• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

1. Kita hanya memohon doa kepada Allah agar dikurniakan kebaikan dan kesejahteraan terhadap diri kita sahaja, tetapi kita di dalam doa, kita tidak memohon agar Allah mengurniakan kebaikan dan kesejahteraan untuk ibu-bapa kita sendiri dan juga sekelian kaum Muslimin yang lain.

2. Kita mungkin kerapkali membaca Al Quran atau menghafal sebahagian dari ayat-ayat dan surah-surahnya, tetapi tidak membacanya secara tertib (menjadi amalan) sehingga seratus ayat setiap hari.

3. Kita pergi ke masjid untuk mengerjakan solat fardhu berjemaah tanpa mengerjakan solat sunat tahiyatul-masjid. Samalah juga sekiranya kita memasuki masjid untuk membuat sesuatu urusan seperti nikah kahwin atau membayar zakat tetapi solat sunat tahiyatul masjid tidak dilakukan.

4. Kita melewati sebuah tanah perkuburan Islam, tetapi kita tidak memberikan salam kepada para penghuni kubur tersebut dan tidak mendoakan untuk kesejahteraan mereka yang berada di alam kubur.

5. Kita (bagi kaum lelaki) pergi ke suatu kawasan atau tempat dan tiba pada awal pagi hari Jumaat, tetapi tidak bersembahyang Jumaat berjemaah di situ.

6. Kita mungkin tinggal di suatu kawasan yang ada berdekatan dengan kita seorang alim ulama, tetapi kita tidak mempergunakan kelebihan itu untuk menambah ilmu pengetahuan darinya.

7. Kita mungkin berjumpa kembali dengan seorang sahabat lama, tapi kita tidak bertanyakan khabar tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Kita mungkin juga pernah mengundang seseorang untuk menjadi tetamu kita, tetapi kita tidak melayani tetamu tersebut sebaik-baiknya.

9. Kita membiarkan zaman muda kita berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu muda itu dengan menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti kita.

10. Kita mungkin tidak menyedari adanya jiran kita yang merintih lantaran dek kelaparan atau kesusahan, seddangkan kita kekenyangan di rumah.
 

Semoga kita terhindar dari melakukan perkara -perkara yang lagha atau sia-sia ini dan amalan atau ibadah kita ini diterima oleh Allah Taala.Amin.
Assalamualaikum 
qaseh xde mud sangat nak update blog , sebab tengah di uji dengan ujian kesihatan , mungkin Allah ingin membasuh dosa-dosa , alhamdulillah cuma rasa tak tertahan .. diuji sedikit pun menangis , memang hati langsung tak kuat ..kau kena belajar jadi kuat qaseh ! huh hati sering bermonolog tapi air mata tidak berhenti menitis .. 

hari ni qaseh nak berkongsi tentang sebuah nasihat , kadang-kadang menasihati orang ni sangat-sangat senang , guna lidah , guna kata-kata yang indah , kata-kata yang tak habis di mamah dunia , tapi yakinkah kita apa yang kita nasihati itu meresap masuk ke dalam hati orang yang kita nasihat ? lebih-lebih lagi kita nasihat seseorang tu dengan perasaan marah , sinis , tajam mahupun perlian .. tak semua boleh menerima nasihat dengan cara sebegitu ..

 
[gambar] 
moga Allah redha dengan apa yang kita buat 



kadang-kadang kita rasa bila kita menasihati orang , kita rasa lebih baik daripada dia , yelah kan aku nasihat kau aku lebih baik dari kau , kalau tak ~ takde makna aku yang bagi nasihat kan ?? Allahurabbi jangan sayang ~ bila kita ingin menasihati orang sebolehnya janga ada rasa diri kita ni lebih baik dari dia , nasihat akan berkesan jika pemberi nasihat tidak merasakan dirinya lebih baik dari yang dinasihati ..

sebelum kita hendak menilai seseorang , kita kena nilai diri kita sendiri dulu , dan pandanglan semua orang dengan sisi yang baik , setiap manusia ada keburukan dan kebaikan , pandang pada kebaikan dan nasihatilah jika ada keburukan .. jangan pernah rasa kita ni sebaik-baik alam , kerana ia akan mendatangkan sifat ujub dan riak .. bukankah itu lagi menjauhkan kita dari syurga .. perbaiki niat ye sayang ... =)

hati berbicara :

maaf tulisan kali ni tak sepenuhnya dari jiwa , terasa ada kekurangan ..
mungkin keadaan diri yang tidak berapa sihat ,
sharing is loving =)





Surah Al-Ikhlas
"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI"

Keberkatan surah al-ikhlas
  • Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
  • Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
  • Ketika Sakit.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
  • Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
  • Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
 
 hati berbicara :
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
Assalamualaikum ,
 

Pergh hari ni aku di cabar oleh otai ben 10 , actually cabaran bermula semalam di group kitorang , cabaran apakah itu tadaaa daa daaaa , pergh aku kena diamkan diri dalam masa 24 jam tapi tak cakap pulak kat mana kan ,tempat patut aku diam , aku anggap je lah dalam group kami , so jari-jari ku hari ni banyak pulak rehatnya , dari semalam kebosanan , perghhh ni memang penderaan mental , tapi aku ni banyak cakap sangat ke ? huwaaaaa oke oke pasni nak jadi pendiam buat selamanya lah gitu .. sobssss

jap2 korang nak tahu apa yang korang dapat kalau qaseh diam ? tadaaa daaa korang kena tunggu dekat alamanda ok ! dapat tengok free show , haaaiiiiiiii bukan benda senang kot nak tengok otai buat something kat tempat umum bhahahaha... bukti ni bukti !kalau g mahkamah surely menang punya hakhak ..

 
tinggal berapa belas jam je lagi ! 
chaiyok qaseh chaiyok ! 
ramai pulak yang support aku suruh diam , kurang ajarin punya budak2 ni ahahahaha
p/s : senda gurau group ku syg .. ;p
Assalamualaikum

macam tak percaya kan , banyak pulak qaseh menghupdate blog sejak dua menjak ni , ape suda giler kah qasehan ni , arghh pergi menangis di kuburan sama ~ (terpengaruh dengan ayat ben ashaari)

hari tu , sedih sangat nak cerita .. tapi teruskan jugak menaip dengan linangan air mata yang berlinang ..hari tu kan uwaaaaa ,maaf tak dpt nak membendung segala kesedihan yang terbuku-buku , ok siriyes , hari tu kan ! keyboard laptop dah hilang di mamah dunia , prfttt nasib baik la bukan laptop aku , kalau tak mau guwa bukak langkah seribu ! eh bukak silat terbang pinggan mangkuk .. tengok kat bawah ni !! (marah ni marah)

cuba korang bagi aku nasihat patut tak patut aku tutup blog dengan keyboard yang rongak mcm pakcik sebelah umah aku dulu-dulu masa kat kg , masa tu tak silap , aku umur darjah 6 ,patut tak ! haa korg plak aku mrh nnt .. ni semua anak buah-buahan ku punya psl .. ulang lg sekali nsb baik bukan laptop aku .

tapi sekarang tidak sedih lagi , qaseh dapat laptop free kerana berblog , haaa hebat tak hebat berblog ni .. nak tengok tak laptop baru qaseh .. tadaaa daaa daaaaa ~ 


dengan berblog macam-macam boleh dapat , henfon la , duit la , travel la , jumpa kwn2 baru la , mcm2 la .. tapi tu bagi blogger2 yang hebat2 la , kalau mcm qaseh laptop ni sebenarnya belas qasehan seseorang la, ni laptop si dia la kikiki jangan mare ~ tq sebab sudi bagi nnt saya kumpul duit saya beli baru , then saya bagi balik .. yang baru di puja yang lama di tinggalkan eh eh .. tq so much =) terharu sambil lap ingus .. 

nape macam gedik je entry kali ini , kadang-kadang di suatu waktu perempuan itu boleh berubah-ubah ,so itu sangat normal .. bye =p



Assalamualaikum ...

Semalam sahabat usrah kat whatsapp ada share tentang seseorang yg bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam , qaseh tertanya-tanya siapakah empunya nama hingga bila melihat video arwah , mengalir air mata menahan sebak , qaseh pun turut sama sebak bila melihat video yg dikongsikan ..

Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya di Istanbul, Turki.Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. 


Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.



Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu.Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?



Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”



Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. 



Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!Al-Fatihah.

hati berbicara :
kagum dengan kisah hidup arwah ammar , semoga di tempatkan di kalangan org2 yang beriman , semoga kita semua pun dapat pengakhiran yang baik kelak .. ameen =)
Assalamualaikum ,
 

sambungan dari kisah qaseh travel bersama santai sahabat media [klik] ke lembah bujang , hari ni qaseh nak bawak korang pergi ke suatu tempat ,naik bot di JETI SEMELING melayari indahnya SUNGAI MERBOK ,masa ni masih lagi bermalam di SG PETANI INN HOTEL[klik] ..


kat belakang tu adalah muzium paya bakau



hari ni qaseh nak share sedikit sebanyak tentang JETI SEMELING , apa yang menarik kat sini ? lihat gambar kat atas tu , di belakang qaseh adalah muzium paya bakau ,pertama kali qaseh tengok muzium tu dari jauh , qaseh ingatkan ia sebuah chalet tapi jangkaan yang meleset , mana taknya design nya dari kaca dan di bina di kawasan sungai , dalam muzium tu mcm2 sejarah paya bakau dan info-info yang berkaitan korg boleh tgk dan baca , pada yang minat sangat dengan alam flora rasanya tempat ni sangat sesuai bagi korang ..




lorong pejalan kaki , cantik amat sambil melihat paya bakau dan alam sekeliling yang kehijauan dengan angin sepoi2 bahasa .. fuhh syok giler qaseh lepak dgn diorg hari tu 
melayan perasaan jejaka idaman malaya ni ~ 

selepas kami selesai menelaah info paya bakau di dlm muzium ,inilah tempat yang qaseh paling suka , boleh mark sebagai tempat feberet bila datang ke sini , qaseh buat research kat gugel , tempat ni salah satu tempat yang terbaik untuk photoshoot wedding ,kiranya tempat ni selalu di jadikan aktiviti photoshoot , salah satu daya penarik JETI SEMELING , dan sememangnya ia menarik mata lensa-lensa dan bakal pengantin yang ketandusan idea dan ilham , 




  korang tahu tak ini apa ?
haa inila akar2 paya bakau ekekeke


 pemandangan-pemandangan dari lorong pejalan kaki yang terdapat di JETI SEMELING , cantik bukan ?
sebelum masuk , korang akan jumpa gok arang siap ada model mcm comel je ahaha , tempat untuk membakar arang dan bata , kat dlm tu ada info2 jugak ..





di sini lah kami menaiki bot melayari sungai merbok , apa yang ada di sungai merbok pula ye .. ? haaaa kena tunggu lagi , pengalaman qaseh dan sahabat media menaiki bot di dalam hujan lebat dan trpaksa patah balik ..perghhh qaseh duduk je sebab penakut ahahaha ..kesian kat mawardiyunus jadi mangsa bhaha  syokkk !! stay tune ~

psst : keseluruhan tempat ni memang cantik ,bayangkan bila waktu senja , subhanallah rasanya menangis kot tengok keindahan alam yang ada , jeti semeling ni di kedah darul aman ..datang sini jangan lupa snap pic banyak2 !
Assalamualaikum ..

Suka dan cinta memang berbeza kan , apa yang kita rasa , perasaan kita bagaimana , suka ni kadang-kadang boleh buat kita ada perasaan cinta tu kan , rasa nak memiliki dia , rasa gembira tengok dia , excited bila dia ada ..hurmm macam susah pulak nak huraikan bagaimana perasaan suka dan cinta tu tapi ada hamba Allah ni bagitahu beza antara suka dan cinta 

[gambar]
kadang-kadang kita keliru dengan perasaan kita sendiri , kita terlalu inginkan hingga kita lupa sometimes it hurts you 

hamba Allah ni kata 

kalau kita suka pada sekuntum bunga kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik.Tapi kalau kita cintakan bunga itu , kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar , samalah macam manusia , kalau kita suka pada seseorang itu kadang-kadang kita berusaha sedaya upaya untuk memiliki dia , tapi kalau kita cintakan dia ,kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita , dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita ...


hati berbicara :
dari perasaan suka ia boleh jatuh cinta , dalam perasaan cinta tak semestinya akan bersama .. jodoh itu di tangan Tuhan jangan sampai ia meranakan diri kita sendiri , sakit ~ siksa diri , itu bukan cinta yg sebenarnya .. cinta itu bahagia bersulamkan kasih syg .. derita mungkin ada tapi untuk menguji dan menguatkan , sabar ye sayang ...
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates