Sedapnya Portuguese Chicken Burger McDonald's | Meh Nak Ajar Cara Dapatkan Diskaun

20 ulasan:
Assalamualaikum, ramai tak peminat McDonald's yang sedang baca neh ? Sebab qaseh nak bagitahu 2 good news untuk korang ! 

olá, como vai você? 

Haaaa selalu bila makan McDonald's asyik nak cakap korea je kan sebab sebelum ni dah selalu makan Spicy Korean Burger (Burger Korea Pedas), good news pertama ---  kali ni jom kita terbang dan merasai makanan Portugal pula dengan kehadiran menu baru di McDonald's Malaysia iaitu Burger Ayam Portugal ! Omg, McDonald's ni memang tau, pandai sangat memikat hati pelanggan dan memberi kejutan best-best untuk pelanggan tercinta.

Thats why lah McDonald's merupakan kesukaan orang ramai, termasuk qaseh hehehe pencinta drive thru tau.

So qaseh pun berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis merasmikan menu baru di McDonald's Kota Damansara yang sangat happening ! Siap pembukaan persembahan dengan tarian dan budaya negara Portugal lagi.


Tq so much for performance from Portuguese Dance Troupe

''Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menyajikan cita rasa menarik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand kepada pelanggan kami, di mana kami menerapkan perisa unik dari negara-negara tersebut ke dalam menu kami di Malaysia melalui kempen 'Discover the World'. Kali ini, kami menghasilkan sesuatu yang lebih istimewa dan memperkenalkan Burger Ayam Portugal baharu, yang disajikan bersama sos piri-piri istimewa kami," kata Eugene Lee, Pengarah Pemasaran, McDonald's Malaysia.

Sesi pelancaran menu terbaru ( Burger Ayam Portugal) oleh Felina Lim, Pengarah Kanan Operasi McDonald's Malaysia, Eugene Lee, Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia, dan Melati Abdul Hai, Naib Presiden & Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia

''Apabila menghasilkan item-item menu yang inovatif, McDonald’s sentiasa mengutamakan keceriaan para pelanggan kami dan memberi kejutan kepada mereka dengan memperkenalkan perisa-perisa hebat terbaharu dan burger ini pastinya akan membuka selera dengan cita rasa yang lain daripada apa yang telah kami sajikan sebelum ini," tambah Eugene.

Burger Ayam Portugal Bersama Sos Piri-Piri Yang Unik 

Untuk pengetahuan korang, Burger Ayam Portugal adalah menu menarik yang ke dua sempena kempen 'Discover the World 2019 McDonald's Malaysia', di inspirasikan oleh pemandangan, suasana dan citarasa Portugal maka terciptalah Burger Ayam Portugal yang sangat unik rasanya, but don't worry akan di terima baik oleh tekak kita di Malaysia hehe. Sedap wooo. 


Burger Ayam Portugal ni dimantapkan lagi dengan kepingan daging ayam yang di goreng enak, di celup ke dalam sos piri-piri yang unik, di hidangkan bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar, di apit pula dengan ban yang mengandungi emping cili terbaru. Memang hidangan yang lazat tau korang, sebab rasa dia ada rasa rempah ratus unik ala Portugal.

So korang boleh pilih Burger AyamPortugal ni secara ala-carte atau hidangan satu set yang di sajikan bersama French Fries dan pilihan air - Coke biasa atau Fanta Grape McFreeze dengan harga bermula dari RM16.99. Korang boleh dapatkan Burger Ayam Portugal di semua cawangan McDonald's untuk masa yang terhad dan sementara stok masih ada. 



Untuk pencuci mulut pula, McDonald's juga membawa kembali Dinasour McFlurry yang popular penuh dengan pusaran coklat yang enak dan di hiasi bijiran coklat.

Permainan ‘Augmented Reality’ baharu - Catching Nonando


Good news ke-dua buat korang yang suka main game, haaa sempena launching new menu, McDonald's tambah lagi keterujaan ini dengan permainan Catching Nonando, game ni senang je ala-ala Pokemon-Go, so korang kena tangkap seberapa banyak ayam Nonando dalam masa 60 saat.

Apa yang korang dapat bila tangkap ayam Nonando ni? Best wei, korang akan dapat ganjaran diskaun serta merta untuk membeli Burger Ayam Portugal bergantung berapa banyak ayam Nonando yang korang tangkap heh heh best kan ! Caranya pun mudah je :

  • Hanya perlu klik pada pautan Facebook yang terdapat di laman web korporat McDonald's Malaysia atau halaman Facebook rasmi.

Lagi best, McDonald's akan memperkenalkan satu 'leaderboard' untuk menjejaki pemain yang teratas, pemenang tempat pertama akan memenangi sehingga 50,000 Air Asia BIG POINTS ! Haaa best gila kan. Sebelum order tu, pergi tangkap ayam Nonando dulu, baru dapat jimat banyak ehehe.


So, apa tunggu lagi? Pergi dapatkan segera Burger Ayam Portugal ! Nanti habis jangan nyesal-nyesal pulak yooo ~ Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran pelbagai menu menarik McDonald’s, sila lawati www.mcdonalds.com.my.

20 ulasan:

Nhazla Fikri berkata...

Nampak menarik je set menu portugis ni. Aiskrim pun mengancam. Dah lama jugak tak makan mcd. Kena pergi la sebab nak cuba menu baru. Baru je download aplikasi mcd dalam phone. Boleh la tunjuk kat kaunter nanti

Nadia Johari berkata...

betul mcdonalds ada je burger dari luar..bgus..ni yang nak cuba ni nanti

Qisstiera berkata...

Saja tau Qaseh ni. Nanti jap Qiss pergi cuba kat Mcd. Sememangnya dah lama kempunan McD ni. Tengok sos piri-piri Tu macam sedap aje. Nanti nak ajak adik gi makan dan sebelum makan tu nak tangkap ayam Dalam game dulu lah.

Promosi Pakej Umrah berkata...

Dah try.. memang sedap

Car Rental In Alor Setar berkata...

Yup memang sedap.. baru je try tadi

budakbandunglaici berkata...

mcd dah keluarkan burger baru eh. menarik macam gcb pulak tu. sos pedas atau manis. perasan jugak burger baru ni dalam apps mcd..tunggu roang review dulu baru BBL pergi makan. eh rasanya dah lama tak pergi mcd

apekinahdotcom berkata...

Adusss mengancamnya burger dia qaseh. Ni nak pergi cari ni. Kinah ni pantang je ada keluar burger baru hehehe

Mahamahu berkata...

Burger tu nampak besar hehehehe yang bestnya nampak macma pedas dan rasa mesti lebih mengancam hehehe takut kita nak rasa kalau orang nak belanja makan burger ini best...

Aerill Hassan berkata...

ada juga perasan burger baru ni dekat apps mcd. teringin nak cuba. nampak macam sedap. hihi. nak kena pgi mcd and review lah lepas ni :) terima kasih share

Fadzi Razak berkata...

Tadi baru drive through McD ada nampak burger portugese ni. Tapi tak terbeli pulak lagi. Beli my favourite double cheese burger. Next time lah try jugak burger portugese ni

Farhana Jafri berkata...

wahhh meriah sangat majlis perasmian McD ni siap bawa penari pandai tarian Portugese bagai. Burger Portugese pun nampak meriah penuh dengan bahan. Rasa macam terpanggil pula nak beli.

SuperMamy Syu berkata...

Oo..camtu ye.
I tak pernah cuba lagi burger portugus ni.sebab I jenis kolot dan susah nak try benda baru. My all time favourite quarter pounder & ayam goreng mcd.haha
BTW, mcd sana still bagi straw ye? Kat tempat I, dah tak di bagi nye straw.huhu

Izaramli berkata...

Ehhhh. McDonals ada burger baru eh? Nampak sangat dah lama tak makan McD. Yang burger korea tu masa first version dulu dah rasa. Lepas ni boleh try la burger portugal pulak. Nampak mcm sedap je. Game tu boleh try tu. Iza tgh kumpul point Air Asia skarang. Ok nak aim big points tu.

Zharif Azis berkata...

Wahhh bestnya !! Burger nie nampak sedap dan portion dia agak besar. Teringin nak rasa coz nak tahu rasa sia mcm mna. Nantilah nk singgah mcd utk cuba. Harga pon boleh tahan, mampu milik lah.

Thirteen berkata...

Ari tu pi mekdi. Nak order tapi tak jadi sbb sazi dia mcm besar pulak takut over kenyang. Now baca balik rasa menyesal tak order je try rasa sos piri piri dia tu.

penaberkala berkata...

Dah try burger ni, siap buat video walaupun makan yang separuh tu, hahahaha. Tapi seriously sedap jugak burger ni. Suka roti dan patty ayam dia. Sangat soft. Pastu sos dia pun ada rasa pedas. Nak repeat lagi nanti

Tekkaus berkata...

I wanna try this as well. It looks really delicious. Ok gotta go and buy it tonight after reading this post of yours. :D

precious cla berkata...

Awak tak tuliS artikel ni pun saya pasti akan muncul di McDonald selalu...hahaha btw, I am regular customer of McD

Lia Hasty berkata...

Alah lia tak try lagi burger baru ni lagi. Kena pergi McD sekarang dan cuba rasa sendiri lah. macam mana boleh terlepas kali ni.

Hanny Abdullh berkata...

Belum pernah try lagi, baca ni baru tahu MCD dah ada menu baru ni. Nampak cam sedap je, boleh le nanti sis try

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com