• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ,
 

sambungan dari kisah qaseh travel bersama santai sahabat media [klik] ke lembah bujang , hari ni qaseh nak bawak korang pergi ke suatu tempat ,naik bot di JETI SEMELING melayari indahnya SUNGAI MERBOK ,masa ni masih lagi bermalam di SG PETANI INN HOTEL[klik] ..


kat belakang tu adalah muzium paya bakau



hari ni qaseh nak share sedikit sebanyak tentang JETI SEMELING , apa yang menarik kat sini ? lihat gambar kat atas tu , di belakang qaseh adalah muzium paya bakau ,pertama kali qaseh tengok muzium tu dari jauh , qaseh ingatkan ia sebuah chalet tapi jangkaan yang meleset , mana taknya design nya dari kaca dan di bina di kawasan sungai , dalam muzium tu mcm2 sejarah paya bakau dan info-info yang berkaitan korg boleh tgk dan baca , pada yang minat sangat dengan alam flora rasanya tempat ni sangat sesuai bagi korang ..




lorong pejalan kaki , cantik amat sambil melihat paya bakau dan alam sekeliling yang kehijauan dengan angin sepoi2 bahasa .. fuhh syok giler qaseh lepak dgn diorg hari tu 
melayan perasaan jejaka idaman malaya ni ~ 

selepas kami selesai menelaah info paya bakau di dlm muzium ,inilah tempat yang qaseh paling suka , boleh mark sebagai tempat feberet bila datang ke sini , qaseh buat research kat gugel , tempat ni salah satu tempat yang terbaik untuk photoshoot wedding ,kiranya tempat ni selalu di jadikan aktiviti photoshoot , salah satu daya penarik JETI SEMELING , dan sememangnya ia menarik mata lensa-lensa dan bakal pengantin yang ketandusan idea dan ilham , 




  korang tahu tak ini apa ?
haa inila akar2 paya bakau ekekeke


 pemandangan-pemandangan dari lorong pejalan kaki yang terdapat di JETI SEMELING , cantik bukan ?
sebelum masuk , korang akan jumpa gok arang siap ada model mcm comel je ahaha , tempat untuk membakar arang dan bata , kat dlm tu ada info2 jugak ..





di sini lah kami menaiki bot melayari sungai merbok , apa yang ada di sungai merbok pula ye .. ? haaaa kena tunggu lagi , pengalaman qaseh dan sahabat media menaiki bot di dalam hujan lebat dan trpaksa patah balik ..perghhh qaseh duduk je sebab penakut ahahaha ..kesian kat mawardiyunus jadi mangsa bhaha  syokkk !! stay tune ~

psst : keseluruhan tempat ni memang cantik ,bayangkan bila waktu senja , subhanallah rasanya menangis kot tengok keindahan alam yang ada , jeti semeling ni di kedah darul aman ..datang sini jangan lupa snap pic banyak2 !
Assalamualaikum ..

Suka dan cinta memang berbeza kan , apa yang kita rasa , perasaan kita bagaimana , suka ni kadang-kadang boleh buat kita ada perasaan cinta tu kan , rasa nak memiliki dia , rasa gembira tengok dia , excited bila dia ada ..hurmm macam susah pulak nak huraikan bagaimana perasaan suka dan cinta tu tapi ada hamba Allah ni bagitahu beza antara suka dan cinta 

[gambar]
kadang-kadang kita keliru dengan perasaan kita sendiri , kita terlalu inginkan hingga kita lupa sometimes it hurts you 

hamba Allah ni kata 

kalau kita suka pada sekuntum bunga kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik.Tapi kalau kita cintakan bunga itu , kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar , samalah macam manusia , kalau kita suka pada seseorang itu kadang-kadang kita berusaha sedaya upaya untuk memiliki dia , tapi kalau kita cintakan dia ,kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita , dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita ...


hati berbicara :
dari perasaan suka ia boleh jatuh cinta , dalam perasaan cinta tak semestinya akan bersama .. jodoh itu di tangan Tuhan jangan sampai ia meranakan diri kita sendiri , sakit ~ siksa diri , itu bukan cinta yg sebenarnya .. cinta itu bahagia bersulamkan kasih syg .. derita mungkin ada tapi untuk menguji dan menguatkan , sabar ye sayang ...
Assalamualaikum

tadaaa daaa daaa ~ see kalau yang perasan blog qaseh dah bertukar wajah , lebih simple dari dulu yang pink tahap cinpazi mengawan , template ni qaseh amek dekat web-web yang ada kat gugel je , mungkin nanti akan bertukar lagi , ini lah di namakan tahap kepuasan yang sedikit , then satu lagi HEADER qaseh pun dah berubah , xde dah muka besar gedabak yang macam comel je macam cantik je , qaseh nak yang simple je .. so dikbee yang buatkan , haaa simple kan ... sorry sangat sebab qaseh ni cerewetsss haha cian dia , mesti stress smbil tarik2 rambut ..gulp 

macam kiut je macam omei je ..

then satu lagi qaseh suruh dikbee design kan blog lensa qaseh yang hidup segan mati tak mahu tuh , wakaka lensa qaseh blog <-[klik], fuh rasanya banyak kali qaseh suh ubah-ubah then ubah , haaa sesape yg tahan nak mengorat bekerjasama dengan qaseh sila fikir byk kali..

abaikan muka tak sememeh ~ ekeke 



simple is better , dulu-dulu first qaseh brblog kan qaseh ingatkan lagi lawa blog tu lagi lah org ramai masuk , cantik katakan pdhl berat nak mampuih ~ siap etak upin ipin bercakap lagi , bhahaha kerawang2 bagai kalah wedding memey suhaiza dan norman .. puiiii , so thanx so much to herrr , kreatif , korang nak design blog contact dia k , murah2 je .. blog dia kat bwh ni haaa , jgn lupa klik2 okeyh ..

dikbee yang menyengat  <-[klik2]



Assalamualaikum


lepas bermalam di SUNGAI PETANI INN <--[klik]kami menaiki bot di SUNGAI MERBOK .. stay tune travel dengan qaseh di entry penuh nnt... =)
Assalamualaikum ..

selamat pagi semua , pagi ni qaseh nak share sedikit ilmu mungkin dah ada yang tahu dan ada jugak masih tak tahu..

Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naiks aksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim didalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

gambar


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnyahanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, yaTuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dans ahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates