Assalamualaikum, hye semua. Dah nak akhir tahun ni kan, so apa maknanya? Haa meh lah kita survey untuk percutian ~ yeyy nak cuti ke mana ye tahun ni, alaa tak kisah jadi ke tak,janji kita plan dan survey dulu.
Sejak Rayyan lahir ni, qaseh tak pernah lagi bawak Rayyan naik flight. Biasa kalau dia nampak kapal terbang mesti excited je haa duk tunjuk-tunjuk kapal terbang hihi. Jadi, sempena nak akhir tahun ni teringin pulak nak jalan-jalan ke luar negara, tempat sejuk dan menikmati pemandangan luar.
First of all sebelum nak bercuti kita kena plan betul-betul, cari promosi-promosi yang kena dengan bujet, lagi murah lagi bagus haaa~ Sebab tu kena survey awal-awal. Qaseh apa-apa hal suka bukak web Traveloka dan ternampak ada promosi yang akan datang iaitu Traveloka Saleabration.
Apakah Traveloka Saleabration?
Kebiasaan kawan-kawan qaseh suka sangat pergi ke Matta Fair untuk dapatkan promosi dan tiket yang sangat murah, tapi qaseh tak suka sangat nak bersesak dengan ribuan manusia dengan bawa anak lagi, fuh memang mencabar ye. Tapi korang jangala risau dan bersedih pula bila tak dapat grab any Matta Fair Deals, sebab korang boleh dapatkan lebih lagi promosi murah dan hebat sempena Traveloka Saleabration. Haa apakah itu ? Ni yang qaseh nak share kepada korang semua.
Untuk info korang, Traveloka Saleabration yang akan datang ni akan bermula pada 26 August - 27 September 2019. So kalau korang nak cuti hujung tahun ni, jangan lengahkan masa okay, nanti terlepas pula. Traveloka Saleabration ni sebenarnya tawaran promosi murah dan banyak diskaun yang akan di berikan, kiranya diskaun yang sangat tak masuk akal gitu berbanding promosi biasa, berdasarkan yang lepas-lepas memang Traveloka bagi diskaun yang sangat lumayan.
Kiranya promosi ni termasuk hotels, flight, experience dan juga airport transfer. Untuk kali ni, Traveloka lebih memberi promosi for international routes ya, so pada korang yang teringin sangat nak ke oversea, kali ni jangan lepaskan peluang okay ! Yang penting tak payah nak bersesak berebut deals yang best-best, semua nya hanya di hujung jari sahaja ~
Teringin Nak Pergi Ke Korea ~
Wishlist qaseh nak pergi Korea, ni sebab selalu tengok drama Korea kan, haha so teringin la jugak nak pergi ke sana, tempat dia pun cantik sangat. Teringin nak pakai baju tradisional Korea, comel je kalau qaseh pakai,haha perasan pulak.
Dengan Traveloka korang boleh survey semua dalam satu, nak tiket flight sahaja atau pun sekali dengan hotel dan juga tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati berdekatan dengan penginapan korang haaa, for now korang boleh bezakan harga sebelum Traveloka Saleabration dan selepas nanti. Berbaloi lah tunggu Traveloka Saleabration ni.
Survey hotel sekali dengan flight terus , sangat mudah dan boleh pilih ikut bajet kita
Banyak sangat tempat menarik yang cantik di Korea ni, sama ada di Seoul, Busan, Daegu, Inchion, Jeju dan banyak lagi. Ramai yang suka pergi Jeju kan, cantik-cantik juga tempat dia fuhh
Jadi korang jangan lupa ya save the date ~ bagi yang suka travel, jangan lepaskan peluang untuk dapatkans flight promotion 2019 di Traveloka yang bermula 26 August - 27 September sahaja, nak bercuti tahun depan pun boleh book awal-awal ehehe. More info boleh layari web www.traveloka.com
Comments
tapi yg pasti ada dah 2 tempat dlm semenanjung ni nak gi akhir thn ni.
tapi, wajib lah terjah traveloka ekk.
mana la tau tetiba idea muncul :)