sabo je la 
haruslah mendengar penerangan dari abg ensem ni dulu , nanti tak dapat makanan

sebelum treasure hunt , breakfast penting , haaa nampak tak ephyra tu untuk kuasa power rangers !
are you ready ???? jom tgk task2 yg di berikan utk kami 

Task 1 kena bancuh 180ml ephyra dan buat instavideo , bab2 video ni den lomah sikit , dah la insta aku asyik keluar suara robot je , abis kena bantai gelak dengan bro hazman fadzil . terpaksa pinjam tab kak fiza fantagiro post kan video , huhu tq kak fiza wpun kita team bemusuhan . Boleh di kira team work jugak kan kan kan kan tapi ‘kalau’ menang tak jadi teamwork la ,  haha ujang pulak asyik nak membuli je kerjanya ..nasib baik tukang drive , kena buat baik2 nanti kena tinggal tepi jalan
boleh tengok video nya kat insta , hashtag #ephyrateam2 




Task 2 , di beri satu kertas ,kertas tu pulak suruh kitorg cari nama spesies2 pokok kat Taman Botani , makanya team kami sampai paling awal ,*bangga jap*  berlari-lari anak mencari spesis2 pokok ..naik bukit , turun bukit , nasib tak tergolek je  , *dlm hati hekeleh senang sgt ni* haha sng la sgt , last2 tu dah hampir salah , Nampak tak kepoyoan trserlah .selesai.

Task3 , plak kena p klia2 , tq so much kat ujang , driver yang otai bab jalan sebab tu kena speed trap haha mantap gitu , dlm task tu , kena berenti tepi jalan dulu , selfie dengan BILLBOARD EPHYRA , haha hentam je la kan , berenti selfie tengah2 panas nasib tak kena hon ! selfie sekali tak menjadi , tak omeii laa plak muka kiteee , nak je selfie byk2 tapi kang terbalik billboard tu .. mati kena kejar dengan team lain  .. kalau korang lalu BILLBOARD EPHYRA , yg trletak di tepi highway plus brhampiran dgn exit BANGI , ingat kitorg k !  selesai kat situ task2 di klia2 menunggu , boleh tahan banyak nyeeeeeeeeeeeee ~ kena pulak cari STARBUCK , mula2 silap STARBUCK daaaa , besar amat KLIA2 ni jakun jap , huh STARBUCK pun ade dua biji ko , akhirnya jumpa mereka di situ , amboiii2 sedap minum ye bang , kami dah berpeluh ketiak .. tettttt


Kat KLIA2 , Antara task2 yang kami kena buat kena amik gambar ikut kreativiti depan board KLIA2 ,eh org panggil board ke ? kena selfie sekurang2nya 3 orang kat depan board tu jugak , kena listkan nama2 kedai yang ada kat situ , lepas tu kena cari makhluk asing , errr wargaasing , dan bergambar dengan mereka sekeping , bersama signboard ephyra , ini semua demi kaching ! fuh Tarik nafas jap … huwahhhhhhhh haaa lepas tu kena cari seorg warga asing lelaki memakai baju berwarna TURQOISE , dan buat instavideo terangkan apa itu ephyra .. makanyaaa kami jumpaak sama itukkk mat indon , yaa udah la enggak tahu enggak tahu , diam aja bisa ! ikutin ajaaa dong haha sumpah aku yg trgelak tgk video ujang terangkan kat mat indon ni , papepun trimakasih yaa pakkk .. senang kan itu dari enggak tahu suda tahuu ~

kreatif kan kami , xde lagi orang buat macam ni selain kami haha 

dalam ephyra treasure hunt banyak jugak task kena selfie 
psst : susah juri kuat selfie ni , ops ! 

kitorang belum cakap pape lagi , abg salleh ni dah setuju .. nampak tak power nya kami :p

Next task kena cari perempuan FREE HAIR berbaju TURQOISE , pulakkk dahhh , eh sabo je la , melilau gak cari .. akhirnya jumpa , ingat kan dia tak pandai cakap melayu , komfiden nya cakap mat salleh , #ohmyenglishhh , time ni aku plak kene terangkan , Nampak gaya mcm berminat , komfirm lepas ni dia pilih ephyra kan , hai akak .. mesti tgh baca blog Qaseh kan .. peace !
boleh tengok video nya kat insta , hashtag #ephyrateam2 


Lepas tu kena cari 3 wargaasing pulakkkkkkk , still buat insta video tapi kali ni bukan terangkan pasal ephyra , tapi kena buat team cheer depan dorg , sumpah malu huwaaa nasib baik tak masuk tv , banyak sungguh dugaan di ketika ini , di takdirkan brjumpa dengan satu family india  , mulanya makcik2 famili dorg mcm ok tapi bapaknyaaa pulak reject , mentang2 la tak masuk tv kannn .. rugi la pakcik kalau tak boleh masuk blog qasehdalia.com ni haaa , tapi xpe bila bersabar dengan ujian org kata dapat penawar , haaha tadaa jumpa family india jugak tapi super sporting .. ok pakcik , kite cakap GLUTATHIONE ! pakcik ckp powerrr ! pakcik memang power rangers lah ! jgn gelak tgk video ni !

memang saja bagi terbalik ni haa
boleh tengok video nya kat insta , hashtag #ephyrateam2 

Task last di klia2 kena cari makanan paling pedas , huh pusing punya pusing , siap Tanya dekat kaunter pertanyaan , semua tak tahu nak jwap ape .. cari2 ASK ME , xde pulak kelibat nya … so cari sendiri je lah , kitorg beli pasta kot nama nya , kat JAYA GROCERIES , penjual tu kata pedas , kami pun rasa la , tak pedas sgt , pastu ada serbuk cili kat situ , agak banyak jugak kitorg letak , aku la letak plg banyak , tapi ujang tahan la pulok , takut berulang ke toilet katanya .. tapi last2 juri2 kata tak pedas langsung , Qaseh rasa juri dah tiada deria rasaa agaknya haha ampunnn :p eh lastly kena isi teka teki mat salleh , kitorang apa lagi GOOGLE je lah .. hihihihi

haaa dia ni laaa , ini lah dia yang kata makanan kami tak pedas , rasa nak LASTIK je BINTANG kat dia , haisy geram ni ! nasib ensem jugak , ada rupa mcm artis tak , ala lupa lak nama artis tu .. sorry tak single anak 5 dah kuwangkuwang


Akhirnya tamat task di KLIA2 ,yahooo lega ceq rasa ..~ sebelum tu singgah petronas hilangkan penat lelah , solat dan makan ! tq pengangjurr haruslah makan free .. nasi ayam ephyra special , eh ! pastu balik Putrajaya , patutnya naik bas tapi kami malas nak naik bas dan tak tahu nak parking mana , terus shoot ke booth ephyra di jom heboh , team pertama smpai kat sana setelah penat brjalan .. biasa la jom heboh dan hari belia memang jem teruk ! trpksa parking jauh .. smbil tunggu dorg smpat berehat panjang sambil minum ephyra , sedap rasa dia macam oren , org lain minum sikit2 je , Qaseh mnum sbotol .. sedapp !
kak fiza : lantak mung la nak amek gambar pong , aku dahaga sgt ni ! lari mcm kuda belang tadi , xmenang dop tahu la nok oyak gapo ! 
eh eh anak ujang pun ade , bagi smgt kat ayah dia ..

Dan kat booth last task kitorg kena buat , main bola sambil tutup mata , Qaseh ngan norfa tukang sepak bola , ujang tukang bagi arahan , sebenarnya aku tak dengar lgsung apa ujang cakap hahaha , sebab tu mcm org gila je rasa , duk sepak angin ! oh ye kami kena lawan team 7 sebab diorang team ke dua smpai , haha last word aku dengar ujang ckp , ang duk je situ qaseh , kojaq betul … tiba2 masuk angin ronado bagi sepakan hentam kromo dan akhirnya GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL ! KAHKAH kelakar gila .. tp xpe menang jugak , tu last task kitorang .. Alhamdulillah !  penat memang penat gila , tapi sumpah enjoy , dengan team yg sekepala dan teamwork yang thorbaik , kongsi2 wifi lagi , nak 100 post kat insta kan , haa dapat pun .. tq ujang , norfa dan kak miza …
 sebenarnya sepatah haram aku tak dengar , haha dah la bising gila , ha angguk je la qaseh sebelum kne ketuk ngan ujang , bukan boleh kira mat boroi ni , 
haaa yee yeee paham boss ! *curik gambar cik norpa*

Lastly keputusan pemenang EPHYRA TREASURE HUNT , brdebar gila ni sebab ada saingan sengit .. fuh Qaseh tanya ujang , menang ke tak wei kita hahaha , aku pandang muka ko , ko pandang muka aku . sengal ! akhirnya kami JUARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ~ teriak jugak la hari tu haha menjerit sakan , Alhamdulillah rezeki kami ..
Tahniah jugak team2 lain , tempat ke tiga kumpulan TOMATO , siap ada buah tomato lagi , mana ekau rembat haaa , tempat ke dua ACAI BERI (saingan sengit) hehehe dan tempat pertama GLUTATHIONE power … tq duta ephyra yg memeriahkan suasana dan jutaan terima kasih buat PUAN AMIZA yang super gojes ! dan semestinya TEAM DENAI HATI … sgt enjoy , terima kasih



Bagi yang tak tahu apa itu ephyra ? ephyra adalah produk kecantikan dan kesihatan , cantik sihat dan bertenaga , hari tu jugak dapat ephyra free , sebenarnya first time Qaseh minum ephyra , sebelum ni mampu tgk je kan , rasa dia mcm air oren , memang boleh telan punya , dan sesuai untuk lelaki dan perempuan , kanak2 4 tahun ke atas , ibu menyusu dan hamil 6 bulan ke atas .. dan produk ephyra semestinya halal .

Kalau korang ada masalah kulit berjerawat , berjeragat , berparut , penyakit kulit , gastrik, kolesterol , stress ,sembelit , asma , gout , menopause,  hormone yg tidak seimbang , alergik seafood, resdung , penyakit gusi , demam , mslh tidur ,lesu , jangkitan pundi kencing , mslh buah pinggang , kanser , migraine , sakit kepala , nyanyuk , darah tinggi , kencing manis , tiroid dan banyak lagi , korang boleh cuba mengamalkan produk ephyra ni , inshaaAllah ada perubahan

Nak tahu lebih lanjut boleh layari
www.oceanlife2u.com
www.facebook.com/oceanlife2u
insta : @ephyra2u




Assalamualaikum ..


 Assalamualaikum ..
mana ye nak cari jubah2 yang sesuai dengan cutting badan , menutup aurat , tak nipis , tak panas .. haaa meh sini qaseh nak share jubah yg sgt selesa ..
#ootd kali ni qaseh menggayakan JUBAH PLAIN NURA by BY_RH (instagram)
 
qaseh pakai saiz S almaklumlah kurus kering , sebenarnya risau jugak takut ukuran dia besar , biasa qaseh beli jubah even saiz S pun , agak besar jugak di badan , tapi ukuran dari by_rh ni memang memuaskan hati , cutting kembang ke bawah , dan ada butang kat dada , menyenangkan sangat bagi ibu2 yang ingin menyusukan anak yee
material - kain koshibo
cutting - A cut jubah
tangan getah 

kaler , banyak pilihan kaler , biru , kuning , merah , hitam , kelabu , haa nak keler ape ?korang boleh lah pilih sendiri nak kaler ape , tapi kena cepat oder sebab hurmm sekejap je dah tutup oder , nasib baik la gua sempat rembat , nak beli lagi satu semalam tapi dah tutup oder la plak.. bencik ! 

 jubah ni sesuai nak pergi mana-mana , event ke , kenduri ke , majlis cukur jambur , terawih , haaaaa semua sesuai lah .. 
ok selamat membeli ye , untuk photoshoot pun cantik , feeling2 sgt kan uols , yang pasti berfesyen biar lah menutup aurat , cantik di pandangan manusia juga cantik di pandangan Allah , inshaaAllah .. semoga Allah redha .. tq by_rh 

nak beli ? follow lah instagram by_rh 
atau pun page fb https://www.facebook.com/pages/Rayyan-Haya-Collection/339484449404315?fref=ts
blog http://www.rayyanhaya.com/


Assalamualaikum ..

hari ni aku nak kongsikan tips kecantikan , eh boleh di kategorikan penjagaan muka tapi tak guna banyak kos , murah-murah saja , pernah pakai mask kat muka tak ? tak kisah la mask yang berair tu ke , mask yang warna hitam ke , mask yang warna putih ke .. tapi tak berapa nak berkesan sgt , lebih-lebih lagi nak buang bintik-bintik yang menempek kat hidung , sampai rimas betul nengoknye ! hurmm aku selalu jugak la buang bintik-bintik tu dengan tangan , picit-picit sampai merah hidung dah boleh ganti badut-badut yang ada .. 

tapi sekarang dah tak guna tangan dah , sebab dah jumpa mask yang sesuai , FLORAL MASK DIAN PIXY  yahooooo dan mask ni wangiii sangat , sampai kan tak nak buang dah , kalau boleh nak je tido pakai mask ni sampai besok , haha dan takde la takut sangat tengok muka sebab mask ni warna ungu ! yezzzaaa ungu ye bukan warna hitam , kekekeke kalau suami tengok pun tak terkejut punya lah eh ! hencik somi pun boleh tumpang sekaki pakai mask ni tawww .

kalau pakai mask yang hitam orang cakap orang minyak 
kalau pakai mask warna ungu pulak orang akan cakap org cantik 
(pantun sukahati)

kelebihan yang aku dapat lepas pakai 
-first2 bau dulu , haha wangi , dah namanya floral , lavender pulak tu 
-tempek-tempek seluruh muka , bagi penuh , lepas pakai tu sedap je macam berangin pun ye jugak , haha terus lentok , aku paling suka sebab bila dah kering , nak cabut mask ni dari muka tak sakit sangat , kalau aku pakai yang jepun tu sakit nak mampusss ,smpai berair bijik mata 
-lepas pakai banyak bendasing melekat kat mask tu , xcaya nnt try zoom , ngeri pulak wa tengok 
-lagi satu haa mask ni lepas pakai , muka pun jadi lembut . waaa halussssssssss

xcaya try tengok , haaa dah try memang tak nyesal lah beli , apaaa citaaaa ~ syok kan 
macamana nak dapat kan ?
ok hari tu aku dapat kan dengan businnesswoman yg super cantik dan baik hati kalau korang nak boleh wasap / meseg 
cik miza - Sms/whatsapp 010-2205962

Oh ye , harga dia pulak 


Promosi Harga Retail RM39.90 . Guna kod 'qaseh' anda dapat harga RM33.90

oh ye , saya dapat free gift buku yassin yg comel , alhamdulillah 



Assalamualaikum ..

Selamat tengahari , semalam lepak-lepak alamanda dengan budak-budak kesayangan aku , budak lepas spm , di sebabkan salah sorang dah nak balik pahang , even pahang dengan putrajaya bukannya jauh sgt pun tapi aku pasti jarak jauh ni pun memang membuatkan masing-masing dah susah nak berjumpa , so lepak la dengan dorang seharian ... lepak alamanda tengok wayang spiderman untuk ke dua kali nya , layan je la ~ lepas tu pergi taman botani jap , suka lepak sini .. cantik !

#OOTD semalam , dress harimau bintang labuh , tshirt hitam sebagai inner , dan cardigan kimono labuh , wajib pakai inner sebab cardigan ni nipis nanti terbayang-bayang pulak di sebaliknya , lama dah aku beli cardigan ni dekat time square je , harga lupa pulak , dalam rm60 lebih kot ..
pergi untuk kenduri pun sesuai kan ..

maaf la , perangai mcm budak2 sikit haha ni sape yang lepas spm pun tak tahu , eceh bujet muda plak padahal dah 26 tahun ok ! 

ini lah tini , last day jumpa dengan dia , waaa lepas ni mesti kaksue rindu tini , tempat buli , tempat merajuk , kauter pertanyaan , peneman g toilet , peneman g surau , tempat ceramah , selalu kena marah ngan kaksue padan muka ! selalu kena tarik telinga , rindu main binggo dengan calculator , usik2 dia dengan adan .. will miss u sayang , jaga diri baik2 , jangan gatal2 , jgn malas2 , belajar elok2 dan jangan lupa kaksue .. ! yang pasti bila ingat kaksue dengar la lagu yang kaksue bagi tu ye , haa suwit kan akak mu ni haha ..



last words 
kaksue minta maaf andai sepanjang kita berkenalan , banyak lukakan hati , guriskan hati tini , u know me ! kaksue pernah muda ! haha .. jaga diri baik2 , takmo pakai baju singkat2 , jadi muslimah yang cantik luar dan dalam , takyah fikir lagi lelaki , tumpu pada study , kaksue takpe , kaksue dah nak kawen hahaha , love u muaxxxx :') 

biasalah , dalam hidup kita akan jumpa banyak orang , datang dan pergi ....semua itu automatik jadi kenangan kita , untuk di kenang , untuk di lupa , terpulang ~ tapi selagi ingatan tetap utuh .. kenangan itu tetap ada .. kadang ia datang menjengah ~ rindu .. pasti ada , life must go on ...






Assalamualaikum ,

Tempat makan best Sg Merab Bangi | Warung Bunian | pernah terserempak dengan bunian ? eh pernah datang makan kat warung bunian ? jangan risau kat sini xde bunian kot , aku pun tak tahu kenapa warung ni di panggil BUNIAN , malas nak cakap lebih yang pasti makan kat sini sangat heaven ! aku bagi 10 bintang ! tapi yang istimewanya kat sini , setiap hari menu dia berbeza , haaa contoh la semalam masak lemak udang , esoknye pulak masak lemak ketam .. tapi menu dalam sehari tu sama utk semua orang .. tapi sumpah sedap gila weiiiiii , arghhh lapar la pulak bila teringat 

tapi yang memang wajib korang kena buat kalau nak makan kat warung bunian ni , korang kena booking awal-awal , warung bunian ni always penuh , kalau kau nak datang lenggang-lenggok tanpa booking rasa nya sia-sia je la .. kalau dapat pun atas nasib tapi baik booking la awal-awal , meseg nombor yang tertera kat bawah sekali yee 

so hari tu qaseh pergi dengan kak fiza , kak sue , yanty dan mieza , akhirnya dapat jugak keluar gigirl , dah lama kita tak keluar kan sayang-sayang , rindu bertandang , kali ke dua qaseh dtg sini , first dengan dorang jugak , haa bab2 makan serahkan kat diorang ni jeee , aku tukang mengekor dan makan tapi tak gemuk2 haha .. so menu hari tu adalah ketam ! yahooooo my feveret foeva ever after .. tq korang , luv much ! 
jom tengok menu2 nya .. sedap gila , tak tipu .. nak je mintak resipi tapi konfirm tak dapat hehe


masak lemak ketam 

udang masak merah 'kot' lupa la plak masak apa ni
haa yang ni aku tahu , ayam goreng !
sayur goreng ala warung bunian 

alamat :
WARUNG TAPAK SULAIMAN / BUNIAN
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN
DESA PUTRA , SG MERAB
43000 KAJANG SELANGOR 

NO FON : 017-3812246 (meseg / call dia utk booking)
breakfast pun ade , roti canai dia pun sedap .. 
try lah ye . confirm nak datang lagi 
gambar : www.yanty.my

Assalamualaikum ..

Sejak kebelakangan ni aku kerap sangat sakit kepala , sakit aku ni bukan tahap parah sampai kena hentak kepala , tapi denyut kat belakang kepala tu buat kan rasa tak selesa , dah sakit ni memang mood pun ke laut , pantang orang bergurau sikit memang nak marah la jawab dia , haaa nampak tak sakit kepala ni kaitkan dengan emosi .

MIGRAIN ? haih aku pun tak tahu migrain  tu sakit dia macamana dan aku pun tak tahu aku ni sebenarnya migrain ke tak , biasa aku buat aku mandi lama-lama bawah pancuran air perghhh lega rasa tapi sekejap je la benda tu tahan kan , cara ke dua pulak aku amek langkah untuk menidurkan diri smpai lebam .. dah tidur memang tak rasa apa-apa la kan .

pantang aku bau rokok , bau busuk , kena panas matahari haaa mula la , sakit kepala datang menyerang , mak datok manja nya seorang manusia yang bernama qaseh dalia ni kan , kena panas pun tak boleh , wahh boleh jadi puteri lilin dah aku , pastu alkisahnya yana ujang ada kongsi petua untuk legakan sakit kepala . katanya cari  EUCALLYPTUS OIL dekat guardian .. so semalam baru aku cari minyak ni , harga dia rm7.20 , so cepat2 aku try .. 


 tadaaa , bau dia best , nasib baik bukan bau minyak cap kapak sebab aku tak suka sgt bau mcm tu , tapi minyak ni bau berangin jugak , sapu kat kepala rasa sejukkk jeee , bukan untuk sakit kepala je , selsema batuk pun boleh .. haaa korang try la kalau tak tahan sangat , so benda ni dah jadi satu barang wajib yang mesti ada dalam beg aku ! tq yana[klik] untuk tips kesihatan ni .

khasiat minyak kayu putih atau bahasa saintifiknya eucallyptus oil
-utk demam selsema /batuk 
palit setitik minyak pada hidung , urut  perlahan-lahan di dada dan belakang dengan minyak ni 
(utk bayi , bancuh dengan air dan minyak bayi , gosok prlhan-lahan di dada dan belakang bayi)

-untuk sesak nafas 
campur minyak secukupnya ke dalam semangkuk air panas yg masih berwap , selubung kepala dgn tuala dan sedut wap ke dlm hidung 

-kembung perut 
sapu pada perut dan urut perlahan -lahan , istimewa utk bayi yang baru lahir apabila di sapu pd pusatnya 

-mandian bayi 
campur  sedikit minyak ni dalam air mandi bayi untuk rasa yang segar , ia dapat meransangkan peredaran darah , menghangatkan badan dan mencegah kesejukan 

-badan yang sejuk 
sapu minyak pada dada dan belakang , kemudian urut perlahan-lahan , bagus untuk wanita yang baru bersalin 

-sengal terseliuh dan lebam2
urut di tempat yang lenguh2 dengan minyak ni , insya Allah kembali pulih 

hati berbicara :
jom try , in shaa Allah dengan izinnya :)

Assalamualaikum , 

semalam aku lepak - lepak kat pantai Morib dengan si dia lagi , kali ke tiga aku datang sini , pertama kali dengan kawan blogger yang lain , kedua dan ketiga dengan si dia , kalau takde tempat untuk di tuju , dia selalu perangkap aku dengan perkataan pantai , sebab aku salah seorang manusia yang sangat sukakan pantai .

Aku tak tahu kenapa aku suka suasana pantai , tak kisah mana-mana janji tempat tu tak merosakkan pandangan mata aku , aku rasa tenang dengan udara dia , angin dia , air dia .. bagi aku semua masalah hilang , aku suka tengok orang sekeliling aku gembira , macam-macam ada .. semalam kitorang berdua tertengok seorang budak ni , aktiviti jahat gelak kan org , budak tu menangis ,mula-mula aku fikir budak tu demam , tapi rupanya menangis bila di temani tuala kecik brwarna putih , haaa lepas tu byk pulak cerita yg dia reka , ''mungkin dia tak dapat duduk dgn famili dia yg lain '' waktu tu ada keluarga besar sdg menjamu selera di sebelh meja budak tadi , aku balas kata dia ''pandai2 je haha'' tapi bila fikir balik mungkin ya , agaknya merajuk haha sambung gelak .. manusia memang suka membuat kisah bagi pihak org lain kan . dushhh !!

teringat waktu kecik-kecik , banyak kenangan yang aku sgt rindu , segalanya lah , rindu ohh ! betullah orang kata bila kita kecikkk berhingus tak sabar-sabar nak jadi dewasa , tapi bila dah dewasa rasa nak jadi kecikk balik , sebab ? mungkin banyak benda yang membebankan , dan kadang-kadang bila kita trlalu letih dengan dunia , kita pasti akan rindu saat-saat hingus kita masih meleleh , fikirkan untuk kesat hingus saja , kah kah


di sebabkan rindu aku pd zaman kanak-kanak , aku paksa dia belikan aku belon air sabun ni , rm10 je , aku amek yang paling besar hahahaha seronok , aku sememangnya kadang-kadang mcm budak2 sikit so mintak maaf lah ye sebab kena layan karenah babygirl yg tak sedar diri , aku main sorang-sorang je tapi dalam duk main-main tu ada budak-budak tumpang berkejaran pecahkan belon aku , salah sorg tuuuu budak dlm gmbr duk tengok2 haaaa nakk lettewww , haha so aku pun hepy tengok diorang berebut-rebut kejarkan belon .. kikiki , aku pun sedaya upaya buat belon byk2 , ciss penat ahkak ..

dalam tak sangka terjumpa photographer hebat , kenal dia masa dekat kedah ikut trip santai media , lama gila tak jumpa dia ni , opss xde gambar , malu nak selfie haha . banyak jugak borak-borak trmasuklah trip dia kat india , dan dapat gak aku cuci mata tengok gambar2 dia yg superb cun dan pengalaman dia kat sana , teruja pulak aku nak ke india ! pergh yang paling aku bengang bila dia cakap , tudung kat sana murah , kalau ikutkan tudung yang aku pakai dlm gmbr tu dalam 2, 3 ringit je ! cisss terkejut berukkk ! huh papepun tq luang masa berborak setelah sekian lama tidak bejumpa , kahkah .. boleh search instagram beliau @iamjoeyjohari

hati berbicara :

sekian dulu cerita aku pasal hari semalam , sbnrnya aku kesian dkt blog aku ni tak de yang nak tlg update , papepun best jugakla lepak pantai morib ni , datang hari weekend memang meriah , boleh main belon , main layang-layang , makan ikan bakar .. nanti nak dtg lagi nak main belon lagi ! hahahaha
-miss a lot of things-

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates