Assalamualaikum, ramai tak peminat McDonald's yang sedang baca neh ? Sebab qaseh nak bagitahu 2 good news untuk korang !
olá, como vai você?
Haaaa selalu bila makan McDonald's asyik nak cakap korea je kan sebab sebelum ni dah selalu makan Spicy Korean Burger (Burger Korea Pedas), good news pertama --- kali ni jom kita terbang dan merasai makanan Portugal pula dengan kehadiran menu baru di McDonald's Malaysia iaitu Burger Ayam Portugal ! Omg, McDonald's ni memang tau, pandai sangat memikat hati pelanggan dan memberi kejutan best-best untuk pelanggan tercinta.
Thats why lah McDonald's merupakan kesukaan orang ramai, termasuk qaseh hehehe pencinta drive thru tau.
So qaseh pun berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis merasmikan menu baru di McDonald's Kota Damansara yang sangat happening ! Siap pembukaan persembahan dengan tarian dan budaya negara Portugal lagi.
Tq so much for performance from Portuguese Dance Troupe
''Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menyajikan cita rasa menarik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand kepada pelanggan kami, di mana kami menerapkan perisa unik dari negara-negara tersebut ke dalam menu kami di Malaysia melalui kempen 'Discover the World'. Kali ini, kami menghasilkan sesuatu yang lebih istimewa dan memperkenalkan Burger Ayam Portugal baharu, yang disajikan bersama sos piri-piri istimewa kami," kata Eugene Lee, Pengarah Pemasaran, McDonald's Malaysia.
Sesi pelancaran menu terbaru ( Burger Ayam Portugal) oleh Felina Lim, Pengarah Kanan Operasi McDonald's Malaysia, Eugene Lee, Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia, dan Melati Abdul Hai, Naib Presiden & Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia
''Apabila menghasilkan item-item menu yang inovatif, McDonald’s sentiasa mengutamakan keceriaan para pelanggan kami dan memberi kejutan kepada mereka dengan memperkenalkan perisa-perisa hebat terbaharu dan burger ini pastinya akan membuka selera dengan cita rasa yang lain daripada apa yang telah kami sajikan sebelum ini," tambah Eugene.
Burger Ayam Portugal Bersama Sos Piri-Piri Yang Unik
Untuk pengetahuan korang, Burger Ayam Portugal adalah menu menarik yang ke dua sempena kempen 'Discover the World 2019 McDonald's Malaysia', di inspirasikan oleh pemandangan, suasana dan citarasa Portugal maka terciptalah Burger Ayam Portugal yang sangat unik rasanya, but don't worry akan di terima baik oleh tekak kita di Malaysia hehe. Sedap wooo.
Burger Ayam Portugal ni dimantapkan lagi dengan kepingan daging ayam yang di goreng enak, di celup ke dalam sos piri-piri yang unik, di hidangkan bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar, di apit pula dengan ban yang mengandungi emping cili terbaru. Memang hidangan yang lazat tau korang, sebab rasa dia ada rasa rempah ratus unik ala Portugal.
So korang boleh pilih Burger AyamPortugal ni secara ala-carte atau hidangan satu set yang di sajikan bersama French Fries dan pilihan air - Coke biasa atau Fanta Grape McFreeze dengan harga bermula dari RM16.99. Korang boleh dapatkan Burger Ayam Portugal di semua cawangan McDonald's untuk masa yang terhad dan sementara stok masih ada.
Untuk pencuci mulut pula, McDonald's juga membawa kembali Dinasour McFlurry yang popular penuh dengan pusaran coklat yang enak dan di hiasi bijiran coklat.
Permainan ‘Augmented Reality’ baharu - Catching Nonando
Good news ke-dua buat korang yang suka main game, haaa sempena launching new menu, McDonald's tambah lagi keterujaan ini dengan permainan Catching Nonando, game ni senang je ala-ala Pokemon-Go, so korang kena tangkap seberapa banyak ayam Nonando dalam masa 60 saat.
Apa yang korang dapat bila tangkap ayam Nonando ni? Best wei, korang akan dapat ganjaran diskaun serta merta untuk membeli Burger Ayam Portugal bergantung berapa banyak ayam Nonando yang korang tangkap heh heh best kan ! Caranya pun mudah je :
- Hanya perlu klik pada pautan Facebook yang terdapat di laman web korporat McDonald's Malaysia atau halaman Facebook rasmi.
Lagi best, McDonald's akan memperkenalkan satu 'leaderboard' untuk menjejaki pemain yang teratas, pemenang tempat pertama akan memenangi sehingga 50,000 Air Asia BIG POINTS ! Haaa best gila kan. Sebelum order tu, pergi tangkap ayam Nonando dulu, baru dapat jimat banyak ehehe.
So, apa tunggu lagi? Pergi dapatkan segera Burger Ayam Portugal ! Nanti habis jangan nyesal-nyesal pulak yooo ~ Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran pelbagai menu menarik McDonald’s, sila lawati www.mcdonalds.com.my.
Comments
I tak pernah cuba lagi burger portugus ni.sebab I jenis kolot dan susah nak try benda baru. My all time favourite quarter pounder & ayam goreng mcd.haha
BTW, mcd sana still bagi straw ye? Kat tempat I, dah tak di bagi nye straw.huhu
Qaseh lanjer laaaa..