Tempat Menarik di Ipoh | Gunung Lang Tempat Cantik Untuk Bergambar

Assalamualaikm 

Holla gais , macam dah lama je peram gambar-gambar bercuti dalam laptop , so marilah kita cipta kenangan dalam blog . Hari tu aku pergi ke Ipoh sempena birthday Rayyan , kitorang menggembirakan dia di Lost World Of  Tambun (nanti aku blog) ! Kecik-kecik dah masuk waterpark , dulu aku berkubang dalam parit je k ! Tangkap ikan puyu haha 

Then , dah alang-alang sampai Ipoh , search la tempat-tempat menarik sebelum pergi LWOT , jadi ~ ramai pulak yang review tempat ini iaitu di Gunung Lang , salah satu tempat menarik di Ipoh yang agak femes jugak lah , best ke tak best ? Hurmm nak kata best sangat tu takde lah kot , tapi sekadar melarikan diri dari kota raya , bolehlah 

Maybe kena datang weekend , mungkin meriah sikit .. kihkih #sukaberjalanweekdays #taknaksemakdenganorangramai 


Bagi korang yang sukakan alam hijau , tempat ni cantik , sejuk je mata memandang cuma aktiviti mungkin hari minggu meriah , di sebabkan aku pergi weekdays so agak sunyi . Walaupun begitu , tetap ada pelawat , so boleh lah menikmati dan menghirup udara dengan tenang .

Nak pergi ke Gunung Lang ni kena naik bot , sila pakai life jacket . Yang bestnya nak pergi Gunung Lang ni murah je tiketnya , boleh lah bawak segorombolan family mencipta kenangan di sini , nak ootd dan bergambar pun cantik ~ ramai igfemes katakan.


Harga Tiket ke Gunung Lang
Dewasa : RM3.00
Kanak-Kanak : RM1.50

Haaa murah gilos kan , lagipun dari jeti nak ke Gunung Lang ni takdela jauh sangat , seberang je tapi kena la naik bot takkan nak berenang pulak yee , then sambil-sambil menunggu bot , korang boleh beli makanan ikan sebab ikan kat sini banyak gila , tak tau lah ikan apa ~ talapia kot . Makanan ikan ni RM1.00 je tak silap , alamak dah lupa 

Ikan lagi banyak di Jeti , kalau di seberang sana memang takde sangat , so habiskan aje di jeti okayh. 



Ada Apa di Gunung Lang

Sebelum korang pergi sini , korang boleh lah beli apa-apa makanan dan juga minuman . Di jeti , ada je kedai-kedai makanan . So beli siap-siap sebab korang boleh lepak selama mana korang nak , kiranya kalau datang pagi boleh lah sampai petang . Dalam ni ada tandas dan juga surau , so dont worry k .

Masa bot hantar dan ambil korang setiap setengah jam macam tu la , kalau nak balik just tunggu je di jeti then nanti bot akan datang ambil . Jadi , ada apa je di Gunung Lang ni ? Kalau korang pergi ramai-ramai boleh lah berpicnic , aku ada nampak basikal untuk di sewa juga , jadi boleh lah buat aktiviti berbasikal









So kat sini ada haiwan-haiwan juga, ada ayam, burung, kuda kecik tu, tapi tak banyak sangat pun, macam mini zoo laa gitu, hehe tapi spesies yang jarang jumpa.Lain-lain takde apa sangat, lepak-lepak okayla. Weekend mungkin banyak aktiviti menarik.

Itu je lah yang ada di sini, nice place untuk cari ketenangan diri acewah~ tapi jangan leka dan lalai pulak, karan bot last sampai korang tak naik, haaa bermalam lah di situ jadi peneman haiwan-haiwan comel kikiki. Okaylah setakat ini sahaja coretanku. Tq sudi membaca. Adios.

6 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. dulu pernah singgah memang cantik tapi ramai gila orang tak dapat naik bot tu

    BalasPadam
  2. bila laaa misi jelajah utara nak on ni huhuuu

    BalasPadam
  3. Ruby pernah sekali sampai ke sini sekali. Dari Puchong nak ke Penang. Kita orang singgah sini. Memang cantik view situ kan ;)

    Ruby 1 family sewa basikal. Kayuh2 pusing kat dalam tu

    BalasPadam
  4. Cantik-cantik belake pic yang awak ambil

    Done follow sini #3804

    BalasPadam
  5. Rinduuu ipoh. Dulu masa duk ipoh kakfiza selalu g sini.kalau family datang pun sini la kfiza bawak jalan2

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama