Aidilfitri 2019 | Dapat Juga Berkumpul Dengan Sahabat Tersayang

4 ulasan:
Assalamualaikum
Macam lama tak blog tentang personal life, setiap kali nak update je ada je halangan (baca:alasan! Padahal pemalas!) By the way setelah sekian lama tak menaip tentang personal life, meh la mulakan dengan cerita waktu raya tempoh hari, my wish termakbul bila dapat juga beraya bersama-sama dengan bff forever since sekolah menengah. 

Tahu tak perasaan excited bila dapat jumpa kawan-kawan yang kita sayang setelah kian lama tak jumpa , dan Allah makbulkan doa kami untuk dapat bertatap mata, bergelak tawa walaupun dalam masa yang sangat singkat, dan kali ni semua cukup korum. 

Yang macam mak jemah tu Yati sebab dalam pantang, haha kalau tak dalam pantang, rasa tak dapat jumpa lagi kikikiki, tudung pink macam wawa jenal is Midah, Dayu yang pakai spec. 

Sebenarnya dalam hidup aku, paling aku rasa bersyukur sangat bila aku di kelilingi oleh orang-orang yang baik, kawan-kawan yang sangat baik yang bila mana aku fikir 'eh aku ni takde apa benda pun untuk di beri, tak lawa, tak kerja hebat-hebat, miskin pulak tu, tak baik sangat haha tapi still diorang ni  terima seadanya segala kekurangan. Hurmm tiber rasa nak nangis taip ni uwuuuuu haha gedik kan.



Yati pulak kadang jadi pakar motivasi, pakar cinta kekdahnya haha masa tengah krisis dalam cinta dulu dia jadi penasihat acewah, even dia dengar benda buruk pasal aku dia meseg aku tanya, then masa dah pindah Putrajaya and aku lepak dengan geng kerja pun dia nasihat jaga diri apa semua, dia ni suka gelak, mende yang dia gelak pun tak tau, aku pun ikut gelak sekali haha jarang nak tengok dia marah, tapi bab bebel memang selalu sangat, mek joyah kan haha banyak sangat kebaikan dia, nanti banje k dah puji banyak ni.


Midah, aku tau dia seorang yang kuat, walaupun banyak ujian dan dugaan datang, dia still nampak cool dan tenang tapi dalam hati dia hanya yang tahu, aku bangga bila dia dah jadi MUA ni, sebab dia ada bakat dan aku nak tengok sangat dia berjaya dunia akhirat, aku tau dia seorang yang kuat, bila dia mengeluh atau luah tu maksudnya dia betul down dan dia bukan seorang yang jenis suka susahkan orang. Tapi duduk dengan dia lagi tingtong rasa, masa zaman sekolah memang hot haha.

Semoga Allah berikan kekuatan selalu pada dia, baik sangat sampai orang pijak-pijak tapi Midah yang sekarang dah makin kuat, you go girl!!

Dengan Dayu jap je masa sekolah sebab dia pindah, tingtong jugak dia ni haha paling ingat dan paling kelakar pulak, aku rasa part aku dengan Dayu kena paksa balik rumah, sebab kitorang selalu pergi tidur rumah Yati. Acah-acah buat kerja sekolah la hahaha tapi spm tak hebat mana, galok je lebih. Dahla aku pegi nyampuk 'tok' Dayu yang tengah marah suruh balik, kena marah setepek atas muka hahaha bongoknya rasa.Kenangan oh kenangan, rindu jugak kat arwah Aboh, kesian Aboh pulak kena jadi penyejuk keadaan masa tu, kikikiki tq family Yati so much, dah anggap macam family sendiri haha

Kenangan paling ngeri, hampir excident dengan Dayu, aku yang bawak motor nak pergi rumah Yati lepas tu terlanggar lampu kereta makcik mana tah, pastu nangis kahkah. Sambung naik motor pergi rumah Yati nangis lagi then cite apa yang jadi, lepastu kena bayar sebab pecahkan lampu kereta tuh.Haha sebenarnya nak cerita memang banyak gila tapi biarlah yang lain hanya kami yang tahu kikiki 

Tak banyak gambar dengan Dayu sebab dia pindah sekolah, sobsss but memory remains forever

Bff zaman sekolah ni memang dari dulu lagi berangkai je, haha lucu rasa ingat balik kenangan, kenangan yang tak pernah tak lucu, rasanya kitorang ni jarang sangat gaduh, bukan jarang tapi tak pernah gaduh, yang selalu buat halnya aku je yang selalu merajuk time sekolah dulu kahkah. Then, tak pernah gaduh besar, bermasam muka bagai, aku rasa setiap kali lepak or jumpa asyik gelak je, tengok muka pun gelak, aku pun tak paham haha

Tapi benda paling bodoh aku pernah buat, aku prank dorang dengan lakonan 'aku dah mati' ,guna handfon ayah aku hantar mesej, siap ex aku datang kat rumah tengok dari jauh, memang gelap je rumah masa tu sebab aku ikut mak aku pergi balai raya haha. Nape lah aku bodoh sangat time tu, haha sorry korang buat korang nangis, sumpah tak sengaja hiks ampun kan patik, tu last benda bodoh aku buat.


Tapi dah nak dekat 19 tahun kan korang persahabatan kita, rasa macam cepat sangat waktu berlalu, rasa macam tak puas lagi nak lepak dengan korang, rasa macam tak percaya akhirnya masing-masing dah kawen, ada anak, dah ada life masing-masing, tapi kawan tetap kawan, so tq jugak untuk suami-suami yang sporting dan faham kitorang ececee hope one day dapat pulak cuti sama-sama baru best !

Rindu saat tido sama-sama, lepak sama-sama, borak sampai pagi, adohaaaa rindu gilaaaa saat tu, zaman sekolah waktu tingkatan 3 paling best, sebab mereka ada, tapi bila dah masuk form 4 dan 5, Midah and dayu dah takde,pindah sekolah, rasa sunyi jap, nasib baik Yati ada lagi, kalau tak boleh terpesong aku haha joke je. 

Aku tak minta banyak, harap kita akan kekal berkawan till Jannah, nanti jangan lupa heret ke syurga sekali, macam best je kan dapat lepak kat syurga pulak haha ameen. Sesungguhnya aku sayang mereka dan harap Allah always lindungi kawan-kawan yang aku sayang ni, di rahmati Allah, di beri pengakhiran yang baik, lepas dari azab siksa kubur dan di tempatkan di syurga kelak. 

Dalam hidup aku, ada jugak aku jumpa kawan yang tak berapa nak baik waktu aku kerja dulu, tapi masih Allah lindungi aku dengan kawan yang baik dan lindungi aku dari orang tu, so bilamana bab kawan ni aku bersyukur Allah bagi aku kawan yang baik-baik, dalam dunia blog  pun sama, aku bersyukur jumpa kawan-kawan yang sangat baik. Kakak dan abang yang matang untuk aku refer segala benda.Aku je yang nakal sikit hiks. 

Sebenarnya panjang lagi nak luah ni, tapi dah nak habis dakwat dah weh :0 dan air mata aku asyik meleleh je weh haha rindu dengan kenangan lama, rasa sedih sebab ada jugak orang yang sayang dan terima kita, rasa syukur Allah bagi kawan-kawan yang baik dari zaman sekolah mahupun dari blogging, Love u korang. Jangan lupa nama Sufura dalam doa-doa korang k ! 

Raya ni Dayu pulak takboleh balik

Sekurangnya, kalau aku ada benda nak share diorang lah yang pertama aku share selain suami, bila mana aku rasa sedih atau nak buat luahan hati sekurangnya aku ada mereka yang always  dengar dan bagi nasihat, sekurangnya aku ada mereka-mereka ni yang aku dah kunci kemas dalam hati lillahitaala. Kalau aku gaduh dengan laki or lari rumah ke , diorang je lah aku cari haha. (korang tahu korang siapa yang aku sayang ni ) Deep in my heart i really love you gais!!!!

Friendship ni, kau pergi lah jauh mana sekalipun, tak berjumpa bertahun-tahun, tak selalu call atau bertanya khabar, tapi bila jumpa kita jadi macam yang dulu, yang kita kenal buat pertama kali, perangai gila-gila tak kira kau dah jadi mak or somebody, kita tetap akan stay seperti mana kita pernah kenal sebab keselesaan antara kita sudah sebati dari awal. I need spend time more, harap nanti dapat cuti sama-sama k, suami pandai-pandailah jaga diri sendiri kahkah!

Masa sekolah bukan aku kawan dengan mereka je, ada kawan-kawan lain jugak tapi dalam hidup kita mesti lah ada yang paling rapat dan sayang kan, dan mereka lah orang yang aku pilih dan letak dalam hati yang paling dalam. Tq so much for everything, untuk kasih sayang yang tak mampu nak bayar.



''If you have a fiendship, treat it well. Ask forgiveness and forgive. Work throught things because it is worth it. Friendship is something precious, so dont betray and destroy it until you lose it, dont abuse it or take it for granted. Take care of your friendships and be a real friend. They are listening ear who cares when i need to talk, they are the arms embracing me when i need a hug, they are the ones sharing life with me. They know me, they are there for me,always. And i do the same for them. InshaAllah''

4 ulasan:

Sue Izza berkata...

dah kenapa kak sue plak yg berair mata ni hahahhaa...moga ikatan persahabatan korang ni kekal sampai akhirat,suka tengok sebab muka iras2 je belaka hahahha terutama qaseh ngan yati heheh

Qaseh Dalia berkata...

@Sue Izza Kaksue pun kesayangan qaseh jugak, dah termasuk dalam hati hehe love u

cikguzim berkata...

Moga ikatan persahabatan berkekalan insyallah..

MunirahMH berkata...

Bestnya dpt gather2 dgn bff

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com