• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum



Produk Organik Botaneco Garden | Ada sesetengah bayi , kulitnya sangat lembut dan sensitif , sebab tu dalam pemilihan produk penjagaan untuk bayi sebaiknya guna lah produk yang berasaskan dari bahan organik , mohon jangan guna produk-produk yang mempunyai bahan kimia .. kesian tau kulit bayi masih lagi nipis jadi jaga ia sebaik mungkin lebih-lebih lagi yang sensitif dengan bahan-bahan tertentu 

Mungkin ada ibu bapa di luar sana masih pening produk apa yang sesuai untuk bayi ? so aku nak share tentang produk Botaneco Garden ni , mungkin ada yang masih belum tahu kan .. tapi kalau yang suka membeli belah di Guardian mesti familiar dengan produk ni sebab ada di jual di situ .. 

Apa itu Botaneco Garden Baby ?

Produk ni ''made in Australia'' , produk penjagaan bayi yang lembut di ilhamkan dari alam semula jadi terbaik .. Ia di perbuat dari campuran bahan botanik yang inovatif , canggih dan minyak Eco-Certified . Produk ni telah di uji secara dermatologi , terbukti dan hypoallergenic , yang pastinya ia bebas dari bahan kimia seperti Paraben , Silikon , SLS , SLES , pewarna , Lanolin dan DEA.

ORGANIK CHAMOMILE & OATMEAL

Botaneco Garden baby menggunakan bahan organik Chamomile & Oatmeal .. haih tak pernah dengar pulak kan , kalau Oat tu selalu lah makan heheh by the way Chamomile adalah bahan yang sangat popular dalam aromaterapi .. patutlah bau produk ni sangat menenangkan , ia bukan macam bau biasa tau, memang bau yang sangat lembut dan beri ketenangan , bila apply pada badan Rayyan memang mintak cium-cium je sebab wangi sangat 

Oatmeal pula fungsinya untuk pelindung kulit dan menyimpan air sebab ia bersifat kanji , selain tu ada fungsi anti-oksidan dan saponin dalam oat dapat membersih dan melembab kan kulit bayi . Selain tu terdapat juga ekstrak minyak Zaitun yang sememangnya banyak khasiat.

3 IN 1 
Botaneco Garden Baby tersedia dengan 3 produk dan ia dah cukup lengkap untuk bayi iaitu Head-To-Toe Wash , Body Lotion & Facial Cream ..
  • Head-To-Toe Wash 
Yang bestnya ia boleh di gunakan sebagai sabun badan dan juga syampoo , so tak perlu nak cari sampoo asing untuk bayi kita .. lagi pun head-to-toe Botaneco Garden ni mempunyai formula yang tidak memetihkan mata , jadi tak perlu risau tau jika ia masuk ke dalam mata bayi kita .. tambahan lagi ia melembutkan  kulit , melegakan dan melicinkan rambut.




  • Body Lotion 
Walaupun bayi dah cukup wangi dengan haruman semulajadi tapi di tambah dengan losyen Botaneco Garden ni ia dapat menghaluskan lagi kulit bayi , menjadikan ia lembut dan licin .. kalau anak korang mempunyai kulit yang sensitif guna lah produk organik ni sebab ia memang diformulakan untuk kulit yang sensitif ..

  •  Facial Cream 
Facial Cream ni pulak sama fungsi nya dengan losyen badan , tapi tahukan korang bayi juga suka bila badan nya di urut lembut , di belai dan di manja .. jadi bila masa terluang jangan lupa spend time dengan bayi anda dan buat facial ala-ala spa bayi dengan menggunakan facial cream ni , sebab ia sangat menenangkan dan bau harum tu sangat melegakan ..


Mana Nak Dapatkan Produk Botaneco Garden Baby ?


Korang boleh dapatkan di cawangan Guardian seluruh negara ataupun boleh dapatkan secara online , bermula dengan harga RM22.90-RM31.90 setiap satu .. 

Annyeonghaseyo ~

Benci nya bila dah start balik gilakan drama Korea , tidur mesti tak cukup dan tak sabar tunggu episod demi episod .. ni semua Jeeb dan Lisa dan Mimin punya pasal sebok duk cerita pasal drama Korea dalam group .. aku dah la tengah mencuba untuk menahan diri nak layan drama-drama ni semua sebab faham-faham la drama korea ni sampai berpuluh episod haha aku pulak jenis selagi tak habis selagi tu tengok haa 

Jadi sekarang aku tengah layan Drama Korea Black , best ke tak cerita ni ? best ! cerita ni sangat complicated .. ia mengisahkan heroin yang boleh nampak bayang-bayang kematian dalam diri orang lain , tapi diri dia sendiri dia tak dapat tengok lah , so ada watak malaikat maut jugak .. heheh 

Drama ni lebih kepada penyiasatan kes-kes pembunuhan , aku suka cerita berkisarkan kisah macam ni sebab ia akan mengurangkan air mata yang gugur haha kalau cinta huh meleleh-leleh woi .. jadi hero dalam cerita ni malaikat maut la kononnya then masuk dalam tubuh manusia .. sebenarnya dia masuk dalam tubuh manusia untuk cari kawan dia yang bersembunyi tapi lain plak jadi nya ! so nak tau tengoklah sendiri , korang boleh download app VIU sebab kat situ laju 


Drama Korea Terbaik 2017 Yang Wajib Tonton 
  • A Coffee To Go 
  • Tomorrow With You 
  • Strong Woman Do Bong Soon 
  • Defendant 
  • Voice
  • Missing Nine
  • Untouchable 
  • My Secret Romance
  • Man To Man 
  • My Sassy Girl 
  • Introverted Boss
  • Beauty In A Time Of war 
  • The Package 
  • Polyclinic Doctor 
  • Sister Is Alive 



Assalamualaikum 

Aku bukan peminat mereka berdua , tapi mereka ni betul-betul orang kata fenomena .. mana taknya dari lofattah hinggalah fattzura .. pandai diorang gabung nama hahaha tapi apapun memang bagi peminat mereka kejutan demi kejutan yang fattzura ni bagi .. 

First kisah pertunangan secara diam-diam yang di anggap oleh netizen semua mereka sudah menikah , rupanya hanya bertunang then buat press conference lepas balik umrah , katanya nak kawen hujung tahun tup-tup hari ni dengan berita dah menikah secara sah di sebuah hotel dalam suasana yang tertutup .. 



Ramai jugak yang sedih sebab tak dapat apa-apa berita , dan wartawan juga tidak di jemput haha , papepun tu hak mereka mungkin nak majlis berjalan lancar dengan tenang .. apa-apapun tahniah buat mereka berdua .. aku suka tengok Fazura ni bertudung nampak sangat manis .. tak di nafikan Fazura sangat cantik .. semoga kekal hingga ke Jannah ye 


Assalamualaikum .. 

Di dunia ni adakala kita gembira adakala kita berduka tapi sebolehnya jangan biarkan duka yang ada melebihi rasa gembira yang perlu kita kecapi , dan yang paling penting sayangi diri sendiri lebih dari sayangi orang lain .. tapi bila ada anak ni macam terlebih sayangkan anak dari diri sendiri haha okay tu part lain yang mana naluri keibuan yang cukup menggembirakan 

Bila bicara tentang kegembiraan ia tidak bermakna hanya atas alasan ada kekasih , ada cinta pada sang laki-laki .. adakah itu cukup membuatkan kita gembira ? tidak semestinya tiada kekasih hidup suram dan durjana , banyak lagi benda-benda lain yang boleh menggembirakan hidup kita .. yang pasti gembirakan lah diri sendiri walaupu terkadang terluka dengan sesuatu perkara 

Tips Untuk Membahagiakan Diri Sendiri 

  • Tidur Yang Cukup 

Kadang-kadang bila kita tidak dapat tidur yang cukup , badan pun mula jadi lemah dan mood sering berubah ~ kenapa ? sebab badan kita tak dapat rehat dengan secukupnya .. dan sebenarnya ada sesetengah terlalu asyik dengan media social , gajet sentiasa di tangan padahal masa tu boleh memberikan kita tidur yang sempurna .. so guys ! elakkan benda-benda tak berfaedah dan go sleep okay ! 

  • Berada Dalam Kalangan Mereka Yang Kita Suka 

Ada masa bila kita badmood atau stress orang kata kawan adalah tempat terbaik untuk meluahkan , dalam hidup seseorang mesti ada favourite kawan yang kita simpan dalam hati . Jadi sesekali keluar lepak spend tie together ingat kembali zaman-zaman yang menggembirakan , andai jauh boleh je call kan ~ ellakkan orang yang kita tidak suka kerana ia kadang sangat menyakitkan untuk jadi seorang yang fake hahah 

  • Buat Benda Yang Kita Suka 

Buat benda yang kita suka automatik akan menggembirakan diri kita , macam aku ~ kenapa aku jadi blogger ? sebab aku suka menulis . Bagi aku yang agak pendiam aku suka melontarkan suara hati dengan kata-kata , apa yang ingin aku sampaikan , apa yang terbuku semua aku tuliskan dalam ruangan blog ni ... kalau dulu banyak coretan-coretan yang berkisarkan kisah hidup aku cuma sekarang agak sibuk .. tapi tak bermakna kau berhenti menulis kerana ini lah benda yang aku suka .. 

Walaupun orang kecam apa yang kita buat , orang mengatakan tiada faedah dan banyak lagi , tolong ! tolong jangan ikut hati orang kerana yang ingin menggembirakan adalah diri kita sendiri , dan yang ingin bahagia adalah diri kita sendiri , so just do it okay ! asalkan ia tidak melanggar agama :)

  • Pakai Pakaian Yang Buatkan Kamu Cantik , Selesa dan Konfiden 

Bab fesyen memang aku gagal , tak pandai nak bergaya haha tapi apa yang membuatkan aku konfiden adalah apa yang aku pakai membuatkan aku cantik walaupun pakaian tu tidak berjenama atau pun kolot dan tak ikut trend , hey pedulikan apa orang kata .. salah satu cara untuk gembira pakailah apapun yang membuatkan kamu cantik , membuatkan kamu selesa dan yakin .. buat apa pakai mengikut fesyen jika diri sendiri tidak selesa dan terasa ia buruk , walaupun ia cantik di mata orang lain .. biar mata dan gayamu menyerlahkan kecantikan yang kamu miliki 

  • Makan Makanan Berkhasiat dan Minum Air Yang Cukup 

Part ni ramai yang tidak mampu buat kan , padahal ia hanya air kosong .. yeaaa itu lah aku ! susahnya nak minum air yang mencukupi setiap hari dan makan makanan yang berkhasiat .. kenapa ini penting ? sebab badan kita akan lebih sihat , itu lah cara terbaik untuk menyayangi diri sendiri iaitu menjaga kesihatan .. hehe okay semoga istiqamah ! 

Hati Berbicara :


Part paling penting untuk bahagiakan diri sendiri adalah jangan terus-terusan menyakiti hati sendiri dan mengingati masa lalu yang menyakitkan , orang kata nak melupakan itu sangat susah tapi sekurangnya kita cuba untuk lari dari sesuatu perkara yang menyedihkan .. buatlah sesuatu yang membuatkan kita lupa akan kesakitan , luka mahupun sejarah hitam .. 

Move on itu indah sayang :) Jangan biarkan lagi diri sendiri melukan diri sendiri .. Allah ada , semoga Allah redha :)

Assalamualaikum ~

Check-check email nasib baik teringat tentang contest Lazada , al maklum lah sibuk shopping sempena Online Revolution yang dah bermula pada 11.11.2017 , sale semua aduhaiii memang terjojol biji mata haha tak percaya boleh klik link ni https://www.lazada.com.my/online-revolution/.. rancak kan semua duk shopping sakan ~ kemain uols ! haha tapi beli time sale macam ni memang berbaloi .. peluang tak datang selalu kan kan kan .. 
 
 

Yang bestnya  Lazada ada menganjurkan contest buat blogger-blogger semua , yeahh tq Lazada yang always bermurah hati .. contest ni pun senang je tau korang just jawab 4 soalan dan pemenang akan di pilih secara random .. mana tahu rezeki kita kan , jadi korang yang tak join lagi belum terlambat sebab ia nya bermula dari 1 November - 14 Disember 2017 .

Macamana Nak Join Contest Lazada ni ? 

Korang sila klik di link https://www.lazada.com.my/blogger-contest kat situ ada syarat-syarat untuk join dan ianya sangat mudah guys !!Soalan mudah kat bawah , eh macam nak jawab exam je hihi 

  • Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?

Sememangnya tentu lah aku ingat , sebab masa tu masih lagi baru berumahtangga dan masuk rumah sewa .. biasalah kan barang rumah pun tak banyak dan tercari-cari almari yang jenis simple dan mudah nak angkut , oh yee sebab kan sekarang mudah je beli online so bukak Lazada dan beli Multifunctional Wardrobe , masa ni tengah Mycybersale so harga pun murah sangat .

Almari ni sangat okay sebenarnya cuma tak boleh nak letak banyak-banyak sangat pakaian nanti runtuh , dan jangan letak di tempat yang terkena cahaya untuk elakkan kain nya reput .. hehehe aku ada buat entry tentang almari ni , uols boleh baca di link ni alright ! ➝➝King Size Wardrobe by Lazada


  • Which types of products would you prefer buying online?
Bila membeli secara online ni aku  tak kisah barang apa pun sebab ia sangat memudahkan aku , cuma yang selalu aku beli adalah pakaian , haaa pakaian murah-murah sangat lagi-lagi bila part baju anak-anak .. mau berejam mengadap tu aje kan , then aku suka beli barangan dekorasi di dapur , contoh tempat letak pinggan , rempah-rempah semua tu , alat mekap , kesihatan dan sebagainya ..


  • What to you love about online shopping? 
Kenapa aku suka sangat beli online ? sebab banyak pilihan dan tak memenatkan , lagi-lagi bila ada anak ni memang aku cepat mengah dan tak boleh nak fokus bila membeli secara offline , stress pun ye jugak sebab duk kejar anak .. so beli online ni goyang kaki pun boleh beli , di tambah barangan yang aku terima semua berkualiti dan tak pernah mengecewakan .. haaa pandai-pandai korang survey ye ..

  •  Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 
Rambang mata tau tengok sale sempena Online Revulution ni , semua barang best-best cuma tengah planning nak upgrade tv kat rumah ni haha ... so terkenan pulak tv Sharp ni harga pun tak sampai 1k tau korang dan sofa  apa lagi sale yang ada boleh tengok di https://www.lazada.com.my/online-revolution/ 



More Info :
https://www.lazada.com.my/blogger-contest
https://www.lazada.com.my/online-revolution


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates