Assalamualaikum
Alhamdulillah berpeluang lagi aku join Photoshoot Raya KelabBloggerBenAshaari , kali ni berbeza sikit dari sebelumnya sebab tak dapat nak fokus sangat bila dah ada anak ni haa , dulu ye lah gedik sana gedik sini sebab bawak diri je kan .. hehe abaikan yang tu .. tapi yang aku paling bangga bila Photoshoot Raya KBBA kali ni berkolaborasi dengan jurugambar profesional dan sangat lah sempoi orangnya iaitu Wan Izhar Abu Bakar.
Mana tak bangga oikkk bukan calang-calang orang Wan Izhar ni , berapa banyak artis/selebriti dan anugerah dah dia capai tau. Tak sabar nak tengok hasil nya nanti .. agak-agak macam Siti Nurhaliza tak gambar aku nanti ? hihi sabar tau korang , sebab aku pun tak sabar !
Pemilik ODS Studio




