Pentingnya Pemakanan Sunnah Untuk Kesihatan | Jom Cuba Surya S Great Grain

1 ulasan:
Assalamualaikum

Holla gais ~ ramai tak yang masih mengamalkan pemakan sihat dan makanan sunnah dalam kehidupan harian ? Atau nak cari makanan sunnah ni agak susah dan melecehkan di tambah pula dengan harga yang agak mahal, hurmm kadang tak di nafikan nak cari satu-satu makanan sunnah ni agak susah juga kan~ 

Tapi, tahukan korang, pemakanan sunnah dalam kehidupan harian sangat membantu untuk kesihatan tubuh badan dan amalan hidup gaya yang sihat sebab ia mempunyai khasiat dan protein yang sangat tinggi untuk semua lapisan umur. 

Qaseh pun bukan seorang manusia yang rajin untu mencari setiap makanan sunnah ni, memang kadang tiada masa pun nak cari satu-satu bahan asli makanan sunnah heheh so yang paling menyenangkan adalah cari produk yang mempunyai bahan kandungan makanan sunnah, dari situ pun kita dapat protein dan khasiat untuk kesihatan.

Bagi korang yang ada masalah yang sama, sebelum ni qaseh ada share tentang Surya S Great Grain, haa dalam ni sememangnya dah ada 5 makanan sunnah yang terbaik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan, dah ada semua ni dalam satu produk tak perlu lah susah-susah nak cari satu-satu bahan, bijak tak ?



Makanan Sunnah yang terdapat dalam Surya S Great Grain :
  • Habbatus Sauda : Antara makanan sunnah yang paling glemer ni sebab ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti Vitamin B, E, Zat Besi, Kalsium, Zink, Magnesium dan juga kaya dengan antioksidan. Khasiatnya adalah untuk anti penuaan, sembelit, masalah penghadaman, menstabilkan tekanan darah, elakkan risiko kanser, menguatkan sistem umum dan sebagai milk booster
  • Buah Zaitun : kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.
  • Delima : Sumber antioksidan yang baik, mempunyai vit C,B dan K, Magnesium, Zink, Kalsium, Zat Besi, Fosforus dan Serat. Kandungan lemak dan kolesterol dalam delima bagus untuk kesihatan jantung dan mengawal berat badan
  • Buah Tin : Sumber anti oksidan yang baik yang mempunyai Vitamin A dan K, selain itu ia mempunyai sumber protein, Vit B, C , D, Zat Besi, Kalsium, Kalium, Folfur dan mineral yang lain yang memberi khasiat yang bagus untuk anak2, wanita hamil dan orang sakit.
  • Madu : Tak dinafikan lagi madu sangat berkhasiat dan mempunyai semua zat untuk kesihatan tubuh badan seperti enzim, pelbagai vitamin, mineral, air dan juga pinocembrin - antioksidan yang boleh meningkatkan fungsi otak.

Nah, itu adalah 5 makanan sunnah yang terdapat dalam Surya S Great Grain, banyak kan khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita, walaupu Surya S Great Grain ni bukan makanan sunnah yang sepenuhnya, tapi bahan kandungan dalam produk ni membantu memberi khasiat dan dapat mengamalkan hidup gaya sihat dengan khasiat dari makanan sunnah dan bijirin yang lain dengan mudah. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Surya S Great Grain ni qaseh dah review panjang dalam entry sebelumnya di SINI, just tekan link tu dan baca okay. Moh lah kita tinggalkan amalan pemakanan yang tak seimbang yang akhirnya memakan diri sendiri, kalau hari ni baru timbul kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat, kita mulakan hari ni 

Jom cuba Surya S Great Grain, banyak khasiat, memudahkan dan dapat mengurangkan berat badan di samping memperoleh kesihatan yang lebih baik.


More Info :
Dapatkan Surya S Great Grain di : Watson, Himalaya, farmasi terpilih atau shopee 
Shopee : SGGShopee
Facebook : Surya.Malaysia
Instagram : @surya.malaysia

1 ulasan:

mas saari berkata...

Bagus² khasiat SGG ni, elok amalkan!

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com