Selamat Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM | Apakah itu Rumah Ronald McDonald?

Assalamualaikum, korang pernah dengar tentang Rumah Ronald McDonald tak ? Qaseh kagum sangat dengan McDonald’s kerana tubuhkan Rumah Ronald McDonald ni sebab ianya membawa banyak kebaikan dan kesenangan pada yang memerlukan.


Qaseh berkesempatan meraikan ulang tahun Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiri Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) yang ke-20 tahun. Alhamdulillah, kalau korang nak tahu, ia di tubuhkan sejak tahun 1999 lagi oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) dan hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara telah menginap di rumah ini

Majlis ulang tahun RRM ini diserikan lagi dengan kehadiran YABhg. Tun Dr Siti Hasmah yang pernah merasmikan pembukaan rumah ini 20 tahun yang lalu.




Upacara menandatangani plak perasmian oleh YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, sebagai tanda Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM dan acara memotong pulut kuning sebagai simbolik sambutan ulangtahun ke-20 Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM) yang disempurnakan oleh YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali



YABhg, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia ketika mengimbau kenangan merasmikan pembukaan rumah ini 20 tahun lalu berkata, “Saya amat berbangga melihat komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh RMHC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik di sini untuk berada dekat dengan anak-anak mereka yang menjalani rawatan. 20 tahun bukanlah tempoh yang singkat, dan dalam tempoh masa ini, saya terharu dengan komitmen dan sokongan semua pihak dalam memastikan kemudahan seperti ini dapat dikekalkan demi membantu kanak-kanak yang berada dalam situasi yang kritikal dan keluarga mereka.”


Bagus kan dengan tertubuhnya Rumah Ronald McDonald ni, banyak kos dapat di kurangkan oleh keluarga pesakit, dan sangat memudahkan sebab ianya berada dalam kawasan hospital. RRM di HCTM-UKM ni sebenarnya rumah penginapan dalam hospital yang pertama di rantau ASEAN, ia banyak membantu keluarga pesakit yang perlu jalani rawatan di HCTM-UKM.

Untuk korang yang buat pertama kali dengar tentang Rumah Ronald McDonald ni, qaseh nak kongsi beberapa info tentang RRM ni, so kalau ada ahli keluarga korang menjadi pesakit pediatrik di sini, boleh lah kurangkan beban dengan menginap di sini.

Kos belanja di awal pembinaan RRM di HCTM-UKM ni menelan belanja sebanyak RM2 juta dan ia juga hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk orang awam dan syarikat korporat. Sehingga kini, RRM telah di naik taraf sebanyak 2 kali, tahniah rakyat Malaysia kerana menyumbang melalui tabung sumbangan RMHC Malaysia di semua restoran McDonald’s.





Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata, “Konsep unik ‘home away from home’ rumah ini merupakan usaha murni RMHC Malaysia bagi membolehkan ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan anak mereka.

Di belakang qaseh ni lah Rumah Ronald McDonald, besar dan sangat selesa kan. Bila qaseh tahu harga penginapan di RRM ni qaseh terkejut sebab harganya memang sangat murah dan tidak membebankan langsung.

Beberapa Fakta Ringkas Tentang Rumah Ronald McDonald, HCTM-UKM:

  •      Bayaran penginapan hanya  RM5 untuk satu malam
  •      Dalam Rumah Ronald McDonald ni terdapat 19 bilik tidur, jadi boleh memuatkan 19 keluarga dalam satu-satu masa.
  •      Terdapat 57 buah katil
  •       Kemudahan lain yang disediakan, ada ruang makan, ruang istirahat, surau, dapur, bilik dobi, bilik , taman permainan, perpustakaan, gim mini dan bilik komputer
  •       Aktiviti menarik yang dijalankan: Hari keluarga, kelas masakan sihat, kelas kecergasan, sambutan hari jadi untuk pesakit kanak-kanak dan sambutan-sambutan perayaan

Selain dari harga penginapan yang murah, qaseh rasa kagum sebab banyak aktiviti menarik yang di lakukan di RRM. Aktiviti sebegini boleh menaikkan semangat pesakit di samping menggembirakan mereka :).

Selain sumbangan wang, RMHC Malaysia turut menerima pelbagai jenis sumbangan berupa barangan seperti bahan makanan kering dan basah, barangan keperluan harian dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, kalau korang berminat untuk menyumbang boleh contact nombor di bawah okay.


Majls di serikan lagi dengan penyampaian cenderamata oleh adik Abdul Qayyum Bin Nordin, pesakit leukemia yang menerima rawatan di Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), kepada YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai tanda penghargaan warga UKM dan RMHC.


Rumah Ronald McDonald merupakan program global RMHC yang kini menjangkau 370 buah di seluruh dunia. RMHC Malaysia khususnya memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Pek Kembali ke Sekolah. Semua program ini meliputi 3 bidang utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Baru-baru ini, RMHC Malaysia juga telah merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan dan kawasan Pantai Timur dan bakal membuka Rumah Ronald McDonald yang ke-3.

Kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari berdoa agar usaha yang murni ini sentiasa berpanjangan dan semoga McDonald sentiasa berjaya dan sukses.

Alhamdulillah semoga segala usaha McDonald ini berpanjangan dan di hargai dengan sebaik-baiknya dan kita rakyat Malaysia boleh terus menyumbang, walaupun hanya nilai RM1 ia mampu membantu ribuan insan yang lebih memerlukan.

Jika korang berminat untuk menyumbang wang tunai atau ingin menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia boleh contact cawangan cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur di talian 03-91735994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia03-78433388

9 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Alhamdulillah..bagus buat rumah macm ni..ber kesenangan bagi mereka yang duduk jauh..dah lama rupanya ya..

    BalasPadam
  2. wah, dah 20 tahun dah rumah ronald Mcdonald di sini. semoga lebih ramai lagi yang dapat mendapat manfaat dari usaha murni ni

    BalasPadam
  3. Part ni mmg respek lah dgn mc donald. Mmg dah tau lama derang sponsor rmhc n. Sgt bermakna utk org yg memerlukan bantuan mcm ni kan

    BalasPadam
  4. Wahhh lama dah usia rumah ni yer.

    BalasPadam
  5. Murahnya harga penginapan. Mmg btul2 mbantu..

    BalasPadam
  6. Bagus ada rumah camni, sangat memudahkan dikala memerlukan.

    BalasPadam
  7. Semoga usaha murni ini akan diteruskan demi membantu insan-insan yang amat memerlukan. Syabas McD !!

    BalasPadam
  8. Bagus ada rumah ronald ni. Mengurangkan beban mereka yang datang dari jauh dan tak mampu. Dalam masa yang sama membantu mereka yang memerlukan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama