• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 



Pakej-pakej Facial di Skin Valet Bangi | Sebelum ni aku dah share pengalaman berfacial di Skin Valet Bangi dan aku di suggestkan untuk buat rawatan facial Sakura Glow yang mana sangat sesuai pada kulit wajah yang kusam , kering , tona kulit tak sekata dan juga masalah pigmentasi . Boleh baca di https://www.qasehdalia.com/2019/01/pengalaman-facial-di-skin-valet-bangi-sakura-glow-facial-treatment.html


Mesra Pelanggan , Bersih dan Servis Terbaik

Di Skin Valet Bangi ni aku suka tempat dia yang selesa , bersih , dan ada ruang menunggu yang selesa untuk suami dan anak , kiranya Skin Valet ni mesra pelanggan . Staff pun peramah , soft spoken je bila bercakap dengan pelanggan so aku terasa lebih di hormati , baru lah feel pun tak sabar nak buat facial , dan bilik facial hanya untuk seorang pelanggan 

So entry kali ni , sebenarnya aku nak share tentang pakej-pakej yang ada di Skin Valet Bangi ni , mesti korang nak tahu kan

Haaa sekarang ada sale , ni yang aku buat hari tu , memang glowing kulit muka walaupun sekali buat , muka pun rasa segar je .. for now ada sale tau korang , boleh lah pergi facialkan muka masing-masing 

Pakej-Pakej / Facial Treatment Yang Ada di Skin Valet Bangi 

  • SV IPL Hair Removal 
  • SV Radiance Peel


  • SV Radio Frequency 
  • SV I Glow


  • SV Carbon Mask Laser
  • SV Aqua Peel
 

  • SV Diamond Silk Peel
  • Skin Analysis

Ni antara treatment yang ada di Skin Valet Bangi , tapi tak boleh nak pilih sembarangan , kena check dulu kondisi kulit kita macamana then beauty consultant akan suggest treatment mana yang sesuai untuk korang  , harga kat sini pun memang berpatutan , orang kata 'harga mampu milik' if nak buat treatment ikut harga pakej pun ada , korang boleh buat appointment di Skin Valet Bangi atau call je no yang aku bagi kat bawah okay . 

Oh ye , one more thing , nak bayar secara installment pun boleh .. Haa best kan ! Seriously tak rugi buat facial di Skin Valet Bangi ni . Terbaik 

For More Info :


Waktu beroperasi : 10.30am – 7pm
Facebook : Skin Valet Bangi
Instagram : @skinvalet_bangi
Map : https://goo.gl/maps/LdVcbQuYBZt
Waze : Skin Valet Bangi

Umi .. Nak susu Omar Hana , Umi... Nak susu Omar Hana ! Sejak dah pandai cakap ni , pantang nampak Umi ke dapur , dan bila masa pulak Omar Hana keluarkan susu ?


Penangan kartun animasi Omar Hana dalam dunia kanak-kanak memang betul-betul mempengaruhi , pantang nampak kartun Omar Hana di TV , terus Umi tak boleh tengok siaran kegemaran ,( berebut TV dengan anak kekdahnya haha ) , tapi tak di nafikan Omar Hana ni salah satu kartun animasi yang bagus untuk anak-anak sebab ia lebih kepada islamik , boleh belajar doa-doa dan adab.

Selain TV , sekarang ada satu benda yang buatkan Rayyan sangat-sangat tertarik , Rayyan ni memilih jugak lah bab makan dan minum , bak kata abahnya , Mr Perfect katakan lebih-lebih lagi susu , tapi satu susu ni di sebabkan di kotaknya ada tertera kartun animasi Omar Hana , terus eksited dan always nak dan suka-suka je tukar nama susu Omar Hana haha 

Susu Kambing Lazz Kolaborasi Bersama Omar Hana 


Untuk pengetahuan korang , susu Omar Hana yang Rayyan panggil tu  adalah Lazz Susu Kambing . Rasanya semua dah tahu tentang Lazz Susu Kambing kan , cuma sekarang  Lazz telah mengeluarkan packaging baru , kolaborasi bersama Omar Hana , ia lebih menarik minat anak-anak yang tidak sukakan susu kambing , tapi serious lah ia memang menarik minat Rayyan , asyik nak susu Omar Hana je

Dulu waktu aku mengandung pun , aku minum susu Lazz juga , rasa nya memang lazat dan berkrim , tak hamis langsung , dan ada 3 perisa , original , kurma dan coklat . Untuk Rayyan , aku cuba Kurma dan Coklat , sebab ia ada rasa manis-manis kurma dan coklat kan sememangnya kegemaran kanak-kanak hehe 

Kelebihan Lazz Susu Kambing Kepada Anak-Anak 

Yang masih tercari-cari susu tambahan untuk anak-anak , boleh lah cuba Lazz Susu Kambing . Lagi pula susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu dan ianya orgamilk iaitu 100% oranik , susu premium tanpa GMO , tanpa gula dan mendapat kelulusan nutrisi dari makmal Unipeq UKM


Kelebihan Lazz Susu Kambing Pada Kanak - Kanak 
  • Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas 
  • Lazz susu kambing mudah di hadam 
  • Meningkatkan imunisasi 
  • Naturalnya Lazz susu kambing rendah laktosa dan gula dari susu lain yang mana ia nya sangat bagus untuk kanak-kanak
  • Mengandungi kalsium  yang mudah di serap oleh kanak-kanak 
  • Membantu pertumbuhan tulang dan gigi yag kuat 
  • Mengandungi vitamin B12 yang di perlukan untuk penghasilan sel darah merah 
  • Mengandungi Magnesium yang menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium 
  • Sesuai untuk anak ekzema 
Bila Lazz Susu Kambing berkolaborasi dengan Omar Hana ni , ia adalah idea yang sangat bijak untuk menarik anak-anak sukakan susu , yelah dalam usia perkembangan anak-anak ni memang sangat perlukan kalsium , bila kalsium tak cukup , mulalah gigi cepat rosak dalam usia yang awal 

One more thing , sambil-sambil bagi minum susu , kita boleh cerita tentang apa yang di tunjuk oleh Omar Hana yang mana selalu beradab baik dengan ibu - bapa , dalam pergaulan , dan juga ajar doa-doa kepada anak.. Orang kata sambil menyelam minum air gituh. Budak-budak biasalah kan , belajar sambil berseronok itu satu kewajiban , mak-mak pun dah hafal lagu Omar Hana kan




Mula-mula agak risau juga tapi selepas tengok Rayyan minum hingga habis , Umi kena repeat order lah macam ni , sambil-sambil tu dah boleh slowly tak bagi susu dalam botol dah . 

Cara Order Lazz Susu Kambing 

Sekarang mudah , nak beli online hanya di hujung jari je kan , if nak cepat boleh COD dengan agent-agent Lazz Susu Kambing area kawasan rumah korang

Susu Kambing Lazz versi Omar Hana Terbaru

Jadi korang boleh dapatkan susu kambing coklat dan kurma Lazz versi Omar dan Hana , yang pasti anak-anak korang juga akan menyukai Lazz Susu Kambing ni hingga korang terpaksa menyembunyikannya haha kalau tak setiap sejam sekali nak , huhuh sabo je la ! 

Untuk tempahan :

Whatsapp je ke www.wasap.my/600182777290

Atau boleh layari www.lazzdelivery.com 


More Info :

Website : http://lazz.my/
Facebook : Lazz Susu Kambing 
Instagram : @Lazzsusukambinghq

Assalamualaikum 

Sakura Glow Facial Treatment di Skin Valet Bangi | Macam lama gila dah tak buat facial muka , agaknya apa khabar lapisan kulit sejak dah masuk umur 30-an ni aduhai , jadi baru-baru ni aku pergi buat facial muka di Skin Valet Bangi #treatmentsampaijadi ~ Kena jugak buat facial gais , kita tak tahu bawah lapisan kulit kita , keadaannya macam mana , kene betul-betul buat skin analysis.


Bila buat facial ni , baru lah kita tahu sebenar-benar kondisi kulit kita , kulit aku memang aku dah tahu kulit aku jenis kering , tapi tak tahu lah kering tu tahap mana . Nak buat facial treatment pun , kita kena tahu kulit kita macamana tau , but dont worry di Skin Valet Bangi ni mereka akan check kulit kita dan suggest treatment apa yang sesuai

Daftar

Sesampainya di Skin Valet Bangi , di sapa ramah oleh staff-staff kat sini . Mula-mula kena isi borang / daftar dulu , borang ni tentang skin kita , skincare rutin kita macamana , minum air berapa liter sehari hehe yang  berkaitan lah . Yang bestnya , Skin Valet Bangi ni sangat mesra pelanggan dan selesa . Ada ruang menunggu untuk suami dan juga anak , almaklumlah bila dah berfacial ni agak lama jugak ye 


Bila dah setel isi borang , aku di panggil masuk bilik untuk skin analysis , haa debor pulak nak check kondisi kulit ni , dah la waktu ni hidung tengah menggelupas sebab kulit kering heheh . Bila tau kondisi kulit sebenar , hurmm tak tahu lah nak menangis ke nak gelak :(

Skin Analysis

Kemudian , pakar beauty consultant check kondisi kulit sambil-sambil tanya tentang skincare rutin , minum air mineral cukup tak , ada minum kopi or tak haaa , bila semua tu ada yang tak cukup ia akan beri kesan lah pada kulit , hasilnya kulit lebih tua dari usia , dan tak glowing



Jadi , kondisi kulit aku memang betul-betul kering , di kawasan hidung ada berminyak sikit , sikit je la so tetap lah jenis kulit kering dan ada masalah pigmentasi . Pigmentasi ni pulak dah tak boleh nak hilangkan dan beauty consultant tu jugak ada mengatakan pigmentasi dah ada bawah lapisan kulit , tunggu nak keluar je ! Huwaaaaaa ~ tu lah sape suruh ON OFF buat skincare rutin kan , memang wajib pakai pelembab dan sunscreen tiap hari gais ! 

So beauty consultant cadangkan aku untuk buat treatment Sakura Glow Facial yang mana untuk masalah kulit kering , kulit kusam dan juga tona yang tak sekata , bukan sekadar glowing je tau ia fokus pada keanjalan kulit , kelembapan kulit dan kelihatan lebih muda



Skin Valet Sakura Glow Facial 

Ruang menunggu yang selesa ~ sementara staff siapkan bilik facial 

Bila staff panggil , apa tunggu lagi , moh la kita menganjalkan kulit . Bila buat facial ni ada lah pakaian khas nya , ala-ala berkemban gitu haha sebab aku nak staff urutkan juga di bahagian bahu  dan leher , fuh nikmat betul kena urut ni , hilang segala lenguh sendi . Staff pun lembut je , sangat selesa.

Step-step Facial Sakura Glow 
1. Cleansing 


Mula-mula haruslah buang segala mekap dengan membuat double cleansing sambil-sambil wajah aku di urut untuk membantu melancarkan peredaran darah. Urutan lembut tu hampir buatkan terlena , hihi rasa ringan sikit wajah yang selalu stress ni 

2. Microdermabrasion 


Sedap je rasa bila kena sedut segala blackhead ni , biasa kalau buang sendiri terus hidung menggelupas 

Kemudian step microdermabrasion , step ni adalah untuk exfoliate lapisan kulit paling luar untuk membuang segala kekotoran yang melekat pada kulit , sisa-sisa mekap bagai tu memang di sedut habis dan juga untuk menyedut blackhead , whitehead dan juga sel-sel kulit mati yang masih melekat pada kulit wajah 

3. Radio Frequency 


 Radio frequency ni rasanya panas-panas sikit sebab ia sememangnya haba , tapi tak sakit pun 

Step ni bukan untuk cari siaran radio ye ahaks tapi haba dari alat Radio Frequency ni membantu menegangkan kulit menggalakkan penghasilan kolagen baik untuk kulit , ia dapat mengurangkan kedutan-kedutan halus di kulit 

4. Exfoliating Gel 



Kemudian aku di sapu dengan sejenis gel , sejenis bahan aktif dari extract Berry Arbutin (formulasi khas dari instagram @amisiapothecary yang di gunakan untuk exfoliate wajah , ia turut berfungsikan menjadikan tona kulit lebih cerah , melembabkan kulit dan juga mampu memudarkan kesan jeragat 

5. Oxygen Infusion 

Oxsygen step ni , sumpah best gila weii sebab rasa angin sejuk-sejuk je di kulit , memang rasa kesegaran dari step ni , macam nak buat lama-lama je , konfirm tertido heheh

Pelengkap kepada proses exfoliation , Oxygen di gunakan sebagai pemangkin kepada serum khas menjadikan kulit lebih anjal dan berseri , eliminate acne-cause bacteria as well as baiki tona kulit dan mengurangkan kedutan halus

6. Tone Correcting Cream 


Lastly , sebagai penutup facial Sakura Glow ni , aku di sapu dengan cream yang mengandungi SPF35 yang dapat melindungi kulit dari sinaran UV dan mengekalkan kelembapan kulit .

Hasilnya sangat-sangat puas hati , sebab boleh nampak kulit lebih glowing dan cerah . Kulit muka pun rasa segar dan lembab , korang yang ada masalah kulit kering macam aku patut cuba ni , dan sekarang ada promosi pengenalan tau , hanya RM188 dari normal price RM350 , ni harga PROSPERITY SALE , so cepat-cepat buat appointment sebab sangat terhad .

Macam nak beli je cream sakura ni , sebab rasa kulit lembab , cerah dan glowing hihi see hasil nya memang puas hati ~ 

No mekap at all ~ sesudah buat facial kulit rasa lebih lembab dan glowing .. Memang best sangat buat facial kat sini .

Bayaran di Skin Valet juga korang boleh bayar secara installment tau , haaa best kan , for more info korang boleh follow website , fb page dan juga instagram Skin Valet , nak tanya apa-apa boleh tanya direct pada mereka . Tak rugi buat facial kat sini , kesan pun boleh tengok dalam masa singkat . Terbaik 

More Info : 

Facebook : Skin Valet Bangi 
Instagram : http://www.instagram.com/skinvalet_bangi
Skin Valet Bangi
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor
03-8922 9181
Map : https://goo.gl/maps/LdVcbQuYBZt
Waze : Skin Valet Bangi
Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm

Assalamualaikum 


Pore Puryfing Serum Cleanser Review | Bila mula berjinak dalam dunia mekap ni , walaupun hanya mekap biasa dan tak tebal , bila masuk bab pembersihan rasa macam tak best bila hanya menggunakan cleanser biasa . Sesetengah cleanser tidak mencuci sepenuhnya mekap di muka , sebab tu aku lebih suka menanggalkan mekap dengan menggunakan mekap remover terlebih dahulu 



Baru-baru ni , Althea telah mengeluarkan produk baru - Pore Puryfing Serum Cleanser , dan aku telah mencubanya sendiri . Seriously aku suka dengan hasil selepas mencuci mekap dengan menggunakan Pore Puryfing Cleanser ni sebab ia memang 100% mencuci mekap hanya dengan sekali pembersihan sahaja.Lagipula ia bukan hanya semata-mata membersihkan mekap tapi juga mempunyai kebaikan pada kulit . 

Kalau sebelum ni , method aku cuci muka adalah dengan membuat double cleansing menggunakan oil cleanser . Pore Puryfing Serum ni pun ala-ala oil cleaser jugak sebab teksturnya berminyak tapi bezanya  ia tidak terlalu berminyak untuk di bilas dengan air.

Apa yang bestnya , ia mampu membersihkan mekap dan juga bertindak sebagai pembersih muka , so 2 in 1 la , so sekarang aku guna Pore Puryfing Serum ni untuk buat double cleansing , baru lah terasa muka lebih bersih . Penting tau bersihkan muka , bila nak apply moisturizer / serum lagi mudah ia menyerap dalam kulit . If kulit kotor macamana kulit nak sihat ? Haaa gitu . 

Kelebihan Pore Puryfing  Serum Cleanser 



Okay apa pulak kelebihan nya pada kulit kita ? Selain dari membersihkan kulit dengan mendalam tanpa keringkan kulit , aku nak suggest kat korang ,  if korang ada masalah liang pori yang terbuka tu , aku suggest korang cuba cleanser ni , korang tau kan liang pori bila dah terbuka tak boleh nak tutup tapi hanya boleh di kecilkan , so cleanser ni boleh mengecilkan liang - liang pori korang yang dah terbuka 


Bila guna cleanser ni , ia rasa sejuk-sejuk je di muka sebab ia mempunyai ekstrak pudina yang buatkan kulit kita tetap cool , sejuk dan terhidrat sepanjang hari , dan ugais tahu tak ia juga menyeimbangkan PH kulit kita so potensi untuk breakout tu takde lah . Paling best , lepas guna cleanser ni sumpah rasa kulit lebih lembut dan licin je ! Oh ye , yang bestnya ia mempunyai formula serum dalam cleanser ni , so berbaloi sangat untuk di cuba , konfirm jatuh cinta.

Bahan Kandungan 
Full Ingredients : Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

Bahan utama :
  • Ekstrak daun pudina - Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
  • Minyak benih Jojoba - Melembapkan dengan teruk apa-apa kekeringan tanpa merasa berat
  • Ekstrak daun pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit
Cara Penggunaan :
  • Titikkan beberapa titis cleanser di tapak tangan
  • Kemudian sapukan rata dan urut lembut di wajah sehingga bersih
  • Bilas dengan air , if korang buat double cleansing , lepas tu boleh guna cleanser biasa yang korang guna , tapi cleanser ni pun dah cukup .
So aku nak tunjuk yang aku dah cuba sendiri dengan menanggalkan mekap , haaaa jom kita buat ujikaji sikit betul ke tak cleanser ni sangat mudah menanggalkan mekap dan juga kotoran

Sapukan mekap tebal-tebal

 Titiskan beberapa titis cleanser 

 Sapukan rata sambil-sambil urut perlahan , even aku tak 'gonyoh' dengan kuat pun still mudah untuk tanggalkan segala mekap yang ada ni haa 

Lastly , haa nampak ~ memang bersih gila dan 100% dapat tanggalkan segala mekap dan kotoran yang ada

My Honest Review :

Bila cuba di wajah pula , takde sebarang iritasi berlaku walaupun ada bahan kandungan citric asid dan juga fragrance , dan baunya sangat soft , bila di sapu pada wajah , bau tu tak mengganggu pun sebab tak kuat dan tak menusuk hidung .

Yang bestnya memang kulit wajah rasa lebih lembut dan licin , mula lah asyik nak sentuh-sentuh muka je lepas di bersihkan . Rasa macam takde kekurangan pulak nak cari , sebab ia nya memang produk yang bagus dan sesuai pada semua jenis kulit lebih-lebih lagi kulit yang sensitif pada minyak .



Harganya pun sangat lah murah dan berbaloi , hanya RM33 (150ml) , boleh guna untuk beberapa bulan . Korang boleh dapatkan di https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser , if nak baca review di social media , just klik je #AltheaSerumCleanser #AltheaAngels #AltheaKorea




Assalamualaikum , 

Review Stay Fresh Body Sparkling Mist By Titi Kamal x Althea | Today i wanna wish congrats Althea sebab ini adalah kolaborasi pertama Althea bersama artis , TITI KAMAL dari Indonesia yang juga merupakan pelakon dan ikon fesyen kecantikan di Asia Tenggara , dan aku antara yang bertuah dapat memiliki Stay Fresh Body Sparkling Mist ni . Omaigad ! Wangi sangat !!!! 


Rasa macam dah lama juga lah tak pakai any body mist , sebab macam tak ternampak depan mata dan tak tahu body mist apa yang best haha . Dah namanya perempuan , bila masuk bab wangian ni biasanya wangian bunga-bungaan tak boleh pergi jauh dari hidup perempuan, sebab ia macam ada aura kelembutan dalam diri perempuan , kan ? 

Wangian Segar Buah-buahan dan Bunga-Bungaan Pilihan Titi Kamal


Aku pun suka wangian fresh , bunga-bungaan dan manis . Wangian pun dapat mempengaruhi mood kita tau tak haaa so Body Mist keluaran terbaru dari Althea ni adalah wangian pilihan Titi Kamal sendiri iaitu campuran bauan dari buah orange dan juga peace yang manis dan bauan bunga ros . Body Mist ni tak terlalu kuat bauannya sebab masih mengekalkan bauan yang lembut . 

Full Ingredients : Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin

Bahan Kandungan Utama :
  • Damask Rose Water - Menghidupkan kulit terhidrat dan memberi wangian lembut
  • Orange Flower Extract - Menyegarkan semula deria
  • Elder Flower Extract - Menyejukan dan melegakan kulit, sambil memberikan bau feminin
My Honest Review :



Bila bau wangian Body Mist ni macam teringat zaman kanak-kanak , haha tak tau kenapa , tapi kadang-kadang bau boleh mengingatkan pada memori kan , mungkin kecik-kecik dulu pernah bau seumpama Body Mist ni . Wangian dia memang lembut , memang bau la manisnya bau bunga itu so aku spray sikit je pun dah cukup melekat dan tahan lama 

Yang bestnya ia bukan sejenis Body Mist yang melekit , kadang-kadang ada kan bila kita spray di body , ia macam melekit seperti 'bekas' gula-gula yang melekat heheh so far Body Mist ni sangat selesa dan menyegarkan , rekomen pada korang yang sukakan apa-apa gaya sebab ia sesuai dengan kehidupan harian kita . Packaging pula sangat comel dan sesuai di bawa ke mana sahaja 

Harganya pun berbaloi hanya RM35 (100 ml) , korang boleh dapatkan di https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist .




Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates