• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum beautiful people .. 


Hai korang , jom cantik !.. Korang pernah dengar tentang NEUTROGENA ? beberapa minggu ni aku cuba memakai set penjagaan wajah dari Neutrogena , bila sampai je set ni kat rumah , i ask my husband , u pernah dengar tentang this product ? and surprisely he know about this , and then dia cakap dah lama berada di pasaran dan boleh di percayai , oh wow , teruja sekejap bila dia tahu tentang produk kecantikan .. haha yeah almost apa-apa produk kecantikan harus dia ambil tahu sebab risau bini dia tersalah pakai produk yang membahayakan. 

Jadi inilah dia set produk Neutrogena Deep Clean , oh ye set yang aku cuba adalah sesuai dengan kulit wajah aku yang kering , sedangkan orang lain bermasalah dengan kulit wajah berminyak , auchh wajah kita punya masalah berbeza ! Okey time to unboxing this box ~ 

Happy Skin 24/7 



Assalamualaikum 

Antara benda paling bahagia dalam hidup bila kau keluar rumah dengan bateri telefon pintar penuh dan tahan lama sehingga keesokan hari tanpa perlu charge , salah satu perkara yang sangat-sangat penting buat aku ! Buat apa smartfon mahal beb tapi belum apa-apa hal bateri dah low kan ? Ini lah salah satu kelebihan Redmi Note 4 yang aku ingin kongsikan kepada korang semua ..

Kalau dulu aku ni agak perlekehkan gadjet dari China , sebab aku selalu terbaca feedback negatif tanpa aku gunakan sendiri , yaaa mungkin kesilapan kita cepat menilai atas pengalaman orang lain walhal benda tu kita sentuh pun tak kan .. atas dasar pengalaman aku sendiri yang telah mencuba dan menggunakan smartfon Redmi Note 4 ni , banyak benda aku nak share dan mentaliti aku terus berubah dari memperlekehkan , terus rasa . wow best gila smartfon ni ..



Kalau nak kata Redmi Note 4 ni sangat sempurna .. tipu lah kan , manusia pun tiada yang sempurna hehe tapi dengan harga yang bawah RM1 ribu , sangat berbaloi untuk di miliki , dengan spesifikasi nya yang best , banyak ciri-ciri yang menarik dan reka bentuk Redmi Note 4 ni sangat menawan hati , nampak elegant gitu .. Satu perkara lagi finger print yang berada di belakang sangat memudahkan aku , sebab biasa kita pegang smartfon tangan mesti kat belakang kan , so touch je ! Lebih-lebih aku yang suka selfie , touch je tak sedar beribu gambar dah.. ops !

Assalamualaikum 

Tempat menarik di Tanjung Malim | Felda Residence Hot Springs Sg Klah Sungkai , seingat aku dah lama rasanya tak rendamkan kaki dalam kolam air panas , masa kecik-kecik dulu je rasanya , sebab Malaysia sangat hot , selalu rendam kaki dalam air sejuk je .. hihi so bila husband cuti kerja , tetiba dia ngajak nya kita ''sayangku yg cantik , esok jom g sungkai'' (jangan percaya dgn ayat manis itu semua dusta :p) so bila vini dengar suami ajak berjalan , laju je angguk kepala haha

By the way , kami tak tido kat sana pun even ada resort beshh beshh aumm , sebab esoknya dah kerja , so pergi pagi pulang petang , dari rumah aku ni just sejam lebih kurang macam tu je la , so kami pun bertolak awal pagi sesudah mengerjakan solat subuh .. haha bapak awal ! 

Bila masuk hutan or tempat baru , niat kena elok , jangan nak berseronok sangat lebih-lebih lagi ada anak kecik hehe , sebelum pergi mana-mana survey dulu .. feedback semua macam best ..so jadi pilihan kami kali ni , lagi pun husban kerja besoknya.

Alalala macam faham je anak Umi ni dok membaca ... haa ce kabo dia bagitau apa .. Umi dapat info dari pembacaan Rayyan 

  • Masuk sini kena bayar RM15 untuk dewasa
  • Beroperasi 8.00 pagi-10 malam
  • Tak boleh bawak makanan dari luar(dalam ni ada restoran/kedai makan) , haiwan pliharaan , telur (nanti tak laku telur kat sini)
 

Bila dah daftar dan bayar , korang kena pakai gelang biru , eceh pelekat sebagai tanda korang dah bayar .. korang kena parking kat area daftar , nak masuk ke area kolam air panas dan sejuk , ada tram yang akan bawa korang ke sana , by the way takdela jauh sangat , kalau rasa nak berjalan pun boleh .. kot la nak exercise sambil menghirup udara segar , sememangnya di kelilingi dengan hutan rimba .. tapi tempat ni so far bersih dan cantik.

 
Penakut amat budak kecik ni , haha mungkin sebab bergegar-gegar .. nangis-nangis naik tram , adoha !awal-awal je ok .. sabar je la mokmung!
Assalamualaikum 

Salam jumaat semua , aihh macam dah tak lama kan nak masuk bulan Ramadhan .. ni dah masuk bulan Rejab dah pun .. bila tiba Ramadhan ni rindu sangat kat kg .. sobssss eh eh nanti kita cerita pasal ramadhan okey .. yang pasti mesti dashboard di penuhi dengan menu untuk berbuka je haha


Hari ni Umi nak cerita pasal anak teruna sorang ni aihhh , Rayyan bila dah masuk umur setahun lebih ni yaAllah lasak dia makin bertambah-tambah .. tp bila kat luar pandai pulak behave (sekejap je la) tapi selasak dia tak pernah plak sampai luka atau pun jatuh teruk.

Tapi ~ semalam sampai berdarah dahinya haa .. alkisah Umi masuk dapur ermm macam biasalah dia , pantang bergerak ngikut je dari belakang .. Umi basuh botol susu , dia duk main bakul kain kat belakang , bakul tu kosong sebab semua baju dah angkut p dobi.. biasanya selalu jgk dia duk main situ tapi tak pernah jatuh ..Tetiba semalam tergelincir tangan kot n then jatuh .. tapi Umi xtahu kena apa sampai luka mcm tu .. mungkin kena bucu peti ais kot .. nasib baik tak dalam lukanya , tergores sikit , tak pergi klinik pun ..

Hurm memang meraung lah dia , Umi pun cuak gila tak pernah dia luka cenggitu haa .. dedi plak baru keluar p dobi .. tapi alhamdulillah luka tu tak dalam .. Umi dah sapu minyak gamat .. tak sampai beberapa minit sambung melasak .. ya rabbi ini budak .. lepas tu keluar makan jap  then pergi tesco , dedi beli kereta mainan kat dia , haha baik kan dedi , buat upah jatuh :p .. papepun luluh jugak lah hati tengok luka gitu .. berdebar jap tengok darah .. Umi is tak kuat .. ! ohh hati tisu juga ~



Awak budak baik kan , jangan lah buat Umi risau lagi .. Umi risau diri awak je , sakit awak tu sakit Umi jugak , walaupun sikit Umi dah nak nangis , Umi sayang awak ketat-ketat tau , semoga Allah selalu lindungi anak Umi ni .. awak nyawa Umi tau ! sobsss .. nanti dah pandai baca , haa Umi bagi link ni suruh awak baca haha ..


Hati Berbicara :


Agak-agak Umi time kecik-kecik dulu lasak ke tak ek ? erm ermm macam baik je , Umi budak baik dulu , pakai spek mata besar , tudung lipat bulat , orang panggil nerd ( haha tipu je ) Umi budak nakal jugak lah , sikit la okey .. papepun orang cakap biasalah budak-budak makin besar makin berperangai .. tapi satu je semoga Rayyan di jauhi dari segala yang berbahaya.. dan sentiasa di beri kesihatan yang baik .. ameen 

update : Alhamdulillah Rayyan ok ok je , Rayyan budak kuat .. penutup Mac 

Assalamualaikum ibu-ibu dan bapak-bapak ~ semua yang ada sedang membaca , apa khabar? harap dalam emosi yang stabil .. lebih-lebih lagi ibu yang sedang menyusukan anak , kenapa ? sebab emosi sangat penting dalam penghasilan susu ibu ..kena ingat tu ok ! tapi jangan risau bila ibu-ibu emosi ok semua nya ok tapi penghasilan susu merudum , dan tidak mencukupi untuk anak .. hurmm jangan risau sebab sekarang banyak cara untuk menambahkan penghasilan susu ibu ..



Milkbooster PUMP IT | Biasanya mesti korang selalu sangat dah dengar tentang milkbooster , dan ia memang cara yang sangat berkesan untuk menambah susu ibu .. tapi yang selalu korang dengar biasanya jenis tablet atau pun susu yang perlu di bancuh kan ? tapi qaseh nak kenalkan milkbooster jenis sapuan ! haa tak percaya ? percaya lah sebab ia lagi memudahkan ibu-ibu lebih2 lagi yang bekerjaya .. seriously sangat mudah untuk di gunakan sebab hanya SAPU JE !!

Apa itu Pump It Milkbooster ? Adakah Selamat Di gunakan ?
By the way secara ringkas nya , milkbooster Pump It dengan  teknik sapuan ni akan meransang 2 hormon penting iaitu Hormon Prolaktin untuk merangsang PENGHASILAN susu ibu & Hormon Oksitosin untuk melancarkan PENGELUARAN susu ibu. Haa ianya selamat di gunakan untuk ibu dan anak kerana menggunakan 100% bahan semulajadi , herba semulajadi dalam membantu pengeluaran susu ibu.


Kalau korang nak tahu , ia bukan hanya menghasilkan susu yang banyak, tambah susu  tapi boleh merawat ibu-ibu yang punyai masalah bengkak susu , dan juga puting melecet , ingat lagi pengalaman qaseh masa first time menyusukan baby , biasalah kan takde pengalaman lagi .. huhu memang sakit sangat bila hadap masalah puting melecet ni tapi nak tak nak kena tahankan diri sebab nak teruskan breastfeeding kan , so ibu-ibu wajib ada produk ni untuk selesaikan masalah puting melecet kalau tak nak menangis di kemudian hari haaa .. sakit wooooo ~ 

Kelebihan Pump It Milkbooster
  • Menghasilkan dan menambah bekalan susu yang sihat dan pekat 
  • Mengalirkan aliran susu yang banyak dan sihat 
  • Merawat ibu-ibu yang mengalami puting melecet 




Packaging 

Kalau korang tengok packaging nya sangat lah comel , kecil dan mudah kan untuk di bawa ke mana-mana .. dan kenapa berlainan warna ?? haaa setiap warna tu mempunyai fungsi yang berbeza tau korang .. setiap satu nya mempunyai fungsi2 yang tertentu 

Milk Up (Blue)
  • Meningkatkan penghasilan susu ibu 
Sore Away (Orange)
  • Untuk merawat puting melecet 
Relax Mama ( Purple)
  • Merelaxkan , menenangkan diri dan melegakan bengkak susu
cute je survuval kit packaging ni haa

TESTIMONI  PENGGUNA 







Mudah je kan ~ , sapu je ! hehe bagi qaseh milkbooster dengan teknik sapuan ni sangat sesuai bagi ibu yang susah untuk minum susu , susu yang selalu merudum , atau terlalu busy dengan aktiviti harian , kadang mesti terlupa untuk minum susu milkbooster , kadang tak sempat so tak dapat nak konsisten .. 

inshaaAllah dengan teknik sapuan ni , nursing mom akan lagi konsisten dan memudahkan mereka .. tambah lagi boleh merelaxkan minda dan merawat bengkak susu dan puting melecet .. so korang untuk maklumat lanjut , tentang harga dan banya lagi testimoni pengguna yang dah menggunakan Pump It milkbooster ni boleh layari info yang qaseh sertakan kat bawah .. okay ! ingat tau .. sapu jee haaaa ~~


Maklumat Lanjut :


Web: www.milkwithlove.com.my

Fb : www.facebook.com/pumpitmalay sia

Fb: www.facebook.com/milkwithl ove
ig : pumpit_natural_milkbooster

Produk:

Milk Booster Pump It 
--> http://www.milkwithlove.co m.my/product-category/milk-boo sters/



Assalamualaikum , setiap orang pasti ada impian untuk menjejakkan kaki di tanah suci kota Mekah kan , dan tak terkecuali lah untuk diri qaseh sendiri ..alangkah bestnya dapat mengerjakan ibadah kat sana ermm takpe inshaaAllah satu hari nanti kita semua akan berada di sana .. ameen 

Jadi berita baik buat semua yang bakal dan akan mengerjakan haji dan umrah , qaseh nak share kat korang semua tentang web www.haqqi.com.my yang mana akan memudahkan korang mencari segala persiapan / kelengkapan haji dan umrah .. so takde lah pening kan nak cari kat mana kedai , nak survey harga lagi .. sedangkan semua tu boleh di hujung jari je haaa .. sekarang senang , shopping online lagi mudah .. tengok-tengok dah sampai depan pintu .. 

Secara ringkasnya mengenai Haqqi , ia di lancarkan pada September 2016 dengan kerjasama Koperasi Tabung Haji Bhd dan Glass Go Media sdn bhd , btw Haqqi memang bertujuan untuk memudahkan bakal jemaah mendapatkan keperluan asas secara online , tapi ~ Haqqi juga  di lengkapi dengan barang keperluan harian dan juga fesyen islamik melibatkan 8 jenama hebat .. 
Matlamat Haqqi , menyediakan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan , dan semestinya banyak tawaran dan promosi , dan semoga Haqqi dapat mendapat tempat di Malaysia sebagai sebuah portal untuk kelengkapan haji dan umrah yang terbesar dengan harga yang mampu milik 

www.haqqi.com.my

8 Jenama Vendor di www.haqqi.com.my

Bila korang masuk web www.haqqi.com.my , korang akan lihat beberapa jenama yang menjadi vendor di butik dan jugak web Haqqi , dan jenama tu ialah Owl by Nora Danish, Dara by Fathia Latiff, Izzuexlusive, Ameera Zaini, El by Elfira Loy, Sir Nasin dan Zareeth Zehra. 

Bila tengok-tengok kat web www.haqqi.com.my ni , aduhh betul-betul tergugat iman , dari telekung , sut seluar baju muslimah hingga lah ke jubah ! semua nya cantik-cantik .. arghhh tak tahu mana satu nak pilih , jenama pulak semuanya hebat-hebat ~ mana tak nya semua dari artis terkenal .. dan yang bestnya harga sangat-sangat mampu milik , dan banyak dah promosi yang ada .. fuhh nanti bila dah nak raya confirm lagi banyak promosi kan ~ haaa tunggu ! 




Pilih punya pilih akhirnya decide dan berkenan sangat dengan jubah flora printing Dara by Fathia Latiff ni , fuh lawa gila baju ni .. dah la iols ni peminat jubah , so dalam koleksi takde lagi jubah design printing flora , terus masuk dalam cart ! dan proses penghantaran pun cepat je sampai .. 



Cara Pembelian 
  • Daftar akaun anda dengan mengisi alamat email dan klik daftar
  • Click - Pilih dan klik produk pilihan anda untuk disimpan di bakul impian. Check - Periksa alamat penghantaran 
  • Choose - Pilih kaedah pembayaran sama ada melalui kredit, debit mahupun pengelola pembayaran 7 Eleven.   
  • Setelah selesai dan berjaya membuat pembayaran, pelanggan akan mendapat email dari pihak www.haqqi.com.my. 


Tadaaa sampai dah jubah yang qaseh berkenan sangat .. excited sangat bila parcel ni sampai .. jom ootd !
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

First impression pun dah jatuh cinta , qaseh suka lengan jubah ni sebab style fit .. so kalau nak buat apa2 kerja takde la lengan terselak .. dan jubah ni mesra wuduk .. ada zip ~




Butik Haqqi di Shah Alam 


Haqqi turut turut melancarkan butik fizikal pertamanya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Januari 2017. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Glass Go Media Sdn Bhd, Mohamed Azani Mohamed Anwar, cawangan pertama ini merupakan perintis bagi pembukaan lima cawangan masing-masing terletak di Bangi, Kuala Lumpur, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Johor Bharu.

so korang yang berdekatan dan nak walk in boleh lah pergi ke butik Haqqi di Shah Alam .. so ada dua pilihan sama ada nak beli online pun boleh , nak walk in pun boleh .. lebih puas hati orang kata kannn ~

Cantik kan jubah qaseh ni .. apa tunggu lagi ??? korang cepat-cepat layari laman web haqqi at www.haqqi.com.my sepantas kilat ! kurta dan pakaian lelaki pun smart2 oik .. murah-murah pulak tu ..  

Oh ye selain dari web , boleh juga di akses dengan menggunakan applikasi Lembaga Tabung Haji 'thij
ari' dan laman web  www.kthb.com.my

Untuk Maklumat Lanjut : 

Butik Haqqi

67, Jalan Plumbum P7/P, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
(Sebaris dengan JAKEL Shah Alam)
No. Telefon: +60 3-5523 4798

Ikuti perkembangan Haqqi di Media Sosial:

INSTAGRAM: https://www.instagram.com/haqqi.com.my/

FACEBOOK: https://www.facebook.com/haqqi.com.my/

TWITTER: 
https://www.twitter.com/my_haqqi

WEB : 
http://www.haqqi.com.my



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates