Review Althea Pore Puryfing Serum Cleanser

Assalamualaikum 


Pore Puryfing Serum Cleanser Review | Bila mula berjinak dalam dunia mekap ni , walaupun hanya mekap biasa dan tak tebal , bila masuk bab pembersihan rasa macam tak best bila hanya menggunakan cleanser biasa . Sesetengah cleanser tidak mencuci sepenuhnya mekap di muka , sebab tu aku lebih suka menanggalkan mekap dengan menggunakan mekap remover terlebih dahulu 



Baru-baru ni , Althea telah mengeluarkan produk baru - Pore Puryfing Serum Cleanser , dan aku telah mencubanya sendiri . Seriously aku suka dengan hasil selepas mencuci mekap dengan menggunakan Pore Puryfing Cleanser ni sebab ia memang 100% mencuci mekap hanya dengan sekali pembersihan sahaja.Lagipula ia bukan hanya semata-mata membersihkan mekap tapi juga mempunyai kebaikan pada kulit . 

Kalau sebelum ni , method aku cuci muka adalah dengan membuat double cleansing menggunakan oil cleanser . Pore Puryfing Serum ni pun ala-ala oil cleaser jugak sebab teksturnya berminyak tapi bezanya  ia tidak terlalu berminyak untuk di bilas dengan air.

Apa yang bestnya , ia mampu membersihkan mekap dan juga bertindak sebagai pembersih muka , so 2 in 1 la , so sekarang aku guna Pore Puryfing Serum ni untuk buat double cleansing , baru lah terasa muka lebih bersih . Penting tau bersihkan muka , bila nak apply moisturizer / serum lagi mudah ia menyerap dalam kulit . If kulit kotor macamana kulit nak sihat ? Haaa gitu . 

Kelebihan Pore Puryfing  Serum Cleanser 



Okay apa pulak kelebihan nya pada kulit kita ? Selain dari membersihkan kulit dengan mendalam tanpa keringkan kulit , aku nak suggest kat korang ,  if korang ada masalah liang pori yang terbuka tu , aku suggest korang cuba cleanser ni , korang tau kan liang pori bila dah terbuka tak boleh nak tutup tapi hanya boleh di kecilkan , so cleanser ni boleh mengecilkan liang - liang pori korang yang dah terbuka 


Bila guna cleanser ni , ia rasa sejuk-sejuk je di muka sebab ia mempunyai ekstrak pudina yang buatkan kulit kita tetap cool , sejuk dan terhidrat sepanjang hari , dan ugais tahu tak ia juga menyeimbangkan PH kulit kita so potensi untuk breakout tu takde lah . Paling best , lepas guna cleanser ni sumpah rasa kulit lebih lembut dan licin je ! Oh ye , yang bestnya ia mempunyai formula serum dalam cleanser ni , so berbaloi sangat untuk di cuba , konfirm jatuh cinta.

Bahan Kandungan 
Full Ingredients : Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

Bahan utama :
  • Ekstrak daun pudina - Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
  • Minyak benih Jojoba - Melembapkan dengan teruk apa-apa kekeringan tanpa merasa berat
  • Ekstrak daun pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit
Cara Penggunaan :
  • Titikkan beberapa titis cleanser di tapak tangan
  • Kemudian sapukan rata dan urut lembut di wajah sehingga bersih
  • Bilas dengan air , if korang buat double cleansing , lepas tu boleh guna cleanser biasa yang korang guna , tapi cleanser ni pun dah cukup .
So aku nak tunjuk yang aku dah cuba sendiri dengan menanggalkan mekap , haaaa jom kita buat ujikaji sikit betul ke tak cleanser ni sangat mudah menanggalkan mekap dan juga kotoran

Sapukan mekap tebal-tebal

 Titiskan beberapa titis cleanser 

 Sapukan rata sambil-sambil urut perlahan , even aku tak 'gonyoh' dengan kuat pun still mudah untuk tanggalkan segala mekap yang ada ni haa 

Lastly , haa nampak ~ memang bersih gila dan 100% dapat tanggalkan segala mekap dan kotoran yang ada

My Honest Review :

Bila cuba di wajah pula , takde sebarang iritasi berlaku walaupun ada bahan kandungan citric asid dan juga fragrance , dan baunya sangat soft , bila di sapu pada wajah , bau tu tak mengganggu pun sebab tak kuat dan tak menusuk hidung .

Yang bestnya memang kulit wajah rasa lebih lembut dan licin , mula lah asyik nak sentuh-sentuh muka je lepas di bersihkan . Rasa macam takde kekurangan pulak nak cari , sebab ia nya memang produk yang bagus dan sesuai pada semua jenis kulit lebih-lebih lagi kulit yang sensitif pada minyak .



Harganya pun sangat lah murah dan berbaloi , hanya RM33 (150ml) , boleh guna untuk beberapa bulan . Korang boleh dapatkan di https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser , if nak baca review di social media , just klik je #AltheaSerumCleanser #AltheaAngels #AltheaKorea




2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. yeay! Suka pakai oil cleanser ni untuk tanggalkan makeup dengan bersih.pastu baru cuci dengan pencuci muka.

    BalasPadam
  2. wow.. memang clean habis bila
    sapu nak remove mekap tu.. menarik..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama