• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

1 disember , qaseh dan geng KelabBloggerBenAshaari telah mengikuti program MATICFEST2013, lokasinya di JALAN AMPANG berdekatan bistro saloma , waze je pasti jumpa .. awal-awal lagi kami sudah menapak di sana ,al maklumlah tak sabo-sabo nak bertreasure hunt dan terbayang sudahh duit Rm600 dan 2 medal dalam genggaman , haaa sape yang taknak kan ?semalam hampir 50 group juga menjoinkan diri dari group kereta , media dan ramai lagi ,perghh mmg sgt mencabar , nasib baik la tak perlu mnum budu ! 

qaseh berpartner dengan mieza , ahaha syok weh berpartner dengan dia , selalu je brdoa ahaha , then slg bkerjasama dan plg tak tahan comel sgt bila buat mimik muka teka binatang ! kahkah hinggakan urusetia turut trgelak ..antara 10 task yang kami kena buat ,kena sumpit belon hgga pecah ,tembak papan guna pistol paintball , sedut kacang masuk botol ,bowling durian , panah dart ,masuk air dlm botol, lompat tali skipping,silang kata , teka binatang, buat teh tarik smbil tutup mata then minum

hadiah yg di tawarkan , frust menunggeng tak dapat menang , kasi can katakan ..haha 

PAMERAN KUCING 
selepas bertreasure hunt dan relax2 sambil menunggu kputusan , qaseh pergi mengintai kucing-kucing comel di pameran yang turut diadakan di MATICFEST2013 ni , haaaa kat sini qaseh ambil masa lama jugakla sebab duk snap2 kucing yang superbb comel ! gebu ! cute ! cantik ! haaa semua la , yaAllah rasa nak mintak2 je dengan tuan dia tapi takut kena cakar pula , kat sini juga diadakan pertandingan kucing sbnrnya , maybe yg plg cantik , plg cerdik dan comel .. dan kat sini juga ada kucing2 untuk di jual , sygnya qaseh tak mampu nak beli .. sobssss








ha posing sikit , senyumm senyummm ~ hihi



ni aku heran , hang makan apa dia weh , nasib baik la kat dalam sangkar , kalau tak memang kena peluk la ! gerammmmmm


PAINTBALL 
sesudah melepaskan geram kat meow-meow gebu semua , qaseh pergi mengintai abang-abang ensem berpaintball , eh eh tergatal pulaks , kelab blogger ben ashaari sememangnya buat aktiviti paintball setiap bulan so lagi la menambah keghairahan qaseh mengintai skill2 diorg ni , haaa dah tau dah ! lepas ni bolehla qaseh menembak abg beng smbil pejam mata .. 



salah seorang geng kami , bersama abg-abg hensem paintball di MATICFEST2013 , hati-hati abg semua , nanti kena tembak hati dengan erra ..opss



ARM WRESTLING 
haaa tu dia , qaseh ngan miza bertanding gusti lengan pulak dah , tapi sekadar suka-suka , perghh boleh tahan kuat tangan qaseh dapat mengalahkan miza haha seronok , salah satu program di MATICFEST2013, hebat tak ?


 qaseh menang ! yahooooo 

dan bagi yang suka membeli belah ,jangan risau banyak booth2 yang di buka pada hari tu antaranya booth paintball , secret garden ,karikatur , travel ,kfc pun adooo , baju-baju batik dan juga booth-booth makanan , surely korang takkan kelaparan dan kehausan , bagus kat pihak MATIC ni mengadakan aktiviti MATICFEST2013 yg membuka peluang kpd org ramai .. masuk scra percuma !!!


DASH YANKURO 
eh eh ada lagi haaaa , tau tak apakah ini , jeng jeng jeng ini adalah tempat kereta control racing tanpa jpj , dulu-dulu sllu juga lah tgk budak-budak laki main game ni , mcm seronok je MATICFEST2013 memancing peminat2 game ni .. awesome !

sape minat racing-racing , haaaa peluang trbaek ! 

hos kami pd hari itu, celebrity LAN ZAILAN 


LAST but not least ! persembahan-persembahan yang mengagumkan dari artis, dan karaoke secara terbuka ,semua hebat-hebat berkaraoke , qaseh layannn jeee ~ nak nyanyi tapi segan kotkot nanti ramai pulak yang bagi bunga ...hikss

MATICFEST2013 juga di meriahkan oleh 2 orang badut yang sgt comel ! qaseh yang bukan budak2 pun teruja tengok dia pusing-pusing belon jadi unta apatah lagi kanak2 ribena yang lain .. 



kesimpulannya ! MATIC memang superb best mengadakan aktiviti-aktiviti yang terbaik , enjoy and fun , hari ni walaupun sakit-sakit badan, berlari sana sini tapi pengalaman ni memang lekat dalam kepala , next time memang WAJIB join lagi !!dan korang yang xde aktiviti di hari minggu silalah menjoinkan diri ye .. 
tq so much to ABG BEN ASHAARI DAN KAREN sebab sudi mengajak kitorang ..all the best !!havoc havoc ! 

PUTIH MELATI , will never forget it walaupun kalah treasure hunt haha , ini lah pengalaman terbaik ..
tq abg beng once again and karen for everything 
apa-apa yang berkaitan korang boleh layari laman web MATIC[klik]
banyak lagi gambar2 menarik just hashtag kat instagram #maticfest2013 #matic 

terima kasih semuanya , MATICFEST2013 sangat awesomeee !!











Assalamualaikum 
sekejapnya masa berlalu dah penghujung tahun 2013 , tetiba rasa macam nak menangis , terlalu cepat hingga aku pun tak sedar putaran hidup aku sendiri 


selamat tidur sahabat , harap lena-lenamu indah terbuai dengan mimpi yang penuh membahagiakan , aku still tak dapat melelapkan mata, penat tapi entahlah kadang-kadang bila badan terlalu penat tapi jiwa dan perasaan sedang berkeladak .. mata pun masih menyala mendambakan cahaya ..harap sirna senja dapat memberi semangat untuk terus merangkak dan berlari mengejar apa yang ada di depan sana .. masih lagi penat hingga kadang tersungkur sebelum melangkah ..

kusut nya fikiran , tak tahu arah mana harus di tuju , ke kanan buntu , ke kiri juga buntu , ke belakang .. banyak duri yang telah ku pijak hingga rasa mahu memadam segala-galanya .. dan sekarang aku hanya mengikut arah yang aku sendiri tak pasti , apa ada bahagia yang bakal menjengah ataupun kesakitan yang berulang kali singgah .. sebaknya , terasa ingin ku luah segala tapi dunia , semua ceritera tak boleh di bentangkan ke seisi alam , kerna rahsia itu wujud , untuk di simpan dan hati jua tempat paling selamat untuk bersembunyi .. kuatlah =)

Allah kuatkanlah segenap ruang hati , jiwa , akalku agar berpaksikan padaMu yang Satu , hanyaMU penenang di kala kusut ku , hanyaMU tempat ku menyandar segala lelah dan gembira di sepanjang perjalanan yang Kau telah ciptakan , hingga ada yang tersasar dari jalan asal .. permudahkanlah segala urusan ku dunia mahupun akhirat , kuatkanlah hatiku .. disember please be nice =)


hati berbicara :
bila kita menjauhi tempat kita sendiri , ia bagi nafas baru , walaupun tak semua masalah kita selesai , sekurang-kurangnya terasa macam dilahirkan semula dan lihat indahnya dunia tanpa masalah , lebih-lebih lagi melihat indahnya ciptaan Tuhan , dalam diam kita memuji apa yg di ciptakan dan dalam diam kita memuji pencipta kita =) 
travel , holiday , joy , happiness 
goldcoastmorib , nanti qaseh update pasal ni .. 



Assalamualaikum 

entry ni khas untuk my idol bloggers,dulu-dulu abg ben pernah wish my besday dalam entry nya so now qaseh pun nak buat entry khas gitu buat abg beng ~ 

selamat hari lahir abg beng , semoga panjang umur , di perluaskan rezeki , di rahmati Allah , di jauhi dari anasir-anasir jahat , manusia2 yang penuh dengan hasad dengki , bahagia hingga ke akhir hayat bersama keluarga yang tercinta .. wish u all the best !!tq for everything ... !!sabar je la dalam menempuhi dunia yang penuh pancaroba ni , jangan pernah brhenti berblog .. abaikan makhluk-makhluk asing yang tak pernah senang dgn hidup orang lain tuh ye , abg beng kan kuat , ketak-ketak lagi haaa .. haaaa nak nangis tak .. kikiki papepun buat yang terbaik didunia juga akhirat , insyaAllah ameen =) 

interprem jap =p 

Assalamualaikum
SUNGAI MERBOK KEDAH dijadikan destinasi pelancongan eko kerana mempunyai unsur sejarah ,kaya khazanah alam semula jadi


Haaa entry lepas dah ke jeti semeling[klik] untuk menaiki bot ke tanjung dawai , pengalaman kali ni so adventure sikit lah kiranya sebab cuaca tak menentu , kami melayari SUNGAI MERBOK dengan hujan yang lebat , phewww aku duduk je ,kadang-kadang je bangun sebab takut , dah la tak pandai berenang dan tak kawen lagi oiiiii , haha apa yang menarik di sini ye ?


Merbok sebenarnya nama seekor burung, betapa kuat nya pengaruh nama burung merbok ni , maka ada beberapa tempat spt PEKAN MERBOK dan sebuah kilang yg brnama MERBOK ,SUNGAI MERBOK ini mengalir ke muara dan bertemu dengan TANJUNG DAWAI yg prnah trlakar sejarah, kalau rajin menyingkap sejarah di sepanjang tebing sungai itu adalah tempat bersemayam SULTAN KEDAH abad ke 19 , haaa byk btul sejarah nya ya, rajin2 membaca 

sepanjang SG MERBOK ni terdapat paya-paya bakau yang tertua , dan jika berpeluang korang boleh tengok udang-udang melompat dengan girangnya sepanjang menyelusuri sungai ini , then jika menyusuri di awal pagi , boleh lihat burung-burung bangau terbang scra brkumpulan dan juga burung helang meninjau mencari ikan utk di jadikan mangsa ..tidak jauh dari situ juga ada tempat ternakan ikan , kena datang dulu then dapat melihat semua keindahan alam =)dan lagi satu aktiviti kayak juga diadakan disini ..

paya bakau yg tertua , penerangan oleh encik goki 


kami diiringi dan segala penerangan ttg SG MERBOK oleh encik goki yang hensem ni haaa


 cantik kan , suasana kat sini .. 
 hujan yang lebat menyebabkan kitorang trpaksa brpatah balik dan tak sempat ke TANJUNG DAWAI , tp pengalaman tu sangat best !

kat sini juga pelbagai spesies ada , lebih drpd 60 spesies tumbuhan dan menjadi habitat haiwan reptilia ..trmasuk ketam , udang kara dan lain-lain lagi ~ 

fakta tentang SG MERBOK
  • akan dinaiktarafkan menjadikan SG MERBOK sebagai destinasi eko pelancongan
  • pernah di gunakan pedagang dr CHINA,INDIA dan ARAB berdagang ke KEDAH
  • antara pusat pemuliharaan terpenting yang dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan


yang pasti pengalaman menyusuri SUNGAI MERBOK memang pengalaman yang sangat menarik , disebabkan hujan qaseh tak dapat nak snap-snap banyak gambar .. hope banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan disini .. apapun terbaik , 
next qaseh nak cerita tentang CHALET TERAPUNG , hingga terasa terapung-apung di awangan gituu .. bye =)


Assalamualaikum
bangun pagi-pagi bukak laptop tengok tarikh dah nak dekat 29 hb , aiyok so cepat-cepat buat entry dengan muka sememeh demi  3d Puzzle , ga ni datang khas dari mexico , Marqis Careno[klik2] mmg macam mexico dah tuannya bhahaha

marqiscareno.blogspot.com/2013/11/simple-ga-klcc-3d-puzzle.html 
klik gambar untuk ke blog beliau 


syarat2nya sonang je haaa
1. Follow blog aku ni...
2. Like page facebook aku... ade kat blah kanan atas blog aku ni...
3. Follow instagram aku.. cari lan_careno dalam instagram... yg ni tak wajib pun... nak follow ke tak sukehati...
4. Buat entry tajuk : Simple GA - 3D Puzzle
5. Dalam entry tu, letakkan gambar sample puzzle yg aku bagi kat atas tu dan backlinkkan ke sini... kiranya gambar tu mcm banner rasmi utk GA ni laa... kononnya... aku malas nak creat2 banner lain...
6. Tinggalkan link entry korang kat entry ni...
  • sebab-sebab saya nak hadiah ni , sebab saya tak mampu nak beli sobss sobss sedihkan saya , harap akiff dapat merasai lah ketidakmampuan aunty qaseh yg macam nak kena lempang je ni , hihihihi .. kena rasuah akiff ni .. lalalalala so korangs korangs ape lagi meh lah join sekaki , cantik wooo 3d puzzle ni , boleh di jadikan hiasan yang super power rangers ..
tarikh tutup 29 november !  

1. Kita hanya memohon doa kepada Allah agar dikurniakan kebaikan dan kesejahteraan terhadap diri kita sahaja, tetapi kita di dalam doa, kita tidak memohon agar Allah mengurniakan kebaikan dan kesejahteraan untuk ibu-bapa kita sendiri dan juga sekelian kaum Muslimin yang lain.

2. Kita mungkin kerapkali membaca Al Quran atau menghafal sebahagian dari ayat-ayat dan surah-surahnya, tetapi tidak membacanya secara tertib (menjadi amalan) sehingga seratus ayat setiap hari.

3. Kita pergi ke masjid untuk mengerjakan solat fardhu berjemaah tanpa mengerjakan solat sunat tahiyatul-masjid. Samalah juga sekiranya kita memasuki masjid untuk membuat sesuatu urusan seperti nikah kahwin atau membayar zakat tetapi solat sunat tahiyatul masjid tidak dilakukan.

4. Kita melewati sebuah tanah perkuburan Islam, tetapi kita tidak memberikan salam kepada para penghuni kubur tersebut dan tidak mendoakan untuk kesejahteraan mereka yang berada di alam kubur.

5. Kita (bagi kaum lelaki) pergi ke suatu kawasan atau tempat dan tiba pada awal pagi hari Jumaat, tetapi tidak bersembahyang Jumaat berjemaah di situ.

6. Kita mungkin tinggal di suatu kawasan yang ada berdekatan dengan kita seorang alim ulama, tetapi kita tidak mempergunakan kelebihan itu untuk menambah ilmu pengetahuan darinya.

7. Kita mungkin berjumpa kembali dengan seorang sahabat lama, tapi kita tidak bertanyakan khabar tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Kita mungkin juga pernah mengundang seseorang untuk menjadi tetamu kita, tetapi kita tidak melayani tetamu tersebut sebaik-baiknya.

9. Kita membiarkan zaman muda kita berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu muda itu dengan menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti kita.

10. Kita mungkin tidak menyedari adanya jiran kita yang merintih lantaran dek kelaparan atau kesusahan, seddangkan kita kekenyangan di rumah.
 

Semoga kita terhindar dari melakukan perkara -perkara yang lagha atau sia-sia ini dan amalan atau ibadah kita ini diterima oleh Allah Taala.Amin.
Assalamualaikum 
qaseh xde mud sangat nak update blog , sebab tengah di uji dengan ujian kesihatan , mungkin Allah ingin membasuh dosa-dosa , alhamdulillah cuma rasa tak tertahan .. diuji sedikit pun menangis , memang hati langsung tak kuat ..kau kena belajar jadi kuat qaseh ! huh hati sering bermonolog tapi air mata tidak berhenti menitis .. 

hari ni qaseh nak berkongsi tentang sebuah nasihat , kadang-kadang menasihati orang ni sangat-sangat senang , guna lidah , guna kata-kata yang indah , kata-kata yang tak habis di mamah dunia , tapi yakinkah kita apa yang kita nasihati itu meresap masuk ke dalam hati orang yang kita nasihat ? lebih-lebih lagi kita nasihat seseorang tu dengan perasaan marah , sinis , tajam mahupun perlian .. tak semua boleh menerima nasihat dengan cara sebegitu ..

 
[gambar] 
moga Allah redha dengan apa yang kita buat 



kadang-kadang kita rasa bila kita menasihati orang , kita rasa lebih baik daripada dia , yelah kan aku nasihat kau aku lebih baik dari kau , kalau tak ~ takde makna aku yang bagi nasihat kan ?? Allahurabbi jangan sayang ~ bila kita ingin menasihati orang sebolehnya janga ada rasa diri kita ni lebih baik dari dia , nasihat akan berkesan jika pemberi nasihat tidak merasakan dirinya lebih baik dari yang dinasihati ..

sebelum kita hendak menilai seseorang , kita kena nilai diri kita sendiri dulu , dan pandanglan semua orang dengan sisi yang baik , setiap manusia ada keburukan dan kebaikan , pandang pada kebaikan dan nasihatilah jika ada keburukan .. jangan pernah rasa kita ni sebaik-baik alam , kerana ia akan mendatangkan sifat ujub dan riak .. bukankah itu lagi menjauhkan kita dari syurga .. perbaiki niat ye sayang ... =)

hati berbicara :

maaf tulisan kali ni tak sepenuhnya dari jiwa , terasa ada kekurangan ..
mungkin keadaan diri yang tidak berapa sihat ,
sharing is loving =)





Surah Al-Ikhlas
"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI"

Keberkatan surah al-ikhlas
  • Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
  • Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
  • Ketika Sakit.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
  • Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
  • Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
 
 hati berbicara :
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates